Pada Tahun 2008 bila sahaja Tun Abdullah melantik Tengku Lan iaitu Ahli Parlimen Jerantut menjadi Timbalan Menteri Luar Negara dan kemudian Tengku Lan menolak perlantikan tersebut , ramai yang membuat andai bahawa Tengku Lan akan melompat ke Pakatan Rakyat . Ramai yag beranggapan begitu tapi penulis berdoa ketika itu supaya Tengku Lan kekal bersama BN dan penulis juga berdoa supaya Tengku Lan akan meletak jawatan . Jika ketika itu Tengku Lan meletak jawatan , penulis rasa itulah jasa paling besar yang Tengku Lan buat untuk rakyat Jerantut sepanjang Tengku lan menjadi ahli parlimen Jerantut . Kenapa ? Sebab penulis tidak nampak sebarang sumbangan Tengku Lan kepada pembangunan Jerantut sepanjang Tengku Lan menjadi Ahli Parlimen Jerantut , Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pengangkutan .
Sebab apa penulis rasa jasa paling besar Tengku Lan untuk Jerantut ialah dengan Tengku Lan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Jerantut ketika itu ? Sebab sudah tentu akan ada pilihanraya kecil (PRK) dan sudah tentu pilihanraya itu adalah pilihanraya kecil pertama selepas PRU12 , dan seperti biasa dalam mana-mana PRK maka berbagai projek segera akan ditaburkan di kawasan pilihanraya , balairaya dibaiki , rumah rakyat dibuat , jalan raya ditar baru , dan bermacam-macam projek besar dan kecil akan diluluskan dengan segera . Dan ketika itulah berbagai-bagai pemimpin dari pusat dan negeri akan turun ke Kg Bantal , Kg Pagi , Kg Sempadan , Pulau Tawar , Durian Hijau , Bukit Nikmat , Gusai , Perlok , Kg Gintong , Lepar , Gelanggi . boleh kata setiap ceruk kampung ini akan dilawati oleh pemimpin pusat dan negeri .
Dan mungkin sekarang ini hujung tahun 2010 iaitu 2 tahun selepas PRK Jerantut itu jalan dari Kuala Tahan Ke Kg Pagi telah siap dan sekarang ini mungkin fasa kedua jalan dari Kg Pagi Ke K Bantal sudah ditenderkan . Dan mungkin juga dua buah jambatan di Kuala Tembeling sudah dalam fasa akhir pembinaan dan bila-bila masa sudah boleh dirasmikan . Mungkin juga jalan dari Pulau Tawar ke Durian Hijau seterusnya ke RUmpun Makmur telah dinaik taraf , dan mungkin juga Jalan dari Jerantut ke Benta tidak lagi bengkng Bengkok seperti sekrang .
Sebab itu penulis rasakan itulah jasa paling besar kepada Jerantut jika Tengku Lan meletak jawatan ketika itu . Pembangunan yang kita nantikan selama 50 tahun boleh disediakan dengan hanya satu pilihanraya kecil yang pasti penulis rasakan BN tetap akan menang pilihanraya kecil itu dan penulis dapat rasakan mungkin ketika itu calon yang mewakili BN ialah Wan Amizan yang akan menewaskan calon PAS Dr Hamzah .
Mungkin ramai yang akan marah dengan pandangan penulis . Dan sebenarnya penulis akui PRK juga tidak boleh dijadikan sebagai solusi untuk membawa pembangunan segera sebagaimana sejarah PRK yang lalu tetapi impak PRK kepada sesuatu kawasan PRK itu memang besar yang perlu diakui oleh kita semua.
4 ulasan:
Salam.Kawan setuju benor dengan pendapat awok tu.Bukanlah kawan tak suka ke Ku Lan.Tapi memang dalam masa i jadi ahli Parliment Jerantut mmg tak nampak apa yg dibuat pun.Sepatutnya kita carilah calon lain yang layak.Ni bukan soal tak suka aje ni soal pembangunan.
Salam P81,
Siapa agaknya calon-calon parlimen Jerantut PRU 13 nanti ye?
Tak baik lah dema nih. Tunggulah PRU 13 kalau ya pun. Tengku Lan baik apa?
yang masalahnya ..... bukan Tengku.
p81 . bila kas baca tulisan deme ini ... baru kas terfikir . betul juga pendapat deme tu. bukan kas tak sayang Tengku Lan tapi kalau betul Tengku Lan letak jawatan MP memang banyak betul peruntukan akan Jerantut dapat sementelah lagi PM kita org Pahang . senanglah nak luluskan peruntukan JPM nanti kalau betul ada pilihanraya kecil kat Jerantut ini.
Catat Ulasan