Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 21 September 2010

Dimana Ulu Sungai Pahang ?

klik gambar untuk besarkan
Jika dilihat di wikipedia dan buku geografi yang diajarkan kepada kita di sekolah beginilah ayatnya yang selalu diulang-ulangkan didalam buku "Sungai Pahang ialah sungai terpanjang di Semenanjung Malaya iaitu sepanjang 459km. Sungai itu berhulu di pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Tembeling dan mengalir ke Laut China Selatan."

Hari ini parlimen81 ingin menarik perhatian masyarakat di Jerantut berkaitan dengan hulu Sungai Pahang . Kalau ditanya kepada orang tua-tua di Kuala Tembeling dimana hulu sungai pahang ? Mereka akan mengatakan bahawa terdapat sebuah sungai diantara pertemuan sungai tembeling dan sungai jelai . Sungai itu kecil sahaja dan itulah Sungai Pahang yangg sebenar dan disitulah bermulanya Sungai Pahang.

Itu kalau ikut cerita orang kampung di Kuala Tembeling . Tapi penulis tidak percaya di situ bermulanya Sungai Pahang kerana pada pendapat penulis Sungai Pahang yang sebenar mestilah salah satu dari dua sungai yang membentuk sungai Pahang itu iaitu samaada Sungai Jelai itu ialah asalnya sungai Pahang atau Sungai Tembeling itu asalnya Sungai Pahang .

Sungai terpanjang di Malaysia sekarang ialah sungai Rejang 563km . Kalau betullah andaian penulis salah satu dari dua sungai itu adalah sungai pahang maka sebenarnya sungai pahang adalah sungai yang terpanjang di Malaysia . Ini kerana panjang sungai tembeling ialah 110km dan Sungai Jelai lebih panjang dari sungai Tembeling . Katakanlah Sungai Tembeling itu sebenarnya sambungan sungai pahang maka panjang sungai pahang yang sebenar ialah 569km iaitu lebih panjang dari sungai rejang di Sarawak.

Itu hanyalah andai penulis . Apa pandangan anda ?

klik gambar untuk besarkan

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[fatima]
kawan rasa sungai jelai asal sungai pahang ni .... kalau sungai tembeling mestilah orang akan panggil tempat tu kuala jelai ...he he he

Tanpa Nama berkata...

salam,
sebenarnya ulu sungai tembeling bermula di kuala tembeling.mengikut ilmu georafi pertemuan dua sungai akan menghasilkan sungai baru.sebab itu dinamakan sungai pahang.kerana itulah ahli georafi malaysia mengira kepanjangan sungai pahang bermula dari kuala tembeling iaitu ulu sungai pahang.begitulah adanya wahai saudaraku parlimen81.matnyerweh!

Tanpa Nama berkata...

Sungai Jelai tu Sungai Pahang sebenar.Ulu Sungai Pahang sepatutnya di Kuala Medang.Sungai-sungai kecil dari daerah Cameron Highlands,Raub dan Lipis bersatu menghasilkan Sungai Jelai.Sebab tu la Cameron Highlands tu termasuk dalam negeri Pahang walaupun dekat dengan Perak.Sempadan antara negeri di Semenanjung ni banyak ditentukan oleh dari mana punca sungai tu bermula.Sungai Tembeling bermula di sempadan Terengganu mengalir di daerah Jerantut dan masuk ke Sungai Pahang di Kuala Tembeling.Sungai-sungai kecil di daerah Bentong dan sebahagian sungai kecil di daerah Raub membentuk Sungai Semantan dan lalu di daerah Temerloh sebelum masuk Sungai Pahang di Bandar Temerloh.Lepas tu Sungai Pahang lalu daerah Bera dan Maran.Untuk daerah Kuantan ada la satu dua batang yang hulu bermula di daerah Kuantan masuk ke Sungai Pahang.Sungai Pahang berakhir di daerah Pekan.Cuma daerah Rompin je yang takde kena mengena dengan Sungai Pahang.Sebab tu la Negeri Pahang ni besar sebab ikut dari mana punca sungai-sungai yang menghasilkan Sungai Pahang.Oleh itu,sungai paling panjang di Malaysia adalah SUNGAI PAHANG.

Pendekar Melayu berkata...

Bentongpun takde kena mengena dengan sg pahang walaupun Bentong ada sg huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Pendekar Melayu ni mesti fail geografi ni.Sungai Bentong kan mengalir masuk ke Sungai Semantan dan terus masuk Sungai Pahang di Temerloh.Do your homework..

Unknown berkata...

Apa drpd kajian saya hulu sg Pahang adalah sungai Jelai.mengikut perkataan orang aslijelai bermaksud kepala air.kebenaran itu ada cuba anda didik di tepi sungai pertemuan sg Jelai dan Tembeling perhatikan air yg mana lebih banyak mengalir kalau kita perhatikan sungai Jelai mempunyai lebihan air nye.kerana cuma kita dapati 40 petcent air sg Tembeling.pada setiap bulan dan waktu.kecuali musim tengkujuh itu pon jarang kelihatan sg tembeling melebihi airnye drpd sg Jelai.
Sungai Jelai lebih dalam drpd sg Tembeling masakan pada tahun 1885 sebuah steam ship bolih mudek ke Kuala Lipis.Cuma sg tembeling luas shj drpd sg Jelai tapi musim normal berpasir dikirim kanan sungai tersebut.kajian geography sungai Jelai lebih banyak cawangan ye drpd tembeling sg lipis sg Tanum sungai Telom sungai Jelai kecil sungai serai sg Kechau dan sg ceka.
Tapi kalau kita tak pasti cuba panggil world geography assation.mereka bolih menyukat kandungan air sesebuah sungai malah sungai Amazon dan sungai yg lebih besar didunia pon bolih disukat berapa banyak air dalam setiap saat yg mengalir dan dah moden