Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 29 Oktober 2013

Bolehkah Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal menjadi TPM pertama dari Sabah/Sarawak ?

Tiga tahun dari sekarang . Sebelum pilihanraya PRU14 , UMNO dijangka akan mengadakan pemilihan lagi sekali kepimpinan tertinggi parti. 

Datu Seri Najib semakin kukuh cengkaman beliau didalam UMNO , Muhyiddin tidak dapat berbuat apa-apa untuk merampas kedudukan Najib . Sementara itu sepupu beliau semakin lemah disemua negeri selain Pahang dan Johor . 

Bagi mencerminkan perpaduan yang kukuh gabungan Sabah , Sarawak dan Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia sudah tiba masanya seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik dari kalangan pemimpin paling popular dari Sarawak/Sabah . 

Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal dirasakan calon paling layak untuk menduduki kerusi TPM bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sahfie Apdal mendapat undi yang mengalakan dari pewakilan seluruh Malaysia . Hanya tertinggal beberapa undi dari Zahid Hamidi . 

Najib perlukan Shafie Afdal sebagai Timbalan beliau bagi mengantikan Muhyiddin Yassin . Pemilihan UMNO tiga tahun dari sekarang adalah medan terbaik uuntuk Shafie Afdal mencalonkan diri bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dari Sabah/Sarawak untuk Malaysia.

Zahid Hamidi tidak akan berani untuk mencalonkan diri sebagai TPM . Beliau adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang cepat berubah pendirian . Pengecut . Beliau adalah opportunis . Sudah tentu Najib tidak suka orang yang berpendirian begitu . Shafie Afdal adalah orang yang paling sesuai menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri  Malaysia bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin . Populariti Muhyiddin sebagai TPM tidak pernah teruji . Adalah baik bagi Shafie Afdal menguji populariti beliau . Tentu sahaja Datuk Seri Najib akan merestui Shafie Afdhal untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dari segi undian , sudah tentu pewakilan dari Kelantan , Terengganu , Pahang , Kedah , Selangor  , Sabah  , Perliis dan Negeri Sembilan akan menyokong beliau untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO . 

UMNO Jerantut juga perlu menyokong Shafie Afdhal . Beliau telah banyak memberi peruntukan kepada Jerantut dalam membangunkan infrsturuktur luar bandar . Shafie Afdhal ada talent dan aura seperti Obama ketika Obama mencalonkan diri sebagai calon Presiden Amerika dulu . Shafie Afdal perlu menggunakan kelebihan itu untuk mencalonkan diri dalam pemilihan UMNO yang akan datang sebagi calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Rabu, 23 Oktober 2013

Agaknya Siapa Yang Akan Mengisi Slot AJK Lantikan dalam UMNO Bahagian Jerantut

Mengikut perlembagaan UMNO , Cikgu Nazlan berkuasa melakukan perlantikan tambahan berikut kedalam jawatankuasa UMNO Bahagian:

1. Setiausaha
2. Bendahari
3. Ketua Penerangan
4. AJK dilantik dari kalangan Pergerakan Pemuda
5. AJK dilantik dari kalangan Pergerakan Wanita
6. AJK dilantik dari kalangan Pergerakan Puteri
7.  AJK
8.AJK
9.AJK
10. AJK

Beliau boleh melantik seramai sekurang-kurangnya 10 orang lagi jawatankuasa kepada 26 jawantankuasa yang dilantik dalam mesyuarat pewakilan pada 12 dan 19 Oktober baru baru ini .

ADUN Pulau Tawar yang kalah dalam pertandingan bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian baru baru ini juga layak berada dalam jawatankuasa umno bahagian menjadikan 11 anggota tambahan . Cumanya jika ADUN Pulau Tawar masuk kedalam jawatakuasa bahagian melalui kuata ADUN maka beliau tidak layak untuk mengundi dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa . Bagi melayakkan beliau mengundi maka beliau perlu dilantik mengikut kuata 10 AJK lantikan .

Agak-agak siapakah yang akan dilantik oleh Cikgu Nazlan bagi mengukuhkan kedudukan beliau dalam jawatankuasa UMNO Bahagian yang baru ini . Untuk kukuh beliau perlu melantik Setiausaha , Bendahari dan Ketua Penerangan dari luar jawatankuasa yang dipilih .

Kemungkinan ini akan berlaku ?

Setiausaha : Mustapha Maarof (orang muda kuat kerja)
Bendahari : Tengku Azlan
Ketua Penerangan : Dato' Kamaruzzaman Baria ( sifu cikgu nazlan)
AJK : Adzland Labit (wakil pergerakan pemuda)
AJK : Dr Ahmad Shukri Ismail

atau

Setiausaha : Mustapha Maarof (orang muda kuat kerja)
Bendahari : Dato' Lim Ah Chap
Ketua Penerangan : Dato' Kamaruzzaman Baria
AJK : Adzland Labit (wakil pergerakan pemuda)
AJK : Dr Ahmad Shukri Ismail

atau bawa fresh blood ke Jerantut  seperti berikut :

Setiausaha : Dr Zuraidi Ishak (SUPOL Menteri Pertanian)
Bendahari : Dato Sharif Shamsudin ( Ahli Perniagaan Terkenal Pahang)
Ketua Penerangan : Ahmad Saruji Abd Aziz (Lulusan MBA Havard University)
AJK : Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail
AJK wakil pemuda
AJK wakil wanita
AJK wakil puteri
AJK Mustapha Maarof
AJK Adzland Labit
AJK Cikgu Sofian

Selasa, 22 Oktober 2013

Kalimah Allah dalam Logo Negeri Pahang


Siapa yang beria berkokok konon nak jaga kalimah Allah ?  Logo negeri Pahang tertera kalimah Ya Latif yang merupakan salah satu antara Al Asmaul Husna yang bermaksud "Allah Yang Maha Lembut"

Kalimah yang dijadikan lambang resmi kerajaan negeri dalam urusan surat menyurat terkadang dicampak kedalam tong sampah, dipijak, dibuang sebagai sampah yang hina dan adakalanya ditampal dipakaian dan dipakai oleh orang bukan Islam serta bebas dibawa masuk ke tandas dan tempat-tempat maksiat. 

Sabtu, 19 Oktober 2013

Terkini Keputusan Pemilihan UMNO Jerantut - Cikgu Nazlan Tewaskan Wan Amizan





Tahniah kepada semua yang menang dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerantut pada 19 Oktober 2013 di ADTEC Temin . Majoriti daripada 640 pewakilan UMNO Jerantut yang hadir daripada 658 yang layak mengundi hari ini telah memberikan mandat kepada Cikgu Nazlan (352 undi) iaitu Ahli Parlimen Jerantut untuk menerajui UMNO Bahagian Jerantut . Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Mohd. Zukarmi Abu Bakar berkata, sebanyak 18 perwakilan tidak hadir iaitu tiga dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, Dun Damak (lapan orang), DUN Pulau Tawar (lima orang) dan masing-masing seorang dari UMNO Bahagian Jerantut serta Pergerakan Puteri UMNO. "Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau perkara tidak diingini dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan kerana menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi serta saling menghormati antara satu sama lain. "Sesi pemilihan dimulakan dengan penyandang Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan berakhir dengan perwakilan dari DUN Tahan," katanya.

Terima kasih kepada Tengku Azlan (286 undi) yang telah melaksanakan tugasnya selama 3 penggal . Terima kasih kepada Wan Amizan yang telah memberikan sokongan padu (ye ke?) selama ini kepada Tengku Azlan . Sekarang buktikan bahawa anda adalah UMNO sejati dengan memberikan sokongan padu (boleh ke?) pula kepada Cikgu Nazlan . Kepada Tengku Lan, walau kalah Tengku tetap masih boleh menyempurnakan manifesto Tengku untuk membina bangunan UMNO Jerantut dan mengembalikan DUN Damak kepada calon UMNO. Ahli UMNO sudah menunggu bangunan ini sejak mula Tengku mengambilalih Kepimpinan UMNO Jerantut 3 penggal yang lepas . Wan Amizan dan Nazri Ngah adalah penyokong Tengku maka tanggungjawab membina bangunan tetap berada dibawah tanggungjawab bersama Wan Amizan dan Nazri Ngah. Jika jiwa Tengku berada dalam UMNO Jerantut maka bantulah UMNO Jerantut untuk memiliki bangunan sendiri. Malu dengan PAS yang telah mempunyai bangunan dan markaz sendiri sejak lebih 10 tahun yang lepas . 

Ada ura-ura bahawa pengiraan semula ingin dilakukan oleh Team Wan Amizan . Walaupun Wan Amizan dan Nazri Ngah berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tetapi kekecewaan jelas terbayang diwajah Wan Zamzuri dan Kamaruzaman Baria  kerana walau full swing kempen telah dilakukan oleh mereka berdua  melalui media dan face2face namun kerusi Ketua masih tidak menjadi milik kumpulan Wan Amizan. 

Walau apa pun Wan Amizan , Nazri Ngah dan semua AJK yang dipilih kini kenalah memberi sokongan padu kepada Cikgu Nazlan. Sekarang ini sama ada UMNO Jerantut boleh bersatu padu atau tidak , bukan bergantung kepada Ketua Bahagian tetapi bergantung kepada Wan Amizan. Kalau Wan Amizan tidak boleh bekerjasama maka sampai bila pun UMNO Jerantut tidak akan bersatu. Sekarang pisau perpaduan itu ada dalam tangan Wan Amizan , jika pisau itu digunakan olehnya untuk mengores atau memotong maka terpotong atau tergoreslah benda yang ingin dipotong dan digoris itu . Jika sebaliknya Wan Amizan ingin menyimpan elok-elok pisau itu dalam sarungnya maka tiada benda yang akan tergores atau terpotong . 

Cikgu Nazlan sudah menghulurkan tangan perpaduan , kini terpulang kepada Wan Amizan untuk menyambutnya . Tengku Azlan kita tentu lega sekali bila berjaya membebaskan dirinya dari belenggu kerenah UMNO Jerantut . Selamat beristirihat Tengku Lan . Semoga Kuantan Port terus maju dan mungkin Amanah Cawangan Pahang memerlukan khidmat Tengku Lan .

Kepada Ketua Wanita yang telah mendapat surat anugerah kebesaran tu , simpan elok-elok surat tu . Jangan guna lagi title anugerah tu . Manalah tahu kot-kot anugerah itu tidak jadi direalisasikan oleh pemberinya.

Kepada Cikgu Lan .... title Cikgu tu sudah mencukupi ,disayangi dan disanjungi oleh rakyat . Gunakanlah title tu dimana-mana pun . Janganlah impikan title yang tinggi-tinggi untuk 5 tahun akan datang ni .

TEAM PERPADUAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris
Timbalan K/Bahagian : Wan Amizan 
Naib Ketua Bahagian : Nazri Ngah
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Puteri : Sarfinaz Azman
Senarai AJK Bahagian:

Kepada blogger-blogger Jerantut yang sejak kempen pemilihan UMNO bermula dulu banyak menyokong Tengku Azlan (kononnyelah ... sebenarnya mereka menyokong Wan Amizan) , kini berilah sokongan padu pula kepada kepimpinan baru anda . 

Bagi blog p81 sejak mula beroperasi , masih dengan misi untuk memajukan Jerantut . Apa jua pendirian semasa blog p81 adalah untuk Jerantut . blog parlimen81 berjuang untuk rakyat Jerantut . Siapapun yang blog p81 sokong adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat Jerantut bukan kepentingan individu atau kroni tertentu . Sejak sebulan lepas blog parlimen81 memperjuang supaya Cikgu Nazlan menang Ketua Bahagian juga untuk kepentingan rakyat Jerantut .Blog parlimen81 berjuang supaya Wan Amizan dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Bahagian juga untuk kepentingan rakyat DUN Tahan, Blog parlimen81 tidak berkempen untuk Nazri Ngah kerana merasakan kerusi Naib Ketua perlu diisi oleh orang muda yang boleh menyokong usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Ketua Bahagian yang baru kerana pemikiran, cita rasa dan gerak kerja Ketua Bahagian perlu mengambil kira pola pemikiran golongan muda.

Esok-esok belum tentu blog parlimen81 akan berkempen untuk Cikgu Nazlan . blog parlimen81 boleh sahaja berkempen untuk pasukan Yohanis , blog parlimen81 boleh sahaja kerkempen untuk Wan Amizan , blog parlimen81 seboleh mungkin berhujah berdasarkan fakta-fakta terkini . Kalau ada juga fakta yang salah itu blog parlimen81 memohon maaf kepada semua . Khas untuk blogger WZWH , terima kasih kerana kita sentiasa menyokong satu sama lain dalam berblog untuk Jerantut.

Dalam kita menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, sifat amanah adalah memainkan peranan yang amat penting. Tanpa sifat amanah, akan mudahlah berlakunya sebarang penyelewengan seperti perbuatan rasuah dan bermacam-macam lagi yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Apabila hilang amanah maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat. Maka bertanya seorang lelaki : Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Iaitu apabila sesuatu urusannya diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang tafsirnya :
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".


PEMILIHAN UMNO MALAYSIA

Pilihan Jerantut untuk Naib Presiden : Ahmad Zahid menerima 573 undi diikuti oleh Mohd. Shafie (409) dan Hishammuddin (356) )

Presiden : Datuk Seri Najib Bin Tun Razak
Timbalan Preseiden : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden : Zahid Hamidi (185 - menang) undi
Naib Presiden : Shafie Afdal (174 - menang) undi
Naib Presiden : Hishamuddin (100 - menang) vs Mukhriz (91) vs Isa (7) vs Ali (7) undi
(Undi popular Mukhriz (55,290) mengatasi Hishamuddin (54,829)
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita : Datuk Seri Sharizat Jalil
Ketua Puteri : Mas Ermieyati Samsudin 

Trend pemilihan UMNO di Pahang dan Johor adalah gandingan Zahid , Hishamuddin dan Shafie . sementara trend pemilihan di negeri-negeri utara pula ialah Zahid , Shafie dan Mukhriz , Perak dan Selangor Zahid , Shafie dan lain-lain calon, Melaka (Zahid , Shafie , Mukhriz+Ali ) , NS (Zahid , Shafie ,Mukhriz +Isa)




TEAM PERPADUAN PILIHAN P81 TAK MENJADI 
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris

Timbalan K/Bahagian : Wan Amizan 
Naib Ketua Bahagian : Mustapha Maarof
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Puteri : Sarfinaz Azman


PAS KAWASAN JERANTUT

YDP : Yohanis Ahmad
TYDP : Yousliyddy Desa
NYDP : Abdul Rahman Teh
Ketua Urusan Ulamak : Alias Mahmud
Ketua Pemuda : Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Muslimat : Roskhainuazmani Razab

Jumaat, 18 Oktober 2013

Amanat Cikgu Nazlan Untuk 658 Pewakilan Mesyuarat Agong UMNO Jerantut 19 Oktober 2013

Kepada 658 pewakilan yang akan mengundi di Mesyuarat Agong UMNO Jerantut pada 19 Oktober 2013 nanti . Dengarlah amanat dari Cikgu Nazlan ini .


 

Maklumat dari kedua-dua belah pihak telah anda perolehi , maka pewakilan buatlah pemilihan mengikut maklumat yang ada pada anda dan jangan lupa solat isthikarah sebelum mengundi memohon agar Allah memberi petunjuk pemimimpin yang terbaik untuk UMNO jerantut dan rakyat Jerantut . Ingat Jerantut memelrukan seorang yang dekat dengan rakyat Jerantut . UMNO Jerantut perlukan seorang pemimpin yang duduk di Jerantut , berkubang bersama dengan rakyat Jerantut . Jangan pilih pemimpin yang membiarkan anda berkubang tetapi mereka bersenang lenang tanpa sepalit lumpur. Fikir-fikirkanlah .





Team Perpaduan UMNO Jerantut 
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris 
Timbalan Ketua : Wan Amizan 
Naib Ketua : Mustapha Maarof 
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin 
Ketua Pemuda : Zamri Rahim 
Ketua Puteri : Norsarpinaz

Khamis, 17 Oktober 2013

Ahli Parlimen Jerantut Tak Boleh , ADUN Tahan Boleh Pulak . Pelikkan ?

Kenapa Wan Amizan dan team dia  beria benar tidak bersetuju Ahli Parlimen menerajui Ketua Bahagian ? Sedangkan beliau sebagai ADUN beria-ria ingin mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagaian . Siap buat youtube statement lagi . Ha Ha Ha . Kelakar kan ?

Wan Amizan ketika menang tampuk Ketua Pemuda pada tahun 2009 dulu tidak puas hati dengan hanya memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian . Dengan title ADUN Tahan yang baru diperolehinya hasil kemenangan menewaskan calon PAS pada tahun 2008 maka beliau merasakan bahawa jawatan Timbalan Ketua Bahagian mestilah diterajui oleh seorang ADUN  . Beliau sebenarnya pada masa itu telah mengurangkan jumlah pimpinan dalam UMNO bila membolot dua jawatan sekali gus . Nasib baik ketika itu jawatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri tidak boleh ditandingi oleh lelaki . 

Kalaulah betul beliau mahukan perpaduan, Wan Amizan betul ikhlas nak bantu UMNO Jerantut . Beliau tak perlu pegang apa-apa jawatan dalam UMNO . Lepaskan sahaja jawatan Timbalan Ketua Bahagian supaya diterajui oleh orang lain .

Apa kata kalau semua ADUN dan Ahli Parlimen tidak perlu memegang tampuk kekuasaan dalam parti ?

Blog p81 cabar Wan Amizan buat youtube statement supaya pewakilan tidak pilih beliau kali ini supaya beliau boleh tumpukan perhatian sebagai ADUN Tahan yang berkurangan majoriti dalam PRU13 baru ini . Ada berani ?

Kalau Wan Amizan sendiri tak berani dan sayang nak lepaskan jawatan Timbalan Ketua Bahagian jadi tak ada salahnya untuk Cikgu Nazlan memegang jawatan Ketua Bahagian .

Lagipun memang Cikgu Nazlan sebenarnya lebih layak berbanding Wan Amizan sebab majoriti rakyat Jerantut lebih percayakan Cikgu Nazlan berbanding dengan Wan Amizan . Ini telah dibuktikan dengan pertambahan undi untuk UMNO dalam PRU ke 13 di Parlimen Jerantut dan pengurangan undi untuk UMNO di DUN Tahan . 

Walaupun berbagai surat layang dan poster layang dengan kertas berkualiti tinggi disebarkan pada 2-3 malam sebelum PRU-13 dulu bagi memburukkan Cikgu Nazlan oleh musuh politik beliau (PAS tak mampu nak cetak poster layang dengan kertas berkualiti . Orang PAS cakap pada malam surat layang diedarkan depa dapat kejar dan tangkap pengedar poster tu dan kenal orangnya dan tahu dia bekerja untuk siapa . Tak percaya tanya jentera PAS di Markaz Feri). Tapi Cikgu Nazlan masih dekat dengan hati rakyat Jerantut dengan buktinya menang juga Parlimen Jerantut dengan majoriti lebih besar berbanding dengan Tengku Lan. Jadi Cikgu Lan sememangnya layak untuk menerajui team perpaduan UMNO Bahagian Jerantut.


TEAM PERPADUAN UMNO JERANTUT

Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris 
Timbalan Ketua  : Wan Amizan 
Naib Ketua : Mustapha Maarof
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Puteri : Norsarpinaz

Isnin, 14 Oktober 2013

Cikgu Nazlan Pilihan Terbaik Terajui Team Perpaduan UMNO Jerantut

Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua ahli UMNO Jerantut . Tanpa mengira pewakilan atau ahli biasa semua sepatutnya menyambut Eid Adha tahun ini dengan penuh ketaqwaan  , penuh kesyukuran dan penuh kehambaan kepada Allah S.W.T

PAS Jerantut kini diterajui oleh orang muda . Umur baru 35 tahun . Saudara Yohanis bekas calon PAS DUN Pulau Tawar , bekas Ketua Pemuda PAS Jerantut dan kini adalah YDP PAS Jerantut . Sudah tentu calon inilah yang akan dicalonkan oleh PAS sebagai calon Ahli Parlimen mereka .

Cikgu Nazlan telah dipilih dari ramai calon-calon sebagai calon ahli parlimen Jerantut sebagai calon boleh menang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak . Datuk Seri Najib telah begitu teliti sebelum memilih Cikgu Nazlan sebagai calon pilihannya . Dan ianya terbukti pilihan Datuk Seri Najib tidak salah apabila rakyat Jerantut pula telah mengesahkannya dengan menobatkan Cikgu Nazlan sebagai ahli parlimen oleh rakyat Jerantut . 

Adakah ahli UMNO tidak bersetuju dengan pilihan rakyat Jerantut ? Rakyat Jerantut dan ahli UMNO telah membuktikan dalam PRU12 menolak Tengku Azlan

Rakyat Jerantut dan ahli UMNO telah membuktikan dalam PRU13 telah menyokong Cikgu Nazlan sebagai ahli parlimen pilihan mereka . Pertambahan hampir 3000 undi membuktikan sokongan rakyat dan ahli UMNO kepada Cikgu Nazlan . Hanya ahli-ahli UMNO yang merasakan dirinya akan terpinggir sahaja yang tidak menyokong Cikgu Nazlan . Adakah ahli UMNO masih mengharapkan kepada kepimpinan lama veteran UMNO yang menentukan hala tuju politik UMNO Jerantut ? Tidak mahukan ahli-ahli UMNO merubah politik lama UMNO Jerantut seiring dengan saranan Datuk Seri Najib yang mahukan perubahan menyeluruh dalam politik UMNO ?

Adakah ahli UMNO Jerantut masih dibuai dengan politik wang , politik kain palikat , politik kain  batik . Datuk Najib berusaha keras untuk mengengkang semua politik cara lama yang menjumudkan . UMNO perlukan politik baru dalam menghadapan persaingan musuh politik yang sebenarnya bukan didalam UMNO tetapi nun diluar sana . Nun diluar sana politik cara pembangkang semakin menambat hati rakyat.

Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua ahli UMNO Jerantut . Tanpa mengira pewakilan atau ahli biasa semua sepatutnya menyambut Eid Adha tahun ini dengan penuh ketaqwaan  , penuh kesyukuran dan penuh kehambaan kepada Allah S.W.T

Harap ahli UMNO Jerantut boleh membuat pilihan secara matang . Siapa nak bagi sedekah musim mengundi itu anggaplah sebagai rezeki masing-masing . Tapi undi anda pastikan berdasarkan prinsip anda . Prinsip sebagai ahli UMNO yang memperjuangkan anak bangsa , agama dan negara .

Team Wanita , Team Puteri kini berdiri teguh di belakang Team Perpaduan yang dipimpin oleh Cikgu Nazlan . Harap Team Pemuda dapat sama-sama berdiri teguh menyokong Team Perpaduan ini . Ingat Team Perpaduan ini adalah Team yang terbaik untuk memimpin UMNO Jerantut bagi menghadapi kerenah pembangkang semain hebat .

TEAM PERPADUAN JERANTUT

KETUA : CIKGU NAZLAN
TIMBALAN : WAN AMIZAN
NAIB : MUSTAPHA MAAROF
KETUA WANITA : SITI HAJAR 
KETUA PEMUDA : ZAMRI
KETUA PUTERI : SARFINAZ



Sabtu, 12 Oktober 2013

Terkini : Keputusan Pemilihan Pemuda , Wanita dan Puteri UMNO 2013

TERKINI: Keputusan setakat 9.21 mlm pemilihan 191 Bahagian Pemuda , Wanita dan Puteri UMNO

Ketua Pemuda : Mohd Zamri Abd Rahim (Menang - Team Wan Amizan)

Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin (Menang - Team Cikgu Nazlan)
Ketua Puteri : Nor Sarfinaz Mohd Azman (Menang - Team Cikgu Nazlan)


YDP : Yohanis Ahmad
TYDP : Yousliyddy Desa
NYDP : Abdul Rahman Teh
Ketua Urusan Ulamak : Alias Mahmud
Ketua Pemuda : Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Muslimat : Roskhainuazmani Razab

PEMILIHAN SAYAP UMNO


Ketua Wanita:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : 100 (100) undi ---- MENANG MAJORITI MUDAH
2. Raihan Suleiman Palestin : 0 undi
3. Datuk Maznah Mazlan : 5 (1) undi
Naib Ketua Wanita:
1. Datuk Azizah Mohd Dun : 27 (27) undi
2. Datuk Suraya Yaacob : 6 undi
Ketua Pemuda: (Official)
1. Khairy Jamaluddin : 97 (97) undi ---- MENANG MAJORITI MUDAH
2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi
5. Abd Karim Ali : 0 undi
Naib Ketua Pemuda: (unofficial)
1. Khairul Azwan Harun : 7 (25) undi
2. Mohamad Iruan Zulkefli : 5 (7)undi
3. Jamawi Jaafar : 3 (9) undi
4. Lokman Noor Adam : 3 (3) undi
Ketua Puteri:
1. Mas Ermieyati Samsudin : 96 (81) undi ----- MENANG MAJORITI MUDAH
2. Jamilah Hanim Othman : 19 (26) undi


Naib Ketua Peteri
1. Zahida Zarik Khan : 18 (70) undi
2. Nor Sabrina Mohd Nor : 15 (37) undi
3. Nazliah Ali : 6 (22) undi



Nota :  4 - official
           (4) - unofficail


PEMILIHAN UMNO JERANTUT : KLIK SINI


Kedudukan Exco Pemuda
1 FATHULBARI BIN MAT JAHYA 10
2 ONN HAFIZ BIN GHAZI 9
3 ARMIZAN BIN MOHD ALI 9
4 MUA`AMAR GHADAFI JAMAL BIN JAMALUDIN 9
5 JEFFRI BIN SALIM 9
6 DAZMA SHAH BIN DAUT @ DAUD 9
7 NAZIR HUSSIN BIN AKHTAR HUSSIN 9
8 MOHD NAJIB BIN MOHD ISA 8
9 ROHSAWAL NIZAM BIN ABD GHAFAR 7
10 AZLAN BIN ABDULLAH 7
11 MOHAMED HAZALI BIN ABU HASSAN 7
12 SYAMSUL BAHARIN PUTRA B.AHMAD SHIBI 7
13 ANUAR BIN ABD.MANAP 6
14 SHEIKH AHMAD NAFIQ BIN SHEIKH A RAHMAN 6
15 AHMAD MUKHRIZ BIN AHMAD FUAD 6
16 MOHD RAFIQ BIN NAIZAMOHIDEEN 6
17 KHAIRUL FIRDAUS BIN AKBAR KHAN 6
18 KAMAROL BIN SALLEH 6
19 TENGKU ZUHRI BIN TENGKU ABDUL AZIZ 6
20 IBDILILLAH BIN ISHAK 6


Kedudukan Exco Wanita
1 NORHAYATI BINTI OMAR 16
2 ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN 15
3 ARMANI BINTI MAHIRUDDIN 15
4 NOR HAYATI BINTI ONN 15
5 NORLIZA BINTI ABDUL RAHIM 15
6 RUSNAH BINTI KASSIM 14
7 SHARIFAH AZIZAH BINTI SYED ZAIN 14
8 JAMELAH BINTI A BAKAR 13
9 ROSNI BINTI ZAHARI 13
10 NORASLINA BINTI ZAINAL ABIDIN 13
11 AZIZAH BINTI JOHOR 13
12 ROS SURYATI BINTI ALANG 12
13 NORIAH BINTI MAHAT 12
14 ZAITUN BINTI MAT AMIN 12
15 MARLIA BINTI ABD LATIFF 10
16 NORAINI BINTI AHMAD 9
17 RABIYAH BINTI ALI 9
18 AZIZAH BINTI HARUN 9
19 AZIHANI BINTI ALI 9
20 ROSLIN BINTI ABDUL RAHMAN 8

Kedudukan Exco Puteri
1 NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI 31
2 AZLINA AZMA BINTI MOHD AZMI 31
3 ISFARINA BINTI MOHD BALI 30
4 NORASIMAH BINTI MD NOWAR 30
5 JUNE ARTISHA BINTI MOHAMAD NAZARI 29
6 NORWAHIDA BINTI PATUAN 29
7 MIMIE HARIANIE BINTI ALIAS 28
8 NOORMADIANA BINTI KAMARUDDIN 27
9 ASFALINDA BINTI ANUAR 26
10 AZURA BINTI MOHD AFANDI 26
11 JUNAIDA BINTI MAT ISHAK 26
12 NORRULHUDA BINTI MARSIDIN 26
13 NORMALAH BINTI RASIK 24
14 NOR FARHANA BINTI ALHAM 22
15 HAZIQAH NASIRAH BINTI ZOL BAHARI 21
16 NOOR AEIZA BINTI HASSAN 21
17 NOR HAZREENA BINTI MOHAMAD HASHIM 20
18 NURHUDA BINTI AB KARIM 20
19 NASIBAH BINTI ISMAIL 19
20 MARIANA BINTI AYOB 18


Jumaat, 11 Oktober 2013

Team Perpaduan UMNO Jerantut : Team Cikgu Nazlan + Team Wan Amizan

Pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut pada 19 Oktober 2013 ini menyaksikan pertembungan antara team Cikgu Nazlan dan team Wan Amizan . Kedua-dua pihak kini begitu rancak dengan strategi masing-masing . Cikgu Nazlan mencalonkan dirinya sendiri bagi jawatan Ketua Bahagian sedangkan Wan Amizan mencalonkan Tengku Azlan sebagai calon Ketua Bahagian .

Bagi Wan Amizan pertarungan ini amat penting untuk survivor politik beliau . Jika Tengku Lan kalah ditangan Cikgu Nazlan maka harapan Wan Amizan untuk terus bertahan didalam kepimpinan UMNO Jerantut akan berkubur . Sementera bagi Cikgu Nazlan jika kalah pada kali ini beliau masih berpeluang dengan title Ahli Parlimen untuk mencuba lagi pada 2016 atau 2017 nanti . Sedangkan jika Cikgu Nazlan menang maka cengkaman beliau keatas UMNO Jerantut akan semakin kuat dan ini secara langsung akan melemahkan Wan Amizan. Wan Amizan sedaya mungkin cuba melambatkan proses pengambilalihan tampuk kepimpinan UMNO Jerantut oleh Cikgu Nazlan

Semua orang tahu pertembungan politik pada masa ini adalah diantara team Cikgu Nazlan dan team Wan Amizan , Tengku Lan hanyalah proxy kepada Wan Amizan . Pertembungan ini bermula semenjak Cikgu Nazlan dipilih sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut . Wan Amizan melobi Tengku Lan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya demi untuk melemahkan Cikgu Nazlan . Wan Amizan tak berani untuk berdepan secara langsung dengan Cikgu Nazlan . Jadi jalan yang selamat untuk beliau adalah dengan meletakan Tengku Azlan bagi menentang Cikgu Nazlan . Sedangkan sepatutnya Tengku Lan telah menyerahkan jawatan tersebut kepada Cikgu Lan .

Kini hampir semua jentera-jentera veteran UMNO Jerantut yang tidak sehaluan dengan Cikgu Nazlan berada dibelakang Wan Amizan yang berselindung di sebalik Tengku Lan . Sedangkan jentera-jentera muda berada di belakang Cikgu Nazlan. Ahli ahli muda UMNO Jerantut mahukan perubahan di UMNO Jerantut . Mereka mahukan Cikgu Lan mengemudi perubahan tersebut . Mereka tidak boleh harapkan Wan Amizan menerajui perubahan ini walau mereka masih memerlukan Wan Amizan di kerusi Timbalan tapi Ketua Bahagian mereka tetap mahukan Cikgu Nazlan yang mengemudinya. Mereka mahukan check and balance dalam kepimpinan UMNO Jerantut .


Kalau berdasarkan keputusan pilhanraya PRU13 dan PRU12 , jelas menunjukkan bahawa ahli umno dan masyarakat Jerantut telah membuat pilihan siapa yang sepatutnya menerajui UMNO Jerantut . Jelas sekali Cikgu Nazlan berjaya menambah undi untuk UMNO ketika PRU13 berbanding ketika Tengku Lan bertanding . Jelas ahli UMNO dan rakyat menolak Tengku Lan ketika PRU12 telah memberi kembali undi kepada UMNO bila Cikgu nazlan bertanding .

Sedangkan di DUN Tahan yang ditandingi oleh Wan Amizan undi untuk UMNO merosot. Ini jelas menunjukan bahawa ahli UMNO dan rakyat semakin kurang menyokong Wan Amizan.

Secara perbandingan ini jelas bahawa ahli UMNO adalah berdiri teguh di belakang Cikgu Nazlan untuk menerajui perubahan politik di Jerantut dan UMNO Jerantut.

Pertarungan ini juga dilihat sebagai survivor politik diantara orang di hulu dan orang di hilir . Tengku Lan tiada apa-apa dalam hal ini . Riwayat politik Tengku Lan telah lama dikuburkan oleh beliau sendiri . Tengku Lan sendiri yang menguburkan kisah politik dan cita-cita politik beliau . Politik beliau telah berkubur dengan berkuburnya politik Pak Lah. Jika peluang yang diberi kepada beliau semasa menjadi Timbalan Menteri tidak di gunakan dengan bijak untuk membuat sesuatu yang besar untuk Jerantut . Apakah dengan menjawat jawatan Pengerusi Kuantan Port  beliau boleh berbuat sesuatu yang lebih besar untuk Jerantut ?

Terpulang kepada 679 pewakilan UMNO Jerantut untuk membuat pemilihan . 679 akan menentukan hala tuju UMNO Jerantut . Sesungguhnya UMNO Jerantut memerlukan fresh blood untuk menghadapi PAS Jerantut yang semakin muda . UMNO Jerantut memerlukan Cikgu Nazlan . UMNO Jerantut memerlukan Wan Amizan . Jika  blog p81 dipaksa memilih mengikut senarai calon yang akan bertanding  nanti . Inilah pilihan blog81. Piliahan yang tidak berlandaskan kepada team . pilihan yang bertujuan untuk kepentingan UMNO dan rakayat Jerantut . Inilah gandingan mantap yang akan mengekalkan perpaduan UMNO Jerantut.

Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan
Timbalan Ketua Bahagian : Wan Amizan
Naib Ketua Bahagian : Mustapha Maarof
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Pemuda : Mohd Zamri Abd Rahim
Ketua Puteri : Nor Sarfinaz Mohd Azman ( Anak Mantan Ketua Wanita Cikgu Nazilah)


Kombinasi yang cukup mantap . Semua team menang.  Ketua Bahagian seorang guru yang berwawasan , Timbalan seorang adun berpengalaman dan Naib seorang muda generasi Y yang penuh dengan idea-idea baru dan memahami kehendak orang muda. Memang mantap dan akan mengharu birukan PAS Jerantut untuk berhadapan dengan kombinasi mantap ini .

Kita lihat 12 Oktober ini team mana yang menguasai kepimpinan sayap Wanita , Pemuda dan Puteri . Dari situ kita akan boleh agak siapa yang akan menerajui kepimpinan UMNO Jerantut pada 19 Oktober 2013 nanti.



Sabtu, 5 Oktober 2013

PAS Kawasan Jerantut dapat YDP Baru Dan Paling Muda di Pahang iaitu Yohanis !!!


PAS Kawasan Jerantut kini telah mempunyai YDP yang baru hasil pemilihan yang berlangsung pada hari ini 5 Oktober 2013 di KIAS Temin . Ustaz Yohanis  pernah menjadi calon PAS DUN Pulau Tawar dalam PRU13 . Masa untuk berubah . PAS Jerantut perlukan perubahan . PAS Jerntut perlukan idea-idea baru . PAS Jerantut perlukan tenaga baru .

Inilah dia orangnya yang akan sentiasa berada dalam bayangan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sepanjang 10 tahun akan datang . Kenapa 10 tahun ? Yohanis masih muda , umurnya baru 35 tahun , beliau mampu mengariskan halatuju untuk PAS Jerantut untuk 10 tahun akan datang . Wawasan beliau adalah wawasan jangka panjang . Bermula tahun 2014 sebagai tahun menawan Jerantut . Setiap rumah ahli pas juga akan dipastikan melanggan Harakah sebagai sumber maklumat utama parti dan dewan dewan utama seperti Pemuda , Ulamak dan Muslimat akan diperkasakan disamping program tarbiyah akan diperkasakan . Beliau ada di Jerantut beliau menetap di Jerantut , sudah tentu senang untuk beliau mengerakkan wawasan dan mengerakkan jentera beliau .

Terima kasih kepada Dr Hamzah Jaafar yang telah menginfakkan diri beliau sejak beberapa tahun bermula sebagai AJK kemudian setiausaha dan seterusnya sebagai Timbalan dan pada tahun 2007 sebagai YDP . Dr Hamzah juga menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri pahang sejak beberapa tahun yang lepas .

Terima kasih arwah YB Malek Yusof yang telah menaikkan nama PAS Jerantut di persada negeri Pahang sebagai Naib YDP Pas Jerantut  kemudian sebagai YDP PAS Jerantut dan pernah menjadi Setiausaha PAS Negeri Pahang sebelum tahun 2000 dulu .

Terima kasih kepada arwah Tuan Haji Husin Said dan jawatankuasanya yang membawa  PAS ke Jerantut dengan cawangan pertama Tebing Tinggi pada 1958. Terima kasih kepada Abd Moin Said yang sudi menjadi calon PAS pertama bertanding di DUN Jerantut pada tahun 1959 . Terima kasih kepada Hamzah Dahaman orang yang menjadi calon Bebas DUN Jerantut  melawan Perikatan dalam tahun 1955 , Terima kasih kepada Solahuddin Mohd Ali yang menajdi calon PAS pada tahun 1964 (dun) dan 1969 (dun) dan 1978 (parlimen) . Terima kasih kepada Abdul Wahab Imam Sulong yang menjadi calon PAS pertama parlimen Jerantut pada tahun 1974 . Dan tak lupa kepada Syed Ibrahim yang menjadi calon PAS parlimen Jerantut dari tahun 1982 , 1986 , 1990 , 1995 dan 1999.

Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar Talib yang berjaya menyusun gerak kerja yang tersusun sehingga berjaya mendaftarkan PAS Kawasan Jerantut di ROS secara rasmi pada 26 Januari 1988 .

Terima kasih kepada Syed Ibrahim Syed Abd Rahman dan barisan AJK nya yang berjaya mengerakan PAS Kawasan Jerantut sebagai barisan jawatankuasa pertama PAS Kawasan Jerantut yang dipilih dalam mesyuarat Agong Pertama pada 28 Februari 1988 .

Semua barisan kepimpinan PAS Jerantut bermula dengan dipimpin oleh orang muda dan kini tiba giliran Yohanis sebagai orang muda memimpin PAS Kawasan Jerantut . 

Jerantut dan Temerloh memang sejak sebelum merdeka terkenal mempunyai orang muda yang hebat dalam mencetuskan gerakan gerakan reformasi . PAS Jerantut telah diketuai oleh 4 YDP dengan 2 dari golongan lulusan sekolah inggeris dan dua dari lulusan sekolah kebangsaan . YDP pertama adalah peguam lulusan London , YDP kedua adalah aktivis lulusan sekolah Inggeris , YDP ketiga pensyarah lulusan Al Azhar dan YDP sekarang adalah aktivis lulusan Al Azhar . 

Semoga PAS Jerantut dibawah kepimpina Ustaz Yohanis akan terus maju . Tahniah dan Takziah dari blog p81 kepada kepimpinan baru PAS Jerantut.

YDP : Yohanis Ahmad
TYDP : Yousliyddy Desa
NYDP : Abdul Rahman Teh
Ketua Urusan Ulamak : Alias Mahmud
Ketua Pemuda : Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Muslimat : Roskhainuazmani Razab

Dan tahniah dan takziah juga kepada Mohamed Wahid yang berjaya membuat comeback pada usia 52 tahun ke pesada kepimpinan PAS Kawasan Jerantut sebagai AJK kawasan . Untuk pengetahuan Mohamed Wahid adalah salah seorang barisan AJK Jawantankuasa Penaja Penubuhan PAS Kawasan Jerantut pada tahun 1988 dahulu . Pada ketika itu beliau adalah ajk pas yang paling muda dalam jawatankuasa tersebut iaitu berumur dalam 26 tahun . Beliau memang benar benar seorang aktivis PAS .

Yohanis dilahirkan di Kg. Kedondong, Pulau Tawar (1978). Graduan Universiti Al Azhar dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Dakwah (Hadis).Berpengalaman sebagai Pengurus Pentadbiran Firma Guaman MK Othman & Co, KL dan Trainer di East Management & Consultant KL. Pen. SU Lajnah Tanah PAS Pusat, Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pahang, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Pahang (ANAK) dan bekas Setiusaha PERKIM Selayang Baru.

Siapa pula yang akan menerajui UMNO Bahagian Jerantut ? Kita tunggu 26 Oktober 2013 nanti. Adakah Team Wan Amizan akan kekal atau Team Cikgu Nazlan akan menerajuinya ? Kenapa blog p81 tak kata team Tengku Lan . Sebab Tengku Lan hanyalah proxy kenapa Wan Amizan dalam politik Jerantut muktahir ini . Wan Amizan seorang ahli politik yang bijak . Beliau seperti Najib yang bijak mengatur langkah . Diam diam kucing . Ada peluang cekau . Cikgu Nazlan gelojoh tak sabar . Tapi kekadang orang gelojoh yang menang bila ada isu besar yang tidak dapat ditanggani dengan berkesan oleh pihak lawan . Nasib lah !!!!

Sebagai kenangan inilah calon calon yang pernah bertanding mewakili PAS di DUN dalam Parlimen Jerantut :


Khamis, 3 Oktober 2013

Mesyuarat Parti : Kempen UMNO Bahagian Jerantut vs Kempen PAS Kawasan Jerantut

Bulan Oktober ni penuh dengan kempen-kempen politik dalaman parti masing-masing di Jerantut . Ahli dan bakal pimpinan MCA , MIC . UMNO , PAS  tengah sibuk berkempen . Segala tenaga dikerahkan untuk memenangkan calon pilihan masing-masing . Siapa yang menang kali ini ada harapan dicalonkan dalam PRU-14 nanti sebagai calon parlimen dan dun bagi parti masing-masing .

Pemerhatian blog p81 melihat terdapat 2 kem didalam UMNO Bahagian Jerantut sekarang . Satu Kem diketuai oleh Wan Amizan dan satu lagi diketuai oleh Cikgu Nazlan . 

Begini pertandingannya :

Ketua Bahagian : Tengku Lan (penyandang) lawan Cikgu Nazlan
Timbalan Ketua Bahagian : Wan Amizan (penyandang) lawan Dr Shukri
Naib Ketua Bahagian : Nazri (penyandang) lwn  Mustafa Maarof lwn Ahmad Jaafar

Siapa agaknya yang akan menang ?

Jangan lupa PAS juga akan mengadakan mesyuarat agong nya pada 5 Oktober ini . Dengar khabarnya Dr Hamzah tidak lagi bertanding dan akan diganti dengan calon lain . Sape agaknya yang akan menerajui PAS Kawasan Jerantut . Bagaimana pula dengan calon Timbalan YDP adakah akan kekal menjadi milik penyandang sekarang atau akan ada pertandingan . Begitu juga dengan jawatan Naib YDP siapa agaknya yang akan bertanding . Ketua Pemuda dengarnya masih disandang oleh calon PAS dun Pulau Tawar , Yohanis . dengar Ustaz Zakhwan akan bertanding jawatan Naib YDP. 

Ribut juga bertiup kencang bahawa bekas calon PAS dun Pulau Tawar yang juga bekas Setiausaha dan bekas Naib YDP Kawasan Jerantut iaitu saudara Mohamed Wahid atau lebih dikenali sebagai Abg Mat atau Mat Wahid ingin kembali kedalam kepimpian PAS Kawasan Jerantut setelah lama menyepi . Menurut maklumat yang diperolehi Mat Wahid yang selama ini agak tidak sehaluan dengan YDP dalam beberapa keputusan politik ingin kembali membantu PAS Kawasan Jerantut sebagai ahli jawatankuasa PAS Kawasan . 

Walaupun Mat Wahid telah lama tidak aktif dalam PAS Kawasan Jerantut sebagai tetapi menurut sumber yang rapat dengan beliau , beliau masih sayangkan PAS Kawasan Jerantut dan semasa PRU-13 yang lalu beliau adalah antara pengerak utama dibelakang takbir .

Ramai Ahli PAS Jerantut yang memang mengharapkan Mat Wahid kembali aktif didalam PAS Kawasan Jerantut kerana menurut sumber tersebut beliau adalah antara pengerak utama PAS Jerantut sejak sebelum zaman reformasi lagi . Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda  dan bertindak berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk bekerja sepenuh masa dengan PAS Kawasan Jerantut . Menurut sumber itu lagi Mat Wahid mempunyai ilmu politik yang tinggi dan masih disanjungi kepimpinan dan ilmu politiknya oleh ramai pimpinan UMNO Bahagian seperti Dr Shukri , Cikgu Nazlan , Wan Amizan dan Tengku Lan .

Menurut sumber itu lagi PAS Jerantut memerlukan pemimpin seperti Mat Wahid yang amat memahami selok belok politik Jerantut . Beliau juga masih lagi muda dan bertenaga untuk bergerak aktif didalam kawasan Jerantut .

Menurut sumber itu lagi Mat Wahid masih merahsiakan lagi jawatan yang ingin ditandingi olehnya . Tapi menurut sumber lain yang diperolehi oleh blog p81 . Mat Wahid mungkin hanya akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa bagi sesi ini jika ada pencalonan dari cawangan . Bagaimanapun ada juga desas desus yang mengatakan bahawa terdapat cawangan yang mencalonkan Mat Wahid bagi jawatan Naib YDP . 

Jadi kembali kepada jawatan YDP Pas Kawasan Jerantut . Benarkah Dr Hamzah tidak mempertahankan YDP pada kali ini . Jika benar . Siapakah yang mengantikan beliau . Adakah dari kempimpinan sedia ada atau pemimpin luar dibawa masuk kedalam kepimpinan PAS Kawasan. Kita tunggu sahaja 5 Oktober ini .
Sementara itu kedua-dua kem Wan Amizan dan kem Cikgu Nazlan terus berkempen bagi meraih sokongan dari pewakilan cawangan . Kalaulah Blog p81 diberi pilihan untun memilih  calon , berikut adalah senarai p81 :

Sesi 2013
Ketua Bahagian : Tengku Lan
Timbalan : Wan Amizan
Naib Ketua : Cikgu Nazlan

Sesi 2016
Ketua Bahagian : Cikgu Lan
Timbalan : Calon Baru
Naib Ketua : Calon Baru

Semoga semua calon PAS dan UMNO  berjaya dan menjalankan khidmat yang berkesan kepada rakyat.