Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 28 November 2011

Khalid Ibrahim: Tunjukkan Pakatan Rakyat mampu tadbir Pahang

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan formula mudah untuk Pakatan Rakyat menawan hati pengundi Pahang – tunjukkan bahawa parti itu mampu mentadbir negeri berkenaan dengan lebih baik tanpa rasuah.

Katanya, Pakatan Rakyat tidak akan dapat meraih simpati pengundi Pahang dengan hanya menghamburkan cercaan ke atas Umno.

"Kita kata dia juga penyamun penyangak itu tidak akan selesai. Kita mesti tunjukkan dalam dasar Selangor berapa peratus rakyat melayu yang mendapat (keuntungan)," katanya hari ini.

Katanya lagi, rakyat juga perlu diberitahu bahawa pentadbiran yang baik masih boleh dicapai tanpa Umno.

"Pakatan Rakyat akan menjalankan tugas itu dengan lebih baik. Saya berasaskan kepada dua prinsip – pertama kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa kita punya 'delivery' (penyampaian) untuk tunjukkan hasil.

"Selepas penyampaian, kita mesti buktikan kepada mereka kita boleh dipercayai. 'Anda boleh percaya kepada kita sebab kita boleh laksanakan.

"Tiga tahun sembilan bulan kita buktikan pengurusan di Selangor, kita laksanakan. Itu sebab saya berani bersalam dengan saudara sebab saya percaya pada diri saya, saya buat apa yang terbaik untuk saudara," tambahnya.

Katanya lagi, prestasi berkenaan boleh dilihat melalui belanjawan lebihan yang berjaya dirangka Pakatan Selangor, termasuk lebihan yang direkodkan oleh Menteri Besar Incorporated sebanyak RM600 juta.

"Malah saya sanggup peruntuk RM15 juta untuk nyatakan kepada Umno kalau ada kita lakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, ini duitnya untuk kita bagi hadiah cari kesalahan tersebut.

""Umno takut dengan perkara ini yang tunjukkan reformasi kita. Jadi percayalah kita boleh pergi ke Pahang dan kita boleh beritahu orang Pahang, reformasi akan diteruskan di Pahang.

"Reformasi akan lebih mantap di Pahang " katanya

"Kalau pasukan kita diberi mandat di Pahang, dalam masa dua tahun, Pahang akan lebih baik ," katanya lagi.

Ahad, 27 November 2011

1433H Pemimpin Politik Jerantut Muahasabh Diri Hari Ini

Salam .

Hari ini saya perlu muhasabah diri kenangkan kembali apa yang telah saya lakukan sepanjang tahun 1432H dulu . Hari ini juga saya perlu buat pelan tindakan dan membuat checklist untuk aktiviti sepanjang tahun 1433H pula . Hari ini saya perlu tetapkan apakah KPI yang ingin saya capai dalam tahun 1433H nanti . Hari ini juga saya akan semak balik apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin setempat saya sepanjang hampir 4 tahun lepas . Apakah pemimpin tempat saya telah melaksanakan segala amanah yang telah di diberikan kepada beliau oleh majoriti rakyat dalam pilihanraya lepas . Amanah tidak bermakna pemberian wang ringgit . Amanah ialah apakah beliau mendengar keluhan rakyat dan mengajukan kepada kerajaan . Itulah sebenarnya amanah seorang pemimpin yang dipilih . Berusaha keras menyelesaikan masalah masyarakat dengan bantuan kerajaan . Pemipin tak perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu rakyat . Pemimpin tidak perlu sehingga terpaksa mendapatkan kontrek untuk dirinya untuk membantu rakyat , pemimpin tak perlu mendapatkan konsesi balak untuk memenuhkan kantung poket nya bagi membantu rakyat . Dan rakyat pula janganlah terlalu mengharapkan duit dari pemimpin . Jika rakyat terlalu mengharapkan pemimpin mengeluarkan duit dari poketnya sendiri untuk membantu rakyat dan pemipin tersebut terpaksa mendapatkan duit dengan cara yang tidak halal sseperti rasuah maka rakayat juga terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti rasuah pemimpin mereka .

Jumaat, 25 November 2011

Banyak Projek Sakit di Pahang, pendedahan Ketua Audit



Banyak Projek Sakit di Pahang, pendedahan Ketua Audit



Begitu banyak kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk negeri Pahang. Dari projek perumahan rakyat yang banyak projek sakit dan lambat siap, rugi RM12 Juta. Pengurusan air rugi RM65 Juta. Royalti pasir rugi RM3.23 Juta. Yelah negeri Pahang, tempat Perdana Menteri, kawasan selamat UMNO lah katakan.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

TV1, TV3, Utusan, Berita Harian takkan berani dedah laporan Ketua Audit untuk Johor, Pahang dan Melaka, PENGECUT ! Pembela Melayu konon.

***************
Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) di Pahang banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO. Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta dan menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta.

Pengurusan Air Tidak Berhasil NRW kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008

Hilang hasil daripada royalti pasir berjumlah RM3.23 juta. Aktiviti perlombongan pasir telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

Pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi.

Tahap pengurusan program pemberimilikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut.

Pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai rumah rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat.

***************

BAHAGIAN I – AKTIVITI JABATAN/AGENSI

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang - Pelaksanaan Dan Pengagihan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki

Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) dilaksanakan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri yang termampu, selesa dan selamat. Jabatan Perumahan Negara (JPN), Wilayah Timur Pahang bertanggungjawab melaksanakan projek PPRM manakala Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bertanggungjawab menguruskan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. Pelaksanaan projek PPRM secara keseluruhannya menghadapi banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO. Masalah ini adalah disebabkan ketidakcekapan Juruperunding dan kontraktor dalam melaksana serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan projek dengan berkesan. Akibatnya pihak Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta yang sepatutnya boleh dielakkan. Selain itu, proses penawaran rumah yang memakan masa lama telah mengakibatkan pemohon lewat dapat menduduki rumah. Manakala rumah yang terbiar kosong untuk tempoh yang lama mengakibatkan pihak Kerajaan terpaksa menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta.

2. Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang - Pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut Terhadap Agensi Kerajaan Negeri Pahang

Pinjaman Boleh Dituntut adalah merupakan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menggunakan sumber Kerajaan Negeri atau pinjaman yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan. Pinjaman yang diberi diperoleh daripada tiga sumber iaitu Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Pembangunan (termasuk juga pinjaman yang dibuat daripada Kerajaan Persekutuan) dan Kumpulan Wang Amanah. Had peruntukan pinjaman adalah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sehingga akhir tahun 2009, baki Pinjaman Boleh Dituntut bagi Agensi dan PBT di Negeri Pahang telah mencatatkan kenaikan sedikit sejumlah RM1.03 juta atau 0.4% daripada RM239.57 juta pada tahun 2008 kepada RM240.60 juta. Secara keseluruhannya, pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut adalah tidak memuaskan disebabkan bayaran balik pinjaman oleh Agensi dan PBT yang tidak mengikut syarat perjanjian. Selain itu, kekurangan penguatkuasaan terhadap Agensi dan PBT yang tidak mematuhi atau telah ingkar kepada syarat–syarat perjanjian juga menyebabkan tunggakan baki bayaran balik pinjaman boleh dituntut semakin meningkat. Kesan daripada ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang semakin meningkat kepada Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini seterusnya menjejaskan perancangan pembangunan ekonomi Kerajaan Negeri dalam memastikan ia mencapai matlamat seperti yang telah ditetapkan di dalam Bajet Tahunan Kerajaan Negeri yang telah diluluskan.

3. Jabatan Pertanian Negeri Pahang - Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Di Kampung Awah, Maran

Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani di Kampung Awah, Maran telah mula dirancang untuk dilaksanakan di bawah RMKe-9. Projek ini merupakan projek Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang. Pembinaan Akademi Usahawan Tani bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta progresif bagi membawa industri pertanian lebih maju dan berdaya saing. Projek pembinaan Fasa 1 telah disiapkan pada 18 Oktober 2006 dengan kos berjumlah RM6.86 juta. Manakala, tarikh siap projek Fasa 2 mengikut kontrak adalah pada 16 April 2010 dengan kos berjumlah RM2.53 juta. Secara keseluruhannya, tahap pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi. Selain itu, ketiadaan perancangan awal yang teliti telah menyebabkan banyak pengubahsuaian dilakukan setelah projek siap dilaksanakan dan pihak kontraktor juga telah menggunakan Table Tender Drawing dan bukan Construction Drawing sebagai rujukan semasa menjalankan kerja pembinaan.

4. Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong - Pengurusan Pemberimilikan Tanah

Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah merupakan Agensi utama yang bertanggungjawab terhadap semua aspek pentadbiran tanah dan pembangunan daerah di Pentadbiran Daerah Bentong. Tanggungjawab utama Pejabat ini adalah merancang pembangunan tanah, pemberian hak milik tanah selain menguatkuasakan undang-undang, pungutan cukai dan hasil berkaitan tanah. Daerah Bentong telah dibahagikan kepada 3 Mukim iaitu Bentong, Sabai dan Pelangai dengan jumlah keluasan 183,112 hektar. Jumlah hak milik tanah di Daerah Bentong pada tahun 2009 adalah sebanyak 42,988. Secara keseluruhannya, tahap pengurusan program pemberimilikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut. Selain itu, prestasi Pegawai Petempatan juga kurang memuaskan kerana tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Arahan Pentadbiran Tanah Negeri.

5. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pahang - Pengurusan Aktiviti Pengambilan Pasir Sungai Dan Kesannya Kepada Alam Sekitar

Pengusaha pasir perlu memohon dan mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan tidak memberi impak negatif terhadap alam sekitar. Kegagalan pengusaha memohon untuk mengambil pasir di Kuala Sungai Miang telah menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil daripada royalti berjumlah RM3.23 juta. Selain itu, kegagalan pengusaha mematuhi syarat yang ditetapkan telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, perubahan kepada regime sungai sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

6. Jabatan Kehakiman Syariah Pahang - Pengurusan Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah Negeri Pahang

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (Jabatan) telah ditubuhkan pada 19 Januari 1995 yang sebelum itu dikenali sebagai Mahkamah Qadhi di Jabatan Agama Islam Pahang. Jabatan ini bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutuskan kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan di dalam pengurusan Kes Mal dan Kes Jenayah. Jabatan ini mempunyai dua Mahkamah Tinggi Syariah dan 12 Mahkamah Rendah Syariah di seluruh Negeri Pahang. Berdasarkan Laporan Statistik e-Syariah pada tahun 2009, sebanyak 4,610 Kes Mal dan Jenayah telah didaftarkan dan sebanyak 2,301 (49.9%) belum selesai perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang. Secara keseluruhannya, pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya.

7. Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang - Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW)

Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water (NRW)) adalah jumlah kuantiti air yang
disalurkan ke dalam sistem agihan tetapi tidak memberi pulangan hasil kepada agensi yang menguruskan bekalan air. Melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9), Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA Pahang) telah diberi peruntukan sejumlah RM150.34 juta untuk melaksanakan program bagi mengurangkan NRW. Sehingga akhir tahun 2009, sejumlah RM121.03 juta (80.5%) telah dibelanjakan termasuk RM6.20 juta untuk projek bukan NRW. Secara keseluruhannya, pengurusan NRW di Negeri Pahang adalah kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008, dua meter pengeluaran yang dibeli pada tahun 2003 tidak dipasang dan meter yang dipasang sukar dibaca. Selain itu, pemantauan terhadap penggunaan tanpa kebenaran tidak dijalankan menyebabkan banyak berlaku kes kecurian air.

8. Majlis Perbandaran Bentong - Pengurusan Premis Perniagaan

Pengurusan premis perniagaan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Bentong (Majlis). Sehingga akhir tahun 2009, Majlis mempunyai 1,974 pegangan premis perniagaan yang terdiri daripada rumah kedai jenis teres, bangunan kedai sesebuah dan lot perniagaan dalam kompleks perniagaan. Secara keseluruhannya, pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai rumah rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat. Selain itu kaedah kutipan tunggakan sewa kurang berkesan manakala promosi kurang dijalankan.

BAHAGIAN II – PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

9. LKPP Corporation Sdn. Bhd.
LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB) telah memulakan operasinya pada 1 Mac 1994 dengan modal saham dibenarkan berjumlah RM50 juta dan modal saham berbayarnya setakat ini sejumlah RM49.46 juta. LCSB merupakan syarikat subsidiari kepada Agensi Kerajaan Negeri Pahang iaitu Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) dengan 100% modal saham berbayarnya adalah dimiliki oleh LKPP. Visi syarikat adalah sebagai peneraju utama dalam pembangunan industri pertanian dan industri pemprosesan yang berkaitan seperti pengurusan ladang, pemprosesan minyak sawit, pelancongan tani dan penternakan. Secara keseluruhannya pengurusan syarikat LCSB adalah baik. Prestasi kewangan syarikat berada pada kedudukan yang kukuh dan prestasi aktiviti juga adalah baik. Namun pengurusan tadbir urus korporat syarikat perlulah dipertingkatkan bagi menjadikan LCSB sebagai syarikat yang lebih berdaya saing dan membawa keuntungan yang tinggi kepada syarikat serta menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi Negeri Pahang.

10. LKPP Padi Sdn. Bhd.
LKPP Padi Sdn. Bhd. (LPSB) merupakan syarikat subsidiari kepada Agensi Kerajaan Negeri Pahang iaitu Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) yang memiliki 100% modal berbayarnya. LPSB telah ditubuhkan pada 28 Jun 1995 dengan modal dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayarnya setakat ini sejumlah RM5 juta. Penubuhan LPSB adalah bertujuan untuk membangunkan sawah komersial di kawasan tanah terbiar terutama di Daerah Rompin. Dalam mempelbagaikan aktivitinya LPSB juga terlibat dalam aktiviti pengeluaran ikan air tawar yang diusahakan secara sewaan kolam dan perladangan kelapa sawit yang diuruskan oleh syarikat subsidiari LKPP iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd.. Secara keseluruhannya, pengurusan syarikat LPSB adalah memuaskan. Prestasi kewangan syarikat adalah kukuh dan prestasi aktiviti juga adalah semakin meningkat dan membawa keuntungan kepada syarikat. Bagaimanapun, pengurusan tadbir urus korporat syarikat hendaklah dilaksanakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan dan secara lebih berhemat bagi menjadikan LPSB sebagai sebuah syarikat yang lebih berdaya saing.

11. PKNP Mineral Industries Sdn. Bhd.
PKNP Mineral Industries Sdn. Bhd. (PMISB) merupakan syarikat subsidiari kepada Agensi Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan modal dibenarkan berjumlah RM100,000 dan modal berbayarnya setakat ini sejumlah RM2 dimiliki sepenuhnya oleh PKNP. Pada awalnya, PMISB dikenali sebagai BIM Land Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan pada 13 Januari 1999 bagi memegang hartanah yang dimiliki oleh PKNP di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Pada 27 April 2007, nama syarikat telah ditukar kepada PMISB setelah melibatkan diri dalam industri perlombongan bijih besi bagi pihak PKNP. Aktiviti utama PMISB adalah jualan hartanah dan perlombongan bijih besi dalam bentukusaha sama bagi pihak PKNP dengan beberapa syarikat yang diberi hak untuk melombong di tanah milik PKNP. Secara keseluruhannya, pengurusan syarikat PMISB adalah kurang memuaskan. Syarikat ini diwujudkan pada asalnya untuk menjalankan aktiviti berkaitan hartanah, namun syarikat telah mengalami kerugian daripada aktiviti ini. Kemudian syarikat beralih pula kepada aktiviti perlombongan bijih besi secara usaha sama dengan syarikat bersekutu. Syarikat telah menerima dividen daripada pelaburannya dalam aktiviti perlombongan bijih besi ini. Walaupun syarikat telah ditubuhkan melebihi tempoh 10 tahun, namun syarikat masih belum mempunyai struktur pengurusannya sendiri.

Semua laporan diatas bukanlah Laporan Audit 2010 tapi adalah laporan Audit tahun 2009 . Sengaja p81 paparkan balik ulasan laporan Audit 2010 untuk mendapat maklubalas adakah semua laporan audit tahun 2009 dulu telah diambil tindakan oleh agensi berkaitan

Rabu, 23 November 2011

Nasib Baik Aku Duduk Kat Jerantut Bukan Kelantan.

Salam . Apa khbar orang Jerantut ? Dah minum air pagi ini ? Air tea ke air suam . Kurangkanlah minum air manis-manis supaya kuranglah sikit orang jerantut dapat kencing manis . Ni nak bagi tahu ni kita patut bersyukor kerana Jerantut ini duduk di negeri Pahang bukan di Kelantan . kalau di Kelantan lagi banyak penyakit yang kita dapat sebab mengikut laporan2 ekslusif dalam UTUSAN MALAYSIA dalam seminggu dua ini . Air di Kelantan teruk dicemari oleh E-Coli . EColi ini amat merbahaya kepada kesihatan kita . Dan Hari ini dalam UTUSAN MALAYSIA (lihat kat bawak) juga satu lagi laporan eksklusif mengatakan disebabkan air maka 95% kanak-kanak Kelantan mengamali kerosakan gigi . Nasib baik kita duduk kat Jerantut kan sebab Jerantut dalam negeri Pahang maka semua gigi-gigi kanak-kanak di jerantut sihat-sihat belaka . Cuba lihat gigi anak-anak kita sihat kan ? sebab kita duduk di Pahang bukan Kelantan . kalau di Kelatan pasti gigi anak anak kita rongak dan berlubang-lubang kan ?

BERITA UTAMA

95% kanak-kanak Kelantan rosak gigi

PERBEZAAN gigi kanak-kanak yang sihat dan kekurangan fluorida di Wakaf Baru, Kelantan.


RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air.
Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus.
Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai. Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus.
Kementerian Kesihatan menetapkan julat kandungan florida dalam air 0.4 hingga 0.6 ppm. Malangnya, sejak 2006 sehingga kini, jumlah penduduk Kelantan yang menerima air terawat berflorida berkurangan.
Siri 4 dan terakhir Laporan Khas Utusan Malaysia berkaitan kualiti air di Kelantan oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar, MOHD. NAIM AZIZ ini mengupas mengenai isu ini dan juga reaksi pihak-pihak berkaitan.

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.
Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.
Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.

 


Namun begitu, mengikut satu dokumen yang didedahkan, Kelantan bukanlah satu-satunya negeri yang bekalan airnya tercemar oleh bakteria Ecoli, malah negeri lain juga begitu.

Satu dokumen laporan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN mendedahkan bahawa bekalan air di Negeri Perlis memiliki kadar pencemaran bakteria Ecoli yang paling tinggi dalam negara iaitu 1.21% diikuti Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Kelantan (0.88%) dan Johor (0.55%).



Negeri Perdana Menteri, iaitu negeri Pahang sendiri memiliki pencemaran bakteri Ecoli dalam bekalan air yang lebih tinggi berbanding negeri Kelantan. Namun Utusan Malaysia hanya tahu melaporkan pencemaran di negeri Kelantan sahaja.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/ecoli-dalam-air-kelantan-propaganda.html#ixzz1eV2IKRIE

Isnin, 21 November 2011

Mudik Ke Ulu - Mat Daling

 

13
Pondok telefon untuk kegunaan penduduk kampung mat daling?
12
Paip bomba yang tinggal kepala sahaja. Banagin badannya telah dimakan tanah.
08
Jalan simen bukan jalan tar.
07
Kelinik kesihatan.
06
Barang lama yang menjadi tinggalan bersejarah untuk penduduk kampung Mat Daling.
05
Papan tanda semalat datang ke kampung Mat Daling yang disediakan oleh Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Jerantut Pahang.
04
Lelaki perempuan tuan muda semuanya perlu ada kemahiran mengalah perahu.

03 Dayung, dayung, sampan.

02 Orang lama keturunan Wan Hulu Tembeling.


Piring Astro menggunakan kerusi plastik biru sebagai kaki. Dikampung Bukit Mat Daling keusi plastik banyak gunanya
 

Satu lagi jeti semen di kampung bukit mat daling.


Rumah lama yang menggunakan tangga simen.


Rumah lama yang telah tidak digunakan lagi di kampung bukit mat daling.


Jeti simen dikampung bukit mat daling.


Satu lagi keadah meletakkan piring Astro yang digunakan oleh penduduk kampung bukit mat daling.


Laluan bersimen dalam kampung bukit mat daling.


Tandas awam kampung bukit mat daling?


Surau lama kampung bukit mat daling.


Anak-anak kampung bukit mat daling. Malu-malu semasa diambil gambar.
 

Budak-budak bermain rakit

 


Bilik Gerakan JKKK Kampung Bukit Mat Daling.


Telaga yang yang sering menjadi punca bekalan air semasa bekalan air terputus.


Bentuk perahu yang masih digunakan oleh penduduk kampung bukit mat daling.



Perahu oh perahu.


Jeti semen.
 

Kulat.


Menjemur baju di pagar sekolah.


Pelbagai barangan ada dijual di kedai kampung ini.


Peniaga kedai ini amat menyanyangi kampung mat daling.


Terbenam dalam tanah.


Perahu yang menjadi kenderaan utama untuk penduduk kampung bukit mat daling.


Motosikal ini mengambil mas 8 jam untuk sampai ke kampung bukit mat daling melalui jalan darat. Perjalanan motosikal ini telah menempuh banyak anak-anak sungai dan sungguh mencabar.


motosikal biasa yang digunakan untuk perjalanan darat ke kampung bukit mat daling. Tayar motosikal ini terpaksa ditukar bagi membolehkan motosikal ini melalui perjalanan yang sukar untuk sampai ke kampung bukit mat daling.


Wan Muluk, anak saudara Wan Kamaludin (bekas Penolong Pegawai Daerah Bera) di temui di masjid kampung bukit mat daling. Wan Muluk telah lama menetap di Terangganu. Tetapi kerap kali balik ke kampung bukit mat daling bagi menyelesaikan pelbagai urusan keluarga dan masyarakat.

  

Banyak cerita yang boelh diceritakan. Termasuklah kelohan penduduk kampung bukit mat daling.

 
Orang lama yang keluarga wan yang pandai bersilat.


Rumah tinggal yang masih elok. Sesuai dijadikan rumah untuk 'homestay' bagi pelawat ke kampung bukit mat daling.


JEBAK masih digunakan lagi.


Orang lama bukan keluarga wan.

Persembahan silak yang dipertontokan kepada penduduk kampung dan orang luar semasa majlis persandingan antara anak orang kampung bukit mat daling dengan anak peneroka felda rentam bera pahang.
04
03
02
01


BLOG ASAL LAMAN PAHANG