Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 14 November 2013

Kemana Hala Tuju Anak Anda Selepas UPSR ?

Sebelum keputusan UPSR keluar, memang merisaukan. Berapa A? Atau, tak ada A? Begitu juga PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama bagi Selangor) , UPSRA (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama bagi Wilayah) , UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA di Tahun 5 korikulum JAKIM) . Berapa peratus? Mumtaz? Jayid Jiddan? Jayid? Maqbul? Kini, bila semua keputusan dah diketahui. Lain pula kerisauan yang timbul. Nak sekolah mana pulak?

Bagi yang tidak mendapat 5A, pintu ke asrama penuh anggap sahaja dah tutup rapat. Biarpun disertakan dengan sijil kokurikulum peringkat negeri , negara, daerah dan sekolah yang jumlahnya mencecah 20 keping kesemuanya, dengan keputusan UPSR sebegitu tidak membawa erti apa-apa. MRSM awal-awal hanya membenarkan PIN dibeli oleh mereka yang dapat 5A. Sedikit aneh, MRSM pelajar yang tak cemerlang kokurikulum pun masih boleh meloloskan dirinya masuk.

Saya akur dengan hukum manusia, siapa yang cemerlang dialah yang gemilang. Sekolah elit biarpun semakin banyak dibina khas untuk mereka yang sebegitu namun sehingga kini ia masih tidak dapat menampung sejumlah 42,464 orang calon yang dapat straight A's. Di Pahang sendiri 11% mendapat staraight A . Selebihnya cari sekolah-sekolah harian atau ada yang masih bernasib baik dapat KRK (Kelas Rancangan Khas).

Adakah trend mengumpulkan semua pelajar cerdik didalam satu sekolah adalah kaedah yang baik ? Bagaimana nasib pelajar yang kurang baik ? Bukankah adalah lebih baik mengumpulkan pelajar yang cemerlang dengan agak kurang cemerlang didalam satu kelas dan pelajar yang cemerlang ini boleh membantu pelajar yang kurang cemerlang ini untuk sama-sama menjadi pelajar yang cemerlang ? Jika sistem ini berterusan adakah ianya akan memberi kesan kepada generasi masa depan ? Tak semestinya pelajar yang 5A lebih baik dari yang 3A2B . Kalau dilihat dari markah mungkin pelajar 3A itu memperolehi peratus 95% dalam semua pelajaran A nya da 79% dalam pelajaran B nya sedangkan yang dapat 5A itu mungkin ada yang dapat hanya 80% dalam A nya .

Mungkin sistem kemasukan ke sekolah berasrama dan agama perlu dikaji semula . Di Pahang Sekolah Menengah Agama Negeri masih lagi menjadi sekolah pilihan kedua atau ke tiga oleh pelajar cemerlang . Inisiatif dan pembaikan perlu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk memastikan SMA menjadi pilihan utama pelajar cemerlang . Jika suatu hari nanti SMA menjadi pilihan utama pelajar cemerlang jangan pula dinafikan pelajar yang tidak cemerlang untuk belajar di SMA . 

Di Selangor dan Wilayah kini Sekolah Agama Menengah menjadi rebutan pelajar dengan syarat kemasukan yang sangat ketat dengan sekurang-kurangnya mencapai markah keseluruhan 85% dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan 4A dalam UPSR. Sistem ini juga tidak elok kerana ramai pelajar yang berminat dalam bidang agama tetapi tidak cemerlang dalam UPSR tidak layak memasuki sekolah ini . Tapi dari segi positive nya banyak golongan profesional seperti doktor , engineer , akauntan daln lain-lain profesional lahir dari kalangan pelajar sekolah agama di selangor dan wilayah .

Sistem peperiksaan kemasukan ke sekolah agama yang dilakukan oleh SMA di Pahang sekarang sudah bagus. Tahniah kepada SMA kerana telah mengujudkan kelas tahfiz didalam SMAsejak beberapa tahun lepas . Untuk SMA diperkasakan lagi SMA Pahang perlu wujudkan kelas aliran sains bagi menarik lebih ramai pelajar cemerlang ke SMA . Mungkin YB Ahli Parlimen boleh mulakan melobi untuk kelas aliran sains di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar ?

Berkaitan dengan UPSR pula tahniah lagi sekali kepada Sekolah Kebangsaan Temin kerana menjadi sekolah cemerlang lagi sekali di Jerantut . Tak silap 36 pelajar mendapat straight A dalam UPSR 2013. Adakah KPI sekolah tersebut tercapai dengan jumlah pelajar cemerlang seramai itu ?

Ada dua KPI perlu dicapai oleh setiap guru besar dan sekolah iaitu :

1. Jumlah straight 'A'
2. Peratus kelulusan

Bagi mencapai dua KPI ini kebanyakan sekolah (tidak semua) akan mengambil pendekatan berikut berdasarkan ujian percubaan UPSR tahun tersebut :

1. Beri tumpuan yang lebih kepada pelajar yang dapat dapat 5A , 4A1B , 3A2B , 2A3B ,1A4B  supaya kekal A dan tukar B kepada A bagi setiap subjek .
2. Beri tumpuan kepada pelajar yang dapat E supaya tukar kepada D .

Kebiasaannya nya guru yang terbaik akan di beri kepada pelajar-pelajar ini . Dan program mentor mentee juga diadakan .

Kesian juga kepada pelajar yang biasa dapat C, D kerana mereka seperti tidak dilayan sangat ( bukan semua sekolah tapi kebanyakan ) . Tapi itulah realitinya bagi sekolah bagi mencapai dua KPI tadi .

Perkara diatas juga valid untuk PMR dan SPM.

Minta maaf kepada guru dan sekolah jika kenyataan saya ini silap. Sila perbetulkan dalam ruangan komen.



12 ulasan:

Unknown berkata...

Anak saya mendapat 1a4b dlm upsr manakala sek agama upsra dia mendapat 7a, saya amat risau keputusan anak saya untuk mendapat sek agama berasrama kerana sekarang kementerian pendidikan telah mengada kan sistem online bg ke asrama sek agama. Ada tak cara cara untuk mendapat anak saya ke sek asrama agama dengan cara lain kerana anak saya terlalu minat ke arah kegamaan

Tanpa Nama berkata...

kalau di Pahang ini . Peperiksaan Ujian Kemasukan sekolah agama telah dibuat pada awal bulan Oktober yang lalu . Maknanya di Pahang hampir tertutup sudah peluang tersebut .

Kalau di Wilayah . syaratnya amat ketat sekarang ini sebab sekolah agama amat kurang di wilayah . syarat 5A menjadi keutamaan di Wilayah walaupun hanya sekolah agama harian biasa .

Begitu juga di selangor . UPSRA langsung tidak dipandang oleh sekolah agama di selangor kerana syarat utama adalah lulus PSRA dengan pangkat Mumtaz dan Jayyid Jiddan .

Walau bagaimanaaun jika anda betul ingin memasukkan anak anda anda boleh usaha didalam bulan februari 2014 nanti di sekolah yang ingin di masuki kerana ketika itu mungkin ada peljar yang terpilih menolak ke sekolah tersebut.

Unknown berkata...

Terimakasih atas penjelasan

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

Saya pun ada sedikit masalah dan harap mendpt sedikit nasihat. Skrg tinggal di KL.
Anak sy mendapat 4A1B dlm UPSR dan 7A (Mumtaz) dlm UPSRA. Dia telah hadir interview di 2buah SMA dan Program Tahfiz.
Malangnya dia tidak mendapat tempat di mana2 Sek Agama atau Kelas Aliran Agama. Mungkin betul, saingan di KL amat2 tinggi.
Namun sy agak terkilandan seperti tidak adil krn peluang spt sudah tertutup sedangkan anak sy amat berminat utk ke sekolah agama. Sedangkan jika bersekolah di negeri2 lain, ada yg berpeluang utk ke aliran agama wpun keputusan kurang dr 4A.
saya mengharapkan pandangan utk anak sy meneruskan pelajaran dlm aliran agama di mana2 negeri lain. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Saya dapat 4a 1b dan upsra dapat 7a...agak2 sekolah apa yang saye boleh mohon??

Tanpa Nama berkata...

anak saya tidak cemerlang dlm pljrn. sya brcadg utk msukkn dia ke sek ugama tahfiz agar dia mndpat ilmu ugama lbih drpda ilmu akedemi. tp sek tahfiz smua syrat 5A Upsr, blh tuan cdangkn sek tahfiz utk budak2 yg xdpt A lngsung dlm UPSR
ng

Tanpa Nama berkata...

anak saya tidak cemerlang dlm pljrn. sya brcadg utk msukkn dia ke sek ugama tahfiz agar dia mndpat ilmu ugama lbih drpda ilmu akedemi. tp sek tahfiz smua syrat 5A Upsr, blh tuan cdangkn sek tahfiz utk budak2 yg xdpt A lngsung dlm UPSR
ng

Unknown berkata...

Anak saya cuma dapat 4A 1B..cikgu dia kata ade peluang nak masuk mrsm...

Unknown berkata...

Masuk sekolah pengajian tahfiz pondok pun ok.

Tanpa Nama berkata...

Anak saya dapat 4c 1d 1e sekolah menengah berasrama mana yang boleh terima ank saya untuk menjadi pelajar di sekolah itu??

Unknown berkata...

Assalamualaikum dan Selamat malam, adik saya mendapat 1b5c dalam upsr, jadi sekolah berasarama yang mana yang boleh terima adik saya utk menjadi pelajar Di sekolah tersebut?

Tanpa Nama berkata...

Tidak boleh menetapkan kadar 5A lagi untuk masa terkini, juga bergantung kepada kekosongan dan aktiviti ko kurikulum murid, jangan menakutkan ibubapa dengan syarat ini. Boleh lihat di web yang sahih. 3A3B pun jika layak,berjaya juga masuk asrama penuh dengan ambilan kedua atau ketiga. Teruskan berdoa insyaAllah anda pasti dapat memberi sekolah yang baik untuk anak walaupun sekolah harian biasa, asalkan anak tetap belajar dengan bersungguh-sungguh.