Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 27 November 2013

Jasa Paling Besar UMNO Jerantut Era YB Haji Nazlan

Apakah jasa paling besar UMNO Jerantut dalam era kepimpinan yang baru dipilih baru-baru ini . Jasa paling besar mereka ialah merealisasikan hasrat warga pendidik dan masyarakat Islam di Jerantut untuk menaik taraf Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar ke sekolah gred A .

Terima kasih kepada YB Lan dan YB Dr Ahmad Shukri kerana berjaya menyakinkan pihak JAIP dan kerajaan negeri untuk memberikan sedikit peruntukan sebanyak RM5 juta dari sejumlah  RM100 juta wang Ehsan dari Petronas untuk tahun 2015 sebagai usaha menaik taraf Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar bagi membina dan melengkapkan makmal sains tulen (biologi , kimia , fizik).

Hasil usaha pihak Alumni SMA Pulau Tawar , YB Nazlan dan YB Dr Shukri  maka kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan sekolah Agama Pulau Tawar sebagai sekolah agama gred A . Sekolah agama ini nanti akan dinamakan sebagai Sekolah Menengah Agama Tinggi Pulau Tawar sesuai dengan penarafan tersebut :

Ha ha ha .... acah jer .....ini berita palsu ..... jangan pulak datuk nan gantung p81 dari DUN macam adun PKR tu .......... berita diatas tak wujud pun ..... ini memang betul betul berita palsu ....

Tapi rasanya  itulah harapan dari masyarakat di Jerantut ini agak dapat sekiranya pihak Alumni , pihak YB Nazlan dan YB Dr Shukri memainkan peranan mereka untuk meminta kerajaan negeri atau pusat memberi peruntukan dalam sekitar RM5 juta bagi membolehkan SMA Pulau Tawar membina sebuah bangunan setinggi 4 tingkat yang akan menempatkan makmal sains tulen dan kelas tambahan untuk menampung pelajar aliran sains tulen dan agama . JIka ini dapat direalisasikan oleh YB Nazlan , Dr Shukri maka itu mungkin adalah jasa terbesar mereka untuk penduduk Jerantut . Jika terbinanya bangunan makmal itu nanti , dapatlah cita-cita pelajar sekolah agama untuk tidak setakat menjadi Kadi , Ustaz dan Mufti tapi bolehlah juga mereka menyimpan cita-cita menjadi ustaz yang bergelar doktor , engineer , ahli kimia ke. tolonglah usahakan YB YB semua . Alumni dan pihak sekolah bekerja sama buat , kertas kerja elok-elok dan minta endorsement dari JAIP dan submit kertas kerja tersebut ke MB , EXCO , Yayasan Pahang , JPM atau lancarkan tabung sumbangan agar syarikat korporat dapat menyumpang kepada pembangunan makmal tersebut. Ramai alumni SMA Pulau Tawar yang bergelar DO , Pengarah , ADUN , Ahli Parlimen , mereka ini boleh usahakan untuk follow-up dan lancarkan tabung tersebut . 


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokong dan aku nak sekolah agama di kwasan DUN Tahan ADA SEKOLAH TAHFIZ. Murid2 kelak hafuiz al quran dan bawa ijazah kesana kemari dengan air liur sahaja. bijak hadis bijak tafsir, mera ini bakal bergelar Dr(phd) bakal memerintah negara. pemimpin jangan takut bila mera hafiz mereka sokong dan jadi pembangkang.