Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 15 Mei 2013

Kabinet Baru 2013

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib
Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan II

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan  (Umno)                             
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: 
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: 
Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: 
Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: 
P Kamalanathan (MIC) 
Menteri Pertahanan:Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: 
Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)                                                 
Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Menteri Pengangkutan:Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)  
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: 
Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)
Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman  (Umno)                                            
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)
Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)
Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)                                  
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)

Menteri Sumber Manusia:Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: 
Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: 
Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri  (Umno)                

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
                           
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: 
Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:Datuk Seri Maximus Ongkili  
Timbalan: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan:
 Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)                 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: 
Datuk Halimah Sadique (Umno) 
Menteri Komunikasi dan multimedia:Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: 
Datuk Jailani Johari (Umno)
Menteri Wilayah Persekutuan: 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)

Jumaat, 10 Mei 2013

Persempadan Semula DUN dan Parlimen

SPR akan memulakan persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi parlimen dan DUN di seluruh Malaysia bermula awal tahun 2014 nanti .Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu persempadanan bahagian pilihan raya perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN dan parlimen

Persempadana semula menyebabkan berlakunya perubahan bilangan pemilih secara keseluruhan, perubahan bilangan pemilih mengikut kaum, perubahan kedudukan dan pertambahan serta pengurangan daerah mengundi, pertambahan kerusi DUN/konstituensi , perubahan kedudukan DUN dalam kawasan Parlimen dan memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya
 
Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia sebanyak 6 kali proses persempadanan telah dilakukan iaitu pada tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, 2003

Persempadanan semula terbahagi kepada dua jenis :

1. Persempadana semula yang melibatkan pertambahan DUN dan Parlimen
2. Persempadanan semula tanpa melibatkan pertambahan DUN dan Parlimen

Bagi kes pertama - ianya memerlukan kelulusan 2/3 ahli DUN dan Parlimen . Sementara itu bagi kes kedua ianya hanya memerlukan kelulusan majoriti mudah ahli DUN dan Parlimen.

Syarat utama persempadana semula ianya hendaklah jangan sampai memasuki negeri bersebelahan . dalam Kes di Pahang ini persempadanan semula boleh melibatkan satu DUN duduk didalam dua daerah yang bersebelahan . Contohnya DUN Tahan boleh merangkumi kampung-kampung didalam daerah Jerantut dan Maran , daerah mengundi Kg Mat Daling di Jerantut dan daerah mengundi Felda Lepar Utara di DUN Pulau Tawar boleh dirangkumkan atau dipindahkan ke dalam DUN Tahan . Jika kaedah ini diguna pakai maka tidak perlu kelulusan 2/3 di DUN dan Parlimen.

Tapi jika SPR ingin memecahkan atau mengasing DUN Tahan kepada dua DUN katakanlah kawasan Feri , Pulau Mansuk  ingin diwujudkan sebuah DUN baru katakanlah DUN Pedah dan Padang Piol hingga ke Kg Mat Daling kekal didalam DUN Tahan maka kelulusan 2/3 DUN dan Parlimen diperlukan bagi kewujudan DUN Pedah tersebut.
Pada kali ini jika SPR ingin melaksanakan persempadana semula mengikut pilihan pertama maka konsesus ahli parlimen BN dan PR di perlukan dikebanyakan negeri seperti Perak , Terengganu , Selangor , Kelantan dan Pulau Pinang bagi DUN sementara itu bagi parlimen memerlukan konsesus BN dan PR. Tapi jika SPR memilih untuk melaksanakan persempadanan semula mengikut pilihan ke dua maka konsesus hanya diperlukan di DUN Selangor , Kelantan dan Pulau Pinang dan BN diperingkat parlimen BN boleh meluluskannya dengan majoriti mudah.

Jika mengikut trend-trend yang lepas Barisan Nasional kebiasaannya akan mendapat kemenangan cemerlang didalam mana-mana pilihanraya yang dilangsungkan selepas persempadanan semula ini. Mungkin kebetulan .

Andaian dan tekaan blog p81 SPR kali ini hanya akan membuat persempadanan semula menurut kaedah ke dua.






Rabu, 8 Mei 2013

Siapa Menteri Besar Pahang ?

Ada dua hari lagi untuk kita berteka teki siapakah akan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang untuk tempoh 5 tahun akan datang . Spekulasi timbul bila pelantikan MB Pahang pada kali ini agak lambat . Negeri yang bermasalah mungkin semua faham kenapa perlantikan agak lambat tapi di negeri Pahang ini UMNO menang selesa tapi perlantikan tetap lambat dan ini yang menimpulkan spekulasi mungkinkah Datuk Nan yang hampir-hampir terpaksa memotong telingganya gara-gara kelantangan mulutnya keangkuhannya mencabar pengundi Bentong . Kemenangan Tiong Lai dengan majoriti hanya 300 lebih undi betul-betul memalukan Datuk Nan.

Jadi siapakah yang bakal dilantik sebagai MB yang baru :

1. ADUN Lanchang ?
2. ADUN Inderapura ?
3. ADUN Muadzam ?
4. ADUN Pulau Tawar
5. ADUN Dong ?
6. ADUN Peramu Jaya

Mungkinkah malaysia akan mempunyai MB pertama dari kalangan wanita ? iaitu Datuk Maznah Mazlan iaitu seorang bekas Exco Pahang dan  Timbalan Menteri ?

Atau mungkinkah bagi memperkuatkan UMNO di Kuantan dan menarik golongan muda maka Datuk Shafik Fauzan yang masih muda akan dilantik sebagai Menteri Besar ?

Atau mungkinkah Datuk Najib ingin melantik Datuk Ahmad Shukri atau Datuk Shaharudin yang sudah tua dan masing-masing pernah menjadi Exco dan pernah dikaitkan dengan kes tender plat kereta sebagai MB ?

Atau melantik dari kalangan hiraki kepimpinan UMNO Pahang iaitu Datuk Shakar ?

Atau mungkinkah seoarang MB dari kalangan orang luar hiraki UMNO iaitu bekas setiausaha sulit kanan PM yang kini menjadi ADUN Peramu Jaya



Bagaimanapun, semua desas-desus ini bakal terjawab apabila Menteri Besar mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang dijadualkan jam 5 petang Khamis manakala barisan Exco akan berbuat demikian jam 9 pagi Jumaat ini

Updated : Hari ini Khamis 9 Mei 2013 secara rasmi Datuk Seri Adnan Yaacob terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang sehingga mencecah umur 68 tahun . Jadi selepas PRU-14 nanti barulah Pahang akan mempunyai Menteri Besar yang baru . Jika Najib masih lagi kekal sebagai PM sebelum PRU14 ini adalah dijangkakan selepas PRU14 nanti Najib akan mempunyai 2 calon yang boleh mengantikan Datuk Nan iaitu :

1. ADUN Peramu Jaya
2. ADUN Inderapura

Jadi kepada ahli-ahli politik muda dan baru bolehlah bermula sekarang untuk membuat repo yang baik dengan kedua-dua adun tersebut. untung untung nanti ada laba untuk anda. Itupun jika BN tidak tewas kepada PR dalam PRU14 nanti.

Isnin, 6 Mei 2013

Keputusan Penuh PRU13 Jerantut

Berikut adalah keputusan penuh keputusan pilihanraya bagi parlimen dan semua dun dalam daerah jerantyut bagi PRU ke 13 ini . tahniah kepada yang menang dan cuba lagi kepada yang kalah .





Rabu, 1 Mei 2013

Aktiviti Musuh BN iaitu Calon Pakatan Rakyat Jerantut PRU13

Kebanyakan ahli BN dah kenal calon BN bagi PRU13 . Hidup BN Hidup BN . Tapi ahli BN juga kena tahu siapa musuh BN supaya senang untuk kita mempertahankan diri atau membuat counter attack . Kepada hardcore BN dan atas pagar  yang berminat untuk ikuti perkembangan dan aktiviti calon Pakatan Rakyat Jerantut boleh ikuti di link dibawah ini :

Calon Ahli Parlimen Jerantut : klik sini










Calon ADUN Damak : klik sini