Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 26 April 2011

Jerantut Bandar Cina

Jerantut Bandar Cina . Masyarakat Cina diawal-awal kewujudan Jerantut hanya berkisar disekitar Sg Jan , Sg Lekuk , Bnadar Lama dan Jerantut Feri . Sekarang pun masih begitu cuma wilayah jajahan masyarakat Cina telah berkembang . Dulu jajaran tanah dri bandar Jerantut hingga Jerantut Feri semuanya milik orang Melayu . Sekarang 90% adalah milik orang Cina . Kalau tak caya cubalah naik kereta dari bandar Jerantut hingga Pekan Feri tengok kiri kanan jalan siapa punya tanah ?

Dulu bandar Inderapura itu adalah kawasan paya . Pejabat tanah dulu nak agih-agihkan tanah itu kepada orang Melayu tapi orang Melayu arah kat Pejabat tanah sebab bagi mereka tanah paya . Tiada orang Melayu yang nakkan tanah itu . Sekarang ditanah itulah berdiri gahnya Bandar Indera pura .... berapa orang Melayukah yang menjadi pemilik kedai/pejabat disitu ? Berapa ramai orang melayukah yang menjadi tokey disutu sekarang ini ? Memang tak dinafikan Jerantut memang bandar Cina . Yang memajukan pernigaan orang Cina ialah orang Melayu . Orang melayu loya bila ada orang melayu berniaga .Mereka tidak suka masuk kedai melayu mereka lebih suka masuk kedai Cina . Sebab itu peniaga melayu jatuh rosak .

Dulu ada peniaga melayu berniaga pasaraya . Bangga sungguh P81 bila ada orang melayu berani bukacpasaraya . Tak sampai 2 tahun lingkup perniagaan pasaraya tersebut . Kenapa lingkup . Mungkin mereka tak pandai berniagaa agaknya . Atau persaingan terlalu kuat . Atau sabotaj oleh orang melayu atau sabotaj oleh orang cina ?

Sabtu, 23 April 2011

PAS Jerantut Bergelora ?

Dengar khabarnya PAS Jerantut sedang hebat bergelora . Apa yang bergelora sangat itu tidaklah diketahui . Hanya orang dalam PAS sahaja yang mengetahuinya . Tapi dari cerita-cerita di kedai kopi p81 mendapat cerita sensasi . Terdapat segelintir ahli dan cawangan yang tidak suka kepada kepimipinan Dr Hamzah untuk jawatan YDP PAS Kawasan Jerantut dalam mesyuarat agong PAS kawasan akan datang ini . Walaubagimanpun maklumat terkini yang didapati oleh p81 menunjukkan bahawa Dr Hamzah menang tanpa bertanding bagi jawatan YDP yang berlangsung pada hari ini .

Walaubagaimanapun kem Dr Hamzah telah mencalonkan Haji Rahman Teh bagi menentang TYDP sekarang sekarang ini . P81 menjangkakan Haji Rahman Teh akan berjaya menundukkan penyandang TYDP sekarang ini . ini kerana sokongan untuk kem Dr Hamzah adalah lebih ramai sekarang ini . Manakala TYDP sekarang ini dilihat seperti bertanding berseorangan tanpa kem tertentu dan TYDP sekarang ini dipercayai tidak sebulu dengan Dr Hamzah .

Manakala p81 dimaklumkan bahawa Naib YDP telah dimenangi oleh Imam Ishak tanpa bertanding . Ini menunjukkan jawatan TYDP sahaja yang ditandingi . Walaupun penyandang jawatan NYDP sekarang ini juga bertanding tanpa kem dan dipercayai bukan dari kem YDP tetapi kem Dr Hamzah tidak berhajat untuk merampas jawatan tersebut memandangkan NYDP sekrang ini tidak menimbulka masalah besar kepada team YDP.

Haji Rahman Teh jika pun tewas bertanding jawatan TYDP tetap akan dilantik sebagai Setiausaha PAS Jerantut . Cuma yang menjadi persoalan sekarag ini ialah siapakah akan dilantik sebagai Setiausaha PAS Jerantut yang baru jika Haji Rahman Teh berjaya merampas jawatan TYDP kali ini ?

Dan siapa pula akan dicalonkan oleh PAS Jerantut bagi jawatan Presden , Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS Pusat . P81 menjangkan PAS Jerantut akan mengekalkan Haji Hadi sebagai Presiden dan mencalonkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Mencalonkan Husam Musa , Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Nizar Jamaluddin.

Sabtu, 16 April 2011

BETING MARO KALAH. PELIK DAN AJAIB..MUNGKIN AKAN MEREBAK KE SELANGOR?

BETING MARO KALAH. PELIK DAN AJAIB..MUNGKIN AKAN MEREBAK KE SELANGOR?

Keputusan penuh belum lagi diperolehi. Namun hamba sudah tidak berapa wahi untuk melihat keputusan PRN Sarawak. Perasaan kecewa tetap ada kerana Beting Maro kalah. Kalah yang pelik lagi ajaib.

Tempat yang dulu menang, kalah, tempat yang dulu kalah, menang. Apa sebenarnya cerita dengan UPU SMK Beladin? Dahulu (PRN 2006) PAS menang, namun sekarang PAS kalah. Dahulu UPU SMK Beladin semua saluran menang, dari 1 hingga 6, namun PRN 2011, semua UPU kalah, kalah teruk.

Pusa boleh menang pula semua saluran, sedangkan dahulu (2006) Pusa semua saluran kalah. Apa cerita ini sebenarnya? Tidak mungkin PAS Beting Maro dan PAS Kelantan tidak menumpukan langsung kepada Daerah mengundi Beladin. Lihat di sini.

Hamba cuma risau, orang Beladin termakan kempen BN jika PR menang, orang bukan Islam jadi Ketua Menteri. Ini yang hamba tidak suka ini.

Melihat kepada kemenangan kebanyakan calon PBB bumiputra Islam yang meningkat majoritinya, hamba yakin, ketakutan bumiputra Islam untuk mendapat KM baru yang dilaung-laungkan oleh DAP dan PKR iaitu Baru Bian menyebabkan pengundi Melayu/Melanau bertungkus lumus memenangkan calon PBB. Perkara ini nampak dengan jelas

Jika benar perkara ini berlaku, dan sebagai orang politik, mesti berfikiran yang paling teruk akan berlaku, maka PAS di Selangor juga akan bermasaalah untuk mengekal dan juga menang lebih banyak kerusi. Isu ketuanan Melayu, arak dan judi akan dimainkan UMNO.

Politik liberal dan 'meminggirkan' Melayu oleh PKR Selangor akan digunakan umno seguna-gunanya. Mulut PAS yang selalu 'terkunci' jika ianya ada hubung kait dengan Melayu menyebabkan orang Melayu Selangor akan berasa PAS tidak mampu untuk menjaga hak mereka. Ini yang sedang berlaku di Selangor walau Pakatan Rakyat menafikannya.

PAS perlu sedar, PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu. Majoritinya di kawasan kampung. Jika di bandar seperti di kawasan Gombak, Ampang, Selayang dan Kelang, PAS tidak mempunyai masalah untuk menang insyaAllah. Namun, kerusi di Sepang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Banting dan Hulu Langat, ianya adalah satu kawasan orang Melayu yang tradisinya penuh dengan sentimen keMelayuan. Maka PAS mesti menjaga pengundi Melayu di sini.

Walau pengundi Melayu memang tahu UMNO itu tahi arak dan judi, namun UMNO dengan kepandaian 'spin' cerita dengan menggunakan media yang dikuasainya, maka kemungkinan besar orang Melayu akan termakan cerita spin umno itu.

Oleh itu berwaspadalah PAS. 8 kerusi Selangor mungkin akan terlepas....

Khamis, 14 April 2011

Apa Khabar Politik Jerantut ?

Apa Khabar Politik Jerantut ? Hangat ke politik jerantut sekarang . Dengar khabar UMNO Jerantut tengah bergelora . sama hebat dengan gelora politik di Sarawak . Mesyuarat peringkat cawangan UMNO , mesyuarat peringkat cawangan  PAS disekitar Jerantut  sedang berjalan khabarnya . Tapi tak dengar pula ada mesyuarat ranting PKR di Jerantut . Kelmarin dengar mesyuarat cawangan DAP telah berjalan di beberapa cawangan di Jerantut .  Mesyuarat MCA dan MIC mana mana ?  Mesyuarat parti KITA yang telah menculik ketua PKR Jerantut dan ditabalkan sebagi ketuanya macam mana pula .

Apa isu-isu utama yang dibincangkan dalam mesyuarat cawangan UMNO dan PAS ? Masih ada ke usul-usul yang diutarakan dalam mesyuarat UMNO untuk menukarkan pegawai-pegawai kerajaan dan guru-guru yang tidak sehaluan dikampung ke tempat lain . Masih ada ke dalam mesyuarat UMNO yang mengusulkan supaya ditarik saham-saham felcra orang-orang kampung yang miskin dan tak sehaluan dan diberi kepada cikgu-cikgu dan ketua kerani ? Masih ada ke dalam mesyuarat cawangan diusulkan jangan dibaiki padang bola tertentu kerana paang bola itu dekat dengan markaz PAS ? Ada ke dalam mesyuarat cawangan diusulkan supaya diwujudkan sebuah universiti di kampung mereka . Ada ke dalam mesyuarat cawangan diusulkan supaya dieperbanyakkan jalan-jalan pertanian didalam kebun-kebun yang tidak dapat dimasuki kereta untuk mengeluarkan hasil kebun .

Mesyuarat PAS pula , masih ada ke mesyuarat yabg tak cukup kourom ? Cawangan-cawangan PAS di FELDA macam mana ? masih hidup lagi ke cawangan-cawangan disitu ? Macam mana gerak kerja pemuda-pemuda PAS ?

PKR pula macam mana ? masih bernyawa ke di Jerantut ini ?

DAP nampak seperti makin mencengkam di Jerantut dan MCA makin tertekan . MIC macama mana pula selepas peralihan kuasa kepimpinan di peringkat pusat.?

Pilihanraya dah dekat weh .... cepat-cepatlah buat persiapan masing-masing . Selesaikan segera isu kepimpinan masing-masing . Serlahkan bakal-bakal calon anda sekarang .

Sabtu, 2 April 2011

Menang Sorak Kampung Tergadai

Pahang memang hebat . Kuantan selama lebih 50 tahun pemerintahan UMNO telah menjadi begitu maju berbanding awal kemerdekaan dulu . Kuantan sekarang begitu banyak projek perumahan . Harga rumah jugatelah melambung tinggi . Cuma harga sewa rumah je belum melambung . Ini adalah hasil penghijrahan penduduk dari seluruh perusuk Pahang mencari reeki di Kuantan .

Jerantut apa kurangnya . Dulu adalah daerah hutan belantara . Dengan idea buku hijau  yang dibawa oleh Tun Razak . Banyak rancangan felda di buka didaerah Jerantut . Gugusan Lepar , Jengka , Pdg Piol dan Sg Retang serta Gugusan Gelanggi adalah antara projek-projek FELDA di Jerantut .

Berduyun-duyun orang Kelantan , orang Kedah , orang Selangor , orang Perak datang menjadi peneroka awal di tanah ranchangan ini  . Orang Pahang pun ada juga yang masuk tanah ranchangan ini . ada yang kekal lama ada yang balik semula ke kampung tradisional kerana tidak tahan dengan kesusuahan hidup di tanah ranchangan pada masa itu . 

Hari ini kampung-kampung tradisional di Jerantut masih lagi gah pada nama tapi hanya menjadi golongan minoriti di Jerantut . Golongan majoriti ialah penduduk bandar dan tanah ranchangan . Penduduk tradisional dah tak de kuasa untuk bersuara dan memilih kerana suara mereka hanyalah minoriti . 

Dalam pilihnaraya undi dari kampung tradisonal tidak penting sangat sekarang . Undi dari bandar dan felda menjadi penentu kalah menang seseorang calon pilihanraya . 

Orang kampung tradisional bersoraklah macam mana , bertempiklah macam mana . bersilatlah macam mana tapi terimalah kenyataannya bahawa anda dah takde kuasa apa2 dalam menentukan corak kepimpinan di Jerantut ini .