Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 6 Januari 2014

Sejarah Hitam Negeri Pahang 02.01.2014 ?

02.01.2014 tercatat sebagai sejarah hitam bagi negeri Pahang . Sejarah yang tercatat pada hari ini tidak akan dilupakan oleh anak bangsa negeri Pahang selama-lamanya . Dalam usaha untuk mengintegrasikan masyarakat majmuk di Pahang , tidak ada sekolah bebas berasaskan bangsa ditubuhkan di Pahang sejak merdeka dahulu. Tapi hari ini sejarah rasminya tertubuh sebuah sekolah bebas berasaskan bangsa . Siapa yang luluskan anda sendiri yang menilainya siapa yang memberi kelulusan penubuhan sekolah ini . Sudah lebih 55 tahun sejak merdeka rakyat Pahang boleh berpadu dalam satu sistem persekolahan menengah kebangsaan tapi pada 02.01.2014 sebuah sekolah menengah berasaskan bangsa telah beroperasi secara rasmi nya di Kuantan Pahang negeri ku tercinta .