Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 10 Januari 2011

Kelapa Sawit ke Getah ? Pening Kepala Aku

Ladang getah pokcik dah tua . Pening kepala pokcik ni nak memikirkan nak tanam baru ke nak biarkan je dulu . Susu masih keluar . Inilah punca rezeki pokcik selama ini . Kalau pokcik tanam semula sekarang alamatnya mana nak cekau duit untuk belanja makan minum anak bini . belanja anak sekolah . aduh ... harga minyak dah naik . minyak sawit payah nak dapat kat pasaran .aduh pening kepala pokcik ni. tapi harga harga getah mahal sekarang . rugi pulak rasanya kalau tebang getah sekarang ni . kalau tebang sekarang habislah income pokcik . nak tunggu pokok getah hidup balik dan boleh toreh semula mau makan masa 5-7 tahun kan . abis mana pokcik nak cekau duit dalam tempoh tu ? Kalau pokcik tanam pisang dalam kebun getah pun mau 9-12 bulan baru boleh hasil . kalau pokcik tanam sayur pulak dalam 2-4 bulan dah boleh makan hasil tapi mana pokcik nak cekau modal nak tanam semua tu . 

Tanam cili sekrang ni mau rm10000-rm12000 seekar . kalau 4 ekar mau dalam rm48000 kena keluar modal . mau ke Pertubuhan Peladang nak pinjamkan pokcik modal banyak tu . Kalau pokcik jual batang getah pokcik pulak sekarang ni harga dalam RM5k ke RM8k seekar . okay juga boleh dapat dalam RM20k tu . tapi kos nak terangkan kawasan getah tu mau dalam anggaran RM5K ke RM6K . ada lagi dalam RM15K untuk modal aku .Kos memagar pulak dalam RM2K-RM4K . RISDA pulak bagi bantuan dalam rm7000 sehektar . kalau pokcik ada 3 ekar maknanya adalah bantuan dalam RM12k tapi RISDA bagi peringkat2 dan ada dalam bentuk input benih dan baja je . tapi sekurang-kurangnya bolehlah aku mula penanaman semula . 

Kalau macam tu dengan ada modal sikit dalam RM10k bolehlah kot aku tanam pisang berangan je . Kos anak pisang tisu dalam rm1.50 sen sepokok beli kat FELDA PPTR . boleh tanam dalam 400 pokok kot kalau 4 ekar dalam 1600 pokok kot . jadi kalau campur-campur adalah lebih kurang RM2400 kos benih. Campur kos tanam dalam rm1 selubang , RM1600 . Campur kos baja dan upah racun dan bersihkan kebun untuk 8 bulan adalah lebih kurang RM10k kos seseluruhanya sebelum keluar hasil . ada lagi dalam RM5K untuk aku hidup dengan belanja rm500 sebulan dalam tempoh 8 bulan sebelum pisang keluarkan hasil . Pisang aku ni kalau semua berbuah dalam tahun pertama boleh dapat dalam 10kg setandan kali dengan 1600 tandan = 16000 kilo  kali dengan rm1.50 sekilo = RM24,000. wow kayo pakcik .... he he he itu pusingan pertama . kalau ada pusingan kedua 16000 kilo juga ... tahun kedua aku dapat lagi RM24000 ... wah kayo lagi pakcik ...dapatlah gaji pokcik dalam rm2000 sebulan duduk kat kampung ni . kalau nasib baik pisang boleh keluarkan lagi hasil utk pusingan ketiga dapatlah dalam 8000 kilo ... kalau masa tu harga pisang naik jadi rm2 sekilo maka pokcik ada habuan rm16000 boleh lah tampung gaji bulanan pokcik rm1300 sebulan. 

habis lepas pisang dah habis pokcik nak makan apo .... boleh kot kalau pokcik tukar dari pisang ke tebu pulak . satu barisan boleh buat 2 jatuh . satu jalur boleh tanam seribu perdu . kalau 4 ekar boleh tanam 4000 perdu . setiap perdu ada kena beli benih dalam 3 keratan . setiap perdu boleh hasilkan dlm 10 pokok. kalau 4000 pokok maknanya pokcik ada 40000 pokok tebu . setiap pokok tebu pokcik boleh jual yang gred A dalam rm1.50 sepokok. wah kayo lagi pokcik selepas 10 bulan. boleh dapt dalam rm60,000.00  bolehlah tampung hidup untuk 6 tahun tunggu getah boleh mula potong .... tapi ehhh kalau aku tanam sawit dalam 3 tahun dah boleh keluar hasilkan .... alamk poninglah pakcik .... nak tanam sawit ke nak tanam getah ni ???

tanam getah seekar boleh tanam dalam 180 - 220 btg . tanam sawit seekar dalam 55-60 pokok. Getah boleh keluarkan susu dalam 200-300gm sebatang sekali toreh . kalau nak cantik kena toreh selang sehari jadi dalam sebulan boleh toreh 15 hari jer kalau tak hujan jadi seekar boleh dapat dalam 40kg sehari kali dengan 15 hari maka dapat hasil dalam 600kg sebulan seekar . kalau ada empat ekar nanti pokcik boleh dapat dalam 2400kg sebulan wow kayo pokcik ada sebulan income rm7200 kalau harga rm3/kg ... kalau harga rm5 pokcik ada rm12,000 sebulan ... woit kayo pokcik . tapi bila getah dah mula boleh toreh pokcik dah tua sangat mana larat nak toreh . kenalah pawah dengan orang . kono bagi dua lah income pokcik jadi pokcik dapat rm6000 ajo sebulan . tolak baja racun lagi adalah pokcik punya income goyang kaki dalam rm4000 ke rm5000 sebulan ... wah itu dah pencen gred 54 tu .
kalau pokcik tanam sawit pulak ,sawit seekar boleh hasilkan 1 - 1.2 tan sebulan kalau ada empat ekar boleh dapat dalam 4-5 ton sebulan . harga sawit/tan lebih kurang dalam rm500-rm700 . Pokcik dah tua nanti . jadi pokcik upah semua tu adalah bersih dalam rm400 seekar sebulan pokcik dapat . kali dengan 4 ekar boleh pokcik dapat goyang kaki dalam rm1600 sebulan . wah itu dah gaji pencen gred 32 atau 39 atau 41.

Jadi mana agaknya untung tanam gotah ko tanam sawit ? pokcik dah tahu dah putusan pokcik . jadi kau poning lagi tak jang ?  gotah ke sawit ?

*pokcik ni orang jerantut tapi asal usul moyang dari pagar ruyong . kobarnya keturunan raja pagar ruyong . kiro nye pokcik ni orang minang lah juo . tapi kat kampung pokcik cakap pahang . satu kampung pokcik tu orang minang kalau aseh nak tahu . tapi semua kami amal adat temengong tak lalu nak amal adat pepatih.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak tanam pokok duit aje cepat dapat hasil hehe

Abg Sekerap berkata...

area pakcik tu glamour dengan getah ke kelapa sawit? Pada pendapat saya la, kalau semua getah kita pun getah lah. Kalau 50-50, baling duit siling la. Tapi saya suka getah. Sebab?

Dah separuh bumi malaya ni penuh dgn kelapa sawit.. biar konglomerat macam sime darby je main sawit. Tu pun boleh lingkup. Kalau getah sikit, hargai terpacakkkkkkk naik sokmo. Demand vs air-Supply.. hehehe

Unknown berkata...

pakcik, harga getah sekarang memang tinggi harganya. ini disebabkan cuaca teruk di negara jiran seperti vietnam, thailand dan terutamanya di china. adakah tempat mereka akan melanda cuaca teruk selamanya? jika Ya, tak perlu fikir lagi, tanaman getah memang pilihan yang betul. TAPI, jika cuaca mereka baik semula? adakah harga getah akan seperti sekarang atau akan turun mendedak? itu terpulang dengan permintaan pasaran. bagi kelapa sawit, memang hampir semua tahan bahagian sabah dipenuhi kelapa sawit. harga tidak berapa lumayan seperti getah. kalau harga rendah, buah terpaksa petik juga. lain dengan getah. bagi saya, pilihan terbaik ialah getah...

Tanpa Nama berkata...

harga getah dah RM3.5 sekarang .... dekat dah pilihanraya ni gamaknya

Tanpa Nama berkata...

Pada saya tanam sawit.tanam getah nak toreh sendiri boleh la.kalau org toreh masalah banyak.toreh tak pandai,bubuh ubat,malas nak toreh,tipu jual,poko kena cendawan dll.kalau tak toreh takdela income hari tu.sebab tu sykt perladangan byk tanam sawit. pendapatan lebih konsistent dan lebih pasif.saya ada kebun getah dan sawit.lepas ni saya dah taknak tanam getah disebabkan oleh masalah diatas.

Tanpa Nama berkata...

salam,
apa kata pakcik tukar penanaman kepada dusun buah-buahan secara berperingkat.. bahagi tanah itu kepada 4 bahagian.
clearkan 1 bahagian, start tanam pokok buah bermusim dahulu. ia perlukan masa 3/4 thn utk berbuah.pakcik sementara itu, still boleh menoreh di bahagian lain. sementara pokok buah bermusim masih kecil, boleh diselangkan dgn tanaman kecil seperti cili,betik & pisang sbb pokok2 nih cepat sket dpt hasil. bila cili/betik/pisang nih mula membuahkan hasil, boleh mula clearkan kawasan getah yg lain dn buat sekali lagi. dalam masa 4 thn, pakcik dapat menikmati dusun buah2an yg dpt memberikan hasil agak lumayan. bapa saya pernah pajak dusun dan untung sahaja (selepas tolak sewa pajak & lori) utk 1 musim sekitar 15k. pakcik ada kelebihan kerana tanah itu milik pakcik & pakcik boleh menanam pokok2 kecil lain seperti cili & betik utk pendapatan yg berterusan.

Unknown berkata...

BIO-ONE PLUS
BAJA CECAIR MIKRO

 7 BAJA DALAM SATU BOTOL
 KUANTITI SEBOTOL 5 LITER
 AMAT SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
 MENJIMATKAN KOS ANDA


Kandungan:
Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.

Kebaikan:
Bio oneplus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.

FUNGSI UTAMA PRODUK
- Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
- Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
- Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
- Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
- Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
- Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan


KELEBIHAN BAJA BIO-ONE PLUS
1. KANDUNGAN SEBOTOL 5LITER
2. LEBIH MURAH
3. MENJIMATKAN
4. DIDALAMNYA TERKANDUNG 7 JENIS BAJA IAITU BAJA DAUN,BAJA BUNGA,BAJA BUAH,BAJA POKOK, PERLINDUNGAN,HORMON DAN VITAMIN.
5. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, GETAH, KELAPA SAWIT, SAWAH PADI DLL

jika ada sebaraang pertanyaan boleh hubungi
Arif
FB: Mda Arif
email : mdaarifent@gmail.com
phone : 0124501152

Unknown berkata...

BAJA DOLOMITE ORGANIK DAN SUPER TURBO ( 4 DALAM 1) CAP HARIMAU BERMUTU TINGGI CAMPURAN KHAS UNTUK PERTANIAN MODEL MENINGKATKAN HASIL MENAMBAH PENDAPATAN LEBIH DARI 30%
(Diimport terus dari Thailand)


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BAJA DOLOMITE ORGANIK (4 DALAM 1) SUPER TURBO

 MENGANDUNGI POTASSIUM YANG TINGGI, BERKEUPAYAAN BERTINDAK BALAS DENGAN NITEROGEN DAN UNSUR MINERAL SEMULAJADI UTAMA YANG MENJAMIN KSESUBURAN TANAH.
 MERAWAT TANAH MASAM DENGAN MENGUBAH STRUKTUR TANAH DAN DAPAT MENGEKALKAN TAHAP (Ph) TANAH BERPANJANGAN.
 AMAT SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN TERUTAMANYA KEPADA SAWIT PADA TANAH LIAT DAN GAMBUT, SAYURAN, PADI, KOPI, GETAH,KOKO.
 MENAMBAH DAYA TAHAN TANAMAN DAN DAPAT MENGURANGKAN SERANGAN PENYAKIT.
 MEMANISKAN HASIL BUAH-BUAHAN SERTA MENAMBAH BERAT HASIL TANAMAN.
 MENINGKATKAN PH DALAM TANAH
 MENINGKATKAN EFISIENSI ORGANIK SEBAGAI PENYEDIA UNSUR (N,K, DLL)
 MENINGKATKAN PENYERAPAN AIR
 MENGENDALIKAN RACUN DARI UNSUR ALUMINIUM


Kandungan

Ph 7.87
MOISTURE CONTENT 1.11
CALCIUM OXIDE 18.93
MAGNESIUM OXIDE 12,50
TOTAL SULPHUR 0.15
TOTAL IRON 1.233
TOTAL ZINK 0.003
TOTAL MAGNESE 0.025
TOTAL COPPER 0.001
TOTAL BRON 0.003
MPK
N=0.33,P=0.1,K=0.48

jika ada sebaraang pertanyaan boleh hubungi
Arif
FB: Mda Arif
email : mdaarifent@gmail.com
phone : 0124501152

Golden Rengat Enterprise berkata...

Salam,

Syarikat kami membekalkan baja untuk kelapa sawit dan getah..

Untuk mendapatkan hasil yang lumayan sudah pasti pokok jugak memerlukan makanan yang berkualiti...

Untuk keterangan boleh melawat ke blog saya...

http://golden-rengat.blogspot.com

Aaytahm berkata...

Kalau pokcik keturunan pagar ruyong pokcik pernah dengar kisah 7 keturunan tak boleh makan kerbau balau tak, keturunan mane tu?

Aaytahm berkata...

Kalau pokcik keturunan pagar ruyong pokcik tau tak kesah 7 keturunan pantang makan kerbau balau pasal anak kecik mati terjatuh dalam kepuk padi?

Unknown berkata...

Noreh seekar 40kg. Nak makan apo. Baik tak payah motong. Tiga ekar ok lah.. Buh ubat vitamin maun deh hasil nak dokek 200 kg

Tanpa Nama berkata...

saya juga menoreh pokcik. tanam 3 jenis klon getah beli kat lgm nursery include pb 260 350 rrim3001. bagi saya agak mustahil nak dapat seekar 40kg sehari tu pokcik. apa2pun kipidap dengan menoreh .

Haqiem89 berkata...

Hahahhahah sawit sekarang ni 300 lebih je pakcik, getah beku seringgit lebih sekilo...menangis 😂

Tanpa Nama berkata...

Berapa juga getah kita boleh dapat untuk seekar dlm sehari...rata2 boleh dpt 10kg seekar sehari ka?kalau 2 ekar 20kg sehari la kan...

Aim berkata...

Sekarang sawit da x menagis kn 🤭🤭🤭 ke da keluar kereta baru huhu