Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 11 Januari 2011

Dr Shukri ... Mana Bandar Herba RM200 Juta ?

Hari ini PM Najib umumkan 19 lagi ETP untuk boostkan ekonomi menjelang 2020 nanti . Antaranya ialah seperti petikan berikut East Coast Economic Region Development Council will develop a High-Value Herbal Plantation in Pasir Raja, to cultivate herbs that are in high demand. This project helps Malaysia move up the value chain to become a leader in the production of nutraceuticals and botanical drugs. It will contribute about RM2.2 billion in gross national income by 2020. lanjut klik sini

Saya tak minat pasal ETP tu sebab ianya tidak menguntungkan Jerantut pun dalam masa 2-3 tahun ini . Tak tahulah pulak dalam masa 10-15 tahun dari sekarang ianya mungkin memberi sedikit impak kepada Jerantut jika jalan Jerantut-Pasir Raja yang di janjikan itu siap.

Cuma kat sini saya nak tanya balik Dr Shukri , dalam tahun 2006 dulu dia ada berjanji untuk bina sebauh bandar herba macam yang Datuk Najib umumkan hari ini sepeti petikan dibawah ini .

Felda akan mengeluarkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan sebuah bandar herba di negeri ini, tidak lama lagi.
Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, peruntukan tersebut turut membabitkan aspek pengurusan dan pentadbiran, ladang dan kilang herba serta kemudahan-kemudahan lain.
Katanya, pihak pengurusan Felda sudah mengenal pasti beberapa lokasi untuk projek bandar itu yang antara lainnya menempatkan kawasan ladang herba iaitu di Gugusan Lepar berhampiran Felda Kota Gelanggi 4 dan Kuala Tahan, di sini.
``Pembinaan bandar herba dan projek ladang herba itu membabitkan kawasan seluas 1,000 hektar dan antara lokasi dalam cadangan ialah berdekatan Kuala Tahan. Ia dijangka mampu memacu bidang pelancongan Taman Negara di sini di samping memajukan industri herba sebagai peluang pekerjaan untuk penduduk di situ,'' katanya di sini hari ini. klik sini untuk lanjut atau sini


So Dr Shukri macam mana projek ini boleh lepas kat belah sana Pasir Raja (belah sana ulu tembeling) pulak .... bukan ke ari tu awak janji nak buat kat area Ulu Tembeling . Lagi satu kawan nak tanya kawasan cadangan Bandar Herba 1000 hektar tu balak dah tebang ke ? WZWH awak mesti tahukan kawasan tu dah keluar balak ke belum ?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Kalau nak tanya WZWH baik tanya sapa yang dapat kontrek beratus juta yang telah diberi untuk pembangunan DUN tahan ni.Kan dia pakar pasal projek juta juta

WZWH berkata...

Salam Parlimen 81 dan semua Anon,
Sila baca jawapan WZWH dalam posting http://wzwh.blogspot.com/2011/01/wzwh-jawap-parlimen-81-dr-shukri-mana.html . Sekian TK.