Mane blog- blog Pakatan Rakyat (PR) Jerantut ? Di Jerantut sekarang begitu banyak blog-blog politik tumbuh bagai kulat taun tumbuh selepas hujan . Blog -blog pro Barisan Nasional (BN) sekarang sudah meng ESTABLISH kan diri mereka di arena pem BLOG kan . Banyak isu-isu luar DAN dalam parti telah diketengahkan oleh blog-blog pro BN . Blog blog BN ini ada yang berlawan dengan blog PR dan ada yang berlawan sesama sendiri BN . Tapi semua perlawanan itu adalah sesuatu yang positif . Yang benar mesti di BENAR kan . jangan yang benar dikatakan salah yang salah dikatakan benar . Blogger mesti belajar menerima pendapat orang lain . Jangan hanya syok sendiri dan jangan terlalu ekstrim mempertahankan sesuatu yang salah. Blog-blog yang meluahkan RASA rakyat sebenarnya perlu diberi perhatian oleh pemimpin .
Saya tidak suka kepada UTUSAN kerana saya rasa UTUSAN itu terlalu tertutup mindanya dan saya juga tidak suka kepada HARAKAH kerana sebab yang sama TAPI dua-dua akhbar itu saya tetap baca untuk mencari apa yang baik di DALAM nya.
Pertanyaan saya sekarang ialah mane blog-blog Pakatan Rakyat ? bukan takde blog ini tapi saya tak nampak keberkesanan blog ini lagi dalam menyuarakan isu-isu setempat secara aktif . Ada blog ini kadang-kadang hanya update sebulan dan 3 bulan sekali . Bila ada dua pihak berlumba mendedahkan isu-isu di Jerantut ini maka yang untung adalah rakyat . Maka saya sekali lagi menyeru kepada Pakatan Rakyat untuk mencontohi Barisan Nasional dalam mengembeling tenaga pakar-pakar mereka untuk aktif dalam blog . Memang tidak ramai pembaca blog di Jerantut ini tapi sekurang-kurangnya seorang pembaca itu boleh bersembang sesuatu dikedai kopi di pagi hari sebelum masuk kerja dengan kawan-kawannya mengenai sesuatu isu yang dibaca diblog.
Jadi sebagaimana UTUSAN berlawanan dengan HARAKAH maka saya juga ingin melihat BLOG_BLOG BN dan PR sama-sama aktif di Jerantut ini dan TOLONG jangan ditutup MINDA nya seperti UTUSAN dan HARAKAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan