Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 29 Julai 2011

Nasib Tanah Orang Melayu Jerantut

Salam 1Jerantut . Bagaimana nasib tanah orang Melayu di Jerantut ye ? Tanah melayu banyak tapi masih di takuk lama . ramai yang nak kaya sikit cepat maka dijualnya tanah kepada tokey2 cina di Jerantut maka jadilah tokey2 cina pemilik baru . Cuba selidik berapa banyak tanah rezab antarabangsa yang masih kekal ditangan orang melayu ? Dulu tanah rezab orang melayu 95% milik orang melayu . Hari ini kalau masih kekal 50% ditangan orang melayu Alhamdulillah .

Hari ini orang melayu begitu ramai yang membeli rumah2 ditaman2 perumahan di jerantut ini . Kebanyakan projek pembangunan ini dilakukan oleh pemaju2 berbangsa cina yang dulunya membeli tanah tersebut dari orang melayu .

Berapa ramai hari ini developer melayu yang memajukan taman2 perumahan ? . Dari Jerantut sampai ke Feri . Dari Jerantut hingga ke Kampung baru . dari Jerantut sampai ke Temin , dari Jerantut sampai ke batu Embun brape banyak developer melayu yang terlibat dalam pembangunan ? .

Saya menyeru kepada semua kontraktor-kontraktor melayu tak kira kelas A ke kelas B ke kelas C ke kelas D ke atau kelas E ke atau kelas F .... cukup2 cukuplah mengharapkan projek kerajaan . Cubalah jadi developer pulak . Kat jerantut ini ada brape kontraktor cina yang berlonggok kat pejabat tanah mengharapkan projek dari kerajaan ? hampir tak de kot ..... kalau adapun depa berlonggok kat Hijrah atau kat kedai mamak sebelah maybank tu  menunggu rezeki datang bergolek dibawa oleh geng2 ALI ni .

Ramai dah kontraktor melayu jerantut ini yang berkemampuan untuk menjadi developer . Dan juga seruan kepada orang2 melayu yang mempunyai tanah rezab antara bangsa yang dah tak ada pilihanan sangat tu tolonglah jangan jual tanah kepada bangsa bukan melayu , cubalah sedaya upaya jual kepada bangsa melayu juga walaupun mungkin terpaksa berpuas hati dengan diskaun sebnayak 10% benbanding jika dijual kepada bangsa lain ... kepada tokey2 melayu pulak janganlah mintak diskaun gila2 dari orang melayu . cubalah sedaya upaya membeli pada harga pasaran .

Mungkin sebab utama ramai orang melayu ini menjual kepada bangsa lainadalah disebabkan oleh kekurangan modal dikalangan orang melayu sendiri untuk membeli tanah2 rezab2 antara bangsa ini maka tuan2 tanah menjualnya kepada bangsa lain .

Mungkin boleh difikirkan supaya kita orang melayu dijerantut ini menubuhkan sebuah koperasi untuk mengumpul modal bagi membeli tanah-tanah yang ingin dijual oelh orang melayu ini dan di simpan untuk dimajukankan dikemudian hari .

KOPERASI HARTANAH JERANTUT BERHAD.

buatlah satu undang koperasi yang membolehkan kita semua orang melayu melabur didalam koperasi dan mendapat pulangan setimpal dengan pelaburan . mungkin kita boleh mengikut contoh koperasi KOSMA dalam memajukan tanah-tanah milik mereka diaawal-awal tahun 80-an dulu.

banyak juga contoh-contoh koperasi lain yang telah berjaya membangunkan tanah2 orang melayu ditempat lain . jadi marilah kita memajukan tanah2 orang melayu di jerantut pula dengan ikhlas .

Selasa, 19 Julai 2011

Tengku Lan . Janganlah Berundur Lagi ! (undurlah cepat undurlah cepat)

Semalam P81 mengulas berita dari Sinar Harian Pahang mengenai kesediaan Tengku Lan (klik sini) . Dalam ulasan pendek semalam p81 secara agak terangan tidak berapa yakin tentang hasrat Tengku lan untuk berundur dan p81 merasakan bahawa Tengku lan hanya ingin menguji kesetiaan para pimpinan peringkat tertinggi UMNO Jerantut terhadapnya sahaja . Hari ini dalam Sinar Harian di peringkat nasional pula terpampang sudah berita-berita yang sudah dapat diagak oleh p81 iaitu akan ada kepimpinan peringkat tertinggi yang melaungkan supaya Tengku Lan tidak berhenti . Ternyata dugaan p81 benar belaka iaitu ada unsur-unsur tarik tali didalam kenyataan Tengku Lan semalam .

Isnin, 18 Julai 2011

Tengku Lan Sahkan Tidak Bertanding PRU13 ?

Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Tengku Lan bersedia mengundurkan diri dari bertanding dalam PRu ke 13 nanti . Dia juga  diaktakan telah bersedia memberi kepada muka baru untuk mengantikannya . Beliau juga telah memaklumkan kepada Datu najib untuk tidak bertading dalam PRU ke 13 nanti . Tetapi semua itu terpulang kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang . Bersediakah UMNO Pahang melepaskan beliau . Jadi apakah Tengku Lan benar2 bersedia melapaskan jawatan ? Seperti masih ada tarik tali je .




Ahad, 3 Julai 2011

Macam kes kat Jerantut je ?

Macam kes kat Jerantut je ?


Tapak baru untuk hentian teksi Pasir Puteh - PM

02/07/2011 2:17pm

PASIR PUTEH 2 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan Pas Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.
Beliau berkata, kerajaan Pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.
Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.
"Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru,” katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini.
Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat UMNO Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit.
Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu.
Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan Pas Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad.
Beliau berkata, sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan Pas Kelantan mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu.
Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000. - Bernama