Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 26 April 2012

Pertama Kali Tengku Lan Berbahas di Parlimen Berkaitan Hal-Ehwal Jerantut



Parlimen 81 telah membuat kajian dan banyak membuat pos-pos didalam blog ini (klik sini , sini , sini , sini dan sini)  ini mengenai persoalan-persoalan berkaitan dengan Jerantut didalam Parlimen Malaysia sepanjang 3 (TIGA) penggal dari 1999 hingga 2012 Tengku Lan memegang jawatan Ahli Parlimen Jerantut . Inilah pertama kali Tengku Lan berbahas didalam parlimen malaysia .

Ikuti perbahasan ringkas beliau pada 9 April 2012 dibawah ini .

3. Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah kerajaan berpuas hati dengan pembangunan keseluruhan di kawasan luar bandar Pahang Barat. Kawasan Pahang Barat masih ketinggalandalam segi infrastruktur jalan terutamanya di sebelah kawasan Ulu Tembeling.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Datuk Joseph Entuluanak Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua kerajaan sentiasa memberikan perhatian untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar dan terpencil termasuk kawasan Pahang Barat supaya mereka turut sama menikmati taraf hidup yang lebih baik. Bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012 umpamanya, di bawah Projek Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling Jerantut Pahang, kerajaan sedang menyiapkan jalan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi sepanjang 26 kilometer dengan anggaran kos sebanyak RM25 juta. Untuk fasa seterusnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang merancang untuk menyambung jalan tersebut dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling sepanjang 61.3 kilometer dengan anggaran kos sebanyak RM266.3 juta. Projek sambungan ini akan melibatkan pembinaan jalan utama dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling sepanjang 44 kilometer dengan jajaran keluar ke Kampung Kuala Sat sepanjang 6.3 kilometer dan ke Kampung Bantal sepanjang 11 kilometer. Di samping itu projek ini juga akan melibatkan pembinaan enam unit jambatan. Apabila keseluruhan projek ini siap nanti ia dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada 3,774 orang penduduk di kawasan sekitar. Di samping itu, pihak FELCRA iaitu salah sebuah agensi di bawah kementerian saya, juga ada membina jalan masuk dan kerja-kerja menaik taraf jalan masuk projek perkampungan di Tembeling Tengah, Pahang. Keseluruhan projek tersebut telah menggunakan peruntukan sebanyak RM97,438. Adalah dipercayai bahawa pembinaan jalan-jalan ini akan menambah rangkaian jalan luar bandar di kawasan berhampiran dan dapat digunakan oleh penduduk-penduduk kampung setempat dan secara tidak langsung ianya membantu menggalakkan pembangunan sosioekonomi di kawasan berhampiran. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut]:Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan saya tadi dengan begitu baik. Hanya saya hendak memberi sedikit pandangan di sini dan amat mengharapkan Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Ini kerana saya adalah Ahli Parlimen yang ketiga waktu jalan ini dijanjikan kepada masyarakat di sebelah Ulu Tembeling. Begitu juga melihatkan masyarakat di Ulu Tembeling ini, mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang tua, kerana orang-orang muda sudah banyak keluar daripada kawasan di sebelah Ulu Tembeling. Itulah harapan saya dan selain daripada itu dengan harga petrol yang begitu tinggi pada hari ini ataupun diesel hendak menggunakan bot itu untuk naik turun antara sebelah Ulu Tembeling ke Jerantut ini memakan belanja yang begitu besar. Kalau tidak silap saya satu bot akan memerlukan tidak kurang daripada RM700 hingga RM800 satu trip. Itulah harapan saya kepada kerajaan untuk memandang serius tentang jalan dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling, terima kasih.

Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Jerantut. Komitmen kementerian ini ialah supaya jalan fasa pertama ini siap mengikut perancangan kita sekarang iaitu siap pada tahun 2014. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya telah membuat permohonan supaya fasa kedua iaitu merancang dan seterusnya melaksanakan jalan-jalan dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling tadi, kita telah kemukakan permohonan ini di dalam rolling plan RMKe-10, rolling plan kedua.Akan tetapi pandangan pihak yang tertentu ialah supaya fasa pertama ini yang dijangkasiap pada tahun 2014, disiapkan dahulu dan kementerian berjanji akan mengemukakan jalan ini untuk dilaksanakan dan permohonan ini akan kita buat sebelum tamat jalan fasa pertama inisiap nanti. Sekian, terima kasih.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berhasrat untuk menyatakan pandangan saya berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mulia Jerantut tadi kerana pada Februari 2012, Discovery Channel pernah memaparkan perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mulia berkenaan dengan kedudukan ekopelancongan world class value katanya di Ulu Tembeling dengan izin, di Taman Negara, Ulu Tembeling. Keseluruhan dipaparkan selama 45 minit. Akan tetapi ditumpukan kepada infrastruktur asas seperti yang dimaksudkan oleh persoalan permulaan tadi, asas tadi. Jadi saya hendak tanya, apakah dasar yang ada oleh Kementerian Luar Bandar, kalau JKR saya boleh faham, tetapi Kementerian Luar Bandar apakah dasar tumpuan dia, masa kita hendak membelanjakan ataupun meluluskan peruntukan untuk jalan-jalan luar bandar sebagaimana ada dalam P.22 yang berbaki melebihi RM2 bilion untuk tahun 2012 ini? Kalau disemak daripada peruntukan asal keseluruhan dalam rolling plan, ada RM4 bilion lebih. Persoalan yang sama juga timbul semasa permintaan untuk jalan-jalan kecil di Ranau. Lebih kurang sama. Kementerian tolak kata ini kerja JKR, ini kata kerja kementerian yang lain tetapi yang sebenarnya tiga wakil rakyat yang mewakili kawasan tersebut, perkara itu masih lagi dalam peringkat perancangan, akan ditimbang. Saya harap perkara ini tidak timbul lagilah. Kata 2014 baru hendak disiapkan, saya rasa kalau tidak hendak buat tidak apa, Pakatan Rakyat akan buatlah terima kasih.[Tepuk]

Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Tuan Yang di-Pertua, saya persilakan Pakatan Rakyat bermimpi-mimpi tengah harilah. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini tidakpernah tidak dapat menggunakan secara habis peruntukan yang diagihkan kepada kita.Akan tetapi harus diingat bukan semua projek peruntukan yang diagihkan kepada kementerian ini pelaksanaannya dibuat oleh kita. Bukan. Kadang-kadang peruntukan projek itu di bawah kita tetapi kadang-kadang DID, kadang-kadang JKR yang melak melaksanakan itu bukan kementerian ini. Jadi kalau pelaksanaan projek itu ada tergendala sekali skala, ada kekangan yang tertentu yang menyebabkan ia tergendala, jadi mestilah kita faham kenapa bukan semata-mata kerana kementerian ini kurang cekap ataupun yang tidak menjalankan tugasnya dengan lancar ataupun dengan licin. Berkenaan dengan RM2 bilion yang dibangkitkan, setahu saya pada dasarnya kementerian ini sekiranya ada balance ataupun baki dari mana-mana projek yang telah misalnya diperuntukkan silingnya RM100 juta tetapi cuma digunakan RM98 juta, baki itu akan dikumpulkan. Kita memang sudah ada senarai untuk projek-projek dan mengikut keutamaan di mana baki ini boleh disalurkan dan tidak pernah sebenarnya peruntukan ini mencukupi. Itulah sebabnya Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, memang masih banyak lagi tempat yang belum dapat kita laksanakan pembinaan jalan ataupun infrastruktur asas yang lain. Sekian, terima kasih.

[Setelah meneliti perbahasan singkat ini ,pada pandangan p81 , Tengku Lan sebenarnya memang tidak mampu menyuarakan pandangan rakyat Jerantut kepada pihak kerajaan Malaysia. Sepatutnya Tengku Lan perlu menggunakan kesempatan tersebut untuk menyuarakan sepenuhkan isu-isu di Jerantut ini . Kenapa  hanya ada satu soalan daripada Tengku Lan sepanjang tempoh persidangan kali ini yang mungkin persidangan terakhir beliau di parlimen . Atau memang Jerantut tiada masalah sebenarnya pada pandangan beliau ? Sedangkan rakyat melihat begitu banyak projek terbengkalai yang perlu disuarakan dan  dihansardkan di parlimen untuk membuka mata-mata orang-orang di kementerian-kementerian dan pejabat perdana menteri . ]



Isnin, 16 April 2012

Penduduk Pulau Tawar Minta Perdana Menteri Jengah Pulau Tawar Mei 2012 Ini

Dalam posting terdahulu p81 ada tulis yang PM kita akan lawat Jengka 8 Mei 2012 ini . Dan semalam ada pulak blog yang mengatakan bahawa PM kita akan melawat Padang Piol juga pada Mei 2012 . Yang mana satu betul tidaklah pula pihak p81 ketahui . Kedua-dua Felda ini adalah dalam lingkungan wilayah jajahan Pulau Tawar dulu-dulu . Di Felda Padang Piol ada seorang tokoh pejuang yang kini telah berusia lebih 80 tahun . Beliau bejuang menentang penjajahan Inggeris dalam tahun-tahun akhir 1940-an hingga awal 1950-an dulu . Beliau adalah pemuda yang sangat bersemangat berjuang menetang Inggeris ketika itu . Disaat ramai orang-orang kampung beliau yang tunduk kepada Inggeris beliau bersama kawan-kawannya dengan gagah berani menetang Inggeris . Itu kisah dia tapi berkaitan dengan kunjungan PM Najib nanti ,tak kisahlah mana satu yang PM nak lawat , Jengka 8 atau Padang Piol tapi penduduk Pulau Tawar sangat berharap agar PM dapatlah juga turun ke Pulau Tawar dalam siri jelajah pilihanraya nya kali ini . Kali terakhir Datuk Seri Najib melawat Pulau Tawar adalah ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang dulu . Beliau pernah berucap didalam dewan Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar . Ketika itu sokongan kepada beliau yang masih sangat muda belia pada masa itu di Pulau Tawar sangat hebat .

Ini posting p81 yang terdahulu . Perdana Menteri PM Datuk Najib dijangkakan akan melawat Jerantut spesifiknya Felda Jengka Lapan 8 . Felda Jengka 8 terletak dalam DUN Pulau Tawar dalam bulan Mei 2012 ini. Betul ke ? ADUN Pulau tawar sekarang ialah Datuk Dr Ahmad Shukri Ismaili aitu orang Tebing Tinggi . Tapi masa mula-mula dicalonkan sebagai calon BN dulu ada orang kata tali pusatnya di tanam di Pulau Tawar. Itulah cerita yang dijaja oleh pengikut beliau untuk memgjustifikasikan dia sebagai calon anak jati Pualau Tawar yang ketiaka itu berdepan dengan calon PAS saudara Mohamed Bin Wahid iaitu anak jati Pulau Tawar yang berkhawin dengan orang Tebing Tinggi .

Semasa kempen pilihanraya dulu Dr Ahmad Shukri ada menjanjikan bermacam-macam kepada orang Pulau Tawar . Antaranya ialah untuk mengujudkan Bandar Baru Pulau Tawar . Beliau juga ada menjanjikan untuk membawa projek IKBN ke Pulau Tawar di tapak berdekatan dengan Madrasah Tahfiz Sungai Salan . Beliau juga ketika menjaga BOD Felda menjanjikan untuk mengujudkan bandar Herba di Hulu Tembeling.

Sehingga kini setelah hampir berakhir 3 penggal perkhidmatan beliau atau hampir 13 tahun Bandar Pulau Tawar masih tidak kelihatan . yang ada di Simpang Jengka 8 sekarang adalah hasil binaan sendiri oleh peneroka-peneroka atas tanah mereka secara tidak komersial . Begitu juga Bandar Herba yang dijanjikan masih tidak kelihatan . Dengarnya tanah yang telah direservekan untuk bandar herba telah habis di keluarkan hasil balaknya tapi bandar atau poko herba belum kelihatan disitu . Betul ke ? Saya tak tahu sebab saya tidak melawat tapak tersebut , saya hanya dengar cerita sahaja.

Felda Jengka 8 yang akan menjadi tempat lawatan PM kita pada kali ini ramai dihuni oleh peneroka-peneroka yang datang dari Kedah . Kalau pergi kesana dan duduk di kedai kopi anda akan terasa seperti berada di Kedah atau utara Perak sebab masih ramai peneroka asal dan generasi kedua yang bercakap loghat Kedah disini . Mereka masih tidak dapat mengadap bahasa adal di kawasan itu iaitu bahasa Pulau Tawar .

Jengka 8 asalnya adalah tanah hutan yang terletak dalam kawasan simpanan Melayu Pulau tawar . Ramai orang pulau tawar dulu-dulu meneroka tanah di sekitar felda jengka 8 . Bila peneroka datang orang pulau tawar terpaksa serahkan kembali tanah yang diteroka kepada pengurusan felda sebab tanah diteroka secara haram .

Dulu mengikut cerita orang tua-tua di Pulau tawar ramai peneroka Jengka 8 datang ke kampung pulau tawar unutk membeli nyor tua dengan harga RM1 tiga biji . sebab masa itu poko nyor takder lagi di Jengka 8 . Mereka banyak bergantung kepada hasil kampung penduduk di sekitar kampung tradisionla Pulau Tawar .

Bila anak-anak dah besar ramai orang Jengka 8 hantar anak-anak bersekolah menengah di Sekolah Agama Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Pulau Tawar hingga tingkatan 3 sebelum melanjutkan peljaran ke Sekolah Mengengah Agama Khiriah di Temerloh atau Sekolah Menengah jerantut di tingkatan 4 .

Dulu Pulau tawar kawasan padi yang luas . Padi orang Pulau tawar banyak dijual kepada orang Jengka 8 .

Kini orang Jengka 8 hebat-hebat . Banyak kedai-kedai di simpang jengka 8 adalah kepunyaan orang Jengka 8 . Orang Pulau Tawar masa macam itu juga sama seperti mula-mula ketika Jengka 8 mula diteroka .  Masih tak berubah orang Pulau Tawar . Padang bola pun tak terurus klik sini

Orang-orang politik dah tak pandfang lagi kepentingan Pulau tawar dalam meraih undi mereka kerana undiPulau tawar hanya dalam lingkungan 1000 sahaja berbanding dengan undi dari peneroka felda yang begitu ramai sekarang ini . Sapa nak menang DUN Pulau Tawar mesti memenagi hati peneroka FELDA . Itu adalah realiti . Jadi orang Pulau tawar dah kehilangan kuasa politik secara TOTAL . Kini jawatan penghulu pun bukan diisi oleh orang Pulau tawar . sudah ada penghulu import . Orang Pulau Tawar hanya menerima tanpa boleh berbuat apa 2 .

Berbalik kepada lawatan PM Najib ke Jengka 8 nanti . Orang Pulau Tawar sangat berharap agar Datuk Najib dapatlah menjengah barang seketika ke Pulau Tawar . Dari Jengka 8 ke Pulau tawar tak sampai 10 minit dah sampai . Jengah lah sekejab ke kampung Tradisi Pulau tawar ini . Dulu Ayah PM sekarang Tun Razak selalu melawat Pulau Tawar  semasa beliau menjadi TPM dan PM . Pam Ayer Paya Kangsa yang sekarang telah tidak beroperasi pun adalah dirasmikan oleh allahyarham Tun Razak .

Catatan dalam blog pulau tawar (klik sini) ada tercatit bahawa Tun Razak melawat Pulau Tawar pada 18 Disember 1961 . Jadi rasa penduduk Pulau Tawar sangat mengharapkan agar PM Najib  datang menjengah mereka di Pulau Tawar barang seketika seperti mana allahyarham ayahnya pernah menjengah Pulau Tawar 51 tahun dahulu.

Sementelah lagi keluarga Dato Seri Najib PM yang kita kasihi ini asalnya adalah orang Pulau Tawar juga kalau mengikut salasilah dalam blog ini klik sini

Dengar khabarnya kedatang PM Najib nanti juga untuk mengumumkan durian runtuh yang dikatakan agak besar kepada peneroka FELDA. Orang Pulau Tawar yang meneroka sudah lebih 400 tahun menetap di sekitarnya tidak mendapat apa-apa ke ?

Jumaat, 13 April 2012

Qantas guna minyak masak untuk penerbangan komersial

Sebuah pesawat yang menggunakan diimport memasak Amerika menggunakan minyak telah meninggalkan Sydney dalam penerbangan percubaan di seluruh Australia pada pagi Jumaat.

SYDNEY, April 13 (Xinhua) -- A plane using imported American used cooking oil has left Sydney on a trial flight across Australia on Friday morning.
With a degree of fanfare and more than a whiff of publicity, Australia's national carrier Qantas launched its first commercial flight with a tank half full of bio-fuel and a remaining mix of standard jet fuel.
Qantas CEO Alan Joyce led a media contingent in farewelling the Qantas Airbus A330 on its maiden cooking oil voyage to Adelaide, in Australia's south, a journey covering several thousands of kilometres.
Joyce said the same fuel has been used in a six-month, 1,200 flight trial in Germany between Hamburg and Frankfurt.
Joyce told reporters, "This is significant.. it's the first commercial flight to be powered by sustainable aviation fuel in Australia and that's a big step for this country."
Qantas says the flight will produce less carbon emissions than conventional jet fuel.
"We're talking about a 60 percent reduction in the overall life cycle of the fuel, so that's a substantial improvement," he said.
However, the cooking oil cocktail costs four times as much as standard jet fuel, but Qantas says it's the flavour of future air travel.
The timing of the bio-fuel launch coincides with the 5th April domestic Qantas 5 percent fares increase, placing high fuel costs in the minds of the consumer.
Qantas is running the line that it will assume the extra cost of what will only be a one-off flight as part of a campaign to raise awareness of the value of bio-fuel as an energy option.
The fact remains airlines are feeling the pinch of rising fuel costs and passengers will be the ones holding the can. Qantas last month announced further increases to international fuel surcharges and domestic fares in response to high global jet fuel prices.
Qantas said in a statement last week, "While fuel surcharges, price increases and hedging are being used to mitigate the impact of fuel prices, they will not fully recover the cost impact."
Standard jet fuel is Qantas' largest operational cost and market prices remain consistently high. Average fuel prices are at their highest level since 2007.
At the end of March 2012, Singapore Jet Fuel was trading at a price of 136.95 U.S. dollars per barrel.

Khamis, 12 April 2012

Perdana Menteri Datuk Najib Melawat Jerantut Felda Jengka Lapan 8 Mei 2012

Perdana Menteri PM Datuk Najib dijangkakan akan melawat Jerantut spesifiknya Felda Jengka Lapan 8 . Felda Jengka 8 terletak dalam DUN Pulau Tawar dalam bulan Mei 2012 ini. Betul ke ? ADUN Pulau tawar sekarang ialah Datuk Dr Ahmad Shukri Ismaili aitu orang Tebing Tinggi . Tapi masa mula-mula dicalonkan sebagai calon BN dulu ada orang kata tali pusatnya di tanam di Pulau Tawar. Itulah cerita yang dijaja oleh pengikut beliau untuk memgjustifikasikan dia sebagai calon anak jati Pualau Tawar yang ketiaka itu berdepan dengan calon PAS saudara Mohamed Bin Wahid iaitu anak jati Pulau Tawar yang berkhawin dengan orang Tebing Tinggi .

Semasa kempen pilihanraya dulu Dr Ahmad Shukri ada menjanjikan bermacam-macam kepada orang Pulau Tawar . Antaranya ialah untuk mengujudkan Bandar Baru Pulau Tawar . Beliau juga ada menjanjikan untuk membawa projek IKBN ke Pulau Tawar di tapak berdekatan dengan Madrasah Tahfiz Sungai Salan . Beliau juga ketika menjaga BOD Felda menjanjikan untuk mengujudkan bandar Herba di Hulu Tembeling.

Sehingga kini setelah hampir berakhir 3 penggal perkhidmatan beliau atau hampir 13 tahun Bandar Pulau Tawar masih tidak kelihatan . yang ada di Simpang Jengka 8 sekarang adalah hasil binaan sendiri oleh peneroka-peneroka atas tanah mereka secara tidak komersial . Begitu juga Bandar Herba yang dijanjikan masih tidak kelihatan . Dengarnya tanah yang telah direservekan untuk bandar herba telah habis di keluarkan hasil balaknya tapi bandar atau poko herba belum kelihatan disitu . Betul ke ? Saya tak tahu sebab saya tidak melawat tapak tersebut , saya hanya dengar cerita sahaja.

Felda Jengka 8 yang akan menjadi tempat lawatan PM kita pada kali ini ramai dihuni oleh peneroka-peneroka yang datang dari Kedah . Kalau pergi kesana dan duduk di kedai kopi anda akan terasa seperti berada di Kedah atau utara Perak sebab masih ramai peneroka asal dan generasi kedua yang bercakap loghat Kedah disini . Mereka masih tidak dapat mengadap bahasa adal di kawasan itu iaitu bahasa Pulau Tawar .

Jengka 8 asalnya adalah tanah hutan yang terletak dalam kawasan simpanan Melayu Pulau tawar . Ramai orang pulau tawar dulu-dulu meneroka tanah di sekitar felda jengka 8 . Bila peneroka datang orang pulau tawar terpaksa serahkan kembali tanah yang diteroka kepada pengurusan felda sebab tanah diteroka secara haram .

Dulu mengikut cerita orang tua-tua di Pulau tawar ramai peneroka Jengka 8 datang ke kampung pulau tawar unutk membeli nyor tua dengan harga RM1 tiga biji . sebab masa itu poko nyor takder lagi di Jengka 8 . Mereka banyak bergantung kepada hasil kampung penduduk di sekitar kampung tradisionla Pulau Tawar .

Bila anak-anak dah besar ramai orang Jengka 8 hantar anak-anak bersekolah menengah di Sekolah Agama Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Pulau Tawar hingga tingkatan 3 sebelum melanjutkan peljaran ke Sekolah Mengengah Agama Khiriah di Temerloh atau Sekolah Menengah jerantut di tingkatan 4 .

Dulu Pulau tawar kawasan padi yang luas . Padi orang Pulau tawar banyak dijual kepada orang Jengka 8 .

Kini orang Jengka 8 hebat-hebat . Banyak kedai-kedai di simpang jengka 8 adalah kepunyaan orang Jengka 8 . Orang Pulau Tawar masa macam itu juga sama seperti mula-mula ketika Jengka 8 mula diteroka .  Masih tak berubah orang Pulau Tawar . Padang bola pun tak terurus klik sini

Orang-orang politik dah tak pandfang lagi kepentingan Pulau tawar dalam meraih undi mereka kerana undiPulau tawar hanya dalam lingkungan 1000 sahaja berbanding dengan undi dari peneroka felda yang begitu ramai sekarang ini . Sapa nak menang DUN Pulau Tawar mesti memenagi hati peneroka FELDA . Itu adalah realiti . Jadi orang Pulau tawar dah kehilangan kuasa politik secara TOTAL . Kini jawatan penghulu pun bukan diisi oleh orang Pulau tawar . sudah ada penghulu import . Orang Pulau Tawar hanya menerima tanpa boleh berbuat apa 2 .

Berbalik kepada lawatan PM Najib ke Jengka 8 nanti . Orang Pulau Tawar sangat berharap agar Datuk Najib dapatlah menjengah barang seketika ke Pulau Tawar . Dari Jengka 8 ke Pulau tawar tak sampai 10 minit dah sampai . Jengah lah sekejab ke kampung Tradisi Pulau tawar ini . Dulu Ayah PM sekarang Tun Razak selalu melawat Pulau Tawar  semasa beliau menjadi TPM dan PM . Pam Ayer Paya Kangsa yang sekarang telah tidak beroperasi pun adalah dirasmikan oleh allahyarham Tun Razak .

Catatan dalam blog pulau tawar (klik sini) ada tercatit bahawa Tun Razak melawat Pulau Tawar pada 18 Disember 1961 . Jadi rasa penduduk Pulau Tawar sangat mengharapkan agar PM Najib  datang menjengah mereka di Pulau Tawar barang seketika seperti mana allahyarham ayahnya pernah menjengah Pulau Tawar 51 tahun dahulu.

Sementelah lagi keluarga Dato Seri Najib PM yang kita kasihi ini asalnya adalah orang Pulau Tawar juga kalau mengikut salasilah dalam blog ini klik sini

Dengar khabarnya kedatang PM Najib nanti juga untuk mengumumkan durian runtuh yang dikatakan agak besar kepada peneroka FELDA. Orang Pulau Tawar yang meneroka sudah lebih 400 tahun menetap di sekitarnya tidak mendapat apa-apa ke ?

Rabu, 11 April 2012

Gempa bumi Aceh 8.9 magnitud menggegar Aceh jam 4.35 petang

Gempa bumi 8.9 magnitud menggegar Aceh jam 4.35 petang

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.

 - Jabatan Meteorologi Malaysia

Selasa, 3 April 2012

Kandungan Laporan Minoriti PSC

Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) telah mencadangkan satu Laporan Minoriti berhubung Daftar Pemilih, dilampirkan bersama laporan akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Bagaimanapun, cadangan itu telah ditolak. Hari ini, Dewan Rakyat juga turut menolak usul mereka berhubung perkara yang sama.

Berikut adalah kandungan Laporan Minoriti tersebut.

1.0 Pendahuluan


Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak YB Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah YB Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai YB Dr Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah 3 undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala 6 undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).

Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa.
Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan 3 wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR


2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen di mana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka.
Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya.

SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada YB Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR

Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulan yang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun


Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar  Pemilih dalam tempoh 30 hari.

2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki.
Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos


Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.

Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3.0 Rumusan


Makanya keputusan kami untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil.
Malah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

YB Mohamed Azmin Bin Ali (Ahli Parlimen Gombak)
YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah)
YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai)
Tarikh: 2 April 2012



22 syor PSC untuk tambahbaik sistem p'raya
Syor-syor itu dibuat setelah PSC mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas ahli Jawatankuasa serta mengambilkira perbincangan dalam jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada lawatan kerja.

(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN

1. MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA SAMA ADA MENGUNDI DI PERWAKILAN MALAYSIA ATAU SECARA POS

1.1. Jawatankuasa menyusul cadangan dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mengundi awal di Perwakilan Malaysia atau mengundi secara pos.

1.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi di Perwakilan Malaysia adalah sukar bagi SPR untuk melaksanakannya berdasarkan sistem pilihan raya sedia ada dan isu logistik. Pandangan ini turut disokong dengan maklum balas daripada Kementerian Luar Negeri.

1.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan SPR untuk mengkaji kemungkinan untuk membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos tertakluk kepada syaratsyarat tertentu.

1.4. Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti yang berikut:

(a) Telah mendaftar sebagai pemilih; dan

(b) Hendaklah balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos.

1.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan.

1.6. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini juga akan melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

1.7. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses seterusnya.

2. MEMBERI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PETUGAS SPR DAN MEDIA

2.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar SPR mengkaji sama ada membenarkan petugas media untuk mengundi awal atau pun mengundi secara pos.

2.2. Jawatankuasa mengambil maklum kaedah pengundian bagi petugas SPR adalah secara pos.

2.3. Jawatankuasa mengambil maklum ulasan SPR supaya petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos yang akan diwartakan di bawah Peraturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.4. Jawatankuasa mengambil maklum semua petugas media yang disahkan oleh majikan sebagai petugas media dan kena bertugas pada hari mengundi di luar kawasan pendaftarannya yang berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah memohon untuk berbuat demikian melalui Borang 1 (Permohonan bagi Kertas Undi Pos) menurut
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.

2.6. Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

3. PENGUNDI LUAR KAWASAN

3.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada pengundipengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama daripada Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.

3.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran SPR untuk mengendalikan pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya kerana ia melibatkan urusan logistik yang rumit, tenaga kerja yang terhad dan undang-undang sedia ada tidak
membenarkan seseorang pemilih mengundi di tempat mengundi yang bukan namanya didaftarkan.

3.3. Jawatankuasa mengambil maklum kehendak Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu. Manakala Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan seseorang pengundi mengundi di tempat mengundi yang bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya telah diuntukkan.

3.4. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini memerlukan kajian dibuat sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda berhubung dengan isu pemastautinan selain pindaan kepada mana-mana peraturan yang berhubung dengan pilihan raya.

3.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian warganegara Malaysia di luar negara bagi pengundi yang berada di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan.

4. MEMBENARKAN PRAPENDAFTARAN SESEORANG WARGANEGARA UNTUK DIDAFTARKAN SEBAGAI PEMILIH APABILA MENCAPAI UMUR 20 TAHUN

4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.

4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.

5. TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN

5.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

5.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.

5.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.

5.4. Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang.

6. KERAJAAN SEMENTARA (CARETAKER GOVERNMENT)

6.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.

6.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.

7. PENGUATKUASAAN PERATURAN SEDIA ADA BERHUBUNG KESALAHAN MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU DALAM URUSAN PENDAFTARAN

7.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

7.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang berikut:

i) urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan

ii) urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.

7.3. Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam kad pengenalan.

7.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR dalam menguatkuasakan Akta 5 adalah bergantung kepada kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.

7.5. Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di bawah Akta 5 dan Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran dan permohonan pertukaran alamat di kad pengenalan.

7.6. Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.

(II) MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA

8. MEMANJANGKAN TEMPOH BERKEMPEN

8.1. Jawatankuasa mengambil maklum subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan tempoh minimum 7 hari bagi maksud berkempen.

8.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya SPR menetapkan suatu tempoh berkempen yang lebih panjang dalam sesuatu pilihan raya bagi memberi ruang berkempen yang lebih lama dan pada masa yang sama urusan mengembalikan undi pos dapat dibuat dengan wajar.

8.3. Jawatankuasa juga mengambil maklum pandangan berbeza bahawa tempoh berkempen yang terlalu panjang mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya di samping kos yang tinggi.

8.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh berkempen menurut peruntukan undang-undang dengan tempoh tidak kurang daripada 10 hari.
 9. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN SAKSAMA

9.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

9.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh SPR.

9.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses
media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

(III) MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH

10. PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH YANG BERTERUSAN

10.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) untuk MIMOS menjalankan verifikasi terhadap daftar pemilih dengan kerjasama SPR dan JPN.

10.2. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS itu menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan dijalankan oleh SPR dengan kerjasama JPN. Hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati tidak wujud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.

10.3. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 483 rekod anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih SPR yang belum mempunyai nombor KP12.

10.4. Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan perkara yang disebut di perenggan 10.3 dalam tempoh 60 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat.

10.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan SPR memberi keutamaan kepada usaha berterusan untuk membersihkan daftar pemilih dengan kerjasama JPN bagi memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bagi mana-mana Pilihan Raya adalah mantap dan bermutu tinggi dari segi kualiti kesahihan dan integriti maklumat (terkini dan sebagainya).

10.6. Jawatankuasa mengesyorkan supaya suatu agensi bebas dan bertauliah seperti MIMOS dapat membantu menyemak daftar pemilih secara berterusan bagi mempertingkat usaha pembersihan daftar pemilih.
11. PENELITIAN DAFTAR PEMILIH BAGI ALAMAT-ALAMAT YANG MEMPUNYAI RAMAI PEMILIH BERDAFTAR

11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam
penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut:

i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;

ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti ‘kampung’, ‘rumah pangsa’, ‘rumah panjang’ dan ‘jalan’ tanpa butiran nombor rumah
yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar; iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang
tidak dikemas kini setelah berpindah; dan

iv) alamat pendaftaran “pinjaman” iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.

11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.

11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.

12. BANTAHAN TERHADAP DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DIPERAKUI MELALUI ADUAN ATAU MAKLUM BALAS DARIPADA PARTI POLITIK, PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DAN SEBAGAINYA

12.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan membolehkan bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui dibuat melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

12.2. Jawatankuasa mengambil maklum peraturan sedia ada hanya membenarkan bantahan dibuat terhadap nama pemilih yang dipamerkan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

12.3. Jawatankuasa mengambil maklum daftar pemilih yang telah diperakui boleh dibuat pemotongan atas alasan kematian dan lucutan atau tolakan warganegara setelah Ketua Pendaftar berpuas hati mengenai alasan itu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

12.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada daftar pemilih atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain hanya berdasarkan kepada aduan mana-mana pihak.

12.5. Jawatankuasa mengesyorkan suatu peruntukan undang-undang dikaji untuk memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak
awam dengan bukti yang sah.

13. KAJIAN KE ARAH PENDAFTARAN SECARA AUTOMATIK

13.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.

13.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik ini memerlukan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

13.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan. Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor
Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan pendaftaran secara automatik.

13.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR membuat kajian dan mengambil tindakan dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pada masa hadapan.

14. PENGGUNAAN ALAMAT SELAIN ALAMAT MASTAUTIN PADA KAD PENGENALAN SEBAGAI ALAMAT PENDAFTARAN UNTUK MENENTUKAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA

14.1. Jawatankuasa mengambil maklum senario semasa yang mana jumlah pengundi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak semakin berkurangan kerana penghijrahan golongan belia ke kawasan bandar untuk mendapatkan pekerjaan.

14.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menggunakan alamat selain alamat di kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan kawasan pendaftaran.

14.3. Jawatankuasa mengambil maklum jika cadangan ini dilaksanakan, implikasinya adalah seperti yang berikut:

i) Jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan, kemungkinan alamat itu tidak dapat disahkan melalui apa-apa dokumentasi yang sah;

ii) Ada kemungkinan orang mendaftar menggunakan alamat yang dia tidak bermastautin; dan

iii) Ada kemungkinan terdapatnya peningkatan bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan atas alasan orang itu tidak bermastautin di alamat yang digunakan jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan.

14.4. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika dia telah berpindah
ke alamat yang lain. SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.

14.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.

14.6. Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara dan implikasi peraturan yang diamalkan di negara lain yang membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.
(IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR

15. MEMPERKASAKAN KEDUDUKAN SPR

15.1. Jawatankuasa mengambil maklum penubuhan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai oleh tujuh (7) orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira peri mustahaknya mendapat kepercayaan awam.

15.2. Jawatankuasa mengambil maklum pandangan dan maklum balas yang mempersoalkan kebebasan SPR.

15.3. Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

15.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.

15.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.

16. PENSTRUKTURAN DAN PENGUKUHAN SPR

16.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa SPR dalam menjalankan fungsinya di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. Kuasa untuk mendapatkan bantuan ini diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan pegawai-pegawai yang dibuat di bawah Akta Pilihan Raya 1958.

16.2. Jawatankuasa mengambil maklum sumber manusia yang terhad di SPR dan kebergantungan SPR dengan pihak lain dalam menjalankan fungsinya itu.

16.3. Jawatankuasa mengambil maklum dari pemerhatian Lawatan Kerja ke UK, Jerman dan Denmark, tiga fungsi utama SPR itu dijalankan oleh badan yang berasingan.

16.4. Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain, keperluan sumber manusia SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.

17. MEMPERLUASKAN AKADEMI PILIHAN RAYA

17.1. Jawatankuasa mengambil maklum wujudnya Akademi Pilihan Raya sejak tahun 2007 dengan sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan yang terhad dalam menjalankan fungsinya termasuklah pendidikan pengundi, kesedaran mengundi dan latihan kepada petugas pilihan raya.

17.2. Jawatankuasa mengambil maklum keperluan memperkasa Akademi Pilihan Raya dengan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan serta diwujudkan bangunan khusus untuk menempatkan Akademi Pilihan Raya yang dilengkapi dengan kemudahan pusat latihan sebagaimana pusat latihan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

17.3. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

17.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya.

18. PENGASINGAN FUNGSI UTAMA SPR

18.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.

18.2. Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang, cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya diasingkan kepada tiga badan yang bebas.

(V) PERSEMPADANAN, PEMBIAYAAN POLITIK DAN SISTEM ALTERNATIF

19. PENGAGIHAN KERUSI DEWAN RAKYAT BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

19.1. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Govenment Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.

19.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.

19.3. Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia.

20. PERSEMPADANAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA YANG SEIMBANG

20.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk wajaran kawasan luar bandar (rural weightage) dan juga memenuhi prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’.

20.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’ dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar (rural weightage).

20.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.

21. PERUNTUKAN DANA KEPADA PARTI POLITIK

21.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini serta membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.

21.2. Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa mekanisme pelaksanannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan Kerajaan serta pindaan kepada aspek perundangan. Perkara ini wajar diberi perhatian untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang.

21.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk setiap parti politik mengisytiharkan apa-apa sumbangan yang diterima dari mana-mana sumber semasa kempen pilihan raya.

21.4. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk kerusi yang dimenangi dan 50% untuk jumlah undi yang diperolehi, tertakluk kepada
apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga kaedah yang akan digubal.

22. SISTEM PILIHAN RAYA BARU

22.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ialah Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post).

22.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti sistem campuran (First-Past-The-Post dan Proportionate Representation) atau Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation).

22.3. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7.

RUMUSAN JAWATANKUASA

Jawatankuasa mengesyorkan semua syor yang terkandung dalam laporan ini dipertimbangkan bagi menambah baik proses pilihan raya dan mengukuhkan SPR bagi menjamin proses pilihan raya yang bebas dan adil.