Parlimen 81 telah membuat kajian dan banyak membuat pos-pos didalam blog ini (klik sini , sini , sini , sini dan sini) ini mengenai persoalan-persoalan berkaitan dengan Jerantut didalam Parlimen Malaysia sepanjang 3 (TIGA) penggal dari 1999 hingga 2012 Tengku Lan memegang jawatan Ahli Parlimen Jerantut . Inilah pertama kali Tengku Lan berbahas didalam parlimen malaysia .
Ikuti perbahasan ringkas beliau pada 9 April 2012 dibawah ini .
3. Tan Sri Tengku Azlan ibni
Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah kerajaan berpuas
hati dengan pembangunan keseluruhan di kawasan luar bandar Pahang Barat.
Kawasan Pahang Barat masih ketinggalandalam segi infrastruktur jalan
terutamanya di sebelah kawasan Ulu Tembeling.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah II [Datuk Joseph Entuluanak Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua kerajaan sentiasa memberikan
perhatian untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar dan
terpencil termasuk kawasan Pahang Barat supaya mereka turut sama menikmati
taraf hidup yang lebih baik. Bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012 umpamanya, di
bawah Projek Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling Jerantut
Pahang, kerajaan sedang menyiapkan jalan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi
sepanjang 26 kilometer dengan anggaran kos sebanyak RM25 juta. Untuk fasa
seterusnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang merancang untuk
menyambung jalan tersebut dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling sepanjang
61.3 kilometer dengan anggaran kos sebanyak RM266.3 juta. Projek sambungan ini
akan melibatkan pembinaan jalan utama dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling
sepanjang 44 kilometer dengan jajaran keluar ke Kampung Kuala Sat sepanjang 6.3
kilometer dan ke Kampung Bantal sepanjang 11 kilometer. Di samping itu projek
ini juga akan melibatkan pembinaan enam unit jambatan. Apabila keseluruhan
projek ini siap nanti ia dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada 3,774
orang penduduk di kawasan sekitar. Di samping itu, pihak FELCRA iaitu salah
sebuah agensi di bawah kementerian saya, juga ada membina jalan masuk dan
kerja-kerja menaik taraf jalan masuk projek perkampungan di Tembeling Tengah,
Pahang. Keseluruhan projek tersebut telah menggunakan peruntukan sebanyak
RM97,438. Adalah dipercayai bahawa pembinaan jalan-jalan ini akan menambah
rangkaian jalan luar bandar di kawasan berhampiran dan dapat digunakan oleh
penduduk-penduduk kampung setempat dan secara tidak langsung ianya membantu
menggalakkan pembangunan sosioekonomi di kawasan berhampiran. Sekian, terima
kasih.
Tan Sri Tengku Azlan ibni
Sultan Abu Bakar [Jerantut]:Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang
telah menjawab soalan saya tadi dengan begitu baik. Hanya saya hendak memberi
sedikit pandangan di sini dan amat mengharapkan Jalan Kampung Tuit ke Kampung
Mat Daling ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Ini kerana saya adalah
Ahli Parlimen yang ketiga waktu jalan ini dijanjikan kepada masyarakat di sebelah
Ulu Tembeling. Begitu juga melihatkan masyarakat di Ulu Tembeling ini, mereka
adalah terdiri daripada orang-orang yang tua, kerana orang-orang muda sudah
banyak keluar daripada kawasan di sebelah Ulu Tembeling. Itulah harapan saya
dan selain daripada itu dengan harga petrol yang begitu tinggi pada hari ini
ataupun diesel hendak menggunakan bot itu untuk naik turun antara sebelah Ulu
Tembeling ke Jerantut ini memakan belanja yang begitu besar. Kalau tidak silap
saya satu bot akan memerlukan tidak kurang daripada RM700 hingga RM800 satu
trip. Itulah harapan saya kepada kerajaan untuk memandang serius tentang jalan
dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling, terima kasih.
Datuk Joseph Entulu anak
Belaun: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat daripada Jerantut. Komitmen kementerian ini ialah supaya
jalan fasa pertama ini siap mengikut perancangan kita sekarang iaitu siap pada
tahun 2014. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya telah membuat
permohonan supaya fasa kedua iaitu merancang dan seterusnya melaksanakan
jalan-jalan dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling tadi, kita telah kemukakan
permohonan ini di dalam rolling plan RMKe-10, rolling plan kedua.Akan
tetapi pandangan pihak yang tertentu ialah supaya fasa pertama ini yang
dijangkasiap pada tahun 2014, disiapkan dahulu dan kementerian berjanji akan
mengemukakan jalan ini untuk dilaksanakan dan permohonan ini akan kita buat
sebelum tamat jalan fasa pertama inisiap nanti. Sekian, terima kasih.
Tuan Azan Ismail [Indera
Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya berhasrat untuk menyatakan pandangan saya berkenaan dengan apa
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mulia Jerantut tadi kerana pada Februari
2012, Discovery Channel pernah memaparkan perkara yang disebutkan oleh
Yang Berhormat Mulia berkenaan dengan kedudukan ekopelancongan world class
value katanya di Ulu Tembeling dengan izin, di Taman Negara, Ulu
Tembeling. Keseluruhan dipaparkan selama 45 minit. Akan tetapi ditumpukan
kepada infrastruktur asas seperti yang dimaksudkan oleh persoalan permulaan
tadi, asas tadi. Jadi saya hendak tanya, apakah dasar yang ada oleh Kementerian
Luar Bandar, kalau JKR saya boleh faham, tetapi Kementerian Luar Bandar apakah
dasar tumpuan dia, masa kita hendak membelanjakan ataupun meluluskan peruntukan
untuk jalan-jalan luar bandar sebagaimana ada dalam P.22 yang berbaki melebihi
RM2 bilion untuk tahun 2012 ini? Kalau disemak daripada peruntukan asal
keseluruhan dalam rolling plan, ada RM4 bilion lebih. Persoalan yang sama
juga timbul semasa permintaan untuk jalan-jalan kecil di Ranau. Lebih kurang
sama. Kementerian tolak kata ini kerja JKR, ini kata kerja kementerian yang
lain tetapi yang sebenarnya tiga wakil rakyat yang mewakili
kawasan tersebut, perkara itu masih lagi dalam peringkat perancangan, akan
ditimbang. Saya harap perkara ini tidak timbul lagilah. Kata 2014 baru hendak
disiapkan, saya rasa kalau tidak hendak buat tidak apa, Pakatan Rakyat akan
buatlah terima kasih.[Tepuk]
Datuk Joseph Entulu anak
Belaun: Tuan Yang di-Pertua,
saya persilakan Pakatan Rakyat bermimpi-mimpi tengah harilah. Sebenarnya Tuan
Yang di-Pertua, kementerian ini tidakpernah tidak dapat menggunakan secara
habis peruntukan yang diagihkan kepada kita.Akan tetapi harus diingat bukan
semua projek peruntukan yang diagihkan kepada kementerian ini pelaksanaannya
dibuat oleh kita. Bukan. Kadang-kadang peruntukan projek itu di bawah kita
tetapi kadang-kadang DID, kadang-kadang JKR yang melak melaksanakan itu bukan
kementerian ini. Jadi kalau pelaksanaan projek itu ada tergendala sekali skala,
ada kekangan yang tertentu yang menyebabkan ia tergendala, jadi mestilah kita
faham kenapa bukan semata-mata kerana kementerian ini kurang cekap ataupun yang
tidak menjalankan tugasnya dengan lancar ataupun dengan licin. Berkenaan dengan
RM2 bilion yang dibangkitkan, setahu saya pada dasarnya kementerian ini
sekiranya ada balance ataupun baki dari mana-mana projek yang telah misalnya
diperuntukkan silingnya RM100 juta tetapi cuma digunakan RM98 juta, baki itu akan
dikumpulkan. Kita memang sudah ada senarai untuk projek-projek dan mengikut
keutamaan di mana baki ini boleh disalurkan dan tidak pernah sebenarnya
peruntukan ini mencukupi. Itulah sebabnya Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua,
memang masih banyak lagi tempat yang belum dapat kita laksanakan pembinaan
jalan ataupun infrastruktur asas yang lain. Sekian, terima kasih.
[Setelah meneliti perbahasan singkat ini ,pada pandangan p81 , Tengku Lan sebenarnya memang tidak mampu menyuarakan pandangan rakyat Jerantut kepada pihak kerajaan Malaysia. Sepatutnya Tengku Lan perlu menggunakan kesempatan tersebut untuk menyuarakan sepenuhkan isu-isu di Jerantut ini . Kenapa hanya ada satu soalan daripada Tengku Lan sepanjang tempoh persidangan kali ini yang mungkin persidangan terakhir beliau di parlimen . Atau memang Jerantut tiada masalah sebenarnya pada pandangan beliau ? Sedangkan rakyat melihat begitu banyak projek terbengkalai yang perlu disuarakan dan dihansardkan di parlimen untuk membuka mata-mata orang-orang di kementerian-kementerian dan pejabat perdana menteri . ]
[Setelah meneliti perbahasan singkat ini ,pada pandangan p81 , Tengku Lan sebenarnya memang tidak mampu menyuarakan pandangan rakyat Jerantut kepada pihak kerajaan Malaysia. Sepatutnya Tengku Lan perlu menggunakan kesempatan tersebut untuk menyuarakan sepenuhkan isu-isu di Jerantut ini . Kenapa hanya ada satu soalan daripada Tengku Lan sepanjang tempoh persidangan kali ini yang mungkin persidangan terakhir beliau di parlimen . Atau memang Jerantut tiada masalah sebenarnya pada pandangan beliau ? Sedangkan rakyat melihat begitu banyak projek terbengkalai yang perlu disuarakan dan dihansardkan di parlimen untuk membuka mata-mata orang-orang di kementerian-kementerian dan pejabat perdana menteri . ]
1 ulasan:
Tunggu dan lihat la rakyat ulu tembeling selepas PRU 13 nanti......
Catat Ulasan