Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 22 Mac 2012

Tiada Isu Pun Menjadi Isu . Pelik Bin Ajaib

Dibawah ini adalah petikan dari berita yang diambil dari Utusan Online ..... Kerna mungkin geram Mat Sabu ayam tambatan orang PAS yang kononya sangat digeruni oleh orang UMNO itu tidak mencerita apa isu yg dilemparkan kepada dirinya maka Utusan pun membuat berita berkaitan isu yang tidak menjadi isu . pening kepala dah semua .

Mat Sabu tidak jelas kontroversi rakaman

KUBANG PASU 21 Mac - Meskipun kontroversi rakaman perbualan berbaur lucah yang mengaitkan Mohamad Sabu dengan seorang wanita boleh memburukkan imej Pas tetapi beliau tidak menggunakan ceramah beliau di Stadium Mini Jitra di sini malam tadi untuk menjelaskan isu berkenaan.
Malahan Timbalan Presiden Pas itu juga tidak menggunakan pentas ceramah tersebut untuk menjelaskan spekulasi yang mengatakan bahawa krisis dalaman pentadbiran Pas Kedah antaranya berpunca daripada usaha terdesak pihak tertentu untuk membawa beliau bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sebaliknya beliau menggunakan sebahagian besar ceramahnya selama kira-kira 45 minit itu untuk memburuk-burukkan pemimpin dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mendakwa kerajaan negeri di bawah pembangkang lebih bijak mentadbir.

Rabu, 21 Mac 2012

Datuk Seri Najib Abdul Razak - Jeneral Tanpa Askar

Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

Ahad, 18 Mac 2012

Dalam Duka Di Pukul Ribut Pulau Tawar Juara Bola Sepak U20 Jerantut

 Pasukan bola sepak anak-anak muda Pulau Tawar yang terkenal iaitu PUTA FC telah berjaya mengondol Piala Pusingan Kejohanan Bola Sepak Bawah 20 tahun Daerah Jerantut dengan mengalahkan pasukan

Permainan yang sangat genting di antara kedua-dua pasukan. Jaringan pertama agak awal diperolehi oleh PuTa Fc namun Emmar FC mula mencari rentak sehingga mereka berjaya mencari gol penyamaan dengan satu gol tandukan. Namun tidak sampai dua minit selepas gol itu PuTa FC melalui kaptennya pula berjaya mendapat gol yang kedua. Tersentak dengan gol kedua Emmar FC sekali lagi mengawal permainan dan menguasai penghujung babak pertama sehingga mereka berjaya memperoleh gol penyamaan untuk separuh masa pertama berakhir dengan 2-2. 

Separuh masa kedua agak seimbang di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan juga saling bertahan. Kedua-dua pasukan sama-sama hebat mengawal permainan sehinggalah ketika permainan berbaki 5 minit, Emmar FC telah mendapat gol ketiga hasil dari kelam kabut di depan pintu gol PuTa FC. Para penyokong PuTa FC ketika itu terus memberi sokongan dan galakan semangat kepada para pemain dan hasilnya PuTa FC terus saja berjaya mendapatkan gol penyamaan hingga kedudukan 3-3 ketika tamat waktu 90 minit.

Pihak FA Jerantut memutuskan untuk tidak mengadakan permainan lanjutan masa memandangkan hari sudah hampir malam. Keputusan diambil untuk terus saja kedua-dua pasukan menentukan kemenangan melalui sepakan penalti. Pemain-pemain sekali lagi menunjukkan mereka berjaya menyerap segala tekanan apabila memenangi sepakan penalti dengan jaringan 5-4. 


Pasukan PUTA FC pada kali ini dilatih oleh pemain pasukan Shahzan Muda iaitu Ikram Rosli





Pasukan PUTA telah menunjukan prestasi yang amat mengalak sejak dari pusingan awal lagi dengan kemenangan 9-0 mengalahkan Giat Mara kemudian kemenangan 8-1 mengalahkan 410 FC seterusnya kemenangan 4-0 mengalahkan MIC  dan diseparuh akhir mengalahkan pasukan Dinamis FC 1-0 sebelum mara keperlawanan akhir ini . 

Empat pemain PUTA FC juga telah berjaya mewakili daerah Jerantut . Kemengan ini juga adalah hasil sokongan padu penyokong-penyokong PUTA FC sejak dari awal lagi .

Tapi sebelum itu di Pulau Tawar pada hari khamis kira-kira jam 4:45pm telah berlaku ribut kencang di Pulau Tawar yang telah meranapkan beberapa buah rumah , menerbangkan beberapa buah khemah dan memutuskan bekalan elektrik keseluruh kampung Pulau Tawar .














Khamis, 15 Mac 2012

Ingatan Kepada Ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Jerantut

Ini bukan pekeliling dikeluarkan kepada Ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Jerantut tapi pekeliling ini mungkin boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua ahli Jawatankuasa Pembangunan Daerah Jerantut supaya jangan ambil mudah semua mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan jawatankuasa ini . Jawatankuasa ini adalah driver kepada pembangunan daerah Jerantut . Jadi jawatankuasa ini perlulah sentiasa proaktif dalam segala tindakan dan keputusan supaya hasil tindakan mereka ini boleh sampai terus kepada rakyat di daerah Jerantut .

Ingatan juga kepada jawatankuasa-jawatankuasa lain yang yang diwujudkan diperingkat daerah. Ingatan juga kepada wakil-wakil rakyat yang menganggotai jawatankuasa tersebut supaya menyuarakan pandangan rakyat dalam jawatankuasa itu bukannya menyuarakan padangan kontraktor-kontraktor !!!!

PEKELILING AM
KERAJAAN NEGERI JOHOR BIL.4 TAHUN 2002
Kehadiran Anggota-anggota Jawatankuasa
Pembangunan Daerah Di dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah
1. TUJUAN:
Pekeliling ini bertujuan untuk mewajibkan kehadiran anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah tanpa diwakilkan kepada pegawai kanan atau di bawahnya di dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah.

2. LATARBELAKANG:

2.1. Keanggotaan Jawatankuasa Pembangunan Daerah telah ditetapkan oleh Arahan No.1 Tahun 2001 yang telah dikeluarkan pada 8 Mei 2001. Arahan ini ditandatangani oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

2.2. Arahan tersebut telah menetapkan keanggotaan Jawatankuasa Pembangunan Daerah sebagaimana Lampiran A. Fungsi Jawatankuasa Pembangunan Daerah sebagaimana yang ditetapkan oleh Arahan No.1 Tahun 2001 adalah sebagaimana Lampiran B.

2.3. Adalah diperhatikan sejak kebelakangan ini, kehadiran anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah sendiri yang menjadi ahli di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah adalah kurang menggalakkan. Ada dikalangan anggota-anggota tersebut mewakilkan kepada pegawai kanan atau di bawahnya.

2.4. Pentadbiran Negeri memandang berat akan perkara ini kerana Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan Majlis Pembangunan Negeri dilaksanakan sepenuhnya di Peringkat Daerah. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah juga berperanan menangani isu/masalah Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan Lima Tahun Kerajaan dan Projek-projek Khas yang diluluskan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

2.5. Ketidakhadiran anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah boleh menjejaskan pengambilan keputusan yang lebih berkesan untuk menangani isu/masalah pelaksanaan projek-projek pembangunan atau perakuan cadangan dasar dan strategi pelaksanaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri dan Majlis Pembangunan Negeri. Ia juga boleh menggagalkan objektif penubuhan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah dan seterusnya melambatkan pencapaian pembangunan Negeri Johor yang menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan seimbang.

3. PELAKSANAAN:

3.1. Jawatankuasa Pembangunan Daerah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
3.2. Pada harimesyuarat tersebut, kedatangan anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah akan dicatat di dalam Buku Daftar Kehadiran.

3.3. Adalah diharapkan semua anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah
 
4. KUATKUASA:
Pekeliling Am ini berkuatkuasa serta-merta. Pegawai Daerah/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah hendaklah memastikan bahawa kehadiran anggota-anggota Jawatankuasa berkenaan dilaksanakan sepenuhnya.
(DATO’ HAJI AYUB BIN MION)
SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Bertarikh: 20 September 2002
link asal klik sini
khususnya Wakil-Wakil Rakyat dikehendaki hadir tanpa diwakilkan kepada pegawai kanan atau di bawahnya. Sekiranya mereka tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan kepada Pengerusi. Hanya Y.B. Menteri dibenarkan mewakilkan kehadirannya dengan Setiausaha Politiknya.

Sabtu, 10 Mac 2012

Tengku Lan Berundur ?

Umno Jerantut menyerahkan kepada Badan Perhubungan Umno Pahang berhubung hasrat Ahli Parlimen Jerantut Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang mahu berundur pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Timbalan Ketua Umno Jerantut Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak juga meminta semua pihak terutamanya di bahagian berkenaan, agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hasrat Tengku Azlan itu.

"Selama tiga penggal sebagai Ketua Umno Bahagian Jerantut, Tengku Azlan merupakan pemimpin yang cukup berjasa terhadap Umno di Jerantut.

"Umno di sini menganggap beliau sebagai tokoh perpaduan setelah mengambil ahli tugas sebagai Ketua Umno di sini yang berupaya menjernihkan kembali hubungan di kalangan ahli Umno yang pernah berpecah dan berpuak-puak sebelum ini," katanya kepada pemberita, dekat Jerantut.

Tengku Azlan merupakan Anggota Parlimen Jerantut sejak tiga penggal lepas dan dalam pilihan raya umum 2008 beliau berjaya mengekalkan kerusi itu selepas menewaskan calon PAS Dr Hamzah Jaaffar dengan majoriti 1,946 undi.

- Bernama