Pasukan bola sepak anak-anak muda Pulau Tawar yang terkenal iaitu PUTA FC telah berjaya mengondol Piala Pusingan Kejohanan Bola Sepak Bawah 20 tahun Daerah Jerantut dengan mengalahkan pasukan
Permainan yang sangat genting di antara kedua-dua pasukan. Jaringan pertama agak awal diperolehi oleh PuTa Fc namun Emmar FC mula mencari rentak sehingga mereka berjaya mencari gol penyamaan dengan satu gol tandukan. Namun tidak sampai dua minit selepas gol itu PuTa FC melalui kaptennya pula berjaya mendapat gol yang kedua. Tersentak dengan gol kedua Emmar FC sekali lagi mengawal permainan dan menguasai penghujung babak pertama sehingga mereka berjaya memperoleh gol penyamaan untuk separuh masa pertama berakhir dengan 2-2.
Separuh masa kedua agak seimbang di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan juga saling bertahan. Kedua-dua pasukan sama-sama hebat mengawal permainan sehinggalah ketika permainan berbaki 5 minit, Emmar FC telah mendapat gol ketiga hasil dari kelam kabut di depan pintu gol PuTa FC. Para penyokong PuTa FC ketika itu terus memberi sokongan dan galakan semangat kepada para pemain dan hasilnya PuTa FC terus saja berjaya mendapatkan gol penyamaan hingga kedudukan 3-3 ketika tamat waktu 90 minit.
Pihak FA Jerantut memutuskan untuk tidak mengadakan permainan lanjutan masa memandangkan hari sudah hampir malam. Keputusan diambil untuk terus saja kedua-dua pasukan menentukan kemenangan melalui sepakan penalti. Pemain-pemain sekali lagi menunjukkan mereka berjaya menyerap segala tekanan apabila memenangi sepakan penalti dengan jaringan 5-4.
Pasukan PUTA FC pada kali ini dilatih oleh pemain pasukan Shahzan Muda iaitu Ikram Rosli
Pasukan PUTA telah menunjukan prestasi yang amat mengalak sejak dari pusingan awal lagi dengan kemenangan 9-0 mengalahkan Giat Mara kemudian kemenangan 8-1 mengalahkan 410 FC seterusnya kemenangan 4-0 mengalahkan MIC dan diseparuh akhir mengalahkan pasukan Dinamis FC 1-0 sebelum mara keperlawanan akhir ini .
Empat pemain PUTA FC juga telah berjaya mewakili daerah Jerantut . Kemengan ini juga adalah hasil sokongan padu penyokong-penyokong PUTA FC sejak dari awal lagi .
Tapi sebelum itu di Pulau Tawar pada hari khamis kira-kira jam 4:45pm telah berlaku ribut kencang di Pulau Tawar yang telah meranapkan beberapa buah rumah , menerbangkan beberapa buah khemah dan memutuskan bekalan elektrik keseluruh kampung Pulau Tawar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan