Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Jerantut

Pada Tahun 2008 bila sahaja Tun Abdullah melantik Tengku Lan iaitu Ahli Parlimen Jerantut menjadi Timbalan Menteri Luar Negara dan kemudian Tengku Lan menolak perlantikan tersebut , ramai yang membuat andai bahawa Tengku Lan akan melompat ke Pakatan Rakyat . Ramai yag beranggapan begitu tapi penulis berdoa ketika itu supaya Tengku Lan kekal bersama BN dan penulis juga berdoa supaya Tengku Lan akan meletak jawatan . Jika ketika itu Tengku Lan meletak jawatan , penulis rasa itulah jasa paling besar yang Tengku Lan buat untuk rakyat Jerantut sepanjang Tengku lan menjadi ahli parlimen Jerantut . Kenapa ? Sebab penulis tidak nampak sebarang sumbangan Tengku Lan kepada pembangunan Jerantut sepanjang Tengku Lan menjadi Ahli Parlimen Jerantut , Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pengangkutan .

Sebab apa penulis rasa jasa paling besar Tengku Lan untuk Jerantut ialah dengan Tengku Lan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Jerantut ketika itu ? Sebab sudah tentu akan ada pilihanraya kecil (PRK) dan sudah tentu pilihanraya itu adalah pilihanraya kecil pertama selepas PRU12 , dan seperti biasa dalam mana-mana PRK maka berbagai projek segera akan ditaburkan di kawasan pilihanraya , balairaya dibaiki , rumah rakyat dibuat , jalan raya ditar baru , dan bermacam-macam projek besar dan kecil akan diluluskan dengan segera . Dan ketika itulah berbagai-bagai pemimpin dari pusat dan negeri akan turun ke Kg Bantal , Kg Pagi , Kg Sempadan , Pulau Tawar , Durian Hijau , Bukit Nikmat , Gusai , Perlok , Kg Gintong , Lepar , Gelanggi . boleh kata setiap ceruk kampung ini akan dilawati oleh pemimpin pusat dan negeri .

Dan mungkin sekarang ini hujung tahun 2010 iaitu 2 tahun selepas PRK Jerantut itu jalan dari Kuala Tahan Ke Kg Pagi telah siap dan sekarang ini mungkin fasa kedua jalan dari Kg Pagi Ke K Bantal sudah ditenderkan . Dan mungkin juga dua buah jambatan di Kuala Tembeling sudah dalam fasa akhir pembinaan dan bila-bila masa sudah boleh dirasmikan . Mungkin juga jalan dari Pulau Tawar ke Durian Hijau seterusnya ke RUmpun Makmur telah dinaik taraf , dan mungkin juga Jalan dari Jerantut ke Benta tidak lagi bengkng Bengkok seperti sekrang .

Sebab itu penulis rasakan  itulah jasa paling besar kepada Jerantut jika Tengku Lan meletak jawatan ketika itu . Pembangunan yang kita nantikan selama 50 tahun boleh disediakan dengan hanya satu pilihanraya kecil yang pasti penulis rasakan BN tetap akan menang pilihanraya kecil itu dan penulis dapat rasakan mungkin ketika itu calon yang mewakili BN ialah Wan Amizan yang akan menewaskan calon PAS Dr Hamzah .

Mungkin ramai yang akan marah dengan pandangan penulis . Dan sebenarnya penulis akui PRK juga tidak boleh dijadikan sebagai solusi untuk membawa pembangunan segera sebagaimana sejarah PRK yang lalu tetapi impak PRK kepada sesuatu kawasan PRK itu memang besar yang perlu diakui oleh kita semua.

Rabu, 27 Oktober 2010

Kerajaan Pahang Rugi RM39.7 Juta ?

Kerajaan Pahang Rugi RM39.7juta ? Sebenarnya atas kertas belum rugi lagi tapi itulah jumlah kerugian yang mungkin terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri jika kerajaan negeri gagal mengutip pinjaman yang diberikan kepada ASPA pada tahun 1999 berjumlah RM20juta dan tahun 2003 berjumlah RM22Juta . Jumlah RM39.7juta adalah tunggakan anuiti yang belum dibayar oleh ASPA kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa untuk menuntut hutang tersebut . Sepatutnya ASPA sudah selesai mebayar pinjaman RM22juta ini pada tahun 2003 dan pinjaman RM20juta pada tahun 2006.

Kenapa kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa untuk menuntu hutang tersebut ? Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 bagi negeri Pahang , kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa untuk menuntut hutang tersebut disebabkan oleh perjanjian pinjaman antara ASPA dan Kerajaan Negeri pahang seperti berikut :

1. Laporan Ketua Audit Negara Bagi Pinjaman RM22juta :

Letter Of Assignment (LOA) Tidak Disediakan
 Fasal 4, Syarat Khas Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Negeri dengan ASPA berjumlah RM22 juta menetapkan bahawa ASPA hendaklah mengeluarkan LOA selepas tarikh berkuat kuasa pinjaman. ASPA mengaku janji akan menyerahkan hasil pelaburan dan harta-harta seperti yang ditetapkan dalam Fasal 4.03 di dalam perjanjian sekiranya ia gagal membayar sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri. Selain itu, Fasal 4.04 pula menghendaki ASPA mengaku janji akan membuat perjanjian dengan MCB bagi maksud menyerahkan hasil pelaburan dan aset kepada Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan dalam fasal perjanjian tersebut sekiranya ASPA gagal membayar sepenuhnya pinjaman. Semakan Audit mendapati LOA dan Perjanjian dengan MCB tidak dilaksanakan oleh ASPA sebagaimana yang ditetapkan. Ketiadaan dokumen tersebut akan menyebabkan Kerajaan Negeri tidak berhak mendapat hak milik ke atas pelaburan dan aset yang dicagarkan seperti yang telah ditetapkan.

2. Laporan Ketua Audit Negara Bagi Pinjaman RM20juta :

Syarat Khas Perjanjian Yang Tidak Munasabah
Fasal 5.01 di dalam Syarat-syarat Khas Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Negeri dengan ASPA bagi pinjaman yang berjumlah RM20 juta menetapkan bahawa sekiranya ASPA gagal membayar balik pinjaman atau faedah maka Kerajaan Negeri boleh membuat potongan ke atas geran tahunan yang diberikan. Bagaimanapun, temu bual yang dijalankan dengan Penolong Pegawai Kewangan ASPA mengesahkan bahawa tiada sebarang geran tahunan diterima oleh ASPA. Keadaan ini bertentangan dengan Fasal 5.01 yang menetapkan pemotongan geran tahunan terhadap sebarang kegagalan bayaran balik pinjaman atau faedah oleh ASPA.
 
 Pihak parlimen81 mengesa agar pihak kerajaan negeri Pahang segera bertindak untuk mengutip balik hutang tertunggak tersebut dari ASPA bagi menjamin aliran kewangan kerajaan negeri Pahang kukuh kembali dan menjamin kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri. Rakyat negeri Pahang membayar cukai setiap tahun dan sebagai rakyat kami ingin kerajaan pastikan setiap hasil cukai tersebut digunakankan secara berhemah oleh kerajaan negeri dan rakyat mendapat kembali keuntungan secara optimum.

Selasa, 26 Oktober 2010

Award for nuclear plant as early as 2014

Award for nuclear plant as early as 2014
If the Economic Transformation Programme (ETP) is to be followed to a tee, the contract for Malaysia's first-ever nuclear power plant will be awarded as early as 2014.
malaysia and nuclear reactor and technologyThis is in order to ensure that the twin unit power plant begins operations in 2021.
According to the ETP timeline, which is “still under development”, all studies will be completed by the end of next year, while planning will be concluded by the start of 2013.
However, procurement work will start midway into 2012, while construction in earnest will begin in 2017.
The project is expected to cost RM21.3 billion of investment up to 2020, although it is unclear if the government will foot the whole bill.
Interestingly, the plan, which details out timelines for project work including site safety analysis and developing regulation, does not state the duration allocated for public engagement and acceptance.
This is despite stating it as the first step in “four critical path items (which) must be addressed with highest priority”.
The four critical path items are:
  • Public acceptance of the project
  • Ratification of relevant international treaties
  • Developing correct regulatory framework
  • Approvals for plan sites, including from local populace.
The Nuclear Power Development Steering Committee, headed by the Energy, Green Technology and Water Ministry, was set up in July 2009 and has been mandated to plan and coordinate the project.
NONEThe committee is tasked to conduct studies to aid the preparation of an infrastructure plan, expected to be ready by 2013.

According to the ETP roadmap, site selection study and pre-feasibility study are also expected to be completed by then.
The nuclear project will be spearheaded by national energy giant TNB, which had recently expressed that it is ready to do so.

More big hydro for Sarawak?
azlanCommenting on this at the ETP roadmap launch yesterday, Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala said that nuclear is only one of several renewable energy sources explored.
“Discussions will take place (about nuclear). There will be no shortcuts, safety is paramount,” he said.
Among the other sources of renewable energy noted in the roadmap are five more hydroelectric dams, like Bakun, in Sarawak.
While hydroelectric power is touted as green energy by some, environmentalists refute this claim due to the severe damage that big hydroelectric dams cause to the eco-system.
The Bakun hydroelectric dam, for example, has caused tremendous loss of rainforest, while badly planned relocation efforts of about 10,000 indigenous people have left problems still unresolved.

Isnin, 25 Oktober 2010

Bangunkan Pulau Tawar sesegar nama Mat Kilau, Tok Gajah

Saudara Pengarang,
SAYA salah seorang daripada ribuan keturunan asal Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Mereka yang arif mengenai sejarah perjuangan menentang penjajahan Inggeris di Pahang pasti akan mengaitkan Pulau Tawar dengan Mat Kilau dan Tok Gajah.

Sepatutnya keunikan dan nilai sejarah Pulau Tawar terus dijaga dan dikekalkan.

Namun kali terakhir Pulau Tawar mendapat perhatian ialah sekitar 70-an, ketika kemunculan semula pahlawan Mat Kilau.

Berita seorang kanak-kanak yang berjaya menghasilkan duit syiling emas dengan hanya memegang abu di dapur rumahnya juga turut menaikkan nama Pulau Tawar suatu ketika dulu.

Namun kini Pulau Tawar semakin sepi dan terus terpinggir dari arus pembangunan. Tidak seperti Kg. Duyong di Melaka yang dijaga dan dipelihara dengan rapi untuk menarik kunjungan pelancong ke tempat kelahiran Hang Tuah.

Begitu juga dengan pembangunan Pasir Salak yang dikaitkan dengan Datuk Maharajalela ketika menentang Residen Inggeris di Perak iaitu Sir J.W.W Birch. Kemudian lihat pula Kg. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi, walaupun cerita Mahsuri hanya dikatakan legenda semata-mata.

Kenapalah begitu malang nasib Pulau Tawar? Dibandingkan dengan Hang Tuah, Mahsuri dan Datuk Maharajalela, saya melihat sejarah Mat Kilau adalah yang terkini.

Sebagai anak jati Pulau Tawar saya agak terkilan dengan sikap pihak-pihak yang berkenaan yang langsung tidak mahu mengembalikan semula sejarah Pulau Tawar ini. Banyak tempat yang boleh dibangunkan untuk dilawati oleh para pelancong. Sebuah kota yang digembar-gemburkan wujud di Johor iaitu Kota Gelanggi sebenarnya terletak berhampiran dengan Pulau Tawar.

Mat Kilau dan beberapa orang pahlawan Melayu ketika itu sering berulang-alik untuk mendalami ilmu kepahlawanan mereka di gua Kota Gelanggi itu.

Saya lihat banyak tapak bersejarah yang boleh dibangunkan semula seperti makam Mat Kilau, rumah kelahiran Mat Kilau, masjid Kg. Pulau Tawar yang dibina sendiri oleh Mat Kilau (tempat pengisytiharan Mat Kilau tahun 1970), rumah dan pejabat pentadbiran Inggeris, sebuah sekolah Inggeris yang pertama didirikan (Clifford), tapak pertemuan dan mesyuarat pahlawan Pahang dengan Sultan Ahmad, istana lama Pahang ketika Sultan bersemayam di situ dan banyak lagi lokasi menarik yang boleh dibangunkan sebenarnya.

Semua tapak bersejarah ini juga hampir musnah ditelan zaman. Makam Mat Kilau misalnya terus usang dan terbiar. Apa yang ada hanyalah sebuah tempat berbumbung yang dihadiahkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang suatu ketika dulu.

Selain daripada itu, nama Pulau Tawar mungkin akan terus hilang dari peta sejarah negara. Andainya orang ramai melalui jalan besar antara Bandar Jengka ke Jerantut, tiada lagi papan tanda yang menunjukkan Pulau Tawar sebagai destinasi sejarah. Apa yang ada sekadar menunjukkan arah jalan masuk ke Pulau Tawar.

Dalam usaha kerajaan negeri memajukan industri pelancongan, perkara seperti ini tidak harus berlaku kerana kesan peninggalan sejarah boleh dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini. Apa yang lebih menarik, beberapa orang pembesar utama negara seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak juga dikatakan bersusur-galur keturunan pahlawan Mat Kilau.

Justeru saya menyeru supaya kerajaan negeri Pahang menjalankan usaha untuk membangunkan semula Pulau Tawar agar namanya terus segar, sesegar nama Mat Kilau dan Tok Gajah yang sering disebut-sebut hingga ke hari ini.

Sebuah jawatankuasa pembangunan semula Pulau Tawar perlu ditubuhkan sama seperti Jawatankuasa Penyiasat ketika kemunculan Mat Kilau awal 70-an dulu. Jika ini dilakukan, banyak bahan sejarah yang masih disimpan oleh anak cucu dan keturunan Mat Kilau dapat disimpan dalam sebuah galeri.

Jika dilihat kepada bahan pameran mengenai Mat Kilau di Muzium Tokoh Pahang dan Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, saya dapati apa yang dipaparkan hanyalah gambar dan sedikit cerita ringkas tentang Mat Kilau. Sebaliknya kajian mengenai khazanah Mat Kilau yang lain seperti pedang, keris, pakaian, kitab, al-Quran, barang persilatan, rumah dan sebagainya tidak dikumpulkan untuk dipamerkan.

Mungkin keturunan Mat Kilau yang masih ada hari ini, tidak mahu menyerahkannya kerana mereka juga mahu supaya sebuah galeri Mat Kilau diwujudkan di Pulau Tawar.

Saya sendiri masih menyimpan sebuah buku Salasilah Keturunan Pulau Tawar, tulisan tangan yang berusia kira-kira 57 tahun yang mencatatkan nama orang pertama yang membuka kawasan ini iaitu Malim Yunus dan keturunan Mat Kilau.

Saya juga berharap ramai keturunan cucu cicit asal Mat Kilau akan tampil untuk membantu pihak-pihak berkenaan bagi mengumpul bahan maklumat dan khazanah Mat Kilau yang masih tersimpan. - MOHD SHUKRI JAMALUDDIN, Pahang.

Projek Empang Salan dan Tali Air Pulau Tawar

Projek ini berlaku pada tahun 1924 di Jerantut. Ini ialah projek pembinaan rancangan pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar. Cerita ini dipetik dari memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat- "Tinggal Kenangan", MB Pahang yang pertama.

Pada tahun 1924, Dato' Sir Mahmud bin Mat bertugas sebagai ADO Kuala Lipis. Untuk menikmati suasana Jerantut terutamanya keadaan mukim Pulau Tawar zaman dulu maka inilah extract dari memoir tersebut....

Tugas penting saya sebagai Penolong Pegawai Daerah adalah untuk membuat lawatan ke mukim-mukim menemui penduduk atas urusan rasmi seperti memungut hasil tanah, mengeluarkan surat hak milik, menguruskan pemindahan hak milik tanah dan menguruskan agihan kebun kecil orang yang sudah meninggal kepada pewaris.

Sebuah perahu ketiap yang besar disediakan untuk Pegawai Daerah untuk perjalanannya di Sungai Jelai dan Sungai Pahang. Perahu itu dikendalikan oleh empat orang awak yang tetap termasuklah jurumudi.  Awak yang empat orang ini sudah cukup untuk mengendalikan perahu semasa perahu belayar ke hilir sungai. Untuk menongkahnya ke hulu beberapa orang awak tambahan diperlukan. Lima orang lagi perlu diambil. Pada masa itu kami tidak mempunyai kemudahan motorbot untuk menarik perahu ke hulu hilir sungai.

Sememangnya pengalaman tinggal dan mengembara menaiki perahu ketiap di Sungai Pahang sangat menyeronokkan. Perahu ketiap itu sendiri sangat selesa keadaannya. Ia lengkap dengan tempat tidur, lembek, bantal dan kemudahan lain untuk keselesaan kami.

Sungguh nyaman rasanya kami duduk di atas kabin pada waktu petang dihembusi angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kami selalu dapat memilih tempat-tempat untuk berlabuh dan bermalam. Dengan itu dapatlah kami menikmati beberapa sukan seperti menembak burung atau memancing di sungai.

Mukim Pulau Tawar  sangat sesuai untuk menembak burung. Di mukim ini terdapat  kawasan tanah rata yang sangat luas iaitu  Padang Kangsa yang terkenal itu. Pada masa dahulu kawasan tersebut dibajak untuk penanaman padi huma setiap tahun. Kini sudah bertahun-tahun lamanya tanah itu tinggal terbiar sahaja kerana lalang yang menebal di situ. Oleh itu tanah tersebut digunakan untuk kerbau dan lembu meragut rumput. Pada musim hujan burung tetiruk dan burung kedidi akan dikerumun di tempat itu.

Satu rancangan pengairan dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan kawasan ini sesuai untuk penanaman padi. Pembinaannya hampir siap tapi malangnya projek yang menelan belanja hampir $130,000 tidak pernah dimanfaatkan.

Saya mendapat tahu bahawa Jabatan Kerja Raya telah menyiapkan pembinaan rancangan pengairan untuk kawasan Padang Kangsa di mukim Pulau Tawar dan mereka sedang membuat percubaan untuk menguji pengaliran air di terusan utama yang dibina selari dengan tebing Sungai Pahang.

Dua hari kemudian saya menghiliri sungai ke mukim Burau untuk melaksanakan urusan tanah. Saya menaiki kereta api ke Jerantut dan dari situ menghiliri Sungai Pahang dengan motorbot. Di Pulau Tawar kami lalu hampir dengan tebing sungai. Di situ saya terdengar bunyi air mencurah dari beberapa saluran di tebing sungai ke dalam Sungai Pahang.

Saya memerhatikan tebing sungai di beberapa tempat roboh. Beberapa pokok dan rumpun buluh yang tumbuh di tebing tersebut turut rebah. Terusan digali terlalu dekat dengan tebing sungai dan tanahnya poros di kebanyakan tempat. Air yang mengalir dalam terusan meresap kedalam lubang-lubang bawah tanah lalu mengalir ke Sungai Pahang. Setibanya air yang mengalir tadi ke hujung terusan, airnya tinggal sedikit untuk dialirkan ke sawah padi. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila lubang-lubang bawah tanah semakin membesar dengan air yang tidak henti-henti air mengalir. Terpaksalah rancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.

Setelah saya kembali semula ke Kuala Lipis saya bertanya kepada jurutera Jabatan Kerja Raya akan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah serius rancangan perairan di Pulau Tawar. Katanya bahagian bawah dan tepi terusan boleh ditampal dengan konkrit tetapi itu akan menelan belanja yang banyak dan pihak kerajaan tidak bersedia untuk membelanjakan wang yang sebegitu banyak. Maka perkara itu terbiar begitu sahaja.

Selepas banjir besar tahun 1926 skim pengairan Pulau Tawar yang baharu siap musnah sama sekali. Tanah luas yang sepatutnya diairi bertukar menjadi padang lumpur. Tumbuhan-tumbuhan hijau sudah tiada lagi. Lembu dan kerbau yang lari ke bukit untuk menyelamatkan diri daripada banjir enggan turun ke padang dan banyak yang mati kehausan dan kebuluran.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Penganjur Islamic Fashion Festival Diminta Mohon Maaf Kepada Umat Islam

Menurut Dr Asri mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri seorang VVVVVIP selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
PENGASAS dan pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF) ialah Datuk Raja Rezza Shah.
http://www.youtube.com/watch?v=Z4mRncSsCZs
http://www.youtube.com/watch?v=yE52iwr7UJw&feature=related
http://www.malaysiakini.com/news/146126
http://auwjuwie.blogspot.com/2010/07/islamic-fashion-festivaliff-3-hari-di.html
http://auwjuwie.blogspot.com/2010/07/impian-rezza-nak-bawa-iff-ke-peringkat.html

Khamis, 21 Oktober 2010

ADUN Damak gesa PM pecat pengawalnya

DUN Damak gesa PM pecat pengawalnya

| Jul 26, 2010 05:38:49 pm

"Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!" Demikianlah kemarahan yang diluahkan oleh ADUN Damak, Lau Lee yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, ketika menceritakan pengalamannya menyerah memorandum kepada PM Najib Razak.

"Seorang pengawal PM menghalang saya ketika saya ingin menyerah memorandum kepada PM. Dia mencadangkan supaya saya menyerah kepadanya (pengawal PM), tetapi saya bertegas mahu menyerah dengan sendiri," kata Lau Lee (gambar kiri).

"Dia pula berkata, 'kalau nak, serah kepada saya sekarang, kerana jika pun diserah kepada PM, PM akan bagi kepada saya. Kalau kamu enggan serah kepada saya sekarang, saya akan buang memorandum kamu selepas PM serah kepada saya'," Lau Lee menceritakan bagaimana beliau dilayan oleh pengawal PM, dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA Ngeri Pahang, semalam.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Lau Lee menggesa agar Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, juga Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai membawa mesejnya ke dalam kabinet untuk disampaikan kepada PM. "Kalau boleh, pecat pengawal ini segera!"

Lau Lee selaku Pengerusi MCA bahagian Jerantut, Pahang, mengetuai satu rombongan untuk menyerah satu memorandum berhubung masalah tanah kepada PM, semasa lawatan Najib Razak ke situ pada 3 Julai 2010. Tanpa diduga, Lau Lee menerima layanan yang buruk daripada pengawal PM, yang mendakwa dirinya bernama Sulaiman.

Malah, menurut laporan China Press, Lau Lee dipetik berkata, "Saya menyerah memorandum kepada PM sebagai seorang ADUN, tetapi perlu mengharungi pelbagai rintangan, daripada polis, setiausaha, pengawal..." Beliau juga berkata, "Walaupun PM melaung-laungkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan', tetapi setiausahanya, pembantunya, pengawalnya tidak ikut (menyahut seruan PM)..."

Disindir musuh parti

Lantaran daripada laporan tersebut, MCA disindir oleh PKR dari Pakatan Rakyat. ADUN Teja negeri Perak, Chang Lih Kang (gambar kanan) menyifatkan peranan MCA tidak setanding biarpun sebagai "penumpang". Chang Lih Kang sebaliknya menyindir bahawa kejadian layanan buruk pengawal PM terhadap ADUN MCA ini sekali lagi membuktikan bahawa hubungan MCA dengan UMNO dalam Barisan Nasional ibarat "hamba dengan Tuan".

Malah, Chang Lih Kang berkata pemimpin senior MCA ini hanya mengungkit kejadian yang menimpa individu, tetapi tidak menyentuh isu besar seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), penyelewengan dalam pembelian senjata..., kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan UMNO.

*Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Rabu, 20 Oktober 2010

Dream Team Pemuda UMNO Jerantut ?

Depa kata inilah barisan dream team pemuda umno jerantut akan datang yg akan mengantikan ajk pemuda sekarang ini betui ke ? ... aku pun tak tahu ...adakah kompisasi ini mewakili akar umbi pemuda dan mewakili semua dun .

Ketua Pemuda : Ahmad Murad Idris
Naib Ketua Pemuda : Fasal Jamlus
Setiausaha : Jalaluddin
Bendahari : Ahmad Shahriman
Ketua Penerangan : Wan Shahir
AJK : 1. Adzland Labik
          2. Tajol Saroji
          3. Nubhan Mahani
          4. Azman Yasin
          5. Azan Kadir
          6. Wan Zamzuri Wan Hasenan
         

Selasa, 19 Oktober 2010

Felda Tipu Peneroka ? ADUN Pulau Tawar Nak Saman Felda ?

Ini adalah berita yang saya petik dari sebuah blog
 
Sdr Md Zain Awang, petugas yang mengumpulkan senarai peneroka-peneroka Felda di Jengka 9 telah dihubungi oleh Pengarah Wilayah Felda Jengka untuk bekerjasama dengan Felda bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memantau Kilang Felda di Jengka 8.
Mengikut kata Md Zain, Pengarah Wilayah itu menunjukkan rasa simpati terhadap peneroka-peneroka berhubung dengan perahan KPG mereka yang dimanipulasikan oleh Felda dan Kilang Felda.
Dan Jawatankuasa yang ditubuhkan nanti akan bertindak untuk mempastikan tidak ada penyelewengan berlaku.
Md Zain berasa pelik dan hairan kenapa Pengarah Felda Wilayah sanggup menghubunginya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh Peneroka berhubung perahan.
Dan Pengarah Felda Wilayah itu menghubungi beliau setelah Peneroka-Peneroka daripada Felda Jengka 9, Jengka 8, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12, Jengka 13, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 24, Jengka 25, Felda Kota Gelanggi 1, Gelanggi 2, Gelanggi 3, Gelanggi 4, Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan berkumpul dan berbincang untuk mengumpulkan Peneroka-Peneroka bertujuan untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan perahan KPG yang diselewengkan oleh Felda dan Kilang Felda.
Bagaimanapun, Md Zain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Wilayah Felda Jengka, beliau menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan Felda bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Peneroka yang sudah sekian lama ditipu oleh Felda berhubung dengan isu perahan KPG.
Md Zain menyatakan bahawa rata-rata Peneroka di kawasan ini hanya diberikan KPG antara 18% hingga 20% sahaja dan majoritinya hanya 18%. Peneroka-peneroka kerugian sebanyak RM200.00 hingga RM400.00 sebulan hasil penipuan Felda ini.
"Jika Felda sanggup berunding, kita tak perlu saman Felda, tetapi rundingan yang hendak diadakan itu mestilah dengan kehadiran Peguam-Peguam kami, supaya peneroka-peneroka tidak dipermainkan,"kata Md Zain, sambil mengalu-alukan inisiatif yang bakal diambil oleh Felda itu.
Menurut Sdr Md Zain, peneroka-peneroka bukan sahaja menuntut supaya KPG mereka dinaikkan hingga ke paras yang sebenar mengikut perkiraan MPOB dan selain dari itu Felda hendaklah bersedia membayar ganti rugi selama tidak kurang dari 15 tahun kerana penyelewengan yang mereka telah lakukan terhadap Peneroka.
Md Zain juga menerima kunjungan daripada mereka yang kononnya mewakili YB Dr Shukri, ADUN Pulau Tawar. Wakil itu meminta Md Zain bekerjasama dengan YB Shukri kerana kononnya YB itu sanggup mengumpulkan peneroka-peneroka Felda disitu dan sanggup juga membawa Felda ke muka Mahkamah.
Md Zain mengalu-alukan tawaran Dr Shukri itu, dan beliau terperanjat kerana ADUN Barisan Nasional sudah menjadi berani mahu menyaman Felda, tetapi Md Zain was-was dengan kunjungan mereka yang kononnya mewakili Dr Shukri itu, dan "rasanya boleh Kiamat dunia ini kalau ADUN BN Pulau Tawar itu sanggup menyaman Felda".
"Walaubagaimana pun saya akan memberikan kerjasama dan pada bila-bila masa sanggup bertemu Dr Shukri dan memberikan sokongan jika benar YB itu mahu membantu kami menyaman Felda," kata Md Zain.
Kerjadian ini adalah aneh dan pelik, kata Md Zain, selama ini kami ditipu berterusan oleh Felda, Felda langsung tidak memperdulikan kami, tetapi apabila kami membawa Peguam-Peguam untuk mengambil tindakan saman, tiba-tiba Felda dan Wakil Rakyat BN mencadangkan perkara-perkara yang sukar diyakini.
Bagi Sdr Md Zain, inilah indahnya perjuangan. Jika peneroka-peneroka tidak berjuang dan membiarkan saja Felda menipu mereka, Felda dan BN tidak memberikan apa-apa perhatian terhadap mereka.
Beliau ingin melihat perkembangan ini dan menganggapnya sebagai positif, tetapi didalam jangka yang sama, usaha-usaha melalui Peguam untuk menyaman Felda akan diteruskan juga agar Felda dan Wakil BN tidak mempermain-mainkan Peneroka, kata Md Zain.
 
 

Isnin, 18 Oktober 2010

UMNO Makin Kuat PAS Makin Lemah di Jerantut ?

UMNO Makin Kuat PAS Makin Lemah di Jerantut ? Benarkah UMNO semakin mendapat sokongan dan PAS semakin lemah di Jerantut sekarang ini . Risikan oleh parlimen81 menunjukan memang benar PAS semakin lemah di Jerantut sekarang ini . Banyak cawangan-cawangan PAS yang langsung tidak mempunyai aktiviti dan ada setengah itu langsung tidak bermesyuarat dan hanya menghantar laporan tahunan cawangan tanpa bermesyuarat . Ada cawangan langsung tidak mempunyai organanisasi dan ada cawangan langsung tidak mempunyai ahli yang aktif dan dengan kata lain hampir 85% cawangan PAS di Jerantut telah lumpuh . 

Tinjauan parlimen81 ke beberapa kampung tradisional dan felda membuktikan lagi risikan parlimen81 bahawa sokongan anak-anak muda kepada PAS jatuh hampir 80% . Kebanyakan anak-anak muda kini banyak menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO . Strategi UMNO yang mengujudkan banyak gelanggang-gelanggang FUTSAL di kampung dan felda berjaya mengalihkan anak-anak muda dari menyertai program-program yang dianjurkan oleh PAS .

Kalau mengimbau kembali kepada zaman awal 2000 dulu dimerata-rata tempat yang ada program PAS akan dipenuhi dengan anak-anak muda tapi kini program PAS hampir tiada di kampung-kampung dan felda . Cawangan-cawangan PAS tidak lagi menganjurkan ceramah-ceramah di markaz mereka .Kalau adapun program PAS hanya di buat di markaz PAS Jerantut di Temin . Kehadiran juga amat mendukacitakan , hanya orang-orang tua sahaja yang hadir .
Kemana anak-anak muda yang dulu begitu kuat menyokong PAS ? Risikan parlimen81 juga mendapati bahawa ramai anak-anak muda yang dulu fanatik kepada PAS kini ada yang menjawat jawatan  penting dalam kepimpinan UMNO Cawangan dan Bahagian dan ada juga yang menang G7 mengalahkan ahli-ahli UMNO yang telah lama dalam UMNO.

Dan risikan parlimen81 juga mendapati bahawa ramai anak-anak muda yang berpindah dari PAS ke UMNO ini ada yang bersifat oportunis . Mereka bukan sayang kepada UMNO tetapi lebih kepada merisik-risik projek-projek yang mendatang.

Risikan parlimen81 kepada blog-blog politik sekitar jerantut ini mendapati kebanyakannya dipelopori oleh blog UMNO dan amat kurang di terajui oleh penyokong PAS . Ini juga satu lagi indicator yang menunujukan sokongan anak muda kepada PAS telah merudum dengan teruk.

Parlimen81 meramalkan pada PRU13 nanti UMNO tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi di Jerantut ini . 

Dan Belanjawan 2011 yang baru diumumkan oleh PM baru ini menyebabkan PAS makin terharu biru di Jerantut ini .

Rabu, 13 Oktober 2010

PERTANYAAN-PERTANYAAN OLEH AHLI PARLIMEN JERANTUT SEPANJANG TAHUN 2008 HINGGA JULAI 2010 BAGI JAWAB LISAN DI DEWAN RAKYAT

Mengambil sempena persidangan parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini , ramai rakayt Jerantut yang bertanya apakah soalan2 yang telah dikemukakan oleh ahli parlimen Jerantut kepada parlimen sebagai mewakili suara rakyat Jerantut .

Parlimen81 telah mengkaji hansard-hansard parlimen dan aturan urusan mesyuarat dewan rakyat bermula tahun 1999 hingga tahun 2010 . Berikut ini adalah pertanyaan-pertanyaan oleh Ahli Parlimen Jerantut sepanjang tahun 2008 hinga Julai 2010 bagi jawaban lisan di Dewan Rakyat yang dipetik dari Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Walaupun Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah menjadi Ahli Parlimen Jerantut sejak tahun 1999 tetapi pertanyaan-pertanyaan lisan yang tercatat dalam hansard parlimen dan aturan urusan mesyuarat dewan rakyat hanya ada bermula dari tahun 2008 . Ini mungkin kerana sebaik sahaja memenangi kerusi parlimen pada tahun 1999 Tengku Lan terus dilantik kedalam Kabinet dari Disember 1999 sehingga Februari 2008. Untuk pengetahuan semua Pertanyaan Lisan adalah pertanyaan yang biasanya berkaitan dengan isu nasional , antarabangsa dan tempatan oleh ahli parlimen kepada dewan rakyat dan Menteri Kabinet untuk dijawab secara lisan didalam dewan rakyat. Mungkin dalam tempoh berada dalam kabinet Tengku Lan tidak boleh mengemukakan soalan secara lisan sebagai seorang ahli parlimen .

Berikut adalah jawatan Tengku Lan di dalam kabinet Malaysia.
  • Dis 1999 - 31 Oct 2003 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kabinet 1999 Tun Dr Mahathir)
  • 1 November 2003 - Mac 2004 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kabinet 2003 Tun Abdullah)
  • Mac 2004 - Februari 2006 : Timbalan Menteri Pengangkutan (Kabinet 2004 Tun Abdullah)
  • Februari 2006 - 15 Februari 2008 : Timbalan Menteri Pengangkutan (Kabinet 2006 Tun Abdullah)
  • 19 Mac 2008 : Dilantik Timbalan Menteri Luar Negeri (Kabinet 2008 Tun Abdullah - Tolak Jawatan dan kekal sebagai ahli parlimen)
  • Nov 1999 - sekarang : Ahli Parlimen Jerantut
[Pertanyaan Lisan Parlimen81 pula ialah meminta AHLI PARLIMEN JERANTUT atau Pembantunya atau Penyokongnya menyenaraikan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Jerantut (1999 -2010) untuk kemajuan dan pembangunan parlimen Jerantut sepanjang menjadi :
  1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  2. Timbalan Menteri Pengangkutan
  3. Ahli Parlimen Jerantut ] ?

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)

Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)menjadi komitmen baru kerajaan untuk mengubah wajah kawasan pedalaman serta kampung terutama dari segi pembangunan prasarana serta usaha meningkatkan pendapatan penduduknya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat kawasan berkenaan dapat dibangunkan sejajar dengan dasar Model Baru Ekonomi (MBE) sekali gus membawa bersama luar bandar dalam arus pembangunan perdana negara.
Beliau berkata, sudah tiba masanya kawasan itu dilengkapi dengan prasarana lebih maju selain penduduknya mampu meraih pendapatan tinggi.
‘‘Saya ingin melihat wajah baru di kawasan luar bandar. Saya tidak mahu melihat petani-petani kita dalam keadaan miskin. Carilah kegiatan ekonomi yang ada nilai tinggi kepada mereka.
‘‘Umpamanya jika ada kawasan lapang, jangan jadikan ia tanah terbiar sebaliknya gunakan untuk tingkatkan pendapatan. Kita perlu mencari satu kegiatan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi,’’ katanya ketika berucap melancarkan PILB di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdapat tujuh teras pembangunan luar bandar dalam pelan berkenaan antaranya :
  • pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat efektif; 
  • pembangunan ekonomi yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan serta 
  • pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang menyeluruh dan berkesan.
Perdana Menteri turut yakin pelaksanaan pelan berkenaan akan menyerlahkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara terbaik di dunia dari segi membela nasib penduduk luar bandar.
‘‘Selama ini pun kerajaan tidak pernah mengabaikan penduduk luar bandar dan ia terbukti daripada penubuhan beberapa agensi seperti Mara, Felda, Felcra, RISDA, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Agrobank yang semata-mata untuk membantu penduduk luar bandar.
‘‘Atas asas itu saya katakan tidak ada kerajaan di dunia yang ada trek rekod membela nasib penduduk luar bandar seperti dilakukan oleh kerajaan Malaysia,’’ katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan penduduk luar bandar merasai limpahan nikmat secara seimbang dan secara menyeluruh hasil pembangunan negara.
Najib sementara itu, sedar dalam usahanya memberi yang terbaik kepada penduduk luar bandar akan terdapat pihak cuba menuding jari menyalahkan kerajaan kerana gagal melengkapkan kemudahan asas kepada penduduk luar bandar secara keseluruhan.
‘‘Ya, orang akan tuding jari kepada kita. Kampung ini tidak ada jalan lagi. Kampung ini tidak ada bekalan elektrik lagi. Ya, mesti ada saki baki yang belum diselesaikan lagi.
‘‘Mana mungkin dalam masa yang singkat kita melakukan segala-galanya. Tetapi saya percaya bagi kita tempoh 10 tahun akan datang, insya-Allah sebahagian besar agenda ini akan dapat disempurnakan,’’ katanya.
Beliau berkata, pelan itu juga adalah tanda usaha keras kerajaan untuk melengkapkan lagi kemudahan asas di saki baki kampung yang sehingga kini masih belum menerima bekalan air serta elektrik.
[Apakah Pelan Pembangunan Jerantut pula ?]

Isnin, 11 Oktober 2010

Ahli Parlimen mengadu soalan ditolak

Ramai ahli parlimen pembangkang hari ini menyatakan tidak puas hati disebabkan banyak soalan-soalan yang dikemukakan oleh mereka ditolak oleh speaker . . Parlimen81 mengandaikan mungkin soalan2 itu ditoalak disebabkan kemungkinan soalan2 tersebut pernah ditanya sebelum ini atau dublicate dengan soalan ahli parlimen lain . Tak pe laa itu menunjukkan mereka perihatin dengan soalan yang dikemukakan dan mungkin soalan2 itu ada kaitan dengan rakyat kawasan mereka .

Parlimen81 juga ingin tahu apakah agaknya soalan dari ahli parlimen Jerantut untuk sesi parlimen kali ini ? Adakah ianya soalan yang melibatkan hal ehwal rakyat di Jerantut atau adakah hal-hal nasional yang terlalu komplek untuk difahami oelh rakyat jerantut yang di tanya oleh ahli parlimen Jerantut kali ini atau tidak ada sebarang soalan dikemukakan oleh ahli parlimen Jerantut .

Ahli Parlimen mengadu soalan ditolak

11/10/2010 5:37pm

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Tidak puas hati apabila beberapa soalan untuk pertanyaan jawab lisan mereka ditolak, seramai 17 Ahli Parlimen daripada parti pembangkang dan Bebas bangkit mempersoalkan perkara itu menyebabkan persidangan Dewan Rakyat tertunda hampir 45 minit.
Mereka terdiri daripada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), William Leong Jee Keen (PKR-Selayang), Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Prof Dr. P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas).
Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Gwo Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok), Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas-Bukit Gantang), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Wong Hong Leng (DAP-Sibu) dan M. Monagaran (DAP-Telok Intan).
Kesemua mereka menuntut penjelasan mengenai soalan-soalan yang dikemukakan, iaitu secara purata antara satu hingga empat soalan bagi setiap ahli Parlimen ditolak.
Isu itu berbangkit selepas selesai majlis bertakafur bagi menghormati kematian Datuk Edmund Chong Ket Wah (PBS-Batu Sapi) apabila Karpal Singh mengemukakan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) bagi mempersoalkan tindakan Parlimen menolak soalannya yang menyentuh mengenai Gagasan 1Malaysia. - Bernama
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sisa kayu terapung, Sg Tembeling belum boleh dilalui

Kerajaan Pahang akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan apabila sisa kayu terapung memenuhi laluan di Sungai Tembeling, mengakibatkannya tidak dapat digunakan oleh semua bot.

"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Pengarah Jabatan Pengairan  Datuk Joe .

Sungai Tembeling, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia ini iaitu 459 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.

Sungai itu bagaikan tali sawat penyampai di kilang papan tetapi bukannya mengangkut papan yang telah pun digergaji, sebaliknya terus menerus membawa pokok yang tercabut, balak yang dibuang dan segala bentuk sisa pepohon dari Ulu Tembeling, kira-kira 106km dari Jerantut.

 Pendudul Ulu Tembeling mengalami keadaan mencemaskan itu kira-kira 2 petang semalam.

Joe yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Kuala Tahan, manggambarkannya sebagai "bencana alam semula jadi secara besar-besaran."

"Saya dimaklumkan di Jerantut semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50km.

"Keadaan ini masih berterusan di Kuala Tahan hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Joe berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Kg Bantal dan Sekitar Jeram Perahu, dan Ulu Sungai Tekai iaitu kawasan konsesi pembalakan di Ulu Tembeling di pedalaman daerah Jerantut ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Pengairan dan Perhutanan negeri.

Wong berkata keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.

"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan dari Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairank akan memeriksa jambatan Feri serta Kg Kucing untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu.

Sementara itu, bot-bot ponumpang dan bot pelancong lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kg Bantal dan Kuala Tahan, terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.

Mereka yang berlepas pagi ini pula, terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.

[Bagaimana kalau keadaan begini betul-betul terjadi di Sungai Pahang ..Berita diatas hanya imiginasi penulis shaja..... kejadian sebenar adalah di Sungai Rajang Sarawak . seperti berita berikut :]



Sisa kayu terapung, Sg Rajang belum boleh dilalui 
Kerajaan Sarawak akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan apabila sisa kayu terapung memenuhi laluan di Sungai Rajang, mengakibatkannya tidak dapat digunakan oleh semua bot.

"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.


Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.


Sungai itu bagaikan tali sawat penyampai di kilang papan tetapi bukannya mengangkut papan yang telah pun digergaji, sebaliknya terus menerus membawa pokok yang tercabut, balak yang dibuang dan segala bentuk sisa pepohon dari Kapit, kira-kira 176km dari Sibu.


Kapit mengalami keadaan mencemaskan itu kira-kira 2 petang semalam.


Wong yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Ekspres Kapit, manggambarkannya sebagai "bencana alam semula jadi secara besar-besaran."

"Saya dimaklumkan di Kapit semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50km.


"Keadaan ini masih berterusan di Kapit hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Wong berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Putai dan Nungun, iaitu kawasan konsesi pembalakan di Balleh di pedalaman Bahagian Kapit ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.


Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri.


Wong berkata keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.


"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan dari Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak akan memeriksa jambatan Durin serta Lanang untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu.

Sementara itu, bas ekspres dan kenderaan air lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kapit, terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.

Mereka yang berlepas pagi ini pula, terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.

http://malaysiakini.com/news/144791 

Jumaat, 8 Oktober 2010

Prestasi Terkini Wakil Rakyat Dari Jerantut

Salam semua warga Jerantut . Kali ini parlimen81 ingin mengajak semua rakyat jerantut menyenaraikan apakah jasa-jasa yang telah di tinggalkan oleh setiap wakil rakyat sekarang yang masih mewakili rakyat di Parlimen Jerantut , DUN Pulau Tawar , DUN Tahan dan DUN Damak . Mungkin anda tahu apakah janji-janji yang dilaungkan oleh setiap pemimpin ini semasa melobi untuk menjadi calon parti dan calon pilihanraya ... cuba bezakan calon parti dan calon pilihanraya .... melobi menjadi calon parti ialah janji-janji semasa usaha-usaha untuk menjadi calon pilihanraya bagi mewakili partinya ... melobi dalam parti ... sementara melobi ketika pihanraya ialah janji-janji yang dilafazkan kepada rakyat dalam kawasan pilihanraya bagi mewakili parti yang diwakilinya.

Sementara itu setelah terpilih menjadi wakil rakyat apakah usaha-usaha yang telah dilakukannya sebagai mewakili kawasannya bagi memajukan dan meyuarakan kehendak rakyatnya kepada kerajaan yang memerintah . Perlu iningat samaada anda seorang wakil rakyat dari parti pemerintah atau parti pembangkang tugas anda yang utama ialah mewakili rakyat kawasan anda . Anda kena pastikan suara rakyat kawasan didengar di dewan rakyat dan di dewan undangan negeri .

Isnin, 4 Oktober 2010

Berarak ke Putrajaya - Era Baru Malaysia Kini Di Internet

Penulis memetik satu posting dari Malaysiakini pada 4/10/2010 seperti berikut :

"Penulis Kim Quek berkata pengharam bukunya The March to Putrajaya - Malaysia's New Era (Berarak ke Putrajaya - Era Baru Malaysia) telah mendorong karya itu masuk ke "pentas dunia" melalui saluran Internet. Penganalisis politik itu berkata, bukunya - yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri kerana mengandungi tuduhan "tidak berasas" terhadap pemimpin negara dan menimbulkan kebencian awam terhadap perlembagaan negara - kini boleh dibaca dalam talian (klik sini)."

Parlimen81 ingin menarik perhatian bahawa pada 30 Sepember 2010 KDN telah mengharamkan buku ini seperti berita yang dipetik dari BERNAMA dibawah ini . Oleh itu pada pendapat penulis semua ruang untuk buku ini di terbitkan adalah dilarang . Oleh itu pihak parlimen81 mengesa supaya pihak berkuasa segera bertindak menghalang pernerbitan secara online tersebut agar ianya tidak memesongkan pemikiran rakyat.
http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=531651

KDN kenakan perintah larangan terhadap buku Kim Quek

30/09/2010
KUALA LUMPUR 30 Sept — Kementerian Dalam Negeri telah mengenakan perintah larangan terhadap sebuah buku tulisan Kim Quek yang boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, buku bertajuk ”The March to Putrajaya-Malaysia”s New Era Is At Hand” tidak sesuai untuk bacaan umum.
“Bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana isi kandungannya mempunyai unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat.
"Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mahmood berkata, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Buku “The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand” itu yang mengandungi 361 muka surat dikatakan memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan. — Bernama

Jumaat, 1 Oktober 2010

Balak Masih Sumber Ekonomi Utama Jerantut ?

Sebenarnya penulis telah lama ingin menulis mengenai isu pembalakan ini tapi setelah membaca pendedahan dari sebuah blog pembangkang N9 pihak parlimen81 rasa terpanggil untuk menyenggerakan penulisan ini . Jika benarlah apa yang di perkatakan oleh blog N9 itu maka pihak parlimen81 menyeru supaya pihak Jabatan Perhutanan Jerantut dapat menyiasat segera dan sekiranya perlu membuat sidang akhbar khas untuk menjelaskan isu ini . Jika kelulusan telah diberi untuk tujuan pembalakan ini ,adakah Jabatan Alam Sekitar telah dirujuk untuk mengkaji dari sudut kesan pencemarannya ? Atau adakah kawasan konsesi pembalakan itu tidak memerlukan kelulusan Jabatan Alam Sekitar ?

Sebenarnya sungai tembeling dan sungai pahang telah lama tercemar oleh pembalakan dihulu sungai . Air Sungai Pahang hanya jernih pada musim kemarau. Penulis pada peringkat awal hanya menyangkakan bahawa tanah hutan di Ulu Tembeling masih hijau rupanya setelah melihat kepada gambar Aerial kawasan Ulu Tembeling penulis amat terkejut sebenarnya melihat banyak hutan sudah gondol hasil aktiviti pembalakan .


Penulis faham, hutan antara penyumbang utama ekonomi kepada negeri Pahang .Secara ringkasnya berdasarkan budget tahun 2010, Kerajaan Pahang mensasarkan hasil dari sumber sumber Hutan sebanyak RM77.75 juta iaitu hasil negeri ketiga terbesar .

Sebenarnya mengikut pembentangan budget 2010 juga , secara kasar Pahang hanya mempunyai rezab tanah boleh di balak dan dibangunkan sekitar 6 hingga 7 peratus sahaja lagi setelah ditola Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai.

Status Sumber Hutan Negeri Pahang

Daerah Hutan
Daerah Pentadbiran
Keluasan Mengikut Jenis Hutan (Hektar)
Jumlah
Hutan Darat
Hutan Paya Gambut
Hutan Paya Laut
Ladang Hutan
Kuantan/Pekan/Maran
Kuantan
69,477.03
-
812.39
-
70,289.42
Pekan
22,463.00
82,971.97
1,142.38
-
106,577.35
Maran
64,802.90
-
-
-
64,802.90

JUMLAH
156,742.93
82,971.97
1,954.77
-
241,669.67
Rompin
JUMLAH
180,451.20
14,469.00
461.19
-
195,381.39
Temerloh/Bera
Temerloh
26,517.00
-
-
24,043.00
50,560.00
Bera
61,973.30
-
-
-
61,973.30
Maran
33,982.70
-
-
-
33,982.70

JUMLAH
122,473.00
-
-
24,043.00
146,516.00
Jerantut
JUMLAH
371,478.16
-
-
-
371,478.16
Lipis
JUMLAH
277,207.99
-
-
-
277,207.99
Bentong
JUMLAH
99,136.52
-
-
-
99,136.52
Raub/C.Highlands
Raub
148,945.79
-
-
-
148,945.79

C.Highlands
38,771.68
-
-
-
38,771.68

JUMLAH
38,771.68
-
-
-
187,717.47
JUMLAH

1,395,207.47
97,440.97
2,415.96
24,043.00
1,519,107.20
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Pertanyaan serius dari pihak parlimen81 kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutan Pahang ialah adakah terdapat usaha secara besar-besaran untuk menanam kembali hutan ini sebagai reserve generasi akan datang ? Kalau melihat kepada budget Kerajaan Pahang untuk tahun 2010 hanya sebanyak RM1.93 juta diperuntukan untuk pembangunan hutan yang sebahagian besarnya untuk penyelenggaraan termasuk penyelenggaraan Hutan-Hutan Lipur. Adakah tanggungjawab penanaman semula hutan di uruskan sendiri oleh Jabatan Perhutanan atau di digalas kepada syarikat yang mendapat konsesi pembalakan  atau ada kontraktor khas dilantik oleh kerajaan untuk penanaman semula ini? Penulis difahamkan bahawa hanya terdapat satu sahaja nurseri anak pokok untuk penanaman hutan yang teletak di Lentang yang diuruskan oleh Jabatan Hutan. Jika ini benar maka amat malang kerana dengan hanya satu sahaja nurseri maka usaha penanaman hutan secara terurus dan besar-besaran akan terjejas kerana penulis merasakan bahawa nurseri untuk tujuan penanaman sepatutnya berada didalam kawasan penanaman iaitu di kawasan hutan-hutan yang telah ditebang (jika kawasan konsesi adalah besar).

Kalau melihat contoh di Sarawak iaitu dikawasan-kawasan pembalakan Hulu Rejang  banyak nurseri nurseri diwujudkan di dalam kawasan pembalakan untuk tujuan penanaman semula hutan .

 klik pd gambar untuk besarkan
Gambar diatas ini adalah kawasan pembalakan baru di Jerantut yang dapat kita lihat selepas simpang Padang Piol menghala ke Pulau Tawar . Berapa luaskah kawasan pembalakan yang diluluskan di sini yang penulis difahamkan konsesinya di beri kepada seorang Melayu ? Penulis tidak pasti pula siapa yang menguruskan penebangan balak di sini adakah diuruskan oleh pemegang konsesi sendiri atau di subkan kepada orang lain lain ? Dan penulis juga tidak pasti pula berapa ekar yang diluluskan . Adakah 1 ekar , 100 ekar , 400 ekar atau 500 ekar . Penulis juga tidak pasti adakah kawasan konsesi ini memberi kesan kepada tadahan air untuk Sungai Salan dan adakah terdapat zon tampan . Jika ianya termasuk apakah implikasi kepada sungai salan dan penduduk yang mengunakan air tersebut sebagai sumber air selepas ini . Harap Jabatan hutan dapat memantau sungguh-sungguh aktiviti pembalakan disini supaya tidak terlebih kawasan konsesi , jika 400 ekar konsesinya pastikan jangan sampai 500 ekar pula ditebangnya , dan pastikan juga pembalakan tidak dilakukan di kawasan zon tampan sungai .


Sungai Salan Lokasi Kaki Pancing

Empangan Bersejarah Sungai Salan di Bina Pada Zaman British

Salah Satu Dari Air Terjun Yang Terdapat di Sungai Salan

Berapa agaknya keuntungan pemegang konsesi disini ye dan berapa pula hasil untuk kerajaan negeri . Penulis juga tidak pasti berapa kepadatan balak disini setiap ekar , mungkinkah 5 ton atau 8 ton atau 18 ton seekar. Apakah had pengeluarkan dibenarkan disini ? Adakah 8 ton/ekar 15ton/ekar atau 20ton/ekar ? Jabatan perhutanan kena pantau supaya tidak melebihi had dibenarkan.

Akhir sekali kepada kakitangan Jabatan Perhutan Negeri Pahang , kami hargai jasa anda dan kami sebagai rakyat ini mengamanahkan kepada anda untuk menguruskan hutan negeri pahang ini secara jujur dan amanah . Laksanakan tugas anda kerana Allah semoga anda semua diberkati olehNya. Amin

Hutan Simpan Kekal Daerah Jerantut


Bil
Nama HSK
Hutan Darat (HA)
Paya Gambut (HA)
Paya Laut (HA)
Jumlah
1
Berkelah
45,890.00


45,890.00
2
Gunung Aais
78,793.00


78,793.00
3
Gunung Aais (Tambahan)
15,615.00


15,615.00
4
Jerantut
1,559.00


1,559.00
5
Jerantut (Tambahan)
15,474.00


15,474.00
6
Som
13,032.00


13,032.00
7
Tekai (Tembeling)
90,120.00


90,120.00
8
Tekai (Tembeling)(Tambahan)
46,199.00


46,199.00
9
Tekam
38,607.00


38,607.00
10
Ulu Beruit
2,398.00


2,398.00
11
Ulu Mas
2,436.00


2,436.00
12
Yong
18,865.16


18,865.16
13
Yong (Tambahan)
2,490.00


2,490.00
JUMLAH
371,478.16


371,478.16






JUMLAH KESELURUHAN
371,478.16


371,478.16
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang