Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sisa kayu terapung, Sg Tembeling belum boleh dilalui

Kerajaan Pahang akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan apabila sisa kayu terapung memenuhi laluan di Sungai Tembeling, mengakibatkannya tidak dapat digunakan oleh semua bot.

"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Pengarah Jabatan Pengairan  Datuk Joe .

Sungai Tembeling, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia ini iaitu 459 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.

Sungai itu bagaikan tali sawat penyampai di kilang papan tetapi bukannya mengangkut papan yang telah pun digergaji, sebaliknya terus menerus membawa pokok yang tercabut, balak yang dibuang dan segala bentuk sisa pepohon dari Ulu Tembeling, kira-kira 106km dari Jerantut.

 Pendudul Ulu Tembeling mengalami keadaan mencemaskan itu kira-kira 2 petang semalam.

Joe yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Kuala Tahan, manggambarkannya sebagai "bencana alam semula jadi secara besar-besaran."

"Saya dimaklumkan di Jerantut semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50km.

"Keadaan ini masih berterusan di Kuala Tahan hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Joe berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Kg Bantal dan Sekitar Jeram Perahu, dan Ulu Sungai Tekai iaitu kawasan konsesi pembalakan di Ulu Tembeling di pedalaman daerah Jerantut ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Pengairan dan Perhutanan negeri.

Wong berkata keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.

"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan dari Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairank akan memeriksa jambatan Feri serta Kg Kucing untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu.

Sementara itu, bot-bot ponumpang dan bot pelancong lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kg Bantal dan Kuala Tahan, terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.

Mereka yang berlepas pagi ini pula, terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.

[Bagaimana kalau keadaan begini betul-betul terjadi di Sungai Pahang ..Berita diatas hanya imiginasi penulis shaja..... kejadian sebenar adalah di Sungai Rajang Sarawak . seperti berita berikut :]



Sisa kayu terapung, Sg Rajang belum boleh dilalui 
Kerajaan Sarawak akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan apabila sisa kayu terapung memenuhi laluan di Sungai Rajang, mengakibatkannya tidak dapat digunakan oleh semua bot.

"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.


Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.


Sungai itu bagaikan tali sawat penyampai di kilang papan tetapi bukannya mengangkut papan yang telah pun digergaji, sebaliknya terus menerus membawa pokok yang tercabut, balak yang dibuang dan segala bentuk sisa pepohon dari Kapit, kira-kira 176km dari Sibu.


Kapit mengalami keadaan mencemaskan itu kira-kira 2 petang semalam.


Wong yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Ekspres Kapit, manggambarkannya sebagai "bencana alam semula jadi secara besar-besaran."

"Saya dimaklumkan di Kapit semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50km.


"Keadaan ini masih berterusan di Kapit hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Wong berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Putai dan Nungun, iaitu kawasan konsesi pembalakan di Balleh di pedalaman Bahagian Kapit ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.


Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri.


Wong berkata keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.


"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan dari Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak akan memeriksa jambatan Durin serta Lanang untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu.

Sementara itu, bas ekspres dan kenderaan air lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kapit, terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.

Mereka yang berlepas pagi ini pula, terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.

http://malaysiakini.com/news/144791 

1 ulasan:

chenerong ular berkata...

Salam Parlimen81,telalu banyak sudah petunjuk dari ALLAH S.W.T.untuk kita,pemimpin2,penyokong2 sesebuah parti politik BERMUHASABAH diri kita,mungkin lena kita terlalu panjang ketika ini,kita tidak sedar lagi,apa yang selama ini telah kita lakukan kepada alam kita,kepada sesama manusia,sesama kawan,musuh politik kita tapi yang terlalu teruk sekali sesama bangsa dan seagama,semuanya HALLAL bagi kita asalkan mendatang kan faedah dan laba kepada kita dan pengikut2 kita.BELUM LAGI ALLAH TURUNKAN BALA YANG LAGI DAHASYAT SEPERTI NEGARA JIRAN DAN NEGARA LUAR,DENGAN GEMPA BUMI,TSUNAMI,BANJIR MELAMPAU DAN LAIN LAGI,APA YANG TEJADI DI SUNGAI REJANG,MERUPAKAN AMARAN DARI ALLAH S.W.T.,AGAR KITA MENINGGALKAN APA YANG DILARANG DAN BUAT APA YANG DIPINTA BUAT.JIKA KITA TIDAK INSAF2 LAGI DENGAN TANDA2 AMARAN YANG DI BERI,JANGAN MENYESALI SATU MASA NANTI ALLAH AKAN MENURUNKAN BALA YANG LEBIH DAHASYAT LAGI DARI YANG DITERIMA OLEH NEGARA JIRAN2 KITA,ANGKARA PERBUATAN KITA MEMUSNAHKAN ALAM DAN ,MEMUSNAHKAN UMMAH,MEMUSNAHKAN AGAMA DAN BANGSA SENDIRI DEMI KEPENTINGAN PERUT KITA DAN PENGIKUT KITA YANG MEMBABI BUTA..........FIKIR2KAN LAH. WASALLAM.