Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 4 Oktober 2010

Berarak ke Putrajaya - Era Baru Malaysia Kini Di Internet

Penulis memetik satu posting dari Malaysiakini pada 4/10/2010 seperti berikut :

"Penulis Kim Quek berkata pengharam bukunya The March to Putrajaya - Malaysia's New Era (Berarak ke Putrajaya - Era Baru Malaysia) telah mendorong karya itu masuk ke "pentas dunia" melalui saluran Internet. Penganalisis politik itu berkata, bukunya - yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri kerana mengandungi tuduhan "tidak berasas" terhadap pemimpin negara dan menimbulkan kebencian awam terhadap perlembagaan negara - kini boleh dibaca dalam talian (klik sini)."

Parlimen81 ingin menarik perhatian bahawa pada 30 Sepember 2010 KDN telah mengharamkan buku ini seperti berita yang dipetik dari BERNAMA dibawah ini . Oleh itu pada pendapat penulis semua ruang untuk buku ini di terbitkan adalah dilarang . Oleh itu pihak parlimen81 mengesa supaya pihak berkuasa segera bertindak menghalang pernerbitan secara online tersebut agar ianya tidak memesongkan pemikiran rakyat.
http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=531651

KDN kenakan perintah larangan terhadap buku Kim Quek

30/09/2010
KUALA LUMPUR 30 Sept — Kementerian Dalam Negeri telah mengenakan perintah larangan terhadap sebuah buku tulisan Kim Quek yang boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, buku bertajuk ”The March to Putrajaya-Malaysia”s New Era Is At Hand” tidak sesuai untuk bacaan umum.
“Bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana isi kandungannya mempunyai unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat.
"Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mahmood berkata, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Buku “The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand” itu yang mengandungi 361 muka surat dikatakan memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan. — Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biaq pi la dia orang baca ... Yang baik jadi pengajaran yang buruk buat sempadan ...yang baca bukannya bodoh2 depa pun tahu mana baik mana buruk ...biaq pi laa ... Fikir-fikirkan laa