Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 11 Oktober 2010

Ahli Parlimen mengadu soalan ditolak

Ramai ahli parlimen pembangkang hari ini menyatakan tidak puas hati disebabkan banyak soalan-soalan yang dikemukakan oleh mereka ditolak oleh speaker . . Parlimen81 mengandaikan mungkin soalan2 itu ditoalak disebabkan kemungkinan soalan2 tersebut pernah ditanya sebelum ini atau dublicate dengan soalan ahli parlimen lain . Tak pe laa itu menunjukkan mereka perihatin dengan soalan yang dikemukakan dan mungkin soalan2 itu ada kaitan dengan rakyat kawasan mereka .

Parlimen81 juga ingin tahu apakah agaknya soalan dari ahli parlimen Jerantut untuk sesi parlimen kali ini ? Adakah ianya soalan yang melibatkan hal ehwal rakyat di Jerantut atau adakah hal-hal nasional yang terlalu komplek untuk difahami oelh rakyat jerantut yang di tanya oleh ahli parlimen Jerantut kali ini atau tidak ada sebarang soalan dikemukakan oleh ahli parlimen Jerantut .

Ahli Parlimen mengadu soalan ditolak

11/10/2010 5:37pm

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Tidak puas hati apabila beberapa soalan untuk pertanyaan jawab lisan mereka ditolak, seramai 17 Ahli Parlimen daripada parti pembangkang dan Bebas bangkit mempersoalkan perkara itu menyebabkan persidangan Dewan Rakyat tertunda hampir 45 minit.
Mereka terdiri daripada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), William Leong Jee Keen (PKR-Selayang), Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Prof Dr. P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas).
Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Gwo Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok), Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas-Bukit Gantang), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Wong Hong Leng (DAP-Sibu) dan M. Monagaran (DAP-Telok Intan).
Kesemua mereka menuntut penjelasan mengenai soalan-soalan yang dikemukakan, iaitu secara purata antara satu hingga empat soalan bagi setiap ahli Parlimen ditolak.
Isu itu berbangkit selepas selesai majlis bertakafur bagi menghormati kematian Datuk Edmund Chong Ket Wah (PBS-Batu Sapi) apabila Karpal Singh mengemukakan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) bagi mempersoalkan tindakan Parlimen menolak soalannya yang menyentuh mengenai Gagasan 1Malaysia. - Bernama
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agaknya apa ye yang tengku lan bahaskan dalam dewan tuuu ... dia pernah berbahas ke ? he he he

Tanpa Nama berkata...

Tengku Lan ni dulu masa jadi Ketua Pemuda Semangat 46 hebat berceramah.

Tanpa Nama berkata...

Jerantut semua dah ada . Tak perlu minta apa-apa lagi . So tak perlulah gegarkan dewan rakyat tu dengan soalan2 bodoh macam pembangkang tu

Tanpa Nama berkata...

YBM Tengku Azlan lepas ini tidak perlu bercakap di parlimen sebab PRU 13 nanti Ku Lan bertanding di DUN Pulau Tawar terus jadi MB Pahang. Siapa mahu Jerantut maju mesti kuat menyokong Ku Lan sekarang. Itu sebab WZWH sudah U-turn monyokong Ku Lan sekarang. Baca ramalan masa politik Ku Lan di Jerantut di blog WZWH.