UMNO Makin Kuat PAS Makin Lemah di Jerantut ? Benarkah UMNO semakin mendapat sokongan dan PAS semakin lemah di Jerantut sekarang ini . Risikan oleh parlimen81 menunjukan memang benar PAS semakin lemah di Jerantut sekarang ini . Banyak cawangan-cawangan PAS yang langsung tidak mempunyai aktiviti dan ada setengah itu langsung tidak bermesyuarat dan hanya menghantar laporan tahunan cawangan tanpa bermesyuarat . Ada cawangan langsung tidak mempunyai organanisasi dan ada cawangan langsung tidak mempunyai ahli yang aktif dan dengan kata lain hampir 85% cawangan PAS di Jerantut telah lumpuh .
Tinjauan parlimen81 ke beberapa kampung tradisional dan felda membuktikan lagi risikan parlimen81 bahawa sokongan anak-anak muda kepada PAS jatuh hampir 80% . Kebanyakan anak-anak muda kini banyak menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO . Strategi UMNO yang mengujudkan banyak gelanggang-gelanggang FUTSAL di kampung dan felda berjaya mengalihkan anak-anak muda dari menyertai program-program yang dianjurkan oleh PAS .
Kalau mengimbau kembali kepada zaman awal 2000 dulu dimerata-rata tempat yang ada program PAS akan dipenuhi dengan anak-anak muda tapi kini program PAS hampir tiada di kampung-kampung dan felda . Cawangan-cawangan PAS tidak lagi menganjurkan ceramah-ceramah di markaz mereka .Kalau adapun program PAS hanya di buat di markaz PAS Jerantut di Temin . Kehadiran juga amat mendukacitakan , hanya orang-orang tua sahaja yang hadir .
Kemana anak-anak muda yang dulu begitu kuat menyokong PAS ? Risikan parlimen81 juga mendapati bahawa ramai anak-anak muda yang dulu fanatik kepada PAS kini ada yang menjawat jawatan penting dalam kepimpinan UMNO Cawangan dan Bahagian dan ada juga yang menang G7 mengalahkan ahli-ahli UMNO yang telah lama dalam UMNO.
Dan risikan parlimen81 juga mendapati bahawa ramai anak-anak muda yang berpindah dari PAS ke UMNO ini ada yang bersifat oportunis . Mereka bukan sayang kepada UMNO tetapi lebih kepada merisik-risik projek-projek yang mendatang.
Risikan parlimen81 kepada blog-blog politik sekitar jerantut ini mendapati kebanyakannya dipelopori oleh blog UMNO dan amat kurang di terajui oleh penyokong PAS . Ini juga satu lagi indicator yang menunujukan sokongan anak muda kepada PAS telah merudum dengan teruk.
Parlimen81 meramalkan pada PRU13 nanti UMNO tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi di Jerantut ini .
Dan Belanjawan 2011 yang baru diumumkan oleh PM baru ini menyebabkan PAS makin terharu biru di Jerantut ini .
Dan Belanjawan 2011 yang baru diumumkan oleh PM baru ini menyebabkan PAS makin terharu biru di Jerantut ini .
1 ulasan:
PAS memang dah lemah sekarang ini atau UMNO yang makin lemah ?
Catat Ulasan