Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 30 Januari 2013

SAH !!!! MOHD ADIL MOHD ZAIN CALON BN DUN PULAU TAWAR

SAH !!!! MOHD ADIL MOHD ZAIN CALON BN DUN PULAU TAWAR . Itu maklumat yang baru parlimen81 terima sebentar tadi dari sistem pesanan ringkas.
Pesanan itu juga menyenaraikan beberapa lagi calon seperti berikut :

PARLIMEN : DATUK WAN AMIZAN WAN ABD RAZAK
DUN PULAU TAWAR : MOHD ADIL MOHD ZAIN
DUN TAHAN : AHMAD MURAD IDRIS
DUN DAMAK : DATUK LAU LEE


Ada juga pihak yang mencadangkan kepada pihak atasan supaya pilih calon dari nama-nama dikalangan AJK Bahagian seperti berikut :

1. YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, 
Ketua Bahagian, AHLI PARLIMEN 
>>- Higher National Diploma, United Kingdom
Ijazah Kedoktoran Kehormat, Political 
Science, New Zealand
2. YB Dato’ Wan Amizan bin Wan Razak, Timbalan
Ketua Bahagian/Ketua Pemuda Bhg,WAKIL RAKYAT
DUN 
>> - ada yg kata ada Advance Diploma, ada 
kata ada SPM jeh...?
3. YH Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Naib Ketua 
Bahagian, AHLI PERNIAGAAN 
>> – Ijazah
4. Norhelan Mahmud, Ketua Wanita Bahagian,
AHLI PERNIAGAAN 
>>– SPM
5. Hartini Abd Rahman, Ketua Puteri Bahagian,
AHLI PERNIAGAAN 
>> – STPM
6. Zukarmi Abu Bakar, Setiausaha Bahagian, 
SYARIKAT JENGKA 
>>– Ijazah
7. Haji Nazlan, Ketua Penerangan, 
JABATAN PENDIDIKAN 
>>– Ijazah
8. Dato’ Halim Jalil, Bendahari, AHLI 
PERNIAGAAN 
>>– SPM
9. Encik Zamri Yaakob, Jawatankuasa, 
AHLI PERNIAGAAN 
>> - SPM
10. Ybhg Dato’ Ahmad Bazain Mohmud, Jawatankuasa, 
BEKAS WAKIL RAKYAT 
>>- SPM
11. Encik Nasar Ibrahim, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Maktab Perguruan
12. Encik Abdul Halim Mahasan, Jawatankuasa,
KONTRAKTOR 
>>- Open University
13. Encik Ahmad Nizam Mohd Hassan, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Ijazah
14. Tuan Haji Mohamad Norzari Yahaya, 
Jawatankuasa, PESARA GURU 
>>- Maktab Perguruan 
15. Encik Jalaludin Haji Ghazali, Jawatankuasa, 
KONTRAKTOR 
>>- Ijazah  
16. Encik Ahmad Fauzi Nasir, Jawatankuasa, 
KONTRAKTOR 
>>- SPM
17. Encik Mohd Ghazali Hamzah, Jawatankuasa,
GURU 
>>- Maktab Perguruan
18. Encik Abu Bakar Haji Busu, Jawatankuasa, 
KONTRAKTOR 
>>- SPM
19. Encik Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil, 
Jawatankuasa, PENGHULU 
>>- Diploma
20. Encik Mohd Sopian Mohd Kasim, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Maktab Perguruan
21. Encik Mohd Adil Mohd Zain, Jawatankuasa, 
CELCOM 
>>- Diploma
22. Encik Mohamad Bazli Abdul Ghani, 
Jawatankuasa, KONTRAKTOR 
>> - SPM
23. Ybhg Dato’ Haji Rosidi Awang Sulong,
Jawatankuasa, PEGAWAI KHAS AHLI 
PARLIMEN 
>>- ada SPM ke?
24. Encik Hamzah Abdul Hamid, Jawatankuasa,
PEMANDU PELANCONG 
>> - SPM
25. Tuan Haji Hamzah Mat Yasin, Jawatankuasa, 
PESARA GURU AGAMA 
>> - SPM
26. Encik Mohd Hanafisah Jusoh, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Ijazah
27. Puan Khatijah Mohd Said, Jawatankuasa, 
SERANTA FELDA 
>>- SPM
28. Puan Suhaila Mustapa, Jawatankuasa, 
JURUTERA 
>>- Ijazah
29. Encik Abd Ghaffar Haji Abd Mutalib, 
Jawatankuasa, 
PENYELIA KANAN PERHUBUNGAN PARLIMEN 
(KEMAS) 
>>- Ijazah
30. Ustaz Ahmad Jaafar, Jawatankuasa, 
BEKAS WAKIL RAKYAT 
>>- Ijazah
31. Tuan Haji Wan Hanuar Abdul Majid, 
Jawatankuasa, BEKAS PENGHULU 
>>- SPM
32. Encik Zaharuddin Abd Rahman, Jawatankuasa, 
BEKAS PENYELIA FELCRA 
>>- SPM
33. Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad Baria,
Jawatankuasa, BEKAS WAKIL RAKYAT 
>>- Ijazah
34. Puan Siti Hajar Mubin, Jawatankuasa, 
KERANI BANK 
>>- SPM
35. YB Dato’ Dr Ahmad Shukri Ismail, 
Jawatankuasa, WAKIL RAKYAT DUN 

>>- Ijazah

Selasa, 29 Januari 2013

Majlis Daerah Jerantut dan Transformasi Bandar Jerantut


Alhamdulillah . Bandar Jerantut kini dalam proses transformasi yang berterusan dibawah kepimpinan Setiausaha MDJ yang mula berkhidmat di Jerantut sejak tahun 2010.

Berada di bandar ini, pasti akan merasai satu kelainan kerana Jerantut kini sudah berubah wajah

Pelbagai
perubahan telah di lakukan oleh SU MDJ sekarang ini dalam mengindahkan Bandar Jerantut .
Jerantut kini terkenal sebagai Purple City of Malaysia . Kebanyakan bangunan di bandar lama telah dicat dengan warna ungu. Ianya seperti telah menjadi warna identiti Jerantut yang menarik .





Selain bangunan , pasu-pasu bunga dan stesyen bas dan bulatan juga telah di cat dengan warna ungu bagi menyerlahkan  identiti Jerantut sebagai Purple City of Malaysia. parlimen81 ada bercerita pasal Purple City dulu klik sini

Selain itu SU MDJ juga telah mengangkat Jerantut sebagai bandar kelahiran Pahlanwan dengan mengabadikan nama Mat Kilau dan Tok Pawang Nong dua bulatan utama yang baru diwujudkan di Jerantut iaitu satu bulatan di Bandar Lama dan Satu lagi bulatan di Bandar Inderapura . Kewujudan Bulatan ini telah memberi preskpektif baru bahawa memang Jerantut mempunyai phalawan-phalawan yang terbilang dalam melawan pejajahan British . Sebenarnya ramai lagi pahlawan-pahlawan pra kemerdekaan yang belum di nobatkan di Jerantut ini . Tapi ini adalah satu usaha yang baik oleh SU MDJ sekarang .


Kemudian bagi memeriahkan suasana malam di Jerantut . Sebuah Taman yang kecil di bandar baru Jerantut diubah wajah menjadi sebuah Taman bercahaya yang kini begitu ceria di waktu malam . Kawasan ini cukup meriah diwaktu malam . Ini adalah taman untuk famili dan anak muda . Mungkin yang perlu dibaiki ialah tempat letak kereta . Satu lagi komen saya ialah papan tanda I-City Jerantut itu tidak kelihatan sangat oleh orang ramai yangalu lalang di Jalan Jerantut Benda kerana kedudukannya yang terlalu selari dengan jlanraya . Mungkin kena ubah sedikit angle papan tanda tersebut dan ditambah satu lagi papan tanda disitu untuk tatpan dari arah benta dan jerantut Satu lagi papan tanda perlu diletakkan dikawasan yang tidak sibuk dengan kenderaan untuk tujuan orang ramai bergambar . Papan tanda sekarang ini amat berbahaya untuk orang ramai mengambil gambar berlatarkan papan tanda tersebut


Satu lagi papan tanda perlu diletakkan dikawasan yang tidak sibuk dengan kenderaan untuk tujuan orang ramai bergambar . Papan tanda sekarang ini amat berbahaya untuk orang ramai mengambil gambar berlatarkan papan tanda tersebut

Bandar yang indah tidak akan bermakna jika tiada kemudahan pengankutan yang baik . maka tranformasi MDJ berterusan dengan adanya perkhidmatan bas dalam bandar yang berpusat di Terminal Baru Inderapura dan membabitkan laluan ke Sungai Jan, Jalan Tahan, Taman Koperasi, Perumahan Awam Kos Rendah Bandar Baru, pasar, Hospital Jerantut, Kompleks Pejabat Kerajaan, Taman Inderapura dan Taman Pedah Jaya. Tambang bernilai RM1.50 seorang untuk ke lokasi pilihan masing-masing dalam radius 15 kilometer sekitar kawasan bandar ini . Kemudahan bas itu juga dapat menjana pertumbuhan sektor perniagaan apabila penduduk dan pelancong lebih mudah bergerak ke hotel penginapan dan premis perniagaan.

Selain itu, bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi, MDJ dulu turut pernah memperkenalkan konsep berniaga malam 'uptown' bagi 'menghidupkan' suasana di Jerantut. Uptown bukan sahaja mewujudkan peluang perniagaan, malah pelancong yang datang atau hendak pulang menggunakan kereta api, akan berbelanja sebelum memulakan perjalanan dari Jerantut .Tapi nampak gayanya konsep uptown ni kurang mendapat sambutan di Jerantut sedangkan mengikut maklumat yang blog parlimen81 dapat anak-anak Jerantutlah pelopor konsep UPTOWN yang SANGAT popular di Malaysia ini . Itu akan blog parlimen81 cerita dalam posting lain tungguuuuu .

Semua kemudahan dan program tranformasi bandar Jerantut ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan ucapan tahniah parlimen81 kerana SU MDJ berupaya menyakin pihak-pihak yang berkaitan dengan idea-idea bernas dia dalam mendapatkan budget pembangunan untuk semua projek tersebut . blog parlimen81 saluk SU kerana dapatkan budget tersebut kerana ianya selari dengan blog parlimen81 yang telah banyak kali mencadangkan perkara-perkara yang hampir sama  didalam blog ini .  

Tapi parlimen81 juga agak gusar mengenangkan semua program ini akan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menyelenggaranya . Pendapatan utama MDJ bagi perbelanjaan pengurusan adalah dari sumbangan kerajaan negeri dan persekutuan yang tidak seberapa dan juga cukai-cukai tempatan yang juga tidak seberapa . Maka semua kemudahan yang disediakan ini jika tidak dijaga dengan baik akan menghakis peruntukan perbelanjaan pengurusan tahunan MDJ yang menyebabkan banyak program tranformasi lain yang dirancang oleh MDJ akan terbantut. Yang akhirnya nanti mungkin banyak jalan-jalan raya dan lampu-lampu jalan di taman perumahan tidak dapat diselenggara dengan baik oleh MDJ kerana banyak perbelanjaan sudah ditarik untuk program tranformasi ini .

Sebagai rakyat Jerantut yang prihatin parlimen81 menyeru semua rakyat supaya sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan ini .