Saya amat setuju jika usaha berterusan dari pihak MDJ ini akan diikuti pula oleh pemilik-pemilik kedai di bandar Jerantut ini untuk cat semua kedai mereka dengan warna Purple . Jika ini terjadi maka mungkin satu hari nanti bandar Jerantut ini akan terkenal seantero malaysia dan dunia dengan nama Purple City . Secara logik nya ini boleh terjadi kerana pelancong-pelancong yang melawat taman negara pasti tidak akan melepaskan peluang bergambar di Purple City ini dan seterusnya mereka ini akan menguploadkan gambar tersebut di blog-blog mereka dan share dengan kawan-kawan mereka dan pasti dalam tag mereka akan mengelarkan Jerantut sebagai Purple City . MDJ juga mungkin boleh minta sedikit peruntukan daripada Tourism Malaysia Pahang yang kebetulan Pengarahnya yang saya difahamkan anak jati Jerantut bagi merealisasikan lagi idea ini .
Saya rasa idea ini boleh direalisasikan dengan cepat jika barisan kedai-kedai di sekitar Maybank dan Banksimpanan Nasional serta Public Bank dicat segera dengan warna purple ini kerana semua barisan kedai tersebut menghadap ke Jalan Besar.
Semoga tranformasi yang ingin dilaksanakan oleh MDJ ini akan disokong oleh ahli politik dan ahli peniagaan Jerantut.
Bandar Jaipur di India yang terkenal dengan gelaran Pink City kena hampir semua bangunan di pusat bandarnya dicat dengan warna merah tanah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan