Selamat Hari Guru 2011 . Saya mendoakan semua guru-guru saya semoga sentiasa dalam keadaaan sihat dan dirahmati Allah .
Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa
.
Sempena pilihan raya kecil Merlimau yang lalu iaitu pada 1 Mac 2011 Menteri Pelajaran telah mengumumkan Anugerah Tawaran Baru serta-merta sebanyak RM7,500 seorang kepada 586 guru besar yang mencapai prestasi cemerlang dalam membangunkan kualiti murid dan sekolah.Pemberian berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.4 juta di mana skim baru iitu sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara.Seramai 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang, manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang.
Dalam pengumuman demi pengumuman yang di Tan Sri Muhyiddin Yassin juga adalah orang yang paling lantang mengkritik PR mengenai janji 100 hari PR dalam Buku Jingga yang akan memberi RM500 sebulan elaun khas kepada guru-guru sehingga mengatakan bahawa ia akan membawa implikasi kewangan negara .
Janji 100 hari PR ialah melibatkan hampir 500,000 guru, sedangkan janji kerajaan BN hanya melibatkan sebahagian kecil komuniti guru-guru .
Sebagai rakyat Malaysia P81 berasa bangga kerana idea yang baik itu sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan walaupun tidak secara keseluruhan. Rakyat akan beruntung sekiranya parti kerajaan mempunyai saingan yang kuat dalam politik. Maka sudah semestinya mereka akan mengikut rentak saingan mereka.
Mari kita tunggu pengumuman seterusnya dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan diumumkan esok dan diharapkan ianya akan melibatkan semua peringkat guru dan yang penting agar ianya tidak sampai memufliskan negara seperi yang sangat ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bila membicarakan janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang ingin memeberi elaun khas kepada para guru.
Tugas anda amat mulia guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar supaya menjadi makhluk Allah yang taat. Selamat Hari Guru.
5 ulasan:
tak apa, untuk peringatan, bukan guru sahaja yang akan mengundi memilih kerajaan pada pru 13 nanti, ramai lagi kaki tangan awam lain yang tidak di wakali oleh pm dan tmp srbagai menteri, ingat....!
kenapa tak apa? kenapa mengugut? tak cukup duit belanja ke?..ha ha ha..kesian kau,dulu mak suruh blaja tak mau..bile gaji kecik marah org lain...bodoh punyer magkuk tandas!
orang lain belajar juga apa kelululusan awak, yang menjadi soalnya kenapa cigu saja yang di di manjakan, orang lain tak sekolah wahai mangkuk tahi di atas, tanpa nama 8:29am !
Berita cukup kengembirakan semua guru. bagus tu Muhyedin. Kerajaan Malaysia bakal ditukar dalam PR13. Sudah lamaaaa dah kita kena tipuuuu..
Kerajaan manjakan golongan cigu sbb mereka la yg paling berpengaruh terhadap mentaliti masyarakat..namun malamgnya,golongan pndidik d malaysia masih lag tdk brani utk bersuara...bayangkan ada brapa ratus ribu pndidik d malaysia,kalau bersuara dan saling bersatu,mustahil kerajaan akan berdiam diri..tngok mcm majlis peguam..berani..ini tak,yg ada pn stakat NUTP yang takda teloq..
Catat Ulasan