Untung sungguh jadi peneroka Felda . Sejak berakhir pilihanraya umum ke 10 pada 29 Nov 1999 dulu . Pelbagai kemajuan dan pembangunan dan bantuan diterima oleh masyarakat Felda . Pada tahun tersebut Pak Lah menang besar di Parlimen Kepala Batas dan Najib menang tipis di Parlimen Pekan (kata orang Najib dah kalah sebenarnya , hanya Allah yang lebih megetahui kebenarannya) . Sejak PRU 10 itu juga pelbagai post mortem dibuat oleh UMNO kenapa hampir semua undi Felda pada masa itu Pakatan Rakyat menang . UMNO berjaya mengkaji sebab musabab kekalahan di banyak peti undi Felda pada masa itu dan hasil bermacam-macam cadangan telah diutarakan untuk mengembalikan undi Felda kepada UMNO . Akhir satu unit khas di wujudkan dibawah Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan hal ehwal masyarakat Felda . Sejak itu peneroka sedikit demi sedikit kembali menyokong UMNO dalam pilihanraya-pilihanraya selepas itu .
Dana-dana yang mengalirkan ke masyarakat Felda amat dirasai oleh peneroka sendiri dan generasi kedua mereka . Sekarang UMNO amat berbangga kerana berjaya membantu masyakat Felda yang hamir satu masa dipinggirkan oleh UMNO .
Itulah untungnya bila masyarakat Felda sedar akan kuasa undi yang ada pada tangan mereka . Dengan kuasa undi yang ada pada tangan mereka itulah yang telah menyedarkan UMNO yang lena dengan pembangunan-pembangunan Mega mereka ketika itu sehinggakan lupa dari manakah hasil-hasil yang mereka dapat untuk projek Mega itu datangnya dari sektor-sektor di luar bandar . Syabas masyarakat Felda .
Pada pilihnaraya PRU ke 12 masyakat Cina dan India mengunakan kuasa undi mereka pula dan hasilnya 5 buat negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat . Umno yang ketika itu sedang lena dengan kembalinya sokongan masyarakat Melayu Felda dan keutuhan undi masyarkat Cina dan India pada pilihanraya PRU ke 11 seperti tersentak pada pilihanraya ke 12 bila undi masyakat India dan Cina hampir solid kearah Pakatan Rakyat .
Maka UMNO yang masih yakin telah berjaya mengembalikan undi masyakat Felda dibelakang mereka telah melakukan post mortem demi post mortem untuk menilai kenapa undi Cina dan India pula beralih arah . Dan akhir selepas hampir 2 tahun bekerja keras maka UMNo sekali lagi telah berjaya mengembalikan pula undi masyakat India untuk duduk dibelakang mereka . Ini dapat dilihat dengan kejayaan akhir-akhir ini dalam PRK banyak BN memenangi peti undi masyrakat India.
Saya percaya walau UMNO belum berjaya mengembalikan sepenuhnya kepercayaan masyrakat Cina kepada mereka tapi hasil kerja keras pasukan think tank UMNO maka akan ada perubahan juga akhirnya kepada masyarakat Cina ini nanti untuk kembali menyokong UMNO .
Tetapi semua kejayaan-kejayaan yang berjaya diperolehi oleh UMNO untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat Melayu Felda , masyarakat India dan Cina ini bukan percuma . Ianya terpaksa dibayar dengan nilai bukan ratus tapi kemungkinan billion ringgit dan juga terpakasa mengadai sebahagian prinsip dan jati UMNO itu sendiri . UMNO tidak rugi yang untung adalah masyarakat yang dibela semula oleh UMNO itu .
Masyarakat yang dulunya hanya tidak memangkah UMNO sekali kini tersenyum lebar kerana kini mereka yakin dan akhir percaya juga dengan kata-kata manis pembangkang yang selalu berkata kepada mereka bahaya jika inginkan perubahan cubalah ubah sekali . Kini mereka amat percaya UBAh sekali mereka itulah yang kini telah menGUBAH masayakat mereka . Kini mereka boleh tersenyum lebar bersama UMNO .
Pakatan Rakyat yang mensyorkan untuk ubah sekali itu juga TERSENYUM lebar kerana kata-kata mereka selama ini terbukti bukan setakat teori tetapi sudah boleh dijadikan testimoni kepada masyakat Malaysia .
UMNO pula kini tidak lagi boleh sentiasa berasa dalam ZON SELESA lagi .
Tapi dalam semua TERSENYUM LEBAR itu , Pakatan Rakyat senyum , UMNO juga senyum , orang Felda senyum , orang India senyum dan orang Cina senyum ..... ada lagi yang masyakat yang boleh tersenyum lebar walau tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak . Masyarakat Kampung Tradisional kini seperti terpinggir . Walau terpinggir mereka masih lagi TERSENYUM . UMNO pula masih lagi tersenyum sinis dengan masyarakat kampung ini kerana walau kuat mana pun mereka mengundi Pakatan Rakayat nanti tetap tidak menjejaskan undi UMNO didalam kawasan dun atau parlimen yang majoriti undi datang dari peti-peti undi Felda .
UMNO tak akan padang kepada undi masyakat kampung tradisional ini . Siapa yang ingin menjadi juara kepada masyarakat tradisional ini ? Nak harapkan Pakatan Rakyat mereka juga berlumba-lumba untuk merampas undi Felda , yang secara tak langsung mereka juga hanya kelihatan seperti memperjuangkan masyakat Felda sahaja .
Jadi pertembungan antara UMNO dan Pakatan Rakyat tidak akan menguntungkan masayakat kampung tradisional . Masyakata tradisional hanya dipandang sebelah mata oleh parti-parti politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan