Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 31 Mei 2011

Timbalan Presiden PAS . Siapa Pilihan PAS Kawasan Jerantut ?

Saya percaya Jawatankuasa PAS Kawasan Jernatut telah mencalonkan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS . Ini kerana dalam bukan March yang lepas Dato Tuan Ibrahim telah secara terangan menolak sebarang pencalonan daripada Kawasan di Pahang untuk beliau bagi jawatan Timbalan , beliau cuma ingin mempertahankan jawantan Naib Presiden sahaja . Tetapi pengiraan matematik telah berubah dalam sekelip mata bila Tuan Ibrahim yang telah mendapat byk pencalonan dari luar Pahang telah menyatakan kesediaan untuk bertading jawatan Timbalan baru-baru ini .

Secara tak langsung pewakilan Pahang yang sebelum ini telah solid mencalonkan Mat Sabu kini telah terpecah kepada 2 option iaitu terus menyokong Mat Sabu atau menyokong Tuan Ibrahim .

Pencalonan adalah dalam bentuk blok sedangkan pengundian sebenar adalah secara individu iaitu dibuat oleh 5 pewakilan yang dipilih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan . 5 wewakilan ini sepatutnya dipilih oleh pewakilan dalam mesyuarat agong kawasan tetapi dalam kes Jerantut menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai pewakilan telah menyerah kepada AJK Kawasan yang dipilih untuk menentukan pewakilan ke muktamar pusat.

Jadi secara logiknya nama-nama pewakilan ini akan datang dari YDP yang dipilih. Jadi YDP tentu memilih pewakilan yang sebulu dengannya . Jadi secara mudahnya kita boleh mengagak siapakah Timbalan yang akan dipilih oleh pewakilan dari Jerantut ini .

Tidak seperti perebutan pewakilan ke persidangan tahunan UMNO yang memang amat kerap berlaku perebutan yang luar biasa sehingga setiap calon G7 terpaksa berbelanja besar untuk dipilih terutama jika ianya melibatkan pemilihan baru . Walaupun berbelanja besar tetapi biasanya hasil yang diperolehi selepas persidangan adalah melebihi perbelanjaan . Kalau orang berniaga masih ada untung , walau kos tinggi tetapi margin dia tinggi juga . Berlainan dengan pemilihan pewakilan PAS biasanya tidak berlaku perebutan sebab tiada apa hasil dari segi kewangan kepada pewakilan . Yang ada pewakilan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk perbelanjaan sepanjang muktamar jika kewangan kawasan tidak mampu menangung perbelanjaan tersebut .

Tiada ulasan: