Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 3 Mei 2011

Stesen BAS Baru Mula Operasi ?


Dah lama dah siapnye . Dah pernah jadi tempat jualan lelong , tempat parking dan tapak espo dan macam-macam kat sini . Dan akhirnya pada 1 Mei 2011 ianya secara rasmi beroperasi . Rasanya dah lebih 5 tahun siap . Dibelakang stesen bas ini adalah Pasaraya TF . Pasaraya TF ini dah lama beroperasi , rasanya dah lebih dari 7 tahun . Orang Bentong dan orang Raub panggil Pasaraya Tong Fatt , bila sampai Jerantut di rebrandkan jadi Pasaraya TF . Mungkin tokey dia dah study pe'el orang Jerantut yang lebih bersifat kemelayuan berbanding dengan orang Bentong dan orang Raub  sebab itu di tukar nama jadi TF. Sebelum TF , jerantut ini terkenal dengan Pasaraya Jaya . Pasaraya Jaya ada juga di Bentong dan Raub , mungkin tokey dia sama kot . Dulu ada juga pasaraya Melium ke apatah tak ingat dah kat panggung wayang lama , kemudian pasaraya Akti f ambil alih pasar besar Jerantut , kesian peniaga melayu yang berniaga di kedai-kedai di sisi tepi pasar besar dapat notis disuruh keluar dari situ , ingatkan nak buat Shopping Komplek rupanya disewakan kepada Aktif . Ingat lagi dulu disitu ada kedai jahit kasut Mee dan kedai jahit Kim Seng. Kat mana sekarang mereka ini berniaga ye selepas keluar dari situ ?
Berbalik kepada Bandar Inderapura . Di sebelah pasaraya TF ini ada Medan Selera/Niaga Inderapura .  Medan selera/niaga ini awal-awal buka dulu hidup segan mati tak mahu . Medan selera ini lebih awal dibuka dari TF . Kalau dulu hidup segan mati tak mahu . Sekarang pun macam tu juga . Kat sini bermacam perniagaan telah pernah dibuka dan ditutup . Sewa kalau awal-awal dulu dalam RM200 tapi sekarang ada  yang sewanya dah mencecah sampai RM600 terutama nya yang berhadapan dengan TF baru . Ramai peniaga melayu dan cina yang beli kedai disini . Gerai makan ada dua bahagian . bahagian depan menghadap kepada stesen BAS itu semuanya tak silap dipunyai peniaga cina dan bahagian belakangnya dipunyai oleh peniagaan melayu . Tapi sekarang ini dah ramai peniaga melayu yang sewa dan bikin renovate kedai tu jadi besar-besar terutama yang mengadap kepada gelanggang futsal . MDJ tak ambil tindakan ke keatas tindakan merenovasi tersebut ? Dulu tak silap kat medan selera ini ada Surau tapi kini HILANG entah kemana surau tersebut , hilang tanpa dapat dikesan ? MDJ boleh tolong lihat sikit kenapa surau itu hilang . Rasanya surau tu dah direnovasi menjadi kedai .Dulu surau ini menghadap ke TF lama.Tandas kat sini pun dah macam tak terjaga , lampu pun takde . memang bukan tanggungjawab MDJ nak jaga surau dan tandas kat sini tapi mungkin MDJ boleh pantau tahap kebersihan dan kemudahan tempat ini sebab secara tak langsung bila stesen BAS dibuka disini maka Medan Selera/Niaga ini boleh menunaikan tanggungjawab sebagai tempat untuk solat dan melepaskan hajat dan berjamu selera bagi orang-orang kampung yang datang jauh dari pendalaman dan secara tak langsung boleh menaikkan Medan Niaga ini sebagai satu tempat perniagaan Melayu di Bandar Inderapura ini dan mungkin juga menjadikan tempat ini tumpuan pelancong yang datang trasnit sebelum ke taman negara.
Mungkin kah dengan pembukaan stesen bas ini adalah tanda-tanda awal projek greater jerantut akan dimulakan ?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org jtu tak panggil pasaraya jaya rasa aku...emporium jaya la...melium tu tak betul...melintton atau melindon