Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 28 September 2010

Satu Sumber Dua Cerita - Manipulasi Media Pengaruhi Pemikiran Rakyat





Satu sumber cerita tapi dengan gaya bahasa yang tersendiripelbagai media boleh menterjemahkan cerita tersebut mengikut selera masing-masing . Jika pembaca mengikut cerita dari satu media sahaja maka itu sahajalah maklumat yang pembaca itu dapat . Tapi jika pembaca membaca juga dari media lain maka pembaca akan mendapat cerita yang tidak dilaporkan oleh media lain . Begitulah bagaimana media boleh memanipulasikan sesuatu berita untuk dipaparkan kepada orang ramai dan cerita itu boleh mempengaruhi pemikiran orang . Terpulang kepada pembaca untuk mencari sumber alternatif untuk mendapatkan maklumat penuh .

Di Bawah ini saya petik dua berita dari akhbar berlainan tapi dua-dua akhbar menulis berita berasaskan sumber berita yang sama  .

1. Berita ini dipetik dari Utusan Malaysia
Branson: Pegangan dalam GLC wajar dikurangkan


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kerajaan perlu mengurangkan pegangan majoritinya dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan kompetitif.
Hartawan dan tokoh perniagaan terkemuka dunia, Sir Richard Branson (gambar) berkata, pengurangan pegangan akan membolehkan syarikat berkenaan berdiri sendiri dan bersaing sesama mereka agar menjadi sebuah perbadanan yang teguh dan mampan.
Katanya, secara automatiknya apabila kerajaan mengurangkan pegangan ia akan mengurangkan tanggungan selain perlu dilakukan secara kompetitif agar apabila syarikat itu diswastakan, ia dapat diurus dengan baik dan menjamin kos tidak melambung naik.
"Untuk bersaing sesebuah syarikat perlu berani meneroka pasaran luar terutamanya antarabangsa agar ia dapat memberi peluang penerokaan kesinambungan berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan ketua-ketua organisasi perniagaan tempatan dan antarabangsa dalam ucaptama khas sempena persidangan dua hari 'Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia di sini hari ini.

Sesi khas itu dipengerusikan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn. Branson yang memiliki kekayaan bernilai AS$4 bilion (RM12 bilion) kini memiliki pelbagai cabang perniagaan dengan anggaran 200 buah syarikat di 30 buah negara.Menurut pengasas Kumpulan Virgin itu, mengurangkan pegangan ke atas GLC perlu dilakukan secara berhati-hati dan telus agar dan dilakukan bukan semata-mata untuk menarik minat pelabur asing.

Dalam pada itu, beliau menyatakan minatnya untuk meneroka pasaran Malaysia dan mencari peluang-peluang pelaburan baru yang boleh diteroka secara bersama.Katanya, ada beberapa peluang perniagaan yang boleh diteroka terutamanya dalam aeroangkasa dan penerbangan.Namun ia memerlukan satu perbincangan terperinci dengan pihak berkuasa selain meneliti beberapa insentif pelaburan yang menarik di negara ini.
"Saya berhasrat untuk membawa beberapa rakan-rakan perniagaan yang boleh melabur di di Malaysia dan ini akan dilakukan dalam masa terdekat nanti," katanya.

Sementara itu, terdapat desas-desus mengatakan usahawan terkemuka itu berminat sama-sama membida kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura



2. Sekarang mari kita baca pula berita ini yang dipetik dari Malaysiakini
Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan
Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.

"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada,” katanya.

Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.


dan banyak lagi berita dari sumber ini tapi dibentangkan dalam persembahan yang berlainan. Jadi pembaca sebenarnya yang perlu menilai berita yang mereka baca.

Branson Calls for Open Competition in Malaysia | The Jakarta Globe

Branson: Malaysia has good reputation

Virgin's Branson warns Malaysia on opposition leader's sodomy ...

Isnin, 27 September 2010

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lesu ?

Penulis terpanggil untuk menulis mengenai PPK ini bila penulis mendapat banyak runggutan-runggutan daripada orang-orang kampung berkaitan dengan perjalanan PPK yang menurut mereka telah tidak selari dengan maklamat penubuhan asal PPK yang ingin membantu petani-petani di sesuatu kawasan peladangan .

Kini PPK telah dikuasai oleh ahli-ahli yang berkepentingan dalam politik dan perniagaan . Ahli politik menjadikan PPK sebagai batu lonjatan untuk memperkenalkan diri bagi melobi jawatan di dalam pertubuhan politik . Sementara kontraktor menjadikan PPK sebagai batu lonjatan untuk mendapatkan projek tertentu menggunakan lesen kontraktor yang dimiliki oleh PPK .

Pemilihan Pewakilan dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) juga kini seperti pemilihan sebuah parti politik . Lobi melobi telah menjadi budaya di dalam PPK . Siap calon Pengerusi menyenaraikan pasukan masing-masing untuk dipilih oleh pewakilan .
Yang paling mengejutkan ialah setelah saya selidiki daripada senarai AJP  tahun 2008-2010 secara puratanya umur AJP adalah 60 tahun di dua PPK iaitu PPK Jerantut dan PPK Pulau Tawar sementara PPK Tembeling pula 50 tahun . Hanya PPK Tembeling sahaja yang mempunyai AJP dari kalangan orang muda yang pada hemat saya memang benar-benar seorang petani . Sementara PPK lain kebanyakan AJP adalah dari kalangan ahli yang berumur lebih 60 tahun . 

Saya tidak mempertikaikan umur AJP tapi kebanyakan dari AJP ini sebenarnya tak pernah pun bercucuk tanam , menternak tapi masih lagi terhegeh-hegeh untuk duduk dalam AJP . Saya sangat sedih bila menginterview seorang calon AJP . Matlamat dia hanya untuk mendapatkan elaun mesyuarat  diperingkat Kawasan dan Negeri . Setahu saya dia ini pesara kerajaan dan hanya kehulu kehilir makan duit pencen tanpa pernah berusaha untuk bertani .

Saya amat menyeru kepada AJP PPK supaya nilai balik diri sendiri itu adakah kita ini mampu untuk memperkasakan PPK kita itu ... lihatlah PPK ditempat lain yang boleh mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan projek-projek yang inovatif dan berdaya saing . Sedarlah kemampuan diri kita . Buang kepentingan politik dan perniagaaan , serahkan kepada ahli yang benar-benar ingin melibatkan diri dan memajukan industrian pertanian ini . 

Ada juga dikalangan pengerusi PPK ini menjadi pengerusi di beberapa Koperasi lain dan Pertubuhan politik dan kerajaan yang pada hemat saya masa dia memang tidak ada untuk menumpukan kepada usaha memajukan PPKnya . Saya lihat juga ada AJP PPK ini banyak melakukan kerja-kerja subkontraktor pembinaan menggunakan lesen kontraktor PPK . Sepatutnya lesen kontraktor PPK ini ditarik balik dan PPK menumpukan kepada perniagaan berteraskan  pertanian membantu ahli-ahli dalam bidang pertanian


Banyak juga geran-geran / bantuan kewangan dan input  pertanian yang beredar dikalangan rakan-rakan dan saudara mara AJP sahaja .


Ada juga terdengar berita sebuah PPK telah memohon tanah kerajaan negeri dengan tujuan untuk ditanam dengan getah atau kelapa sawit . Kertas kerja semua telah dihantar kepada pihak kerajaan negeri melalui wakil rakyat tetapi akhirknya tanah yang dipohon itu jatuh ketangan ahli politik tertentu .

Ada juga PPK yang selama ini aktif dengan aktiviti perniagaan input pertanian tetapi kini lesu tidak bermaya dengan kedainya kehabisan stok dan tidak ada penambahan stok menyebabkan petani terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan stok input pertanian .

Disini saya lampirkan AJP PPK yang diperolehi dari laman web Lembaga Pertubuhan Peladang dan harap agar kita kembali menghayati falsafah penubuhan PPK seperti berikut :

Mengikut akta 109, perwujudan PP adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli – ahlinya melalui penglibatan langsung dalam menjalankan aktiviti yang diperlukan bagi mencapai objektif. Aktiviti tersebut termasuk :
  1. Menyediakan khidmat pengembangan dan kemudahan latihan untuk menyiapkan peladang dengan teknologi ke arah kemajuan agrikultur, hortikultur, penternakan, ekonomi rumahtangga, perniagaantani dan lain – lain usaha komersil;
  2. Meningkatkan pengeluaran pertanian daripada kalangan peladang dan pekebun kecil bagi menggalakkan perkembangan yang lebih meluas serta mengkomersilan pertanian dan memajukan perniagaan tani;
  3. Memberi khidmat keperluan ladang, kejenteraan ladang, kemudahan kredit dan meningkatkan pelaburan dalam pertanian dan ekonomi, kemudahan tabungan luar Bandar, pemasaran, gudang penyimpanan dan khidmat pengeringan, kemudahan pengangkutan dan pemprosesan hasil pertanian;
  4. Memberi kemudahan modal permulaan dan meningkatkan pelaburan di kalangan peladang melalui ekuiti penyertaan dalam penerokaan perniagaan tani dan pengkomersilan;
  5. Membantu ahli dalam pengambilan tanah dan pelaksanaan projek pembangunan tersebut;
  6. Menggalakkan dan merangsangkan kumpulan bertindak melalui projek komuniti dan membantu pembangunan kepimpinan;
  7. Memberi khidmat sosial, pendidikan dan kemudahan rekreasi bagi meningkatkan pembangunan sosial dan kebajikan keluarga peladang.
Bukanlah niat saya untuk menidakkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh AJP selama ini . Jasa-jasa AJP selama ini mungkin telah menaikkan PKK di kawasan anda . Niat saya membawa isu ini untuk memperkasakan PKK itu sebagai teras utama dalam memajukan industri pertanian di Jerantut ini . PKK memerlukan inovasi untuk terus memainkan peranan memperkasakan ekonomi orang Melayu. Nilai balik diri kita adakah kita ini mampu  untuk sama-sama terlibat dalam mentransformasikan industri pertanian di Jerantut ini ?

AKTIVITI DAN AHLI JEMAAH PENGARAH TAHUN 2008 - 2010

PPK JERANTUT

Batu 1, Jalan Kuantan
27000 Jerantut.
Tel : 09-2601766 Fax : 09-2601768
Saham Ahli Terkumpul : RM 194,299
Bilangan Ahli : 2,825 orang
Bilangan Keluargatani : 3,643 keluarga
Bilangan Unit Peladang : 35 unit
Pengerusi : YH. Dato’ Hj. Ahmad Bazain bin Mohmud
Pengurus Besar : Pn. Maharani binti Awang Ngah.

Aktiviti Utama

• Penjualan input pertanian
• Kerja-kerja kontrak Aktiviti pemajuan, pendidikan dan kebajikan ahli

 AJP Pertubuhan Peladang Kawasan Jerantut
Nama
(Gelaran Nama/Darjah
Kebesaran)
Alamat
Umur
Pekerjaan
Keahlian
Tarikh Masuk (Tahun)
1
Y.H. Dato' Haji Ahmad Bazain bin Mahmud, J.P, D.I.M.P, S.M.P, K.M.N, A.M.N. (Pengerusi) 76, Kampung Melayu, 27000 Jerantut, Pahang
68
Pesara Kerajaan
8.4.1980
2
Encik Mohd. Nor bin Jaafar Kg. Batu Balai, 27020 Jerantut, Pahang
56
Pesara
1.2.1973
3
Puan Hajjah Nazillah binti Abdul Latif Lot 45, Sri Wangi Temin, 27000 Jerantut, Pahang
51
Guru
29.12.1998
4
Encik Ali Mohamad bin Akob Kg. Lada, 27150 Jerantut, Pahang
61
Pengerusi JKK
16.2.1982
5
Puan Hajjah Rosemah binti Yusoh P.J.K, J.C Lot 1436, Kg. Melayu, 27000 Jerantut, Pahang
70
Pesara
15.1.2002
6
Tuan Haji Hamzah bin Haji MatYassin Kg. Koi, 27030 Damak, Jerantut, Pahang
56
Pesara
7.11.1988
7
Encik Abd. Rasid bin Abdullah Satar, P.J.K Kg. Som, 27030 Jerantut, Pahang
56
Pesara
25.04.1972


PPK PULAU TAWAR

Simpang Pulau Tawar
27050 Jerantut
Tel : 09-2662422 Fax : 09-2662422

Saham Ahli Terkumpul : RM 461,087
Bilangan Ahli : 2,059 orang
Bilangan Keluargatani : 865 keluarga
Bilangan Unit Peladang : 24 unit
Pengerusi : En. Zamri bin Yaakob
Pengurus Besar : En. Jaafar Sidek bin Muhamad.

Aktiviti Utama

• Barang bekalan ladang
• Barang pengguna dan hardware
• Tanaman sawit
• Kerja-kerja kontrak
• Mini pos
• Perkhidmatan kejenteraan ladang
• Aktiviti pemajuan, pendidikan dan kebajikan ahli

AJP Pertubuhan Peladang Kawasan Pulau Tawar
Nama
(Gelaran Nama/Darjah
Kebesaran)
Alamat
Umur
Pekerjaan
Keahlian
Tarikh Masuk (Tahun)
1
Encik Zamri bin Yaakob P.K.C, P.J.K(Pengerusi) T-56, Taman Inderapura, 27000 Jerantut, Pahang
56
Petani
1999
2
Encik Mohd. Said bin Haji Yunus No. 32, Taman LKNP, 27000 Jerantut, Pahang
52
Petani
2000
3
Encik Abdullah bin Ishak Kg. Bukit Rang, Pulau Tawar, 27050 Jerantut, Pahang
Petani / Ketua Kampung
1974
4
Encik Mat Ripin bin Mohamad Kg. Ulu Retang, 27020 Jerantut, Pahang
65
Petani / Ketua Kampung
1974
5
Encik Mat Amin bin Ibrahim Perumahan FELCRA, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang
70
Petani
1974
6
Encik Abd. Rahman bin Brahim Felda Sungai Tekam, 27000 Jerantut, Pahang
68
Petani
1990
7
Encik Abdullah bin Ghazali Felda Gelanggi 1, Jerantut, Pahang
56
Petani
2002


PPK TEMBELING
Jalan Kuala Tahan
Kg. Padang Kuala Tahan
27000 Jerantut
Tel : 09-2601870/71 Fax : 09-2601872
Saham Ahli Terkumpul : RM 256,714
Bilangan Ahli : 1,589 orang
Bilangan Keluargatani : 970 keluarga
Bilangan Unit Peladang : 21 unit
Pengurusi : Tn. Hj. Bahaudin bin Yahya
Pengurus Besar : En. Mohamad Noh bin Abu Seman

Aktiviti Utama

• Mini estet kelapa sawit
• Jualan input pertanian
• Kerja-kerja kontrak
• Kebajikan Ahli
• Perkhidmatan kredit
• Simpanan ahli dan mini pos
• Aktiviti pemajuan, pendidikan dan kebajikan ahli

AJP Pertubuhan Peladang Kawasan  Tembeling
Nama
(Gelaran Nama/Darjah
Kebesaran)
Alamat
Umur
Pekerjaan
Keahlian
Tarikh Masuk (Tahun)
1
Tuan Haji Bahaudin bin Yahaya (Pengerusi) No. C.13, Rumah Kos Rendah, Peringkat 3 dan 4, Sg. Jan. 27000 Jerantut, Pahang
59
Pesara, Penyelia KEMAS / Peladang dan Penternak
29.1.1974
2
Encik Abdullah bin Awang Ibrahim No. 10B, Rumah Kerajaan, 27000 Jerantut, Pahang
56
Penghulu Mukim Ulu Cheka
25.3.1986
3
Encik Abdullah bin Haji Manan Kg. Kuala Tahan, Tembeling Tengah, 27000 Jerantut, Pahang
55
Pesara Perhilitan
1.1.1986
4
Encik Mustafa Kamal bin Mohamad Kg. Labu, Tembeling Tengah, 27000 Jerantut, Pahang
47
Kontaktor
17.4.1986
5
Encik Shaharin bin Daud B 175, Rumah Kos Rendah, Mat Kilau 2, 27000 Jerantut, Pahang
40
Kontaktor
13.6.1987
6
Encik Ahmad Nasaruddin bin Abu Bakar Kg. Lubuk Payong, Tembeling Tengah ,27000 Jerantut, Pahang
37
Peladang
20.2.1991
7
Encik Abdullah bin Salleh Kg. Pagi, Ulu Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang
52
Pemandu Pelancong
2.1.1974

 
Pemilihan AJP PKK telah diadakan baru-baru ini . Siapa AJP untuk sesi 2010-2012 penulis tidak pasti tapi harapan parlimen81 siapapun yang terpilih tanamkan niat anda untuk mengerakkan PPK ini untuk kepentingan petani-petani yang kebanyakannya adalah orang Melayu ISLAM.

Jumaat, 24 September 2010

Aerial View Beberapa Kampung Di Ulu Tembeling

Salam . Dalam posting terdahulu penulis telah uploadkan gambaran daerah Jerantut dari sisi Gunung Benom. WZWH dalam komennya terhadap posting tersebut mencadangkan penulis uploadkan gambaran Jerantut ini dari sisi Gunung Tahan.. Disini parlimen81 postkan gambar Jerantut dari sisi Gunung Tahan pula yang dengan jelasnya menunjukan gambaran kampung-kampung yang terdapat dijajaran Ulu Sungai Tembeling yang masih tidak mempunyai infrasturktur asas utama  iaitu jalanraya . 

Ramai yang heboh diluar sana bercakap tentang  Ulu Tembeling tapi tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Ulu Tembeling . Yang ada hanyalah gambaran imiginasi sahaja.  Paling jauh penulis pernah sampai hanyalah hingga ke Taman Negara , berkhemah di Lata Berkoh , Memancing di Sungai Terenggan dan Mandi di Lubok Simpom . Sampai situ sahajalah yang penulis pernah pergi di Ulu Tembeling ini . Tiga kali penulis pernah sampai ke Kuala Tahan . Kali pertama menaiki bot dari Kuala Tembeling , kali kedua menaiki kereta ketika jalan raya sekarang ini masih lagi tak bertar. Ketiga ketika jalan sudah bertar.  Penulis dapat rasakan banyak perubahan yang telah berlaku di Kuala Tahan dan sepanjang kampung-kampung dari  Pdg Piol ke Kuala Tahan. Pembangunan tanah bertambah rancak sepanjang jalan ini . Kampung-kampung kini telah berubah dari penempatan di tepi sungai ke penempatan di tepi jalanraya .  Itulah pentingnya untuk kerajaan mempercepatkan kelulusan peruntukan untuk pembinaan jalanraya dari Kg Pagi ke Kg Raja  di Dunggun pula. Perubahan yang dirasai oleh rakyat di Tembeling Tengah dapat juga di nikmati oleh penduduk di Ulu Tembeling.

Penulis memang teringin sangat untuk mudik kehulu kalau boleh sehingga ke Jeram Perahu dan terus ke Kg Pasir Raja di Dungun. Sila klik pada gambar dibawah ini untuk besarkan gambar tersebut.

.
  
.

  
.
  
.
.


Rabu, 22 September 2010

Cadangan Jambatan di Kuala Tembeling

 klik gambar untuk besarkan

Salam semua orang Jerantut . Diatas ini adalah cadangan parlimen81 untuk merangsang ekonomi di sekitar kampung -kampung di Kuala Tembeling , Seberang Kuala Sungai Jelai dan Tembeling Tengah.

Jambatan ini dicadangkan kerana pada pendapat parlimen81 pelaksanaan projek ini kelak akan dapat merangsangkan lagi pertumbuhan kawasan-kawasan pertanian dan pembangunan sekitar kampung-kampung tersebut, disamping meningkatkan  taraf sosio-ekonomi penduduk sekitar.Hasil-hasil pertanian boleh dikeluarkan dengan lebih mudah dan cepat pembinaan jambatan itu akan menjadi pemangkin terhadap kepesatan pembangunan ekonomi, sosial dan kegiatan lain di kalangan penduduk setempat. dan menjadi pemangkin yang dapat mengubah landskap pembangunan di kawasan Kuala Tembeling , Tembeling Tengah dan Seberang Jelai  di samping memendekkan perjalanan orang ramai untuk ke Jerantut melalui Kuala Tembeling atau Lipis melalui Mela atau boleh melalui Cegar Perah

Parlimen81 anggarkan budget untuk pembinaan dua buah jambatan 2 lorong bagi setiap jambatan ini ialah dalam lingkungan RM20juta ke RM30juta  sebuah jambatan kalau ikut tender terbuka dan telus dan mungkin mencecah kepada RM60juta sebuah jambatan jika diaward secara terus kepada konsortium tertentu.
klik gambar untuk besarkan

Selasa, 21 September 2010

Dimana Ulu Sungai Pahang ?

klik gambar untuk besarkan
Jika dilihat di wikipedia dan buku geografi yang diajarkan kepada kita di sekolah beginilah ayatnya yang selalu diulang-ulangkan didalam buku "Sungai Pahang ialah sungai terpanjang di Semenanjung Malaya iaitu sepanjang 459km. Sungai itu berhulu di pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Tembeling dan mengalir ke Laut China Selatan."

Hari ini parlimen81 ingin menarik perhatian masyarakat di Jerantut berkaitan dengan hulu Sungai Pahang . Kalau ditanya kepada orang tua-tua di Kuala Tembeling dimana hulu sungai pahang ? Mereka akan mengatakan bahawa terdapat sebuah sungai diantara pertemuan sungai tembeling dan sungai jelai . Sungai itu kecil sahaja dan itulah Sungai Pahang yangg sebenar dan disitulah bermulanya Sungai Pahang.

Itu kalau ikut cerita orang kampung di Kuala Tembeling . Tapi penulis tidak percaya di situ bermulanya Sungai Pahang kerana pada pendapat penulis Sungai Pahang yang sebenar mestilah salah satu dari dua sungai yang membentuk sungai Pahang itu iaitu samaada Sungai Jelai itu ialah asalnya sungai Pahang atau Sungai Tembeling itu asalnya Sungai Pahang .

Sungai terpanjang di Malaysia sekarang ialah sungai Rejang 563km . Kalau betullah andaian penulis salah satu dari dua sungai itu adalah sungai pahang maka sebenarnya sungai pahang adalah sungai yang terpanjang di Malaysia . Ini kerana panjang sungai tembeling ialah 110km dan Sungai Jelai lebih panjang dari sungai Tembeling . Katakanlah Sungai Tembeling itu sebenarnya sambungan sungai pahang maka panjang sungai pahang yang sebenar ialah 569km iaitu lebih panjang dari sungai rejang di Sarawak.

Itu hanyalah andai penulis . Apa pandangan anda ?

klik gambar untuk besarkan

Isnin, 20 September 2010

Pembinaan Jalan Ulu Tembeling Dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi Telah Bermula ??

Tahniah kepada YAB ADUN2 Tahan dan semua pihak yang telah bersuara sejak sekian lama kerana usaha mereka selama ini telah berhasil dengan peruntukan sebanyak RM121juta telah diluluskan untuk pakej pertama jalan tersebut dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi .Kerja-kerja preliminari telah bermula sejak 1 April 2010 . Kontrak diberi kepada sebuah syarikat pembinaan kelas A Jerantut. Pelaksanaan projek mengambil masa 36 bulan iaitu sebelum PRU 13 jika berlaku pada pertengahan 2012 atau 2013 dijangka siaplah jalan itu mengikut kata WZWH

Meminjam tulisan WZWH dalam blognya "
YB Dato' Wan Amizan berjanji jika jalan Ulu Tembeling tidak dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sampai ke Kampung Pagi, beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana beliau tidak sanggup lagi "beri janji dan harapan palsu" kepada penduduk Ulu Tembeling dan tiada siapa ahli UMNO mahu bertanding di DUN Tahan kerana sudah tentu rakyat akan bangkit menolak UMNO yang menipu mereka selama ini".

Dalam blog WZWH juga beliau hanya menyatakan bahawa syarikat yang mendapat projek tersebut adalah Kontraktor kelas A dari Jerantut.

Setelah parlimen81 melakukan penyelidikan ,benar syarikat kelas A tersebut mempunyai pejabat di Jerantut tapi didaftarkan di Ampang. Siapa pemiliknya, parlimen81 tidak tahu secara benar tapi secara kebetulan seorang jurutera yang berkerja dengan dengan syarikat tersebut yang kini meyewa sebuah rumah di Jerantut pernah bercerita bahawa beliau bekerja dengan kontraktor utama yang mendapat kontrak buat jalan tersebut dan beliau kenal benar pemilik sebenar syarikat tempat beliau bekerja . 



Disini parlimen81 detailkan berkaitan projek tersebut :

Projek Membina & Menyiapkan Jalan Dari Kg. Tuit,
Kuala Tahan Ke Kg. Mat Daling, Jerantut (Pakej 1 -
Dari Kg. Tuit Ke Kg. Pagi), Jerantut, Pahang
Sektor : Kerajaan
Tarikh Award : 09/03/2010
Tarikh Mula : 01/04/2010
Tarikh Siap : 31/03/2013
Nilai Projek : RM121,000,000.00
Nama Klien : Ketua Setiausaha Kementerian
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah



Alamat Kontraktor Pembinaan :

BETA EXCLUSIVE CONSTRUCTION SDN. BHD.
No Pendaftaran : 0120040309-PH093356
A-15-2, JALAN SELAMAN 1/1
DATARAN PALMA
68000 AMPANG
SELANGOR
Tel : 0342701001/1806/1794
Fax : 0342701199/1842


Alamat Pejabat Di Jerantut
Company Name :     BETA EXCLUSIVE CONSTRUCTION SDN. BHD.
Address :     NO.7, TINGKAT 2, JALAN ZAPIN INDAH, BANDAR INDERAPURA, KUANTAN, PAHANG
Telephone :     09-2671828   09-2671828   
Facsimile :     09-2669818

Pemilik sebenar biarlah ia menjadi rahsia disini buat masa ini dan penulis yakin ramai diluar sana yang sudah tahu siapa sebenarnya pemilik syarikat tesebut termasuk WZWH. Jika betul nak tahu beli je maklumat berharga RM15 dari Suruhanjaya Syarikat , tapi kemungkinan pengarah dalam senarai Suruhanjaya hanyalah proxi kepada orang tertentu ?

Hanya satu je harapan besar parlimen81 kepada pemilik syarikat tersebut , binalah jalan tersebut mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.  Beta Exclusive Construction kemungkinan akan melantik sub-kontraktor yang mahir dalam pembinaan jalanraya ? Jadi harap Beta pantaulah sub-kontraktor supaya patuh kepada spesifikasi tersebut dan kepada Konsultan yang diamanahkan oleh kerajaan untuk  merekabentuk dan memantau projek ini , bekerjalah dengan ikhlas dengan memastikan setiap inci jalan di buat mengikut spesifikasi.

Dan kepada Beta Exclusive  ambillah peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh teknologi buat jalan ini dari sub-kontraktor anda dan harap suatu hari nanti  Beta Exclusive   akan menjadi sebuah syarikat yang benar-benar mahir membuat jalanraya dan tak perlu meng-sub-kan lagi kerja-kerja ini kepada sub-kontraktor lain. Jika ini berlaku barulah margin tinggi dan boleh bersaing secara sihat dipasaran

Dengan bermulanya pembinaan jalanraya ini , secara jangka pendeknya memberi beberapa peluang pekerjaan dan pernigaan kepada penduduk sekitar Ulu Tembeling dan secara jangka panjangnya menyingkatkan perhubungan diantara kampung-kampung di Ulu Tembeling dan bandar Jerantut dan seterusnya meransang pertumbuhan ekonomi di Ulu Tembeling .

Dan moga-moga dengan usaha anda merealisasikan jalanraya ini Allah merahmati anda semua .

Kisah Empat Ekor Katak.

Empat ekor katak duduk di atas sebatang kayu yang terapung di hulu sebatang sungai. Tiba-tiba batang kayu itu dihanyutkan oleh arus yang mengalir ke arah muara.Empat ekor katak itu gembira dan seronok kerana sebelum ini mereka tak pernah belayar.

Tidak berapa lama kemudian, katak pertama berkata, "Sesungguhnya batang kayu ini memang hebat. Ia bergerak seolah-olah ia hidup. Belum ada batang kayu yang seperti ini diketahui sebelum ini."

Kemudian katak kedua pula berkata, "Tidak wahai sahabat ku. Batang kayu ini sama macam batang kayu yang lain. Hanya air sungai yang sedang mengalir ke laut, dan menghanyutkan kita bersama batang kayu ini."

Selepas itu katak ketiga pula bersuara dan berkata, "Bukan batang kayu atau sungai yang bergerak. Pergerakan itu cuma dalam minda kita sahaja. Tanpa pemikiran, tidak ada apa-apa pun yang akan bergerak."

Kemudian ketiga-tiga katak itu mula berbalah tentang apakah sebenarnya yang bergerak. Perbalahan itu akhirnya menjadi semakin bising dan panas.Mereka akhirnya berpaling kepada katak keempat yang sejak tadi membisu sehinggalah tiga katak yang lain itu meminta pendapatnya.

Katak keempat itu berkata, "Setiap dari kamu betul, dan tidak ada antara kamu yang salah. Pergerakan itu sebenarnya batang kayu itu sendiri dan air sungai dan juga pemikiran kita."

Ketiga-tiga katak itu menjadi marah kerana tidak ada satu pun mahu mengaku yang pendapatnya adalah yang paling benar dan bahawa pendapat kedua katak lain adalah salah sama sekali.

Kemudian sesuatu yang aneh berlaku. Ketiga-tiga katak bersepakat dan menolak katak keempat dari batang kayu dan jatuh ke dalam sungai. Maka ‘the moral of the story’ memang begitulah perangai ‘orang kita’, tidak suka kepada orang yang bijak dan berkata benar terutama orang yang lebih bijak dari mereka. Mereka akan sumpah jadi batu seperti Sang Kelembai atau dibunuh seperti Hang Nadim.

Sabtu, 18 September 2010

10 Tahun Sebelum Merdeka

Sejarah sebenar perjuangan 
kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah.

Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)

Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy

Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA).

Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak.
Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH.

Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.


Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.   HIDUP UMNO !!!! HIDUP MELAYU !!!!!!

sumber : BuletinOnline.net
DOKUMENTARI 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA


sumber :10 tahun sebelum merdeka

Jumaat, 17 September 2010

Majlis Hari Raya Anjuran Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat Pahang)

 Saya tercari-cari program yang dianjurkan oleh UMNO Jerantut secara sendirian tanpa melibatkan jabatan kerajaan dan yang saya jumpa ialah program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat seperti berikut :

1. Majlis Sambutan Hari Raya PAS Cawangan Pulau Tawar

Tarikh : 15/9/2010
Masa : 9mlm hingga 12 mlm
Tempat : Simpang Pulau Tawar
Jemputan : Semua Penduduk Pulau Tawar

2. Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Jerantut




3. Majlis Mesra Eidul Fitri Anak Pahang di Kuala Lumpur

 

 4. Majlis Jamuan Mesra Idul Fitri Perhungan PAS Pahang , Temerluh dan ADUN Semantan

 


5. Rumah Terbuka & Himpunan Anak Muda di perantauan

 

 UMNO sepatutnya lebih perihatin dan mengambil kesempatan hari raya ini untuk mendekati rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Pahang

Ketua Kerani Dapat Saham Felcra ?

Penulis semasa jalan-jalan beraya di rumah sahabat-sahabat baru-baru ini juga telah disogokan tentang cerita saham Felcray ang diberi kepada orang-orang yang pada pendapat sahabat penulis tidak layak mendapat saham tersebut kerana terlalu ramai lagi rakyat yang lebih miskin yang tidak diberi bantuan dalam bentuk saham Felcra tersebut .

Di sebuah kampung tradisi yang popular dengan kepahlawanannya yang mempunyai 3 orang Tok Empat terdapat cerita-cerita yang mengatakan kesemua ketiga-tiga isteri Tok Empat telah menerima saham Felcra tersebut . Ini termasuklah seorang isteri Tok Empat yang berjawatan Ketua Kerani juga memperolehi saham Felcra tersebut . Untuk pengetahuan anda sepanjang pengetahuan saya di kampung itu terdapat seorang tua yang pernah menjadi buruh di ladang-ladang Felcra sehingga tua dan kini tidak berdaya lagi untuk menjadi buruh tidak diberi hak untuk menikmati saham Felcra tersebut . 

Saya sangat berharap agar Ketua Pengarah Felcra , SPRM dan Menteri Besar dapat menyiasat hal ini


Saya teringat kepada ucapan penanguhan Haji Kamaruzaman Baria, bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut didalam Sidang Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut (sabtu 3/7/10),

Kamaruzaman menyentuh tentang saham Felcra yang diagihkan bukan kepada orang miskin yang layak dibantu tetapi diberikan kepada kroninya. Beliau telah mendedahkan bahawa terdapat ADUN UMNO di Jerantut yang telah membagikan saham kepada kroninya yang langsung tidak layak mendapat saham Felcra tersebut kerana berpendapatan besar dan berkehidupan mewah sambil menyifatkan inilah yang membuatkankan orang ramai membenci UMNO.

Kamaruzaman juga meluahkan kekecewaannya terhadap tokoh berkenaan yang bertindak memohon tanah yang telah dipohon oleh orang-orang kampung dan diluluskan kepadanya sebagaimana yang berlaku di Kampung Durian Hijau. 


Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin gunakan kuasa sebaik mungkin memperkasakan orang melayu dan bukan sebaliknya memperkasakan diri sendiri sehingga hak-hak orang miskin dan perlu dibantu diketepikan.

Isnin, 13 September 2010

Orang Ulu Tembeling Menyabung Nyawa

Sedih juga kawan membaca cerita bot karang di Ulu Tembeling beberapa hari sebelum raya hari itu . Kawan tak tahu langsung cerita ini sehinggalah hari ini bila kawan baca blog WZWH dan UragDrulug . Kawan cuba juga bilek-bilek Sinar Harian tapi tak nye ada berita tu . Nasib baiklah sekarang ini blog ada memainkan perana sebagai media alternatif kat Jerantut ini . Surat Khabar kebanyakannya suka bebenor kalau berita berkaitan dengan pemimpin je . Ni ha kawan copy paste berita dari blog-blog tersebut.

Penderitaan Dan Azab Orang Ulu Tembeling


Posting blog Urag Drrulug bertajuk "Menyabung Nyawa Di Pedalaman" memberi lapuran sebuah bot perahu panjang Tembeling telah karam dan terbalik semasa meredah Jeram Panjang mudik Sungai Tembeling 2 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Berita ini begitu menyentuh hati WZWH

Memang Jeram Panjang tempat lokasi selalunya berlaku bot penumpang Ulu Tembeling selalu karam. Sejarah bot karam di Jeram Panjang adalah penderitaan orang Ulu Tembeling kerana sungai yang terpaksa puluhan jeram diredahi kerana tiada kemudahan jalan raya moden dari Kuala Tahan ke Kampung-kampung Ulu Tembeling.

WZWH mula-mula tahu berita malang ini bila menziarahi ayah saudara WZWH, Wan Hamidon bin Wan Ahmad di bandar Jerantut pada malam Hari Raya Pertama. Mangsa yang terlibat ialah ayah saudara sepupu WZWH, Wan Zahari dari Kampung Mat Daling. Isteri Wan Zahari ialah emak saudara benar WZWH, Wan Maziah binti Wan Ahmad.

WZWH diberitahu terdapat 12 orang kanak-kanak dan orang tua di dalam bot ketika kejadian. Ayah Zahari dikatakan mudik salah alur lalu terlanggar batu membuatkan bot melintangi Jeram Panjang. Dan tiada seorang luan (orang di depan bot sekali yang ada galah panjang meninjau dan mengenalpasti alur) maka Ayah Zahari tersilap alur. Terjahan air jeram lalu membuat bot karam dan terbalik.

Mengikut cerita beberapa orang penyelamat, mereka menjumpai 8 orang kanak-kanak bergayut di bawah atap zink. Lantas penyelamat menyelamatkan mereka. WZWH bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini.

Sejarah bot orang Ulu Tembeling karam di jeram-jeram sepanjang yang WZWH tahu tidak melibatkan kematian jiwa kecuali kemalangan bot karam di Jeram Ampai, Tembeling Tengah dan di Kuala Tembeling sahaja.

Masalah jeram ialah bila air surut ada banyak batu-batu timbul manakala bila air besar maka ombak besar dan alur pun berubah. Kalau air bah sangat besar mungin boleh berlaku olak jeram yang baru dengan ombak besar terutama di tempat yang ada banyak batu besar-besar. WZWH pernah mengalaminya sendiri ketika mudik masa air bah 1983 lalu terpaksa menempuh olak jeram baru dekat Kampung Pagi.

Bila bot karam maka amat malang kerana tuan punya bot kehilangan bot dan enjin bot. Harga enjin bot berkuasa kuda 40 ialah RM9000 ke atas. Harga bot perahu panjang Tembeling berharga antara RM10,000 hingga RM15,000. Jika ada duit simpanan, pengusaha bot boleh bila-bila beli enjin tetapi masalah hendak menempah bot baru kerana tukang-tukang bot perahu panjang sudah berkurangan, bekalan kayu cengal untuk buat bot sangat susah dan payah dan tiada kayu lagi. Tempahan bot perahu panjang Tembeling boleh ambil masa dari 6 bulan ke setahun lebih.

WZWH amat faham kekecewaan blogger Urag Drrulug kerana tiada kemudahan jalan raya moden ke Ulu Tembeling. Ini buat Urag Drrulug kritik dan menyalahkan pemimpin. WZWH harap Urag Drrulug bersabar. Projek jalan raya Ulu Tembeling telah bermula fasa pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi sejal April 2010 lalu, seterusnya fasa ke dua dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya fasa ke tiga dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling. Insyallah, WZWH percaya Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta ini akan siap dengan sempurna dalam masa 7 tahun lagi.

Berikut WZWH petik dari blog Urag Drrulug...

MENYABUNG NYAWA DI PEDALAMAN

Gambar hiasan: Bapak Menteri serta pemimpin kita tentu tidak pernah

merasa keadaan sebegini dalam hidup mereka

Beberapa hari sebelum menyambut shawal, dalam suasana masing-masing menyiapkan diri menyambut Hari Raya Aidil Fitri, sama ada berkaitan dengan persiapan peralatan dan bahan-bahan makanan untuk sambutan berkenaan serta pulang ke kampong halaman satu tragedi buruk telah berlaku.

Sebuah bot yang sarat memuatkan penumpang dan barang-barang telah karam dan terbalik di Jeram Panjang berhampiran Kuala Tahan yang hampir mengorbankan beberapa nyawa.

Diberitakan bahawa seorang tua sudah hampir-hampir 'cengkelik' (lemas) di 'olak' Jeram Panjang, 'tengka' diantara Jeram Pangang dengan Jeram Dedari. Nasib baik beliau dapat diselamatkan oleh sebuah perahu lain yang lalu ditempat kejadian dimana mereka didalam bot berkenaan dapat 'menyambar' tangan mangsa yang sudah tidak dapat bertahan dan mengapongkan diri lagi.

Ni kena tanya Wan Zahari dari Kg. Mat Daling. Bot yang karam tu masih tertambat di 'kepala' Jeram Dedari. Injin nya hilang tenggelam. Nasib baik penumpangnya yang termasuk kanak-kanak dapat diselamatkan oleh Orang Asli yang tinggal berdekatan serta oleh Joe Basri, seorang pemandu pelancong di Taman Negara yang kebetulan berada ditempat kejadian ketika itu.

Bukan sekali ini Sungai Tembeling meragut nyawa orang kampong. Peristiwa bot karam berlaku bukan sahaja ketika air 'besar' tetapi berlaku juga dikala air 'surut'. Murahnya nyawa urag drrulug yok?

Penduduk kampong yang terpaksa bertarung nyawa selama ini berharap supaya kerajaan dapat segera mengotakan janjinya untuk membina jalan raya. Ada suara nakal berkata; jika perkampongan dihulu ini didiami oleh kaum cina, sudah tentu kerajaan telah membina jalan raya untuk mereka, malangnya yang tinggal disana adalah bangsa Melayu. Maka mudahlah kerajaan perbodohkan mereka dengan berbagai janji palsu.

Rakyat merasakan bahawa ketika ini bangsa Melayu dilayan bagaikan anak tiri sedangkan kaum cina ditatang bagaikan minyak yang penuh. Kerajaan nampaknya lebih sukan menyusukan kera dihutan tetapi membiarkan anak dirumah mati kelaparan.

Jangan biarkan rakyat di pedalaman terus menyabung nyawa demi kelangsungan hidup mereka, mereka juga berhak mendapat nikmat dan kekayaan negara kita yang merdeka ini. Jika pemimpin tidak mampu jalankan tugas, sila letak jawatan dan bagi peluang pada orang lain.

Oiiiih! Payoh amat kamiq duduk drrulug neh. Tarok lalu kemudahan macam urag de bandor. Nork ilir mudek pon susoh amat. Mase ayer taho kamiq kene tulok bot, mase ayer besor kamiq takot ke umbok besor, takok ke karaph bot kamiq. Sape ke hark buleh membile kamiq? Napork nyeq kena pakok kelain larh PRU natiq, hehehe

WZWH harap Urag Drrulug rasional dalam berfikir jangan cepat ikut hati dan emosi. WZWH akan pastikan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan mengotakan janjinya dan memastikan Projek Jalan raya Ulu Tembeling berjalan mengikut jadual "projek management"nya. Ini prioriti utama WZWH.

Posted by WZWH at 11:38 AM 0 comments:

Tengku Faris dimasyhur sultan Kelantan

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.

Adalah dipercayai Majlis Perajaan bersidang pagi tadi bagi memutuskan pemasyhuran berkenaan.

Keluarga diraja dan ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu sejam jam 11.30 pagi bagi upacara itu tetapi maklumat yang diperolehi adalah samar.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan dipercayai Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.


Ketika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini.

Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian.

“Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan,” kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.

Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/142504

Ahad, 12 September 2010

Janji Dr Shukri

Salam . Disini saya petik kembali Janji Dr Ahmad Shukri Ismail kepada penduduk Jerantut yang sehingga sekarang saya lihat masih janji tinggal janji:

Petikan surat pembaca di Utusan Melaysia pada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0805&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

1. Tunaikan janji bina institut belia di Pulau Tawar
Saudara Pengarang,BILA terbaca sahaja kenyataan Dr. Ahmad Shukri Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar pada 5 Disember 2001, semasa itu beliau Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 6 Disember 2001, suatu perasaan gembira melonjak-lonjak pada diri saya selaku anak Pulau Tawar jati.
Apa tak gembiranya, Dr. Ahmad Shukri berkata sebuah Kolej Komuniti bernilai RM25 juta dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bernilai RM110 juta akan didirikan di Bukit Rang, Pulau Tawar kira-kira 15 kilometer daripada bandar Jerantut. Dia bercakap hal ini kepada pemberita selepas perasmian Seminar Nuzul al-Quran Rakan Muda peringat daerah Jerantut pada awal Disember 2001.
Sebaliknya sekarang sudah hampir hujung tahun 2004, tapi mana dia kedua-dua Institusi berkenaan? Menurut Dr. Ahmad Shukri dalam kenyataan tersebut IKBN akan dibina pada tahun hadapan. Ini bermakna jika kenyataan yang diberi itu ialah pada tahun 2001, bererti IKBN akan dibina pada tahun 2002. Tapi mana dia?
Bukan apa, saya takut nanti kalau sebelum ini macam-macam kita dengar mengenai janji-janji seperti ini. Kalau tak silap saya suatu ketika dahulu pernah dengar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hendak dibina di Jerantut. Tetapi tahu-tahu lepas ke Kuala Lipis. Jadi kita takut perkara ini akan berlaku lagi terhadap kedua-dua benda ini (Kolej Komuniti dan IKBN).
Jadi harapan saya kalau rakyat sudah menunaikan janji mereka dengan benar-benar menyokong kerajaan dan menyebabkan Dr. Ahmad Shukri (sekarang bergelar Datuk) masih kekal sebagai ADUN Pulau Tawar setelah menang sekali lagi dalam pilihan raya pada awal tahun 2004 lalu, maka pihak kerajaan pula hendaklah menunaikan janji yang benar-benar telah ditabur itu kepada mereka pula.
Bagi saya, adalah tidak begitu `bena' jika niat Dr. Ahmad Shukri seperti kenyataannya kepada Bernama pada 12 Mei 2002 (Utusan Malaysia, 13 Mei 2002) untuk memajukan Sungai Salan sebagai pusat pelancongan tidak terlaksana. - ANAK PULAU TAWAR JATI, Jerantut, Pahang.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0805&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_03.htm


2. Felda bina bandar herba RM200 juta
JERANTUT 7 Mac 2006 - Felda akan mengeluarkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan


3. Bandar Pulau Tawar
Janji ini dilafazkan oleh beliau ketika kempen pilihanraya tahun 1999

Hansard Parlimen - Benarkah Ahli Parlimen dan ADUN di Jerantut Tidak Bersuara di Parlimen dan DUN ?

Saya telah meneliti beberapa hansard parlimen sejak beberapa tahun dahulu dan yang merunsingkan saya ialah bila saya semak hansard-hansard tersebut tidak terdapat cadangan-casdangan yang bernas keluar dari setiap ahli parlimen jerantut dari zaman dahulu hingga ahli parlimen sekarang untuk membangunkan jerantut ini . kalau saya silap minta maaf ye . Harap blogger-blogger diluar sana yang mempunyai connection yang rapat dengan ahli parlimen dapat menyemak hansard-hansard yang dikeluarkan oleh parlimen . Jadi betulkah semua Ahli Parlimen P81 selama ini tdak pro pembangunan Jerantut ?

Ada satu hansard yang saya jumpa ialah berkaitan dengan IKBN tsapi bukan hansard ahli parlimen jerantut tapi hansard dari tak silap saya dari kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Belia berkaitan dengan projek IKBN yang telah diluluskan diJerantut pada tahun 2002 tapi saya dengar projek itu sekarang telah di hijack oleh parlimen mentakab/temerloh

Saya tidak dapat menyelidik hansard-hansard yang dikeluarkan oleh DUN Pahang dan tidak dapat menilai prestasi ADUN ketika di DUN Pahang

Senyum La Sikit

Kita senyum kat dia dia buat tak tahu je .... itulah komen-komen orang kampung dan orang bandar dan anak muda bila bercakap soal calon parlimen dari PAS yang telah kalah dua kali melawan dengan Tengku Lan ni . Ilmu dia bagus ulamak kontemporari kata orang tu . Banyak mengupas isu-isu agama yang sensitif dan tak bersesuaian dengan adat orang melayu di Jerantu ini . Bukan tak betul tapi pemikiran orang masih tak boleh terima beberapa isu yang dilontarkan oleh ulamak muda yang dah tak berapa nak muda ini .

Tapi isu-isu itu tak leh lawan dengan isu payah nak senyum bila jumpa orang . Dr Hamzah ni saya nak peringat kat awak ini . perbaikilah PR (bukan pakatan rakyat tapi personal relationship) awak tu . Kawan tak kisah awak golangan Nik ke golongan Wan ke golongan Plate C ke golongan plate D ke janji setiap calon yang dicalonkan di jerantut ini mestilah progresif yang penting mesra dengan orang kampung .....

Kalau awak nak tahu Wan Amizan paling hebat dia punya PR ni .... Dr Shukri dan Tengku Lan pun tak boleh lawan dari segi PR Wan Amizan dengan rakyat .... dan memang Tengku Lan dan Dr Shukri tak de skill PR ... Dulu saya ada jumpa arwah YB Malek ... dia ni pun mhebat skill PR dia ... dia menang DUN Tahan dan kebetulan pulak yang menang DUN Tahan selepas itu YB Ahmad Jaafar tidak bertahan lama YB Ahmad Jaafar tak de skill PR ... Dia memang dulu harapkan title Kadi Jerantut je .

Janji Tengku Lan

Beberapa hari sebelum pilihanraya 2004 . Kampung saya telah didatangi oleh Tengku Azlan untuk bertanya khabar penduduk .... itulah kali pertama sejak beliau menang pilihanraya pada tahun 1999 beliau kembali ke kampung saya. Masa itu beliau datang dengan diiringi oleh beberapa belas orang pengikut setia (mungkin kaki bodek setia). Tak silap saya masa itu beliau menaiki kereta X5 . dan pengikut-pengikut setia begitu bangga sekali bercerita kepada orang kampung akan kehebatan kereta Tengku Azlan .

Kebetulan pada masa itu saya berada di kedai kopi tempat Tengku Lan singgah berjumpa dan bersalam dengan penduduk kampung . Habis satu kedai dibelanja oleh Tengku Lan pada hari itu . Huh bangga sungguh saya sebab kena belanja oleh Tengku Lan ... Baik sungguh hati Tengku Lan .Terima kasih tengku Lan sebab belanja saya air teh hari itu (teh masa tu hanya 80 sen secawan). Kalau saya tahu Tengku Lan nak datang dan belanja hari itu awal-awal saya dah order lamb chop yang mahal-mahal .

Kebetulan bila Tengku Lan sampai kekedai itu kerusi dihadapan saya dimeja yang sama kosong dan jadi Tengku Lan pun duduklah berhadapan dengan saya dan bersembang-sembang dengan semua yang duduk dimeja saya itu . Saya tak sembang pun dengan Tengku Lan ini . sebab saya muda sangat lagi masa tu saya cuma jadi pendengar yang setia sahaja . Tapi satu sahaja janji Tengku Lan yang sangat-sangat yang saya ingat sampai hari ini ketika sesi sembang-sembang itu ialah rayuan Tengku Lan kat orang kampung yang duduk semeja dengan dia hari itu ialah Tolonglah bagi peluang kat dia sekali je lagi . Lepas ni habis penggal tu dia dah tak nak jadi calon lagi . dan lagi satu dia kata yang lebih kurang maksud nya "YB ni maksima 2 penggal dah cukup . Kalau lebih nanti orang dah tak suka atau dah tak effective . Sebab itu masa sesi sembang tu dia minta orang kampung beri dia peluang sekali je lagi untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat . Lepas penggal tu dia nak serah kat orang lain pulak .

Sebab itu bila masa pilihanraya tahun 2008 saya terkejut bila Tengku Lan lagi sekali menjadi calon BN bagi Parlimen P81 .

Isnin, 6 September 2010

Projek Pembangunan Untuk Jerantut

Parlimen 81 adalah antara blog terawal yang bertapak di Jerantut dan entah apa yang menggangu menyebabkan penulis blog ini menyepi hampir 2 tahun . Tujuan penulisan blog ini adalah untuk memaparkan dan membangkitkan masalah rakyat di Parlimen Jerantut yang pada. Setelah agak lama menyepi penulis akhir tergerak hati untuk menjengah keadaan dijerantut seminggu 2 ini dan begitu teruja bila mendapati begitu banyak sekali blog jerantut muncul . Tahniah kepada semua blogger jerantut . Penulis juga agak tertarik dengan idea2 yang dipaparkan oleh blog WZWH dan beberapa blog lain .

Antara idea2 yang menarik penulis ialah cadangan2 projek pembangunan yang diutarakan oleh beberapa penulis blog yang memang telah ada dalam kepala penulis bila penulis mula membuka blog ini . Antara yang menarik perhatian penulis ialah :

1. Projek janakuasa Hidro
2. Projek Janakuasa Nuklear
3. Projek Jalan Jerantut ke Dungun
4. Projek meluruskan jalan benta hingga ke maran .
5. Projek Zoo Aqukuator
6. Jambatan Sungai Tembeling
7 Kereta Kabel Gunung Tahan

Ada yang penulis setuju dan ada yang penulis tidak setuju dengan projek yang dicadangkan . Projek utama yang sangat penulis setuju ialah

1. untuk melengkaplan jalanraya di jerantut ini iaitu meluruskan jalan maran hingga ke benta melalui jerantut

2. Melengkapakan hubungan timur barat jerantut ke dungun melalui lembah tembeling

3. membina beberapa jambatan di sungai tembeling dan sungai jelai . Tapi penulis cukup tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan sungai tembeling di kuala tahan menghubungkan kg kuala tahan dan taman negara . pada pendapat penulis keterpiliharaan taman negara perlu dikekalkan tanpa ada pencemaran . memang alasan yang diberikan oleh setengah orang untuk memeudahkan pelancong ke taman negara tanpa perlu menaiki bot tapi bagi penulis keunikan utama taman negara itu adalah bot dan boatmannya yang telah sinonim dan menjadi trademark kepada taman negara itu . itulah yang dicari oleh penlacnong sebenarnya .

4.Projek Zoo akuakutltur itu juga penulis setuju dan sebeanrnya ialanya telah ada dan pada penulis sanctuary yang ada sekarang ini sudah memadai diiktiraf sebagai zoo akuakutltur dan penulis sebenar amat teruja jika kerajaan dapat mengujudkan santuary haiwan liar di taman negara yang mana ianya hendakla dibuat seperti taman safari yang luas . sebenarnya ramai pelancong yang datang ke taman negara kecewa bila hajat datang kesini untuk meneropong haiwan liar dalam habitat asanya tidak kesampaian . jadi jika ada safari ini maka akan lebih teruja untuk pelancong datang kesini disamping menghayati keindahan alam semula jadi . Kewujudakan tidak bermaknaka kepada penduduk kampung tanpa ada usaha tampahan meningkkatkan ekonomi penduduk dengan produk tambahan . Penulis melihat dengan fauna alam yang dianugerahkan oelh Allah penulis mencadangkan agar duujudkan ladang lebah tualang terbesar di Malaysia di disini . Penulis cadangkan ladang ini diujudkan di pertenganhan jalan diantara kuala tahan dan kampung pagi . ladangkan ini boleh menjadi sumber export utama ulu tembeling.Penulis juga tertarik dengan idea untuk menjadikan bandar jerantut ikon kerbau di malaysia .... kalau anda perasan hanya di jerantut di dalam malaysia ini anda boleh membeli daging kerbau segar setiap hari dipasar.Industri kerbau memerlukan habitat asal kerbau itu untuk membiak dan kerbau telah diuji amat tidak produktif di biak secara fedlot.... mungkin boleh diwujudkan safari kerbau didalam daerah jerantut .

5. Projek janakuasa hidro .... penulis setuju projek ini diteruskan sebab ialanya dijalankan disungai tekai dan tidak mengangu gugat taman negara sekarang ini ... menurut WZWH projek ini boleh memberi peluang pekerja yang banyak kepada penduduk hulu tembeling .... betul dalam fasa pembangunan memang ramai pekerja diperlukan mungkin lebih seribu pekerja bergantung pada fasa pembangunan ... dan bila siap mungkin memberi pekerjaan kepada sekitar 100 hingga 150 orang kakitangan syarikat hidro tersebut dan tak semestinya pekerja tempatan .... pekerja tempatan kena memahirkan diri untuk mengalas tanggungjawab tersebut ... secara indirectnya kita boleh lihat pembangunan di pekan Kuala Berang untuk membandingkan impak projek Hidro Kenyir dengan pembangunan bandar saya lihat impak sebenar projek ini kemungkinan bukan dijerantut atau ulu tembeling tetapi didaerah maran dan lepar utara mebetulkan saya jika saya salah melihat topograpi lembah tekai ini .

6.Projek Janakuasa Nuklear saya amat tidak setuju dilaksanakan di Ulu Tembeling kerana mudah sahaja iaitu saya telah bersetuju untuk projek2 berasaskan teknologi hijau dan pengekalan alam sekitar yang bersih ... memang akan ada orang nkata teknologi yang akan kita pakai cukup selamat tapi persepsi orang akan melumpuhkan industrian pelancongan eko di ulu tembeling

7. Satu lagi projek yang saya rasa akan memberi impak besar kepada jerantut ialah dengan mengujudkan institusi pengajian tinggi di sini .... harapan saya kepada pemimpin2 yang dilantik oleh rakyat ... janganlah cubalah cari jalan untuk mengazetkan sehingga 5000 ekar tanah untuk mengujudkan IPTA di jerantut ini ....yakinlah ia memberi impak yang sangat tuinggi kepada pembangunan masa depan jerantut ini . Banyak sungguh janji2 politik yang dilemparkan untuk membangunakan IPTA di jerantut ini tapi akibat kelekaan pemimpin maka projek yang sudah di endorse untuk dibina dijerantut dibawa lari oleh pemimpin dari daerah lain ke daerah mereka .... sedarlah jangan asyik nak dapatkan konsesi balak sahaja .

8. saya juga amat setuju untuk membangunkan pasar jerantut setraf dan sehebat pasa payung terengganu , pasar siti khadijah kelantan dan tanah abang di jakarta.kita namakan Pasar Mat Kilau



P81

Jumaat, 3 September 2010

Geng 18 Kumpulan Baru Politik Jerantut

Geng 18 Kumpulan Baru Politik Jerantut

Pada posting yang lepas WZWH ada menceritakan kod Geng 30 iaitu satu konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin pada akhir 1970an dan awal 1980an. Kini WZWH sudah dapat mengesan di Jerantut ini sudah ada satu kod baru iaitu Geng 18 juga satu konspirasi peringkat tertinggi UMNO Bahagian Jerantut untuk menjatuhkan YB yang ada dan bakal YB.

UMNO Jerantut memang malang. Gambar yang WZWH paparkan itu memang betul berlaku di Tingkat 3, Bangsar Shoping Centre KL dari jam 8.00 hingga 12.30 malam 27 Julai 2010 dan 18 orang terlibat (Geng 18).

Dalam pertemuan sulit secara ringkasnya ada 3 resolusi. Resolusi pertama Tengku Azlan istihar Dr. Shukri ganti beliau ahli parlimen Jerantut pada PRU 13. Beliau akan Jumpa PM minta PM bubuh nama Dr. Shukri.

Resolusi kedua, Tengku Azlan akan pastikan atas desakan Geng 18 bahawa Dato' Wan Amizan tidak bertanding lagi DUN Tahan PRU 13 kerana terlalu banyak isu.

Resolusi ketiga, Dato' Hj Nazri sebagai Naib ketua dipastikan tidak naik oleh kedua-dua pihak kerana isu peribadi yang serius.

Ku Lan bagi buah satu peluru boleh bunuh dua ekor burung. Bijak. Dr shukri mengepak balik lepas peristiharan itu.

Maka hebohlah Dr Shukri kepada semua orang Jerantut perjumpaan itu adalah perjumpaan antara kepimpinan DUN Pulau Tawar dengan YBM Tengku. Dalam Facebook, Dr. Shukri berkata beliau sangat taat setia kepada Ku Lan Ketua UMNO Bahagian (pada prinsipnya).

Ada kemuskilan, ada orang tanya WZWH kenapa Dato' Wan Bakar ada bersama dalam perjumpaan sulit itu. Apa peranan Dato' Wan Bakar? Adakah Dato' Wan Bakar sudah berubah menjadi Ketua Cawangan di DUN Pulau Tawar sedangkan beliau ialah Ketua Cawangan UMNO Kampung Merting di DUN Tahan.

Adakah satu cawangan baru telah ditubuhkan di DUN Pulau Tawar iaitu cawangan Kuala Salan, gamaknya. Kenapa beliau mendahului YB ADUN Tahan Dato' Wan Amizan?

Dato' Wan Bakar bukan calang-calang politikus. Peranannya bukan mengepalai kumpulan politik seperti gambar hitam putih di sebelah bawah. Sudah tentu peranannya adalah "mastermind" tarafnya. Dr. Shukri selalu cakap, "Dato' Wan Bakar adalah sifu politiknya".

Harus diingat Dato' Wan bakar adalah produk dari Geng 30 pada awal 1980an yang WZWH telah cerita dalam posting "Geng 30". Beliau pasti tahu "modus operandinya."


Berbalik kepada Dr. Shukri, sejak bila beliau "sangat taat setia" kepada YBM Tengku Azlan. Dulu kita nasihat Dr. Shukri jangan lawan Ku Lan Ketua Bahagian tapi tidak diendahnya. Dr. Shukri mengatakan Ku Lan lah punca beliau dilucutkan dari jawatan EXCO Pahang. Sedangkan MB Pahang dan Tuanku tahu masalah peribadinya.

Dulu masa berkempen hendak melawan Ku Lan Ketua Bahagian pemilihan 2008, dengan bangganya Dr. Shukri berkata dalam satu perjumpaan politik di Ulu Cheka, "Ada dua orang doktor di Malaysia berani melawan Raja...satu Dr. Mahathir, kedua Dr. Shukri". Maka melompatlah Ustaz Hamzah Ketua cawangan UMNO Kampung Koi membuat laporan polis menyatakan Dr. Shukri sudah derhaka kepada Raja!

Maka Ku Lan pun melantiklah Ustaz Hamzah sebagai AJK UMNO Bahagian Jerantut bagi mengenang jasanya. Tidakkah Dr. Shukri lupa kata-katanya itu boleh buat istana jengkel.

Jika betul begitu apa kata penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri terhadap resolusi kedua dan ketiga itu. WZWH menulis posting ini pun atas desakan penyokong-penyokong yang pemimpin-pemimpin mereka hendak disingkirkan.

Lupakah Ku Lan kepada jasa-jasa Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri yang selama ini kerja kuat bertungkus-lumus mempertahankan Ku Lan. Atau beginikah perangai anak Raja yang sebenar?

Hanya WZWH boleh menyata bahasa begini kepada Ku Lan. Moyang Ku Lan (Tun Koris) dan Moyang WZWH (Tun Da) adalah adik-beradik. Bukankah Tun Koris dan Tun Da itu anakanda Bendahara Tun Abdul Majid (1770-1802). Ingatlah Ku Lan "blood is thicker than water".

Dato' Wan Amizan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, ADUN Tahan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia bukan kecil pengaruh politiknya. Bukan saja di DUN Tahan, beliau juga Ketua Cawangan UMNO Jengka 12 di DUN Pulau Tawar, anak peneroka dan jangan lupa 20,000 pemuda UMNO Jerantut di belakangnya.

Dato' Hj Nazri, Naib Ketua UMNO Bahagian adalah bekas SUSK Dato' Wan Bakar, berpengalaman politik sejak zaman Dato' Wan Bakar menjadi ahli parlimen selama 3 penggal dari tahun 1982-1995. Dan terus aktif dalam parti hingga sekarang. Beliau anak peneroka Sungai Tekam di DUN Pulau Tawar.

WZWH hanya boleh memberi pandangan kepada Ku Lan. Terserahlah kepada beliau. Tapi biasanya anak raja ada egonya. Tapi kalau Ku Lan rasa Geng 18 cukup handal maka WZWH hormati keputusan Ku Lan dan Geng 18. Tapi ini tanah Jerantut...berhati-hatilah.
Posted by WZWH at 8:35 PM
9 comments:

sayang umno said...

saya rasa wzwh menganggu lagi dato wan bakar, adakah wan bakar akan berdiam diri.dimanakekuatan keluarga dato wan bakar. adakah mereka semua bacul........

kepada ahli parlimen jerantut di minta pantau apa yg wzwh buat ni, saya rasa beliau lah yg kurang ajar terhadap raja. daulat tengku lan tetap ada.

wan amizan apa yg wzwh buat adalah mencari publisiti murah yg akan merosakan dato wan amizan sendiri.

kepada geng 18 sila umum kan senarai nama yang hadir pada 27 hb julai 2010 kepada org ramai.

adakah anda tidak sayang umno bahagian jerantut, atau anda giler jawatan maka melayu mampus, agama mampus.
sudah lah menjadi tamak haloba.
August 24, 2010 8:46 AM
WZWH said...

Salam sayang umno Jerantut,
Hanya WZWH yang boleh memperbetulkan politik Jerantut. Memberi peringatan kepada politikus-politikus Jerantut cukuplah mengamalkan "BUDAYA POLITIK SAKAI".
August 24, 2010 9:52 AM
Anonymous said...

salam wzwh,
dato wan bakar mengulangi apa yang telah dia lakukan bersama kumpulan 30.saya tahu benar apa yang berlaku waktu itu kerana saya juga terlibat dengannya walaupun ketika itu saya wasih remaja.saya ingat lagi setiap malam saya berulang ke rumah dato harun di gintong.jadi kepada dato wan bakar cukup-cukuplah.dulu masa kita sekarang masa orang,dengarlah nasihat anak saudara dato ni yang ikhlas dan sayangkan dato!
August 24, 2010 10:38 AM
Anonymous said...

salam,
kalau benarlah ku lan bersekongkol dengan kumpulan 18 maka itu adalah perkara yang amat malang.sudah terang lagi bersuluh bahawa ku lan tidak akan bertanding lagi di jerantut,tapi yang lebih malang sikapnya itu tidak gentelman kerana meninggalkan jerantut dalam keadaan huru hara.dulu kita tatang dia bagai minyak yang penuh.tapi apa hasil yang kita dapat.kehancuran!bagi susu balas tahi.ku lan seolah-olah merasakan bahawa kumpulan 18 kuat dan tidak terlibat dengan skandal.maka bolehlah diketengahkan menjadi calon.kumpulan lain semuanya buruk perangai dan penuh dengan skandal.saya berani cakap kumpulan 18 lagi teruk skandalnya.saya akan dedahkan seorang demi seorang skandal mereka.tunggulah masanya nanti.kepada pakatan rakyat,selamat datang dan perintahlah jerantut kerana saya sudah bosan dengan perangai orang umno.walau pun saya sayangkan parti saya umno,tetapi puak-puak ini perlu diajar bagamana rasanya menjadi pembangkang pula.Ku lan pemusnah umno jerantut!
August 24, 2010 11:07 AM
Anonymous said...

kenapa kita selalu menghina sakai, seburuk-buruk mereka, mereka adalah penduduk asli negara kita, sepatutnya kita berusaha membangunkan mereka. Pada saya kalau urusan di bawa bermesyuarat atau berbincang dikatakan cara sakai, maknanya apa yang kita gunakan selama ini, cara sakailah lebih baik daripada cara blog wzwh gunakan sekarang yang sentiasa melaga-lagakan sedara mara malah ahli dan pemimpin umno jerantut ini, maknanya cara wzwh ini lebih sakai dari sakai

Tidak ada salahnya kalau tengku lan sebagai pemimpin tertinggi di jerantut ini mengadakan perbincangan, bermesyuarat dan sebagainya dalam usaha beliau mencari formula terbaik untuk meletakkan pemimpin yang sebenar untuk jerantut, sudah-sudahlah.. meletak pemimpin yang tidak layak..

Bagi saya, apa kurangnya yb dato' dr shukri, beliau juga pemimpin yang layak sebagai ahli parlimen, beliau punyai pengalaman politik, rajin kerja. Kita dapat buktikan usaha beliau di dun pulau tawar sekarang ini, beliau kerap turun padang, kerap juga beliau sendiri yang mengimamkan sembahyang di masjid-masjid di DUNnya..Mengimbau kembali sejarah pru 12 yang lalu DUN pulau tawar yang menentukan ahli parlimen kita menang (kaji keputusan pru 12), kalaulah bukan dengan daya usaha beliau ahli parlimen yang ada sekarang sudah berkubur..

Kita jangan mudah menghukum, orang itu betul, orang ni tak betul. Dr Shukri sebelum nipun tak pernah memburuk-burukkan sesiapa, kalau dia bertanding dengan tengku azlan dalam pemilihan umno yang lalu, itu proses biasa dalam parti, lagipun tengku azlan sendiri sebelum itu telah berkali-kali memaklumkan tidak mahu bertanding
August 24, 2010 11:25 AM
Anonymous said...

anon 11.25,
kalau setakat mengimamkan sembahyang anwar aljuburi pun boleh.dr shukri memang layak dan telah diberi peluang menjadi exco negeri pahang.cuma saya kesal semasa menjadi exco saya pernah cadangkan kepada beliau agar mendesak kerajaan negeri supaya dapatkan peruntukan dari kerajaan pusat bagi membina mini stadium seperti yang terdapat di bandar pusat jengka.sekurang-kurangnya ada benda yang ditinggalkan oleh dr shukri sebelum dia bersara.tapi dia tak buat pun.di sini dia telah kalah kepada dato zainal jengka.rentetan dari hal yang demikian membuatkan saya kurang yakin kepada beliau.dia tidak pandai menghiris ketika pisau berada di tangannya.saudara,biarlah cawan tembaga seorang ditemani urag di bulu menyalak memburuk-burukkan orang lain,memfitnah orang lain semata-mata hendak menaikkan dr shukri sebagai ahli parlimen.sepatutnya cari ramai kawan untuk membantu dr menang parlimen tapi sebaliknya cari ramai musuh.hilang undi beb kalau ditakdirkan dr bertanding parlimen.ketika umno kuat dulu orang dun tahan lempar kamaruzaman baria ke sungai dengan kalah undi sebanyak 986 undi hanya kerana kata asam rom makanan babi.ini kan pula ketika parlimen umno jerantut lemah longlai.ingatlah cawan tembaga dan yang sewaktu dengannya,mengutuk wan amizan bagai nak rak bermakna mengundang kemarahan sepanjang sungai tembeling kecuali urag di bulu seorang sahaja.wan memang sedikit tapi kami yang tak da nama wan tapi mempunyai pertalian darah dengan wan amizan jauh lebih ramai melangkaui air melilih di hulu hinggalah ke pulau tawar.awas lu!perang sudah bermula.keris sudah dihunus penghinaan yang yang diterima akan dibalas dengan ...................!!!
August 25, 2010 9:46 AM
residentofjerantut said...

salam semua pengamal politik jerantut dan wzwh..
kepada saya ,kalau setakat perjumpaan dan sedikit perbincangan itu perkara biasa.
pertemuan walau dari kelompok mana,dalam keadaan dan suasana apa, penyertaan nya berapa dan di mana bukan lah perkara yang perlu di jadikan isu.Kenapa terlalu cepat kita memberikan label tanpa tahu isi sebenar perbincangan.Perbincangan adalah sebuah mula bicara mencari sesuatu keputusan.dn bagi saya,sebagai org yang lama berpolitik seperti YM tengku,beliau tahu bukan ini sahaja kelompok yang perlu beliau temui dan mendengar pendapat,ada lagi kelompok pemimpin dun-dun lain yang belaiu perlu temui,dengari dan cari perbincangan sepakat untuk mewakili keputusan UMNO bahgn Jerantut.
Tempoh penggal sebagai MP jerantut, malah sebelum nya dalam S46 dan pernah sebagai Timbalan Menteri bukan lah menggunakan akal beliau setakat sejengkal.Jadi,menulislah dan analisa lah dengan berbaik sangka untuk kebaikan isi dan cerita serta keputusan yang baik untuk UMNO jerantut,begitu juga penulis-penulis blog lain di jerantut yang dilihat pro dan bekepentingan puak sahaja.
wassalam dan teruakan menulis.
August 25, 2010 5:54 PM
Anonymous said...

awk kata ku lan sakai yer? perli ku lan letak gambar sakai2 tu mcm secara sinis awk nk ckp ku lan leader kumpulan 18 sakai? tunggu la awk kena lempang dek sultan pahang la jawabnya
August 31, 2010 11:43 PM
WZWH said...

Salam Anon 11:43,
Persepsi Anon menentukan samada lebih kepada sakai atau tidak. Secara emosinya Anon lebih berat kepada persepsi sakai. Ini cerita Sultan Pahang dengan orang Tembeling, Anon jangan masuk campurlah sebab Anon tidak tahu sejarah.
September 1, 2010 12:23 AM