Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 3 September 2010

Geng 18 Kumpulan Baru Politik Jerantut

Geng 18 Kumpulan Baru Politik Jerantut

Pada posting yang lepas WZWH ada menceritakan kod Geng 30 iaitu satu konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin pada akhir 1970an dan awal 1980an. Kini WZWH sudah dapat mengesan di Jerantut ini sudah ada satu kod baru iaitu Geng 18 juga satu konspirasi peringkat tertinggi UMNO Bahagian Jerantut untuk menjatuhkan YB yang ada dan bakal YB.

UMNO Jerantut memang malang. Gambar yang WZWH paparkan itu memang betul berlaku di Tingkat 3, Bangsar Shoping Centre KL dari jam 8.00 hingga 12.30 malam 27 Julai 2010 dan 18 orang terlibat (Geng 18).

Dalam pertemuan sulit secara ringkasnya ada 3 resolusi. Resolusi pertama Tengku Azlan istihar Dr. Shukri ganti beliau ahli parlimen Jerantut pada PRU 13. Beliau akan Jumpa PM minta PM bubuh nama Dr. Shukri.

Resolusi kedua, Tengku Azlan akan pastikan atas desakan Geng 18 bahawa Dato' Wan Amizan tidak bertanding lagi DUN Tahan PRU 13 kerana terlalu banyak isu.

Resolusi ketiga, Dato' Hj Nazri sebagai Naib ketua dipastikan tidak naik oleh kedua-dua pihak kerana isu peribadi yang serius.

Ku Lan bagi buah satu peluru boleh bunuh dua ekor burung. Bijak. Dr shukri mengepak balik lepas peristiharan itu.

Maka hebohlah Dr Shukri kepada semua orang Jerantut perjumpaan itu adalah perjumpaan antara kepimpinan DUN Pulau Tawar dengan YBM Tengku. Dalam Facebook, Dr. Shukri berkata beliau sangat taat setia kepada Ku Lan Ketua UMNO Bahagian (pada prinsipnya).

Ada kemuskilan, ada orang tanya WZWH kenapa Dato' Wan Bakar ada bersama dalam perjumpaan sulit itu. Apa peranan Dato' Wan Bakar? Adakah Dato' Wan Bakar sudah berubah menjadi Ketua Cawangan di DUN Pulau Tawar sedangkan beliau ialah Ketua Cawangan UMNO Kampung Merting di DUN Tahan.

Adakah satu cawangan baru telah ditubuhkan di DUN Pulau Tawar iaitu cawangan Kuala Salan, gamaknya. Kenapa beliau mendahului YB ADUN Tahan Dato' Wan Amizan?

Dato' Wan Bakar bukan calang-calang politikus. Peranannya bukan mengepalai kumpulan politik seperti gambar hitam putih di sebelah bawah. Sudah tentu peranannya adalah "mastermind" tarafnya. Dr. Shukri selalu cakap, "Dato' Wan Bakar adalah sifu politiknya".

Harus diingat Dato' Wan bakar adalah produk dari Geng 30 pada awal 1980an yang WZWH telah cerita dalam posting "Geng 30". Beliau pasti tahu "modus operandinya."


Berbalik kepada Dr. Shukri, sejak bila beliau "sangat taat setia" kepada YBM Tengku Azlan. Dulu kita nasihat Dr. Shukri jangan lawan Ku Lan Ketua Bahagian tapi tidak diendahnya. Dr. Shukri mengatakan Ku Lan lah punca beliau dilucutkan dari jawatan EXCO Pahang. Sedangkan MB Pahang dan Tuanku tahu masalah peribadinya.

Dulu masa berkempen hendak melawan Ku Lan Ketua Bahagian pemilihan 2008, dengan bangganya Dr. Shukri berkata dalam satu perjumpaan politik di Ulu Cheka, "Ada dua orang doktor di Malaysia berani melawan Raja...satu Dr. Mahathir, kedua Dr. Shukri". Maka melompatlah Ustaz Hamzah Ketua cawangan UMNO Kampung Koi membuat laporan polis menyatakan Dr. Shukri sudah derhaka kepada Raja!

Maka Ku Lan pun melantiklah Ustaz Hamzah sebagai AJK UMNO Bahagian Jerantut bagi mengenang jasanya. Tidakkah Dr. Shukri lupa kata-katanya itu boleh buat istana jengkel.

Jika betul begitu apa kata penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri terhadap resolusi kedua dan ketiga itu. WZWH menulis posting ini pun atas desakan penyokong-penyokong yang pemimpin-pemimpin mereka hendak disingkirkan.

Lupakah Ku Lan kepada jasa-jasa Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri yang selama ini kerja kuat bertungkus-lumus mempertahankan Ku Lan. Atau beginikah perangai anak Raja yang sebenar?

Hanya WZWH boleh menyata bahasa begini kepada Ku Lan. Moyang Ku Lan (Tun Koris) dan Moyang WZWH (Tun Da) adalah adik-beradik. Bukankah Tun Koris dan Tun Da itu anakanda Bendahara Tun Abdul Majid (1770-1802). Ingatlah Ku Lan "blood is thicker than water".

Dato' Wan Amizan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, ADUN Tahan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia bukan kecil pengaruh politiknya. Bukan saja di DUN Tahan, beliau juga Ketua Cawangan UMNO Jengka 12 di DUN Pulau Tawar, anak peneroka dan jangan lupa 20,000 pemuda UMNO Jerantut di belakangnya.

Dato' Hj Nazri, Naib Ketua UMNO Bahagian adalah bekas SUSK Dato' Wan Bakar, berpengalaman politik sejak zaman Dato' Wan Bakar menjadi ahli parlimen selama 3 penggal dari tahun 1982-1995. Dan terus aktif dalam parti hingga sekarang. Beliau anak peneroka Sungai Tekam di DUN Pulau Tawar.

WZWH hanya boleh memberi pandangan kepada Ku Lan. Terserahlah kepada beliau. Tapi biasanya anak raja ada egonya. Tapi kalau Ku Lan rasa Geng 18 cukup handal maka WZWH hormati keputusan Ku Lan dan Geng 18. Tapi ini tanah Jerantut...berhati-hatilah.
Posted by WZWH at 8:35 PM
9 comments:

sayang umno said...

saya rasa wzwh menganggu lagi dato wan bakar, adakah wan bakar akan berdiam diri.dimanakekuatan keluarga dato wan bakar. adakah mereka semua bacul........

kepada ahli parlimen jerantut di minta pantau apa yg wzwh buat ni, saya rasa beliau lah yg kurang ajar terhadap raja. daulat tengku lan tetap ada.

wan amizan apa yg wzwh buat adalah mencari publisiti murah yg akan merosakan dato wan amizan sendiri.

kepada geng 18 sila umum kan senarai nama yang hadir pada 27 hb julai 2010 kepada org ramai.

adakah anda tidak sayang umno bahagian jerantut, atau anda giler jawatan maka melayu mampus, agama mampus.
sudah lah menjadi tamak haloba.
August 24, 2010 8:46 AM
WZWH said...

Salam sayang umno Jerantut,
Hanya WZWH yang boleh memperbetulkan politik Jerantut. Memberi peringatan kepada politikus-politikus Jerantut cukuplah mengamalkan "BUDAYA POLITIK SAKAI".
August 24, 2010 9:52 AM
Anonymous said...

salam wzwh,
dato wan bakar mengulangi apa yang telah dia lakukan bersama kumpulan 30.saya tahu benar apa yang berlaku waktu itu kerana saya juga terlibat dengannya walaupun ketika itu saya wasih remaja.saya ingat lagi setiap malam saya berulang ke rumah dato harun di gintong.jadi kepada dato wan bakar cukup-cukuplah.dulu masa kita sekarang masa orang,dengarlah nasihat anak saudara dato ni yang ikhlas dan sayangkan dato!
August 24, 2010 10:38 AM
Anonymous said...

salam,
kalau benarlah ku lan bersekongkol dengan kumpulan 18 maka itu adalah perkara yang amat malang.sudah terang lagi bersuluh bahawa ku lan tidak akan bertanding lagi di jerantut,tapi yang lebih malang sikapnya itu tidak gentelman kerana meninggalkan jerantut dalam keadaan huru hara.dulu kita tatang dia bagai minyak yang penuh.tapi apa hasil yang kita dapat.kehancuran!bagi susu balas tahi.ku lan seolah-olah merasakan bahawa kumpulan 18 kuat dan tidak terlibat dengan skandal.maka bolehlah diketengahkan menjadi calon.kumpulan lain semuanya buruk perangai dan penuh dengan skandal.saya berani cakap kumpulan 18 lagi teruk skandalnya.saya akan dedahkan seorang demi seorang skandal mereka.tunggulah masanya nanti.kepada pakatan rakyat,selamat datang dan perintahlah jerantut kerana saya sudah bosan dengan perangai orang umno.walau pun saya sayangkan parti saya umno,tetapi puak-puak ini perlu diajar bagamana rasanya menjadi pembangkang pula.Ku lan pemusnah umno jerantut!
August 24, 2010 11:07 AM
Anonymous said...

kenapa kita selalu menghina sakai, seburuk-buruk mereka, mereka adalah penduduk asli negara kita, sepatutnya kita berusaha membangunkan mereka. Pada saya kalau urusan di bawa bermesyuarat atau berbincang dikatakan cara sakai, maknanya apa yang kita gunakan selama ini, cara sakailah lebih baik daripada cara blog wzwh gunakan sekarang yang sentiasa melaga-lagakan sedara mara malah ahli dan pemimpin umno jerantut ini, maknanya cara wzwh ini lebih sakai dari sakai

Tidak ada salahnya kalau tengku lan sebagai pemimpin tertinggi di jerantut ini mengadakan perbincangan, bermesyuarat dan sebagainya dalam usaha beliau mencari formula terbaik untuk meletakkan pemimpin yang sebenar untuk jerantut, sudah-sudahlah.. meletak pemimpin yang tidak layak..

Bagi saya, apa kurangnya yb dato' dr shukri, beliau juga pemimpin yang layak sebagai ahli parlimen, beliau punyai pengalaman politik, rajin kerja. Kita dapat buktikan usaha beliau di dun pulau tawar sekarang ini, beliau kerap turun padang, kerap juga beliau sendiri yang mengimamkan sembahyang di masjid-masjid di DUNnya..Mengimbau kembali sejarah pru 12 yang lalu DUN pulau tawar yang menentukan ahli parlimen kita menang (kaji keputusan pru 12), kalaulah bukan dengan daya usaha beliau ahli parlimen yang ada sekarang sudah berkubur..

Kita jangan mudah menghukum, orang itu betul, orang ni tak betul. Dr Shukri sebelum nipun tak pernah memburuk-burukkan sesiapa, kalau dia bertanding dengan tengku azlan dalam pemilihan umno yang lalu, itu proses biasa dalam parti, lagipun tengku azlan sendiri sebelum itu telah berkali-kali memaklumkan tidak mahu bertanding
August 24, 2010 11:25 AM
Anonymous said...

anon 11.25,
kalau setakat mengimamkan sembahyang anwar aljuburi pun boleh.dr shukri memang layak dan telah diberi peluang menjadi exco negeri pahang.cuma saya kesal semasa menjadi exco saya pernah cadangkan kepada beliau agar mendesak kerajaan negeri supaya dapatkan peruntukan dari kerajaan pusat bagi membina mini stadium seperti yang terdapat di bandar pusat jengka.sekurang-kurangnya ada benda yang ditinggalkan oleh dr shukri sebelum dia bersara.tapi dia tak buat pun.di sini dia telah kalah kepada dato zainal jengka.rentetan dari hal yang demikian membuatkan saya kurang yakin kepada beliau.dia tidak pandai menghiris ketika pisau berada di tangannya.saudara,biarlah cawan tembaga seorang ditemani urag di bulu menyalak memburuk-burukkan orang lain,memfitnah orang lain semata-mata hendak menaikkan dr shukri sebagai ahli parlimen.sepatutnya cari ramai kawan untuk membantu dr menang parlimen tapi sebaliknya cari ramai musuh.hilang undi beb kalau ditakdirkan dr bertanding parlimen.ketika umno kuat dulu orang dun tahan lempar kamaruzaman baria ke sungai dengan kalah undi sebanyak 986 undi hanya kerana kata asam rom makanan babi.ini kan pula ketika parlimen umno jerantut lemah longlai.ingatlah cawan tembaga dan yang sewaktu dengannya,mengutuk wan amizan bagai nak rak bermakna mengundang kemarahan sepanjang sungai tembeling kecuali urag di bulu seorang sahaja.wan memang sedikit tapi kami yang tak da nama wan tapi mempunyai pertalian darah dengan wan amizan jauh lebih ramai melangkaui air melilih di hulu hinggalah ke pulau tawar.awas lu!perang sudah bermula.keris sudah dihunus penghinaan yang yang diterima akan dibalas dengan ...................!!!
August 25, 2010 9:46 AM
residentofjerantut said...

salam semua pengamal politik jerantut dan wzwh..
kepada saya ,kalau setakat perjumpaan dan sedikit perbincangan itu perkara biasa.
pertemuan walau dari kelompok mana,dalam keadaan dan suasana apa, penyertaan nya berapa dan di mana bukan lah perkara yang perlu di jadikan isu.Kenapa terlalu cepat kita memberikan label tanpa tahu isi sebenar perbincangan.Perbincangan adalah sebuah mula bicara mencari sesuatu keputusan.dn bagi saya,sebagai org yang lama berpolitik seperti YM tengku,beliau tahu bukan ini sahaja kelompok yang perlu beliau temui dan mendengar pendapat,ada lagi kelompok pemimpin dun-dun lain yang belaiu perlu temui,dengari dan cari perbincangan sepakat untuk mewakili keputusan UMNO bahgn Jerantut.
Tempoh penggal sebagai MP jerantut, malah sebelum nya dalam S46 dan pernah sebagai Timbalan Menteri bukan lah menggunakan akal beliau setakat sejengkal.Jadi,menulislah dan analisa lah dengan berbaik sangka untuk kebaikan isi dan cerita serta keputusan yang baik untuk UMNO jerantut,begitu juga penulis-penulis blog lain di jerantut yang dilihat pro dan bekepentingan puak sahaja.
wassalam dan teruakan menulis.
August 25, 2010 5:54 PM
Anonymous said...

awk kata ku lan sakai yer? perli ku lan letak gambar sakai2 tu mcm secara sinis awk nk ckp ku lan leader kumpulan 18 sakai? tunggu la awk kena lempang dek sultan pahang la jawabnya
August 31, 2010 11:43 PM
WZWH said...

Salam Anon 11:43,
Persepsi Anon menentukan samada lebih kepada sakai atau tidak. Secara emosinya Anon lebih berat kepada persepsi sakai. Ini cerita Sultan Pahang dengan orang Tembeling, Anon jangan masuk campurlah sebab Anon tidak tahu sejarah.
September 1, 2010 12:23 AM

Tiada ulasan: