Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 24 September 2010

Aerial View Beberapa Kampung Di Ulu Tembeling

Salam . Dalam posting terdahulu penulis telah uploadkan gambaran daerah Jerantut dari sisi Gunung Benom. WZWH dalam komennya terhadap posting tersebut mencadangkan penulis uploadkan gambaran Jerantut ini dari sisi Gunung Tahan.. Disini parlimen81 postkan gambar Jerantut dari sisi Gunung Tahan pula yang dengan jelasnya menunjukan gambaran kampung-kampung yang terdapat dijajaran Ulu Sungai Tembeling yang masih tidak mempunyai infrasturktur asas utama  iaitu jalanraya . 

Ramai yang heboh diluar sana bercakap tentang  Ulu Tembeling tapi tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Ulu Tembeling . Yang ada hanyalah gambaran imiginasi sahaja.  Paling jauh penulis pernah sampai hanyalah hingga ke Taman Negara , berkhemah di Lata Berkoh , Memancing di Sungai Terenggan dan Mandi di Lubok Simpom . Sampai situ sahajalah yang penulis pernah pergi di Ulu Tembeling ini . Tiga kali penulis pernah sampai ke Kuala Tahan . Kali pertama menaiki bot dari Kuala Tembeling , kali kedua menaiki kereta ketika jalan raya sekarang ini masih lagi tak bertar. Ketiga ketika jalan sudah bertar.  Penulis dapat rasakan banyak perubahan yang telah berlaku di Kuala Tahan dan sepanjang kampung-kampung dari  Pdg Piol ke Kuala Tahan. Pembangunan tanah bertambah rancak sepanjang jalan ini . Kampung-kampung kini telah berubah dari penempatan di tepi sungai ke penempatan di tepi jalanraya .  Itulah pentingnya untuk kerajaan mempercepatkan kelulusan peruntukan untuk pembinaan jalanraya dari Kg Pagi ke Kg Raja  di Dunggun pula. Perubahan yang dirasai oleh rakyat di Tembeling Tengah dapat juga di nikmati oleh penduduk di Ulu Tembeling.

Penulis memang teringin sangat untuk mudik kehulu kalau boleh sehingga ke Jeram Perahu dan terus ke Kg Pasir Raja di Dungun. Sila klik pada gambar dibawah ini untuk besarkan gambar tersebut.

.
  
.

  
.
  
.
.


3 ulasan:

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Parlimen Jerantut,
Terima kasih kerana upload aerial view beberapa kampung di Ulu tembeling. Jika saudara Parlimen jerantut ada kelapangan free pada 5 Oktober 2010, jom ikut WZWH ke Kampung Bantal Ulu Tembeling ke Majlis Sambutan Hari Raya Tuanku Sultan Pahang bersama penduduk Ulu Tembeling. YBM Ku Lan dan YB Dato' Wan Amizan turut hadir. WZWH boleh bawa Parlimen Jerantut tour kampung Ulu Tembeling. WZWH boleh cerita sejarah Ulu Tembeling.

Tanpa Nama berkata...

salam,wah canggihla lu p81.ini yang saya suka dengan blog u ni.bagus anda mempunyai kretiria blogger berilmu.jangan jadi macam sesetengah blogger jerantut yang kosong idea tanpa fakta munasabah.harap saudara berhubungan dengan wzwh yang saya nampak sewaktu dengan saudara yang menulis lengkap dengan fakta dan angka.syabas!

Tanpa Nama berkata...

salam . terima kasih p81 . baru hari ini saya tahu macam mana bentuk rupa bumi kampung saya ni .