Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 17 September 2010

Ketua Kerani Dapat Saham Felcra ?

Penulis semasa jalan-jalan beraya di rumah sahabat-sahabat baru-baru ini juga telah disogokan tentang cerita saham Felcray ang diberi kepada orang-orang yang pada pendapat sahabat penulis tidak layak mendapat saham tersebut kerana terlalu ramai lagi rakyat yang lebih miskin yang tidak diberi bantuan dalam bentuk saham Felcra tersebut .

Di sebuah kampung tradisi yang popular dengan kepahlawanannya yang mempunyai 3 orang Tok Empat terdapat cerita-cerita yang mengatakan kesemua ketiga-tiga isteri Tok Empat telah menerima saham Felcra tersebut . Ini termasuklah seorang isteri Tok Empat yang berjawatan Ketua Kerani juga memperolehi saham Felcra tersebut . Untuk pengetahuan anda sepanjang pengetahuan saya di kampung itu terdapat seorang tua yang pernah menjadi buruh di ladang-ladang Felcra sehingga tua dan kini tidak berdaya lagi untuk menjadi buruh tidak diberi hak untuk menikmati saham Felcra tersebut . 

Saya sangat berharap agar Ketua Pengarah Felcra , SPRM dan Menteri Besar dapat menyiasat hal ini


Saya teringat kepada ucapan penanguhan Haji Kamaruzaman Baria, bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut didalam Sidang Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut (sabtu 3/7/10),

Kamaruzaman menyentuh tentang saham Felcra yang diagihkan bukan kepada orang miskin yang layak dibantu tetapi diberikan kepada kroninya. Beliau telah mendedahkan bahawa terdapat ADUN UMNO di Jerantut yang telah membagikan saham kepada kroninya yang langsung tidak layak mendapat saham Felcra tersebut kerana berpendapatan besar dan berkehidupan mewah sambil menyifatkan inilah yang membuatkankan orang ramai membenci UMNO.

Kamaruzaman juga meluahkan kekecewaannya terhadap tokoh berkenaan yang bertindak memohon tanah yang telah dipohon oleh orang-orang kampung dan diluluskan kepadanya sebagaimana yang berlaku di Kampung Durian Hijau. 


Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin gunakan kuasa sebaik mungkin memperkasakan orang melayu dan bukan sebaliknya memperkasakan diri sendiri sehingga hak-hak orang miskin dan perlu dibantu diketepikan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ketua kerani pejabat mana yang dapat saham FELCRA tu ? kita kena bersangka baik . mungkin gaji dia kecik kot atau mungkin anak dia ramai sangat kot atau dia kena menanggung suami dia ke ehhh tak mungkin suami dia kan ketua kampung ... ketua kampung berape elaun sebulan ye ada rm600 sebulan ? suami yang ketua kampung tu tak kerja ke atau fulltime ketua kampung ke atau jenis masih kerja dengan kerajaan ... sebab kebanyakan ketua kampung ni masih kerja kerajaan . kalau macam itu memang tak patut la dia ambil hak orang miskin dan miskin tegar .

Tanpa Nama berkata...

dedahkanlah kat kampung mane bini ketua kampung kaya pun nak kaya lagi ni

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

aku tahu ... kat mane kisah ini terjadi .... kalau betullah inilah pendapatan dia orang sekarang ini

1. Elaun Ketua Kampung RM800 sebulan.
2. Ketua Kampung pun ada kerja tetap . gaji paling kurang pun Rm1500 sebulan
2. Gaji Ketua Kerani + Elaun RM2000 lebih sebulan
3. Saham Felcra lagi ?
so pendapat isi rumah sebulan diaorang ni ialah hampir Rm4500.00

belum campur saham felcra lagiii ????

Unknown berkata...

Ramai lagi yg memerlukan.

ketua kg mesti bg kat anak beranak dia..sepatutnya pihak felcra melantik ajk khas untuk mengagihkan n menguruskan permohoan saham felcra...kalau di beri kpd tok penghulu n ketua kg..mmg konpem la dari anak ke cucu cicit nya dapat....