Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 27 September 2010

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lesu ?

Penulis terpanggil untuk menulis mengenai PPK ini bila penulis mendapat banyak runggutan-runggutan daripada orang-orang kampung berkaitan dengan perjalanan PPK yang menurut mereka telah tidak selari dengan maklamat penubuhan asal PPK yang ingin membantu petani-petani di sesuatu kawasan peladangan .

Kini PPK telah dikuasai oleh ahli-ahli yang berkepentingan dalam politik dan perniagaan . Ahli politik menjadikan PPK sebagai batu lonjatan untuk memperkenalkan diri bagi melobi jawatan di dalam pertubuhan politik . Sementara kontraktor menjadikan PPK sebagai batu lonjatan untuk mendapatkan projek tertentu menggunakan lesen kontraktor yang dimiliki oleh PPK .

Pemilihan Pewakilan dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) juga kini seperti pemilihan sebuah parti politik . Lobi melobi telah menjadi budaya di dalam PPK . Siap calon Pengerusi menyenaraikan pasukan masing-masing untuk dipilih oleh pewakilan .
Yang paling mengejutkan ialah setelah saya selidiki daripada senarai AJP  tahun 2008-2010 secara puratanya umur AJP adalah 60 tahun di dua PPK iaitu PPK Jerantut dan PPK Pulau Tawar sementara PPK Tembeling pula 50 tahun . Hanya PPK Tembeling sahaja yang mempunyai AJP dari kalangan orang muda yang pada hemat saya memang benar-benar seorang petani . Sementara PPK lain kebanyakan AJP adalah dari kalangan ahli yang berumur lebih 60 tahun . 

Saya tidak mempertikaikan umur AJP tapi kebanyakan dari AJP ini sebenarnya tak pernah pun bercucuk tanam , menternak tapi masih lagi terhegeh-hegeh untuk duduk dalam AJP . Saya sangat sedih bila menginterview seorang calon AJP . Matlamat dia hanya untuk mendapatkan elaun mesyuarat  diperingkat Kawasan dan Negeri . Setahu saya dia ini pesara kerajaan dan hanya kehulu kehilir makan duit pencen tanpa pernah berusaha untuk bertani .

Saya amat menyeru kepada AJP PPK supaya nilai balik diri sendiri itu adakah kita ini mampu untuk memperkasakan PPK kita itu ... lihatlah PPK ditempat lain yang boleh mengaut keuntungan jutaan ringgit dengan projek-projek yang inovatif dan berdaya saing . Sedarlah kemampuan diri kita . Buang kepentingan politik dan perniagaaan , serahkan kepada ahli yang benar-benar ingin melibatkan diri dan memajukan industrian pertanian ini . 

Ada juga dikalangan pengerusi PPK ini menjadi pengerusi di beberapa Koperasi lain dan Pertubuhan politik dan kerajaan yang pada hemat saya masa dia memang tidak ada untuk menumpukan kepada usaha memajukan PPKnya . Saya lihat juga ada AJP PPK ini banyak melakukan kerja-kerja subkontraktor pembinaan menggunakan lesen kontraktor PPK . Sepatutnya lesen kontraktor PPK ini ditarik balik dan PPK menumpukan kepada perniagaan berteraskan  pertanian membantu ahli-ahli dalam bidang pertanian


Banyak juga geran-geran / bantuan kewangan dan input  pertanian yang beredar dikalangan rakan-rakan dan saudara mara AJP sahaja .


Ada juga terdengar berita sebuah PPK telah memohon tanah kerajaan negeri dengan tujuan untuk ditanam dengan getah atau kelapa sawit . Kertas kerja semua telah dihantar kepada pihak kerajaan negeri melalui wakil rakyat tetapi akhirknya tanah yang dipohon itu jatuh ketangan ahli politik tertentu .

Ada juga PPK yang selama ini aktif dengan aktiviti perniagaan input pertanian tetapi kini lesu tidak bermaya dengan kedainya kehabisan stok dan tidak ada penambahan stok menyebabkan petani terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan stok input pertanian .

Disini saya lampirkan AJP PPK yang diperolehi dari laman web Lembaga Pertubuhan Peladang dan harap agar kita kembali menghayati falsafah penubuhan PPK seperti berikut :

Mengikut akta 109, perwujudan PP adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli – ahlinya melalui penglibatan langsung dalam menjalankan aktiviti yang diperlukan bagi mencapai objektif. Aktiviti tersebut termasuk :
  1. Menyediakan khidmat pengembangan dan kemudahan latihan untuk menyiapkan peladang dengan teknologi ke arah kemajuan agrikultur, hortikultur, penternakan, ekonomi rumahtangga, perniagaantani dan lain – lain usaha komersil;
  2. Meningkatkan pengeluaran pertanian daripada kalangan peladang dan pekebun kecil bagi menggalakkan perkembangan yang lebih meluas serta mengkomersilan pertanian dan memajukan perniagaan tani;
  3. Memberi khidmat keperluan ladang, kejenteraan ladang, kemudahan kredit dan meningkatkan pelaburan dalam pertanian dan ekonomi, kemudahan tabungan luar Bandar, pemasaran, gudang penyimpanan dan khidmat pengeringan, kemudahan pengangkutan dan pemprosesan hasil pertanian;
  4. Memberi kemudahan modal permulaan dan meningkatkan pelaburan di kalangan peladang melalui ekuiti penyertaan dalam penerokaan perniagaan tani dan pengkomersilan;
  5. Membantu ahli dalam pengambilan tanah dan pelaksanaan projek pembangunan tersebut;
  6. Menggalakkan dan merangsangkan kumpulan bertindak melalui projek komuniti dan membantu pembangunan kepimpinan;
  7. Memberi khidmat sosial, pendidikan dan kemudahan rekreasi bagi meningkatkan pembangunan sosial dan kebajikan keluarga peladang.
Bukanlah niat saya untuk menidakkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh AJP selama ini . Jasa-jasa AJP selama ini mungkin telah menaikkan PKK di kawasan anda . Niat saya membawa isu ini untuk memperkasakan PKK itu sebagai teras utama dalam memajukan industri pertanian di Jerantut ini . PKK memerlukan inovasi untuk terus memainkan peranan memperkasakan ekonomi orang Melayu. Nilai balik diri kita adakah kita ini mampu  untuk sama-sama terlibat dalam mentransformasikan industri pertanian di Jerantut ini ?

AKTIVITI DAN AHLI JEMAAH PENGARAH TAHUN 2008 - 2010

PPK JERANTUT

Batu 1, Jalan Kuantan
27000 Jerantut.
Tel : 09-2601766 Fax : 09-2601768
Saham Ahli Terkumpul : RM 194,299
Bilangan Ahli : 2,825 orang
Bilangan Keluargatani : 3,643 keluarga
Bilangan Unit Peladang : 35 unit
Pengerusi : YH. Dato’ Hj. Ahmad Bazain bin Mohmud
Pengurus Besar : Pn. Maharani binti Awang Ngah.

Aktiviti Utama

• Penjualan input pertanian
• Kerja-kerja kontrak Aktiviti pemajuan, pendidikan dan kebajikan ahli

 AJP Pertubuhan Peladang Kawasan Jerantut
Nama
(Gelaran Nama/Darjah
Kebesaran)
Alamat
Umur
Pekerjaan
Keahlian
Tarikh Masuk (Tahun)
1
Y.H. Dato' Haji Ahmad Bazain bin Mahmud, J.P, D.I.M.P, S.M.P, K.M.N, A.M.N. (Pengerusi) 76, Kampung Melayu, 27000 Jerantut, Pahang
68
Pesara Kerajaan
8.4.1980
2
Encik Mohd. Nor bin Jaafar Kg. Batu Balai, 27020 Jerantut, Pahang
56
Pesara
1.2.1973
3
Puan Hajjah Nazillah binti Abdul Latif Lot 45, Sri Wangi Temin, 27000 Jerantut, Pahang
51
Guru
29.12.1998
4
Encik Ali Mohamad bin Akob Kg. Lada, 27150 Jerantut, Pahang
61
Pengerusi JKK
16.2.1982
5
Puan Hajjah Rosemah binti Yusoh P.J.K, J.C Lot 1436, Kg. Melayu, 27000 Jerantut, Pahang
70
Pesara
15.1.2002
6
Tuan Haji Hamzah bin Haji MatYassin Kg. Koi, 27030 Damak, Jerantut, Pahang
56
Pesara
7.11.1988
7
Encik Abd. Rasid bin Abdullah Satar, P.J.K Kg. Som, 27030 Jerantut, Pahang
56
Pesara
25.04.1972


PPK PULAU TAWAR

Simpang Pulau Tawar
27050 Jerantut
Tel : 09-2662422 Fax : 09-2662422

Saham Ahli Terkumpul : RM 461,087
Bilangan Ahli : 2,059 orang
Bilangan Keluargatani : 865 keluarga
Bilangan Unit Peladang : 24 unit
Pengerusi : En. Zamri bin Yaakob
Pengurus Besar : En. Jaafar Sidek bin Muhamad.

Aktiviti Utama

• Barang bekalan ladang
• Barang pengguna dan hardware
• Tanaman sawit
• Kerja-kerja kontrak
• Mini pos
• Perkhidmatan kejenteraan ladang
• Aktiviti pemajuan, pendidikan dan kebajikan ahli

AJP Pertubuhan Peladang Kawasan Pulau Tawar
Nama
(Gelaran Nama/Darjah
Kebesaran)
Alamat
Umur
Pekerjaan
Keahlian
Tarikh Masuk (Tahun)
1
Encik Zamri bin Yaakob P.K.C, P.J.K(Pengerusi) T-56, Taman Inderapura, 27000 Jerantut, Pahang
56
Petani
1999
2
Encik Mohd. Said bin Haji Yunus No. 32, Taman LKNP, 27000 Jerantut, Pahang
52
Petani
2000
3
Encik Abdullah bin Ishak Kg. Bukit Rang, Pulau Tawar, 27050 Jerantut, Pahang
Petani / Ketua Kampung
1974
4
Encik Mat Ripin bin Mohamad Kg. Ulu Retang, 27020 Jerantut, Pahang
65
Petani / Ketua Kampung
1974
5
Encik Mat Amin bin Ibrahim Perumahan FELCRA, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang
70
Petani
1974
6
Encik Abd. Rahman bin Brahim Felda Sungai Tekam, 27000 Jerantut, Pahang
68
Petani
1990
7
Encik Abdullah bin Ghazali Felda Gelanggi 1, Jerantut, Pahang
56
Petani
2002


PPK TEMBELING
Jalan Kuala Tahan
Kg. Padang Kuala Tahan
27000 Jerantut
Tel : 09-2601870/71 Fax : 09-2601872
Saham Ahli Terkumpul : RM 256,714
Bilangan Ahli : 1,589 orang
Bilangan Keluargatani : 970 keluarga
Bilangan Unit Peladang : 21 unit
Pengurusi : Tn. Hj. Bahaudin bin Yahya
Pengurus Besar : En. Mohamad Noh bin Abu Seman

Aktiviti Utama

• Mini estet kelapa sawit
• Jualan input pertanian
• Kerja-kerja kontrak
• Kebajikan Ahli
• Perkhidmatan kredit
• Simpanan ahli dan mini pos
• Aktiviti pemajuan, pendidikan dan kebajikan ahli

AJP Pertubuhan Peladang Kawasan  Tembeling
Nama
(Gelaran Nama/Darjah
Kebesaran)
Alamat
Umur
Pekerjaan
Keahlian
Tarikh Masuk (Tahun)
1
Tuan Haji Bahaudin bin Yahaya (Pengerusi) No. C.13, Rumah Kos Rendah, Peringkat 3 dan 4, Sg. Jan. 27000 Jerantut, Pahang
59
Pesara, Penyelia KEMAS / Peladang dan Penternak
29.1.1974
2
Encik Abdullah bin Awang Ibrahim No. 10B, Rumah Kerajaan, 27000 Jerantut, Pahang
56
Penghulu Mukim Ulu Cheka
25.3.1986
3
Encik Abdullah bin Haji Manan Kg. Kuala Tahan, Tembeling Tengah, 27000 Jerantut, Pahang
55
Pesara Perhilitan
1.1.1986
4
Encik Mustafa Kamal bin Mohamad Kg. Labu, Tembeling Tengah, 27000 Jerantut, Pahang
47
Kontaktor
17.4.1986
5
Encik Shaharin bin Daud B 175, Rumah Kos Rendah, Mat Kilau 2, 27000 Jerantut, Pahang
40
Kontaktor
13.6.1987
6
Encik Ahmad Nasaruddin bin Abu Bakar Kg. Lubuk Payong, Tembeling Tengah ,27000 Jerantut, Pahang
37
Peladang
20.2.1991
7
Encik Abdullah bin Salleh Kg. Pagi, Ulu Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang
52
Pemandu Pelancong
2.1.1974

 
Pemilihan AJP PKK telah diadakan baru-baru ini . Siapa AJP untuk sesi 2010-2012 penulis tidak pasti tapi harapan parlimen81 siapapun yang terpilih tanamkan niat anda untuk mengerakkan PPK ini untuk kepentingan petani-petani yang kebanyakannya adalah orang Melayu ISLAM.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jerantut ... sejak dulu dikenali sebagai daerah pembalakan dan pertanian .... balak semakin tipis ... majukan pertanian . saya setuju saranan parlimen81 supaya PPK diperkasakan .

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Parlimen 81,
Satu artikel yang kritis, bermaklumat dan relevan dengan pembangunan, kemajuan dan pengurusan PPK di Jerantut. PPK amat sentimental kepada WZWH sejak kecil. Aruah datuk WZWH pernah terlibat dengan pengasasan PKK di Jerantut. WZWH ketika berumur 6 tahun pada tahun 1974 pernah menghadiri mesyuarat PKK mengikut aruah Datuk. Setuju PK diperkasakan.