Persoalannya . Apakah pembinaan lebuhraya ini boleh juga memberi impak kepada pembangunan di Jerantut . Apakah peluang-peluang yang boleh di rebut oleh daerah Jerantut hasil dari pembinaan lebuhraya ini .
Pembinaa lebuhraya ini memerlukan jalan-jalan spur yang lengkap bagi menyokong lebuhraya tersebut . Jalanrya dari Benta ke Jerantut perlu segera diluruskan dan dilebarkan seperti yang telah dirancang awal dahulu tapi sehingga kini terbengkalai
Dalam artikel yang lama p81 pernah mengutarakan bahawa Jerantut akan dihubungkan oleh 5 lebuhraya. Secara perlahan-lahan misi tersebut akan tercapai (klik sini)
Lebuhraya ini akan bermula di Gua Musang melalui Merapuh , Telang , Kechau , Relong di Lipis kemudian terus ke Kuala Atok (bypass Benta) , Sega Lama , Dong , Sungai Ruan (bypass bandar Raub) di Raub seterusnya melalui Mempaga terus ke Simpang Pelangai (bypass Bentong) di Bentong sebelum masuk ke Negeri Sembilan .Pembinaa Lebhraya ini sudah tentu akan memberi impak yang besar kepada penduduk di sekitar kampung-kampung traditional di daerah Lipis , Raub dan Bentong .
. Pembaikan jalanraya yang sedang berjalan sekarang ini hanya membazirkan duit rakyat sahaja walaupun ianya memberi untung kepada rakyat utk jangka pendek ini . Untuk jangka panjang kerajaan tetap terpaksa mengeluarkan sekali lagi belanja untuk melebar dan meluruskan jalan benta ke Jerantut .
Para ahli parlimen dan adun-adun perlu bersuara lebih di DUN dan Parlimen untuk menyengerakan peruntukan untuk jalan tersebut .
Jalan ini akan menjadi jalan utama orang dari Kelantan ingin ke Kuantan . Jadi Jerantut akan mendapat impak dari pembinaan lebuhraya ini tapi pembesaran jalan Benta ke Jerantut perlu di segerakan .
Pakej 3F , 3G dan 3H sedang berjalan sekarang ini antara Merapuh hingga ke Relong . Pakej 4 bila antara Relong ke Sega bila2 masa sahaja akan ditenderkan . Pakej 4 ini dan jalan Benta Jerantut antara Merapuh hingga ke Relong . Pakej 4 bila antara Relong ke Sega bila2 masa sahaja akan ditenderkan . Pakej 4 ini dan jalan Benta Jerantut perlu seiring barulah impak kepada Jerantut hasil projek Central Spine Road dapat merangsang pembangunan di Jerantut perlu seiring barulah impak kepada Jerantut hasil projek Central Spine Road dapat merangsang pembangunan di Jerantut
p81 juga ingin mencadangkan supaya pembinaan jalan Benta ke Jerantut nanti akan mempunyai Wildlife Safe Crossing area (WSC) seperti gambar diatas . Ianya untuk melindungi habitat hidupan liar yang sentiasa berhijrah diantara satu hutan ke hutan lain untuk mencari makan . Tempat yang sesuai ialah diantara Batu Balai dan Kg Sempadan. WSC ini juga boleh diimplemen di perancangan jalan baru anatara Kampung Bantal dan Kg Pasir Raja nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan