Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 2 November 2011

Jerantut Bakal dihubungkan dengan 5 Lebuhraya Baru Bernilai RM50 Billion.

Salam Datuk Seri Haji Najib ..... cina-cina kat bukit bintang dan petaling street tu asyik berdalih jer dengan projek MRT tu . Apa kata kalau banyak sangat dalih Datuk Seri Haji Najib bawak jer peruntukan projek MRT tu ke Jerantut ni . Rasanya cukup kot kalau budget RM50 Billion untuk MRT tu tukar untuk bina 5 lebuhraya 4 lane menghubungkan Jerantut dengan bandar-bandar besar kat semanjung malaysia ni .

1. Lebuhraya Jerantut - Kota Bahru
2. Lebuhraya Jerantut - Dungun - Kuala Terengganu
3. Lebuh Raya Jerantut - Temerloh - Kuala Klawang -Seremban
4. Lebuhraya Jerantut - Benta - Raub - Slim River
5. Lebuhraya Jerantut - Sg Lembing - Kuantan - Pekan -Rompin - Johor Bahru 


KLSCAH desak ubah laluan MRT

01/11/2011 10:46pm

KUALA LUMPUR 1 Nov — Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini mendesak kerajaan supaya mengubah laluan landasan projek Aliran Transit Massa (MRT) di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang.
Setiausaha agung persatuan itu, Yong Yew Wei berkata pembinaan laluan MRT di lokasi berkenaan akan memberi kesan kepada perniagaan dan merosakkan bangunan warisan di kawasan itu.
"Di kawasan ini, terdapat banyak lot-lot perniagaan dan bangunan warisan...
Pembinaan itu juga menjejas kedatangan pelancong asing berjumlah sekitar empat juta orang setahun,” kata Yong selepas menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Bangunan Parlimen di sini. Memorandum bantahan itu juga turut diserahkan kepada seorang Timbalan Setiausaha Sulit Perdana Menteri untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Yong berkata memorandum itu turut mengandungi cadangan laluan alternatif.


Jerantut Great Highway Project

6 ulasan:

waristudio berkata...

tp ape tjuan utama 5 highway nih???adakh mmbwa apa2 keuntungn kpd msyarkt mhupun negeri?

Tanpa Nama berkata...

banyak impak dlm projek nie,5 highway di kawasan tengah jerantut.Penyuraian trafik ke lima pintu keluar ke N9,perak,kelantan terengganu dan johor.Kita boleh kira laluan trafik kenderaan setahun.Nilai khzanah alam dan sumber alam yg di jaga memberi impak besar dari sudut industri pelancongan.Perlu ada inovasi,kreativiti yg di sokong oleh teknologi.Jerantut akan menjadi central point di semenanjung malaysia bertemakan pusat kewangan,mengurus kewangan industri pelancongan yg pakar dgn industri tersebut.Pusat pertumbuhan terbesar kerana keluasan negeri tersebut dgn jaringan lebuhraya, di sokong oleh industri sawit,berat,E&E,chemical,perlabuhan dan lain2.Ianya dgn tersendiri akan mewujudkan koridor ekonomi baru bg negeri pahang khususnya dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan utk anak negeri dan rakyat malaysia amnya.Ianya akan menarik nilai pelaburan dari pememgang dana luar yg besar,oleh kerana ketidaktentuan krisis ekonomi di amerika dan eropah.Konsep keseluruhan boleh di tarifkan kpd kuasa alam dan negeri

Tanpa Nama berkata...

kena on dulu projek lebuhraya slim river ke jerantut sbb sokongan industri bahan binaan dan tenaga kerja di sebelah pantai barat semenanjung malaysia,sbb jarak yg dekat dan kos bahan yg murah.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana hendak mengabungkan dua kuasa besar dunia dari timur asia dgn negara barat dlm sektor pembuatan brangan dgn mengadakan hab kontena kering di antara pelabuhan timur dan barat malaysia(perak),barangan dalm kontena sebagai store terbesar di dunia, yg sangat cekap dan efficient serta murah,menjurus kepada penentu harga barang produk yg lebih kompetitif,seiring dgn iklim ekonomi dunia yg tidak menentu.Sebagai timbang tara harga produk,menyerap kos laluan kapal melaui selat johor,menjadikan pelabuhan barat dan timur malaysia lebih agresif.Ini semua berbalik kepada teknologi kapal kargo yg lebih jimat bahan bakar dan laluan pengangkutan darat.

Tanpa Nama berkata...

Penyelesaiannya,mewujudkan industri berintegrasikan keperluan pasaran di sebelah timur dan barat dunia di sepanjang laluan lebuhraya dan jalan keretapi di antara perak dan pahang utk menghubungkan pelabuhan di barat(perak) dan sebelah timur (pahang)

Jerinho berkata...

rasa2 tak perlu la hiway tu smpai lalu jerantut. xde pekdah pun bandar jerantut tu bkn ada apa. lebih krg gua musang je pun. lg baik lau fikir nyawa ngan duit minyak rakyat kelantan. susah lau mentaliti pentingkan duit drpd nyawa ni