Salam .
Hari ini saya perlu muhasabah diri kenangkan kembali apa yang telah saya lakukan sepanjang tahun 1432H dulu . Hari ini juga saya perlu buat pelan tindakan dan membuat checklist untuk aktiviti sepanjang tahun 1433H pula . Hari ini saya perlu tetapkan apakah KPI yang ingin saya capai dalam tahun 1433H nanti . Hari ini juga saya akan semak balik apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin setempat saya sepanjang hampir 4 tahun lepas . Apakah pemimpin tempat saya telah melaksanakan segala amanah yang telah di diberikan kepada beliau oleh majoriti rakyat dalam pilihanraya lepas . Amanah tidak bermakna pemberian wang ringgit . Amanah ialah apakah beliau mendengar keluhan rakyat dan mengajukan kepada kerajaan . Itulah sebenarnya amanah seorang pemimpin yang dipilih . Berusaha keras menyelesaikan masalah masyarakat dengan bantuan kerajaan . Pemipin tak perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu rakyat . Pemimpin tidak perlu sehingga terpaksa mendapatkan kontrek untuk dirinya untuk membantu rakyat , pemimpin tak perlu mendapatkan konsesi balak untuk memenuhkan kantung poket nya bagi membantu rakyat . Dan rakyat pula janganlah terlalu mengharapkan duit dari pemimpin . Jika rakyat terlalu mengharapkan pemimpin mengeluarkan duit dari poketnya sendiri untuk membantu rakyat dan pemipin tersebut terpaksa mendapatkan duit dengan cara yang tidak halal sseperti rasuah maka rakayat juga terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti rasuah pemimpin mereka .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan