•Sudah boleh ambil esok? - Pelajar yang di dalam darjah satu sekarang (2011) hingga tingkatan 4 sudah boleh mengambil peruntukan tersebut mulai esok. Jadinya esok sudah boleh pergi kesekolah untuk mengambil duit tersebut.
•Berapa lama tempoh boleh diambil duit tersebut? – Ia bole di ambil dalam masa 14 hari dari sekarang
•Apa yang perlu dibawa ketika mahu mengambil rm100 tu? – JIka mengikut form dibawah, di perlukan i.c si penerima(ibubapa/penjaga) darjah berapa dan tandatangan – mudah, 3 tandatangan guru di perlukan(sila lihat form dibawah) form ini untuk guru sahaja.
•Siapakah penerimanya? - Wang bantuan tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar terlibat. Kaya atau miskin semua di beri
•Bagaimana pula wang isi rumah rm 500 yang kerajaan janji nak beri? Wang tersebut adalah diperuntukkan kepada mereka yang berpendapatan 3 ribu kebawah, dan ia akan dipercepatkan pada bulan hadapan (bulan12) dan detail akan diberi kelak Terkini !! Hari ini (Selasa 15hb11) saya cuba menelefon sekolah tentang perkara ini, sekolah memberitahu mereka belum dapat apa apa maklumat lagi, Jadinya, Ada sekolah ‘belum’ mendapat green light lagi dari kementerian , murid, ibubapa pelajar harus bersabar menunggu lagi.
Bantuan persekolahan RM100 sudah disalurkan
Oleh Khairul Azran Hussin
2011/11/11
Wang diagih secara tunai dalam 14 hari: MuhyiddinBANTING: Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.
Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.
Bantuan berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan 5,061,574 pelajar, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Tentera (32,238).
Muhyiddin juga berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menaikkan elaun bulanan pelajar matrikulasi yang ketika ini RM250 dengan mengambil kira kenaikan kos hidup sekarang.
“Jika tidak sampai RM400, naik sedikit pun dikira bagus kerana jumlah yang diberikan sekarang dianggap tidak cukup,” katanya.
Ketika menjawab soalan seorang pelajar kolej matrikulasi yang bimbang kemungkinan mereka tidak diterima ke universiti, beliau berkata, kerajaan memberi jaminan ia tidak akan berlaku walaupun sesetengah universiti mempunyai kursus pra universiti sendiri.
“Matrikulasi diwujudkan untuk bantu Bumiputera dan kita sedar bila ada pra universiti, ada persaingan. Sekarang ada masalah penempatan sebab kursus yang mereka (pelajar kolej matrikulasi) minta mungkin tidak diterima universiti.
“Saya akan bincang dengan Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kerana ada pelajar kolej matrikulasi yang tidak dapat kursus diminta dan masalah penempatan,” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sudah meminta wakil kedutaan dan penuntut di Indonesia mendesak pihak berkuasa menyiasat teliti pembunuhan pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Adrian Jay Pereira, 22, pada Isnin lalu bagi memastikan penjenayah ditangkap dan dihukum.
Katanya, beliau mengenali mendiang yang menjadi antara pemimpin pelajar yang menyambut kunjungannya ketika lawatan ke Surabaya baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, Adrian dilaporkan mengejar seorang lelaki yang cuba melarikan motosikal di depan rumahnya, tetapi dipercayai ditetak suspek tidak jauh dari rumah sewanya dan mati di tempat kejadian.
2 ulasan:
Duit mintak undi pilihanraya agaknya tu yek?
anon di atas,
duit mintak undi ke duit apa-apa jadah pun yang penting rakyat dapat juga menikmatinya.bila lagi kerajaan pembangkang dinegeri yang mereka kuasai nak bagi duit untuk belanja buka sekolah nanti.sekurang-kurangnya merasa lagilah rakyat mereka.
Catat Ulasan