Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 28 November 2011

Khalid Ibrahim: Tunjukkan Pakatan Rakyat mampu tadbir Pahang

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan formula mudah untuk Pakatan Rakyat menawan hati pengundi Pahang – tunjukkan bahawa parti itu mampu mentadbir negeri berkenaan dengan lebih baik tanpa rasuah.

Katanya, Pakatan Rakyat tidak akan dapat meraih simpati pengundi Pahang dengan hanya menghamburkan cercaan ke atas Umno.

"Kita kata dia juga penyamun penyangak itu tidak akan selesai. Kita mesti tunjukkan dalam dasar Selangor berapa peratus rakyat melayu yang mendapat (keuntungan)," katanya hari ini.

Katanya lagi, rakyat juga perlu diberitahu bahawa pentadbiran yang baik masih boleh dicapai tanpa Umno.

"Pakatan Rakyat akan menjalankan tugas itu dengan lebih baik. Saya berasaskan kepada dua prinsip – pertama kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa kita punya 'delivery' (penyampaian) untuk tunjukkan hasil.

"Selepas penyampaian, kita mesti buktikan kepada mereka kita boleh dipercayai. 'Anda boleh percaya kepada kita sebab kita boleh laksanakan.

"Tiga tahun sembilan bulan kita buktikan pengurusan di Selangor, kita laksanakan. Itu sebab saya berani bersalam dengan saudara sebab saya percaya pada diri saya, saya buat apa yang terbaik untuk saudara," tambahnya.

Katanya lagi, prestasi berkenaan boleh dilihat melalui belanjawan lebihan yang berjaya dirangka Pakatan Selangor, termasuk lebihan yang direkodkan oleh Menteri Besar Incorporated sebanyak RM600 juta.

"Malah saya sanggup peruntuk RM15 juta untuk nyatakan kepada Umno kalau ada kita lakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, ini duitnya untuk kita bagi hadiah cari kesalahan tersebut.

""Umno takut dengan perkara ini yang tunjukkan reformasi kita. Jadi percayalah kita boleh pergi ke Pahang dan kita boleh beritahu orang Pahang, reformasi akan diteruskan di Pahang.

"Reformasi akan lebih mantap di Pahang " katanya

"Kalau pasukan kita diberi mandat di Pahang, dalam masa dua tahun, Pahang akan lebih baik ," katanya lagi.

1 ulasan:

Kutukandewata berkata...

Kha..aa..Kha...aaaliid,
aku gagap jugak!Kau dapat negeri selangor ketika ianya dah jauh maju dari negeri lain bolehlah cakap.Kalau datuk nan dapat tadbir negeri selangor tentu jauh lebih maju lagi.
Kau tengoklah nanti pru 13.Azmin gerenti terajang kau dari pejabat kau.Baru kau tau nasib kau.ketika itu kau bergantunglah dengan theresa kok kesayangan kau tu!!!!