Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 3 Disember 2011

City Liner Hentikan Perkhidmatan Bas Penduduk Pulau Tawar Terseksa


Sejak perkhidmatan BAS City Liner menghentikan perkhidmatan bas bagi laluan Jerantut ke Durian Hijau . Berbagai rungutan telah di terima oleh pasukan editor parlimen81 . Penguna yang terjejas akibat perberhentian laluan ini oleh City Liner iaitu syarikat dibawah Konsortium Transnasional Berhad (KTB) ini ilah penduduk di sekitar kampung Bukit Rang , Kampung Perian , Kampung Bandar , Kampung Kedondong , Kampung Masjid , Kampung Kubang Sekendal , Kampung Pulau Tawar ,Kampung Teluk , Kampung Kempot , Kampung Batu Leja , Kampung Kelola , Kapung Bukit Nikmat dan Kampung Durian Hijau .

Tinjauan p81 disekitar Pekan Sehari Simpang Pulau Tawar sebentar tadi beberapa peniaga merunggut kerana pernigaan mereka terjejas teruk kerana ramai pelangan tidak dapat keluar untuk membeli belah di Pekan Sehari ini kerana tdak ada kenaikan kampung mereka . Kebiasaannya bas akan sampai d Pekan sehari ini dalam pukul 7:45am dan orang ramai boleh membeli belah sehingga pukul 9 pagi sebelum bas kembali dari Jerantut dan tiba di Simpang Pulau Tawar dalam pukul 9:00am-9:15am . Tapi bila tiada lagi perkhidmatan bas ini maka ramai orang-orang kampung yang tidak mempunyai kenderaan tidak dapat berkunjung ke Pekan sehari yang menawarkan pelbagai keperluan mingguan pada harga yang berpatutan .

p81 telah menginterview beberapa orang kampung dan mereka mengesa supaya perkhidmatan ini dikembalikan seperti asal . Jika pihak KTB tidak mampu melaksanakan amanah tersebut penduduk mengesa supaya UMNO Pulau Tawar atau UMNO Jerantut mengujudkan sebuah syarikat bagi mengusahakan perkhidmatan tersebut sebagai satu aktiviti masyarakat UMNO untuk penduduk kampung . Barulah slogan Rakyat diDahulukan Pencapaian diUtamakan menjadi kenyataan .

Ramai penduduk perlu berurusan setiap hari di bandar Jerantut juga terjejas dengan tindakan City Liner ini . Beberapa pelajar sekolah juga terjejas akibat perbehentian perkhidmatan ini . Takkan City Liner hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kebajikan penduduk . Ianya ibarat habis madu sepah dibuang kata seorang penduduk .

Tiada ulasan: