
Kalau ianya adalh misteri maka ia adalah sesuatu yang amat menarik . Biarkan isinya kekal misteri kerana bila misteri maka ramai yang ingin tahu sebab apa ianya masih misteri .
Kalau ramai yang ingin tahu maka demand untuk mengetahui misteri tersebut tentulah tinggi sedangkan jawapan/supply kepada misteri tersebut hanya satu . Misteri tersebut hanya ada satu iaitu di Kuala Tembeling . Jika ingin juga tahu misteri tersebut anda perlulah datang ke Kuala Tembeling . Hanya di Kuala Tembeling misteri tersebut wujud . Jadi ?????
Ini adalah satu produk pelancongan yang baik . Pelbagai Tagline boleh diwujudkan untuk menambah minat kepada misteri tersebut seperti " Jerantut - Town of Three River " , "Jerantut - Sungai Pahang Bermula di Sini"atau macam-macam lagi tagline yang menarik boleh diwujudkan bagi mengambarkan misteri Ulu Pahang ini .
Jadikan destinasi ini sebagai Must Visit Itenarary bagi setiap pelancong yang datang ke Jerantut .
Kalau Tanjung Piai di Johor boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan dengan tagline The Most Southern Point of Mainland Asia . Kalau Simpang Mengayau di Kudat Sabah boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan dengan tagline Tip of Borneo . Kalau tepian sungai mekong di Sempadan Thailand , Myanmar dan Laos boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan dengan tagline "Segi Tiga Emas" . Kenapa pertemuan tiga sungai utama ini tidak boleh dijadikan satu produk pelancongan yang setaraf dengan ketiga-tiga produk tersebut .
Sebenarnya p81 amat menghormati Ketua Menteri Melaka keran dibawah kepimpinannya bermacam-macam produk pelancongan boleh diwujudkan di Melaka . Sesuatu yang tidak munasabah pun boleh menjadi produk pelancongan yang hebat di Melaka .
Jabatan Pemetaan Malaysia perlu istiharkan satu titik di pertemuan sungai Tembeling dan sungai Jelai itu sebagai Ulu Sungai Pahang .
Jabatan Pelancongan perlukan keluarkan peruntukan untuk membina infrasturtur monumen yang kukuh di titik tersebut dan mempromosi titik tersebut . Jika ada peruntukan besar maka mungkin 3 buah jambatan gantung boleh dibina menrentasi tiga tebing sungai menuju monumen tersebut . Jabatan pelancongan juga perlulah mengeluarkan peruntukan mempromosi produk ini .
Pejabat / Majlis Daerah perlu menyelengara monumen tersebut .
Secara tak langsung maka akan ada kegiatan ekonomi boleh digenerate disini dengan penjualan cenderahati dan lain-lain lagi yang boleh menampung kekurangan pelancong yang menggunkan perkhidmatan Jety Kuala Tembeling disebabkan ramai yang kini pelancong kini terus ke Taman Negara mengunakan perkhidmatan kenderaan darat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan