Maklumat yang baru diterima sebentar tadi dari sumber risikan parlimen81 bahawa terdapat cadangan supaya Parlimen Jerantut pada PRU13 nanti ditandingi oleh MCA . Sumber memberitahu juga bahawa bahawa jika UMNO bersetuju maka MCA sedia menukar ganti DUN Damak dengan kerusi Parlimen . Sumber juga memberitahu bahawa calon MCA yang akan bertanding di parlimen Jerantut nanti samada Timbalan Presiden MCA atau Naib Presiden MCA .
Sumber juga memberitahu bahawa MCA bersedia untuk bertukar kerusi parlimen dengan UMNO iaitu samada UMNO akan mengambil kerusi parlimen Raub atau kerusi parlimen Bentong . Tapi sumber yang juga membayangkan bahawa kemungkinan UMNO akan mengambil kerusi parlimen Bentong . Jika ini terjadi maka desas-desus yang mengatakan bahawa kemungkinan Datuk Nan akan bertukar ke parlimen Bentong dan Pahang akan mempunyai seorang MB baru selepas PRU13 nanti tidak kira BN atau PR yang memenangi PRU13 nanti .
Sumber berkata percaturan terpaksa dilakukan oleh kepimpinan tertinggi BN kerana pergolakan dalam UMNO Jerantut sekarang ini boleh menyebabkan UMNO kalah semua kerusi di Jerantut . Sumber juga menjangkakan bahawa Tengku Lan akan terus bertanding di Jerantut di DUN Tahan sementara Wan Amizan dan Datuk Shukri akan digugurkan dan diganti oleh calon dari pergerakan Wanita atau Puteri untuk kerusi DUN Damak dan seorang muka baru dari kalangan profesional yang aktif dengan NGO akan diletakkan di DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan dijangka akan di tandingi oleh seorang tokoh tempatan.
Jika telahan itu menjadi kenyataan maka kemungkinan besar Jerantut akan mempunyai seorang ahli parlimen dari parti MCA yang sudah pasti menjadi menteri di karbinet baru BN nanti jika BN berjaya memenangi PRU13. Sumber membreitahu bahawa calon akan memperolehi sokongan besar dari masyarakat cina di Jerantut kerana dengan seorang ahli parlimen bertaraf menteri maka banyak manafaat akan diperolehi oleh masyarakat cina di Jerantut nanti .
Sementara itu sumber dari UMNO Bentong dijangka akan menyokong usaha ini kerana Datuk Nan dijangka akan dilantik sebagai Menteri penuh jika memenangi kerusi parlimen Bentong nanti .
Nota : Sumber risikan p81 ini amat tidak boleh dipercayai . Oleh itu hati2lah dengan maklumat ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan