Bagaimana persiapan menghadapi banjir di Jerantut . Adakah semua agensi kerajaan telah bersedia dari segi mental , peralatan dan bahan2nya . Diberitakan angin monsun timur laut akan menerjah sedikit masa lagi . Harap2 semua telah siap sedia . Mungkin kali ini kedua-dua air sungai Tembeling dan Jelai akan naik serentak . Jika ini belaku jangan dilupakan orang-orang di tebing sungai Pahang .
Keadaan cuaca yang tidak menentu masa ini menyukarkan kita meramal bilakah banjir akan berlaku. Kalau dilihat rata-rata hutan di Pahang dengan rakusnya ditebang oleh pembalak tanpa memikirkan akibat dari aktiviti itu memudaratkan alam. Pembalakan yang tidak terancang ini akan membahayakan alam sekitar dan penghuni2 alam ini. Sungai yang semakin cetek akibat timbunan pasir juga menjadi puncaJadi, bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang sungai Pahang perlu bersedia lebih awal bagi menghadapi segala kemungkinan. Bagi pehak berwajib dalam memberi bantuan perlulah bersedia dari sekarang dengan organisasi yang mantap dalam persediaan mengahadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Janganlah nanti apabila berlaku, barulah nak bermesyuarat untuk menubuhkan jentera bantuan mangsa banjir. Semua jenis bantuan hendaklah disedia, dan semuanya dalam keadaan bersedia. Pengalaman mengajar kita. Dulu berbagai perestiwa menghadapi banjir berlaku. Bot penyelamat tak ada, lori pengangkut barang terbalik, barang makanan tak beli lagi hingga subuh membungkus barang, ketuk kedai cina tengah malam kerana barang tak cukup dan bermacam-macam masalah akibat tidak bersedia awal.

Dalam keadaan cuaca tidak menentu ini, kita harus sentiasa bersedia. Penduduk di Ulu Tembeling dan sepanjang sungai Tembeling, Paya Garok, Sepanjang Sg Pahang spt Feri , Lada, Pulau Mansok, Pedah, Pulau Tawar, Gintong, Sokti , Batu Leja, Kelola, Tebing Tinggi, Durian Hijau, Bukit Dinding dan lain-lain perlu di beri peringatan akan Fonomina yang akan berlaku dan persiapan yang sepatutnya mereka lakukan.
Ajensi2 yang berwajib patutlah bergerak dari sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan