Sumber BN mengesahkan beberapa kajian sebelum ini menunjukkan parti perlu bekerja keras terutamanya meyakinkan pengundi baru yang berjumlah sekitar 2.2 juta orang. Difahamkan hasil kajian awal sebelum ini mendedahkan BN mampu menang hingga 146 kerusi Parlimen dengan 80% yakin menang lebih 140 daripada Pilihan Raya 2008.
Bagaimanapun, kaji selidik terbaru oleh unit khas BN yang mempunyai keahlian dari kalangan anak-anak kelahiran Jerantut yang pakar dalam bidang komunikasi korporat dan IT yang mengumpul maklumat-maklumat terkini secara real time menunjukkan BN hanya mampu menang 118 kerusi, memaksa pakar strategi menunda pilihanraya.
Oleh pakar strategi BN sedang mengatur langkah terperinci untuk menaikkan kembali populariti Najib yang terjejas ekoran Bersih 3.0 .
Para ahli Parlimen (MP) daripada Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah peruntukan untuk projek-projek menjelang pilihnaraya bagi mempertahankan kerusi mereka.
Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut untuk dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.
Ibadah Haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan cubaan Barisan Nasional menarik sokongan pengundi Cina dan belia memungkinkan pilihan raya pada bulan November, menurut sumber, yang menambah, Najib masih lagi mengenal pasti calon untuk meraih kemenangan majoriti untuk BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan