Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 15 Jun 2012

Kenapa UMNO Benarkan Sekolah Cina Bebas di Bina di Pahang ?

Hanya tiga negeri di Malaysia yang masih tidak mempunyai Chinese Independent School (CIS) iaitu Perlis Terengganu dan Pahang . Masyarakat cina di Kuantan tengah berusaha keras untuk menubuhkan sebuah sekolah disana . Mereka mengambil kesempatan diatas kekuatan Pakatan Rakyat dan kelemahan Barisan Nasional di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota . Mereka bermain tarik tali dengan MCA dan UMNO . berikan kami kebenaran membina sekolah cina disini dan kami akan undi anda . UMNO dan MCA terdesak untuk merampas parlimen Kuantan dan Indera Mahkota . Mungkin UMNO akan membenarkan CIS didirikan di Kuantan .

Kalau ini terjadi ini adalah satu pengkhianatan yang amat dasyat oleh UMNO Pahang . dengan membenarkan CIS dibuka akan memberi peluang lebih banyak CIS tumbuh dimerata tempat di Pahang selepas ini . Hasrat untuk melihat masyaratkat Melayu/Cina/India beritegrasi akan terbantut ..... Selama 60 tahun lebih UMNO gagal menginterasikan masyarakat Malaysia gara-gara kewujudan CIS dan lain sekolah Cina dan Tamil . Jangan terlalu tunduk kepada kehendak mereka gara-gara hanya kerana hendakkan undi untuk terus berkuasa.

Bukan UMNO sahaja, PAS juga perlu bersatu menentang penambahan CIS ini dan lain2 sekolah jenis yang berasaskan bangsa ini . Bukan kita tak suka cina atau india tapi selagi ada sekolah yang berbagai-bagai ini selagi itulah usaha mengintegrasikan rakyat malaysia terbantut . faham tak ? Selagi sekolah2 ini wujud . Masyarakat malaysia tidak dapat disatukan .

Selagi sekolah ini wujud selagi itulah masayrakat malaysia buat hal masing-masing , duduk dalam kelompok masing-masing .

UMNO jangan takut hilang untuk . Anda telah memperjuangkan memertabatkan bahasa melayu sejak dari sebelum merdeka . jangan undur ke belakang . Biarlah PR nak membela sekolah itu tapi jangan UMNO . UMNo kena tetap dengan pendiriannya.

UMNO kena kuat pendirian . Kalau boleh UMNO kena tutup semua sekolah cina dan india dan melayu yang ada di malaysia ini dan hanya mengekalkan Sekolah Kebangsaan sahaja.

Di Jerantut pun masih ada sekolah cina . Sekolah ini pun patut ditutup dan ditukar kepada sekolah Kebangsaan sahaja . Kenapa UMNO boleh benarkan satu-satunya Sekolah Melayu yang ada di Jerantut iaitu di Pulau Tawar ditutup dan ditukar kepada Sekolah Kebangsaan . Kenapa UMNO tidak berusaha untuk bertegas untuk menutup sekolah cina .

Tiada ulasan: