Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 24 Mac 2011

Buku Jingga : Apa Yang Hebat Sangat dan Apa Kaitanya Dengan Pilihanraya Sarawak dan PRU13

Apa yang hebat sangat pasal Buku Jingga ni . Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilaporkan akan mengulas dan memberi penjelasan mengenai implikasi yang bakal dihadapi kerajaan berhubung tawaran pelan 100 hari yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat pada siri jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan bermula bulan ini.

Mstar Online melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, “Penjelasan berhubung tawaran pembangkang menerusi Buku Jingga perlu dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dan terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang.”
"Nanti sampai ke satu peringkat yang Perdana Menteri dan saya akan buat, kita akan ulas satu persatu supaya jangan ada pihak yang terpedaya dengan tarikan yang agak besar kononnya boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat," katanya.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada kerajaan bimbang dengan tawaran Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum akan datang.Dalam perkembangan berkaitan, pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.“Januari lalu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak,” kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang dipetik oleh Harakahdaily.Justeru, katanya PKR melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini, ujarnya termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara.“Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.” Itu kata Nik Nazmi Nik Ahmad 

Kata saya pulak baca dahulu, kemudian buat pandangan sendiri.



Download Buku Jingga Disini :


Muat Turun Buku Jingga (Versi PDF)
Download Abridged Orange Book (PDF Version)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya suka buku jingga