Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 25 Mac 2011

PKR Cabang Jerantut mendapat suntikan baru

Setelah memperolehi pengesahan jelas bahawa Mohd Nor Jaafar, Ketua PKR Cabang Jerantut sedang membelot perjuangan parti dengan pelbagai tindakannya mempromosi Parti KITA dengan mengedarkan borang-borang menyertai Parti KITA kepada anggota-anggota PKR di Jerantut dan menjemput pimpinan PKR untuk menyertai Parti KITA, dan pengesahan darinya sendiri bahawa beliau sudah keluar parti dan menyertai Parti KITA, maka seramai lebih 40 orang aktivis Parti Keadilan Jerantut daripada berbagai Ranting telah mengadakan pertemuan di Rumah Sdr Rosli Ahmad, di Felda Kota Gelanggi 2 dan mengambil keputusan-keputusan berikut:

1. Sdr Rosli Ahmad, selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Jerantut mengambil alih pimpinan PKR Cabang Jerantut sebagai Pemangku Ketua dan secara otomatik duduk sebagai Anggota Jawatankuasa Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang;

2. Semua ranting di Cabang Jerantut akan diaktifkan bermula pada 29hb Mac 2011 bilamana semua Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Jerantut dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa di Ranting Bukit Dinding, Jerantut. Dibawah pimpinan Mohd Nor Jaafar dulu PKR Cabang Jeranntut tidak pernah mengadakan sebarang perjumpaan;

3. PKR Cabang Jerantut akan memfokuskan gerak kerja parti di kawasan DUN Damak iaitu kawasan yang ditandingi oleh PKR didalam Pilihanraya Umum yang lalu;

4. Jentera PKR Jerantut untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang sedang disusun dengan sekurang-kurangnya 100 orang tenaga akan menyertai Kursus Pilihanraya dan kursus PACA dan kursus ini akan dilaksanakan oleh PKR Negeri Pahang dibawah kelolaan Sdr Zaidi Ahmad;

5. Semua ranting di Jerantut akan mengikuti satu arahan kerja iaitu mengadakan mesyuarat ranting-ranting dan perlu diselesaikan sebelum berakhir bulan April 2011 bertujuan memperkemaskan jentera diperingkat Ranting, memperbesarkan sekup organisasi dan keanggotaan parti;

6. Ceramah-ceramah kelompok akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu di semua pekan dan kampong khususnya di DUN Damak;

7. Gerak kerja menambahkan Ranting dan keanggotaan parti akan dilancarkan bermula 29hb Mac 2011, dan satu ceramah kelompok akan diadakan pada 29hb Mac 2011 dengan para penceramah jemputan terdiri daripada Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Sdr Haji Suhaimi Said, penyelaras gerak kerja PKR Cabang Jerantut dan Sdr Rosli Ahmad selaku Pemangku Ketua PKR Cabang Jerantut.

8. Beberapa buah ranting baru akan ditubuhkan dalam minggu kedua bulan April termasuklah di Felda Jengka 12, Felda Jengka 9 dan diperkampongan tradisional di dalam DUN Damak.

9. Satu ceramah secara besar-besaran akan diadakan di minggu ketiga bulan April 2011 melibatkan pimpinan PKR dari Pusat.
dr blog lubok kawah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha Mat Nor ni macam katak juge yeee .... UMNO - PAS - PKR - KITA

Mat nor ni bukan pemimpin perjuangan tapi opportunis .... tak layak jadi pemimpin pun ...