Semalam agak heboh juga, ramai yang talipon bertanya "betul ke Ahmad Nizam Hamid keluar parti?". Mereka kata dah keluar dalam berita Awani bahawa Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang keluar parti. Ahmad Nizam adalah Timbalan Pengerusi.
Berdahak-dahaklah ketawa saya. Yang keluar parti itu adalah bekas Timbalan Pengerusi. Saya katakan bahawa PKR Pahang pun dah tak tahu nak letak dia ni di mana. Dulu kita letak dia sebagai Timbalan Pengerusi. Tetapi dia betul-betul jadi kerusi, satu hapah tugas pun dia tak buat. Disamping jawatan Timbalan Pengerusi, kita juga letakkan dia sebagai Pengerusi Kebajikan suatu Biro dalam PKR Pahang. Satu hapah tugas pun dia tak buat!
Beliau adalah Sdr Mohd Nor Jaafar.
Sebagai Ketua Cabang Jerantut, satu hapah kerja pun dia tak buat untuk PKR Jerantut. AJK-AJK dia semua komplen bahawa dia tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat Jawatankjuasa, dan ada diantara Jawatankuasa yang dilantiknya adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu mereka dilantik sebagai Jawatankuasa.
Akhirnya PKR Pahang terpaksa turunkan dia daripada jawatan Timbalan Pengerusi dan tempat itu kini disandang oleh Sdr Ahmad Nizam Hamid, seorang Peguam di Temerloh dan beliau adalah Ketua Cabang PKR Temerloh.
Tetapi kita nak letak dimana Mohd Nor ini kerana dia letak dimana-mana pun tak buat kerja untuk parti.
Bimbang imejnya tercalar maka kita letaklah dia sebagai Naib Pengerusi PKR Pahang tanpa sebarang kenyakinan bahawa dia boleh pikul tugas atas jawatan itu.
Memandangkan bahawa PKR Jerantut "mati" maka ada usaha daripada DAP dan PAS mahu ambilalih DUN Damak untuk ditandingi oleh DAP didalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Kita tidak dapat nak buat apa sesuatu pun untuk PKR Jerantut. Nak ambil alih pentadbirannya, Ketuanya masih ada. Nak diarah-arah, manakah Ketua yang sanggup diarah-arah. Nak buat program di Jerantut, tidak ada kerjasama darinya.
Memang, kita sudah menggambarkan bahawa satu Coup D'tat (Mesyuarat Agung Luar Biasa) akan diadakan di Jerantut untuk menggulingkannya dan jawatan Ketua Cabang dapat disandang oleh Timbalan Ketuanya, Sdr Rosli Ahmad.
Sdr Rosli sentiasa mengeluh. Apa nak jadi kepada PKR Jerantut ni. Tak pernah mesyuarat, tak pernah adakan program, bahkan diantara Anggota Jawatankuasa pun tak mengenali antara satu sama lain. Rosli pernah mengeluh dan mengeluarkan hajatnya untuk bertukar Cabang kerana tidak ada sebarang faedah pun duduk didalam pimpinan PKR Jerantut.
Samada Mohd Nor ini terasa hati atau tidak kerana digugurkan dari Jawatan Timbalan Pengerusi atau dia terasa tergugat kerana DAP dan PAS mendesak supaya kawasan DUN Damak ditandingi oleh DAP, tidaklah kita ketahui. Tetapi sebelum ini dia telah memberitahu ramai kawan-kawan bahawa dia aka bertanding sebagai calon Bebas, suatu ide yang ditolak oleh PKR dan PR.
Tiba-tiba didalam beberapa minggu terakhir ini, dia mengedarkan beratus-ratus Borang Menjadi Ahli Parti KITA.
Ramai ahli-ahli PKR Jerantut mendapat edaran Borang itu. Saya telah membuat panggilan sms kepadanya bertanyakan samada bahawa adakah benar dia sudah menyertai KITA, dan dia jawab ringkas: Ya.
Sebelum itu saya sudah menerima laporan daripada Ketua AMK PKR Cabang Kuala Krau bahawa Mohd Nor sudah melantik Sdr Hafez Harun sebagai Ketua Pemuda KITA Negeri. Tetapi perlantikan itu hanya ditertawakan oleh Hafez yang langsung tidak ada cita-cita untuk menyertai KITA.
Sdr Azmi, bekas Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah menalipon kepada Ketua AMK Jerantut yang juga anak kepada Mohd Nor, dan beliau menyatakan "biarlah ayah dia sorang saja menyertai KITA, dia dan keluarga dia tetap bersama PKR".
Oleh kerana Mohd Nor sudah menyertai KITA maka Dato Fauzi melalui mandat Ketua-Ketua Cabang di Pahang telah mengarahkan kepada saya untuk memanggil suatu mesyuarat JK dan aktivis-aktivis PKR Jerantut.
Saya telah berbincang dengan Sdr Rosli Ahmad selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Jerantut dan kami telah panggil mesyuarat bertempat di Felda Kota Gelanggi 2, lebih 20 orang AJK dan aktivis parti telah hadir.
Sdr Rosli Ahmad telah mengambil tempat selaku Pemangku Pengerusi PKR Cabang Jerantut dan setiap yang hadir diberikan tugas untuk menghubungi semua ranting dan JK yang tidak hadir dan mendapatkan senarai terakhir keanggotaan PKR Cabang Jerantut.
Pada 29hb Mac 2011, kami mengadakan mesyuarat sekali lagi. Didalam mesyuarat itu, perlantikan-perlantikan baru kedalam Jawatankuasa bagi memenuhkan senarai Jawatankuasa yang belum diisi dibuat. Jawatan-jawatan yang diisi adalah Ketua AMK, Ketua Wanita, Setiausaha, Bendahari dan 12 orang Anggota Jawatankuasa yang dilantik.
Setiap Anggota Jawatankuasa itu pula diberi tugas untuk menghubungi semua ranting (yang sudah mati) untuk kegiatan semula, dan 40 buah kampong tertentu didalam DUN Damak sudah dikenalpasti dan keanggotaan-keanggotaan PKR Cabang Jerantut juga sudah dikenalpasti, dan satu lagi mesyuarat akan diadakan di Kg Bukit Dinding pada 18hb April 2011.
Didalam mesyuarat itu nanti lebih daripada 100 orang ahli-ahli baru parti akan dikemukakan, dan beberapa ranting baru akan dirasmikan seperti di Kg Sg Mai, Tebing Tinggi dan Jengka 12.
Ceramah yang diadakan pada 29hb Mac di Kg Bukit Dinding telah memberikan satu kekuatan baru kepada PKR Cabang Jerantut; ceramah yang diberikan oleh Sdr Yusri Ahon, Rosli Ahmad, saya sendiri dan Dato Fauzi Abdul Rahman adalah cukup segar untuk menandakan ribuan terima kasih kepada Sdr Mohd Nor kerana meninggalkan parti dan dengan tindakannya itu PKR Jerantut akan memperolehi kekuatannya yang baru.
Pada 4hb April ini akan diadakan Ceramah di Kg Sg Mai, 18hb April di kampong Cina, Jeransong, dan beberapa ceramah lain akan diadakan di Kg Muhibbah, Kg Batu Balai, Kg Ulu Cheka dan dikawasan Bandar Jerantut. Begitu juga di Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3, 4, Felda Sg Tekam Utara, Felda Sg Tekam (Getah), Jengka 12, Jengka 9 dan Pulau Tawar.
Ketiadaan Mohd Nor adalah satu tuah kepada PKR Jerantut dan malam tadi sahaja 5 orang anggota baru menyerahkan borang permohonan menjadi anggota dari Kg Bukit Dinding.
Itulah kebaikannya. Mohd Nor keluar dari parti berseorangan!
dipetik dari lubok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan