Jerantut apa kurangnya . Dulu adalah daerah hutan belantara . Dengan idea buku hijau yang dibawa oleh Tun Razak . Banyak rancangan felda di buka didaerah Jerantut . Gugusan Lepar , Jengka , Pdg Piol dan Sg Retang serta Gugusan Gelanggi adalah antara projek-projek FELDA di Jerantut .
Berduyun-duyun orang Kelantan , orang Kedah , orang Selangor , orang Perak datang menjadi peneroka awal di tanah ranchangan ini . Orang Pahang pun ada juga yang masuk tanah ranchangan ini . ada yang kekal lama ada yang balik semula ke kampung tradisional kerana tidak tahan dengan kesusuahan hidup di tanah ranchangan pada masa itu .
Hari ini kampung-kampung tradisional di Jerantut masih lagi gah pada nama tapi hanya menjadi golongan minoriti di Jerantut . Golongan majoriti ialah penduduk bandar dan tanah ranchangan . Penduduk tradisional dah tak de kuasa untuk bersuara dan memilih kerana suara mereka hanyalah minoriti .
Dalam pilihnaraya undi dari kampung tradisonal tidak penting sangat sekarang . Undi dari bandar dan felda menjadi penentu kalah menang seseorang calon pilihanraya .
Orang kampung tradisional bersoraklah macam mana , bertempiklah macam mana . bersilatlah macam mana tapi terimalah kenyataannya bahawa anda dah takde kuasa apa2 dalam menentukan corak kepimpinan di Jerantut ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan