Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 14 April 2011

Apa Khabar Politik Jerantut ?

Apa Khabar Politik Jerantut ? Hangat ke politik jerantut sekarang . Dengar khabar UMNO Jerantut tengah bergelora . sama hebat dengan gelora politik di Sarawak . Mesyuarat peringkat cawangan UMNO , mesyuarat peringkat cawangan  PAS disekitar Jerantut  sedang berjalan khabarnya . Tapi tak dengar pula ada mesyuarat ranting PKR di Jerantut . Kelmarin dengar mesyuarat cawangan DAP telah berjalan di beberapa cawangan di Jerantut .  Mesyuarat MCA dan MIC mana mana ?  Mesyuarat parti KITA yang telah menculik ketua PKR Jerantut dan ditabalkan sebagi ketuanya macam mana pula .

Apa isu-isu utama yang dibincangkan dalam mesyuarat cawangan UMNO dan PAS ? Masih ada ke usul-usul yang diutarakan dalam mesyuarat UMNO untuk menukarkan pegawai-pegawai kerajaan dan guru-guru yang tidak sehaluan dikampung ke tempat lain . Masih ada ke dalam mesyuarat UMNO yang mengusulkan supaya ditarik saham-saham felcra orang-orang kampung yang miskin dan tak sehaluan dan diberi kepada cikgu-cikgu dan ketua kerani ? Masih ada ke dalam mesyuarat cawangan diusulkan jangan dibaiki padang bola tertentu kerana paang bola itu dekat dengan markaz PAS ? Ada ke dalam mesyuarat cawangan diusulkan supaya diwujudkan sebuah universiti di kampung mereka . Ada ke dalam mesyuarat cawangan diusulkan supaya dieperbanyakkan jalan-jalan pertanian didalam kebun-kebun yang tidak dapat dimasuki kereta untuk mengeluarkan hasil kebun .

Mesyuarat PAS pula , masih ada ke mesyuarat yabg tak cukup kourom ? Cawangan-cawangan PAS di FELDA macam mana ? masih hidup lagi ke cawangan-cawangan disitu ? Macam mana gerak kerja pemuda-pemuda PAS ?

PKR pula macam mana ? masih bernyawa ke di Jerantut ini ?

DAP nampak seperti makin mencengkam di Jerantut dan MCA makin tertekan . MIC macama mana pula selepas peralihan kuasa kepimpinan di peringkat pusat.?

Pilihanraya dah dekat weh .... cepat-cepatlah buat persiapan masing-masing . Selesaikan segera isu kepimpinan masing-masing . Serlahkan bakal-bakal calon anda sekarang .

Tiada ulasan: