Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 25 Januari 2013

Padang Bola Rumput Tiruan Untuk Jerantut

Salam 1 Jerantut

Tahniah MDJ kerana hasil usaha bersama dengan FA Jerantut  dan Pejabat Belia Jerantut padang di Kompleks Sukan Jerantut kini akan dipasang dengan rumput tiruan bertaraf dunia .

Tender awal projek ini oleh KBS asalnya hanyalah memasang Padang Tiruan bersaiz 90mx45m yang bernilai lebih kurang anggaran RM1.2 juta tapi mengikut maklumat terikini dari pihak Majilis Daerah Jerantut , Mesyuarat Post Kabinet peringkat Kementerian Belia dan Sukan telah menyatakan persetujuan untuk membesarkan saiz padang rumput tiruan Padang FA Jerantut dari saiz 90mx45m kepada saiz 105mx68m .

Maka bolehlah orang Jerantut melihat aksi pasukan Pahang berlatih di padang ini nanti .  Maka akan lebih ramailah pemain handalan dari Jerantut dapat dihasilkan untuk pasukan Pahang dan Malaysia.

Tapi dalam seronok bercerita pasal Jerantut dapat Padang Bopla Tiruan ini , parlimen81 masih lagi kesian dan sedih kerana rayuan belia Pulau Tawar untuk mempunyai Padang Bola Cow Grass jer masih tidak ditunaikan oleh pihak yang berwajib  sila klik sini

Harap pihak berwajib tolonglah dengar rayuan belia Pulau Tawar itu dan juga belia-belia dari kawasan lain di Jerantut ini .

Tiada ulasan: